Isnin, 2 Januari 2012
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
TURUN BERAMAI RAMAI
KENYATAAN MEDIA
1 JANUARI 2012
HIMPUNAN BEBAS AKADEMIK: KEGANASAN POLIS TERHADAP MAHASISWA DIKECAM
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman di depan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak awal pagi tadi. Pengerusi Gerakan Kebebasan Akademