Khamis, 1 Disember 2011

WASPA DENGAN ANAK MAMI





BUKAN BULL SHIT - INI COW SHIT






DANA NFC BELI MERCEDES, TANAH DAN CUTI MEWAH – harakah daily

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang didakwa dibuat keluarga Shahrizat Jalil ( Lihat Gambar).

Ini, katanya memandangkan Ketua Wanita Umno itu langsung tidak menunjukkan tanda-tanda insaf setelah PKR membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC.

Rafizi mendakwa pada 9 Disember 2009, keluarga Shahrizat menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.

Beliau juga mendakwa, dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya.

“Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis,” ujarnya dalama satu kenyataan.

Jelasnya, semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS).

Menurutnya, siasatan PKR menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali

(sila lawati laman http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/ )

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...PELIK LEMBU INI.... kah kah kah..

kah kah kah..HANYA DI MALAYSIA LEMBU BOLEH BELI MERCEDES... kah kah kah..

kah kah kah..HANYA DI MALAYSIA LEMBU BELI KONDO.... kh kah kah

woit...INI LAGI PELIK.... kah kah kah

kah kah kah...LEMBU BOLEH BERCUTI KE BALI.... kah kah kah..

INI YANG KAIT MAHU


SEMUA MULUT BESAR - KAKI MAKAN FREE




SEMUA KAKI MAKAN FREE



































NOTA:
siang mulut atas makan free
malam mulut bawah kena makan free
dua dua makan free
kah kah kah



BERSEDIA ! JANGAN KENA TIPU OLEH BINI ROSMAH




INI WAJIB DITUNAIKAN DULU


PRU – 13 : WAKTUNYA SUDAH TIBA KATA NAJIB - minsider

Najib Razak hari ini sekali lagi memberi bayangan bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi — spekulasi menyebut ia akan diadakan awal 2012.

Najib, yang juga Presiden Umno dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini, mengingatkan semua anggota parti supaya “merapatkan saf, menyalakan jamung dan menggigit sekuatnya perjuangan dengan geraham kita” bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba.

“Bingkaslah orang-orang Umno, kita turun ke medan bakti,” katanya sambil melaungkan Hidup Umno yang disambut gemuruh 2,711 perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Mandat semasa hanya akan berakhir April 2013.

Najib juga menggesa supaya para wakil bahagian parti jangan mengambil mudah pilihan raya umum ke-13 kerana cabarannya pasti luar biasa dan yang paling getir bakal dihadapi oleh parti politik terbesar negara itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


JANGAN KENA TIPU LAGI




NOTA:
semua bersedia
kalau 8 tuntutan tidak di tunaikan
maka warga akan turun ke jalan raya

sama ada bersih 3.0 mahu menyusul atau tidak
bukan persoalan
yang penting anak anak muda turun ke jalan eraya

laporan parlimen belum selesai lagi
4 tuntutan yang boleh dilakukan kelmarin masih tidak dipeduli

dakwat kekal boleh diguna pakai
waktu berkempen boleh dipanjangkan
senarai nama pengundi boleh di bersih
undi pos di kaji kembali


empat pekara ini boleh dilakukan oleh spr
tapi spr tak ambil pot
empat pekara ini tak perlu dibawa ke parlimen
emapat pekara ini boleh dilakun kelmarin lagi
maka hanya jalan raya jawapan yang wajib dinyatakan



HAK BERHIMPUN - HAK KITA



JANGAN KENA TIPU LAGI














SILA BACA TULISAN HISHAMUDDIN RAIS DALAM YAHOO:




http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/hak-berhimpun-secara-aman-094942619.html




SURAT DARI PEMBACA:

saya pernah bertanya pada ustaz yang berceramah kat surau saya, ustaz nie juga adalah bekas calun PRU12 di Selangor tapi kalah... Soalan saya ialah apakah benar warga asing diberikan IC untuk membolehkan mereka mengundi... jawapan Ustaz tu ialah 'ya'... Saya tanya lagi, habis apakah tindakan 'kita'... dia jawab, insya'allah, masa mengundi nanti, warga asing tu dibukakan hatinya untuk memangkah kita... saya tak tanya lagi dah... tapi dalam hati saya cakap... patutlah kalah...
By Anonymous on MEMAHAMI APA DIA REALPOLITIK YANG BUKAN MIMPI on 11/30/11

SURAT YANG LAMBAT SAMPAI




BANGUN DAN LAWAN





Surat Terbuka Buat Parti Yang Bersidang
Assalamualaikum w.b.t

Surat ini adalah surah yang ikhlas dari jiwa seorang rakyat. Rakyat yang tiada ingin sedikit pon menjadi Yang amat berhormat, rakyat yang tiada kepentingan dalam kerajaan dan pembangkang. Rakyat yang tak dibayar untuk memuji atau mengherdik mana2 parti. Surat ini surat bebas. Bukan sebebas Zulkifli Nordin dan Panglima Perang Ibrahim Ali, Yang tiada syarikat Rm2 seperti YB Zahrain yang ingin dapatkan projek padang Golf. Ketahuilah Saya boleh menulis panjang memuji muja anda semua dan memohon 'upah'.

Andai Ada lembu diladang
Ajari ia menginap di pangsapuri
Wahai Yb yang suka mengangkang
Bukalah telinga hadamlah isi


Surat ini sekadar untuk membawa pendapat sahaja. Harap ada para YB dan perwakilan yang dapat pengajaran dan menambil perhatian dari isi kandunganya.

Ketahuilah para YB sekalian, saya adalah peserta Bersih 2.0, saya bukan menyertainya kerana ade sosok besar seperti Anwar Ibrahim atau Sheikh Altantawi(Bukan Nama Sebenar). Saya bukan menyertai Bersih kerana tidak mahu Anwar Ibrahim dipenjarakan. Tapi saya menyertainya kerana saya dalam proses belajar, saya dalam proses mengenali masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Dan terbukti dalam demo tersebut sememangnya kita sangat berbilang bangsa dan ugama.

Saudara Yb,
1. Janganlah lagi memperalatkan kami dengan perasaan benci. Kami bukan berlari menyokong Pakatan Rakyat kerana benci Barisan Nasional. Sedarlah, kami hanya perlukan satu kerajaan yang lebih baik. Kerajaan yang menyemaikan kasih sayang, saya setuju dengan kata abam Mat Sabu, kita bukan nak ganti kerajaan dengan niat untuk 'membalas dendam'. Tapi mengenai , who can serve better?Kerajaan yang bukan dibina atas dasar membenci

Bersongkok tinggi menculah atapi
Pemimpin berucap, sorakan bodek diberi
Sedarlah YB yang boyot boyoti
Gelagat kamu, menggelikan hati


2. Wahai YB yang baru berjinak dalam kegiatan mahu menjadi yb, mahu mendapat tempat dalam parti. Sedarlah, cara anda membodek Anwar Ibrahim, Muhyidin dan Najib Razak sememangnya amat menjijikkan. Ada yang berderau hero mahu pecah penjara demi pemimpin tertinggi, ada juga yang membuat cabaran diumumkan PM melayu sampai bila2. Ini semua ayat2 bodek dengan harapan semoga dapat naik ke satu level yang lebih tinggi dengan lebih cepat. Jangan menyemarakkan benci dikalangan rakyat, serulah kasih sayang, serulah rakyat yang berbilang bangsa ini bersatu. Kenapa kadang saya rasa anda semua bertindak dengan dungu?

Pisang Emas dibawa berlayar
Buah keranji di atas perahu
Kenapa kami dipaksa berlayar
Sedangkan rasa kami, engkau tak tahu

3.Wahai para perwakilan, sedang kamu rasa rakyat boleh hadap paparan TV3 mengenai perbahasan dan cerita molek kamu, kamu juga telah menutup ruang saya mahu menonton cerita Cinta Elisya. Adakah saya akan berubah pandangan andai mereka menayangkan Persidangan PAS, PKR atau DAP? Jawapannya TIDAK! Ini kerana itu adalah persidangan parti kamu, bukan persidangan mana2 badan atau pon kerajaan. Kami sudah jelik samoa itu.Yang perlu ditayangkan dalah sidang parlimen, perbentangan bajet, secara live and full, bukan mendengar anda bercerita, berperribahasa, bernyanyi, semua itu tidak membawa harapan kepada kami.

Gendang gendut tali kecapi
Berperut boyot mengukir janji
Baju Diselampang disana sini
Umpama pahlawan Gagah sejati.


4. Wahai Yb yang rata ratanya bangga dengan kostum dan baju batik kamu. Di saat kamu pakai baju itu, berucap ucip, terkemut2 diatas pentas, sedarkah ada kami ini yang dalam kesempitan dan kesusahan? Sedarkah para Yb yang ada yang murka dengan pakaian kamu yang hebat dan 'gah' itu?Kamu mula menjadikan budaya kapitalis itu sebagai akidah kamu.

Dagang pak malau dagang berhias
Mencari kuasa bertatah berhias
Bertitah kamu tanpa berkias
Malulah pada Maha Pembalas.


5. Yb sekalian, semakin hari, perjuangan kamu ibarat hanya menjaga periuk nasi kamu sendiri. Saya sudah jemu dengan perangai kamu yang suka 'merekrut tuhan' dalam setiap kata kamu itu. PKR akan membawa tuhanya tersendiri, UMNO juga membawa ayat tuhannya sendiri. Tidakkah kamu malu, sedang tuhan tidak mengutus surah khusus pon menyebut nama kamu semua. Ternyata, kamu ini juga ada dari kalangan orang yang tamak. Tidak cukup harta kami anda rembati, kini ayat tuhan juga kamu boloti.

P/s : Mohon Bertaubat

Yang ikhlas dan menyayangi
Sekian
AnakMudaDiary.



YA AMPOON SELAMATKAN LAH KAMI




INI BARU BULU KETIAK - DAH NAIK PITAM








PROJEK LEMBU : PEMIMPIN PKR DIBERI AMARAN KERAS - mkini

Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.

Sambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli.

"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya.


DOA UNTUK KESELAMATAN DIRI

ya allah ya tuhan kami
jauh kan lah kami dari malapetaka
ya allah ya tuhan kami
jauhkan lah kami dari marabahaya

janganlah hendaknya
mata kami terbuka
untuk melihat shahrizat angkat kain


NOTA:
siah oleh malaikat 44
jangan lah mata kami melihat
shahrizat mengangkat kain
buta dan rabunlah mata kami
jika tenampak bulu betis shahrizat
kah kah kah


NOTA:
ya ampooon
cukuplah kami melihat
shahrizat menyingsing lengan
ternampak hitam bulu ketiak
suwwei lah hidup kami

tujuh tahun memancing hanya mendapat cacing
tujuh tahun meniaga bungkus setiap tahun
tujuh musim ke sawah padi kering tak jadi jadi
tujuh musim ke laut seekor ikan pun tak masuk pukat

ya ampoon
suwei nya bulu ketiak shahrizat
jatuh ke sungai menjadi tuba
jatuh dijamban tandas meletup
jatuh di jalan menjadi pelintang
jatuh dikatil katil pun runtuh
kah kah kah


BERSEDIA UNTUK KE JALAN RAYA


JEMPUTAN JUMAAT DAN SABTU 3 DISEMBER INI




JUMAAT MALAM CEERAMAH DI REMBAU








NOTA:
sila datang ke ceramah ini
teruatama kumpulan ngo dalam kl
yang selalu cakap inggeris
kalau datang barulah mereka faham
bahawa di kampong tak ada siapa ambil pot bahasa inngeris
kah kah kah



JEMPUTAN DATANG FORUM ILMU






Tajuk Forum: BERSEKUTU MENDESAK PERUBAHAN

Panel-panel:
Prof Aziz Bari (Pakar Perlembagaan)
Prof Abu Hassan Hasbullah (Zentrum)
Prof Zainal Kidam (Biro Pendidikan PAS Pusat)
Moderator: Che'GuBard (Ketua Cabang PKR Rembau)


Tarikh: 03 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.30pm
Venue: Dewan Melur, Jalan Jesper 7/16, Seksyen 7 Shah Alam (Berdekatan UNISEL)

Untuk pertanyaan, sila hubungi : 013-5918017 Farel

Semua dijemput hadir.

KENYATAAN RESMI MB SELANGOR




RANG UNDANG-UNDANG PERHIMPUNAN AMAN TIDAK PERJUANG HAK RAKYAT


Kerajaan Selangor kesal apabila Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011diluluskan secara terburu-buru tanpa rundingan dengan pihak-pihak yang berkepentingan, termasuk pembangkang serta kumpulan-kumpulan masyarakat sivil.

Kerajaan Negeri berpendirian bahawa Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman sepatutnya dikaji dengan lebih teliti kerana deraf yang dibentangkan meletakkan sekatan yang tidak munasabah dan tidak seimbang terhadap atas kebebasan berhimpun yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, Malaysia sepatutnya lebih terbuka kepada perhimpunan aman kerana ianya adalah salah satu cara rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka.

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibentang oleh Perdana Menteri hanya akan membawa Malaysia beberapa langkah ke belakang dari segi demokrasi.

Bagi memastikan agar rakyat peka terhadap hak demokrasi mereka, Kerajaan Negeri merancang untuk menganjurkan forum bagi menerangkan hak-hak rakyat di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi mengikut Perlembagaan.

Forum ni akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri di bawah Program Pendemokrasian Rakyat yang telah menerima peruntukan RM15 juta di bawah Geran Selangorku seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan Negeri 2012.

Kita menjemput pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghantar cadangan bagaimana forum ini boleh dianjurkan dengan baik dan berkesan.

Sebagai kerajaan negeri yang mengamalkan ketelusan dan kebertanggungjawaban, kami tidak akan berdiam diri apabila berdepan dengan cubaan untuk menindas hak rakyat. Kami menyokong semua usaha sihat untuk memelihara dan menyuburkan prinsip demokrasi serta menentang sebarang agenda yang menyekat kebebasan rakyat bersuara.


TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR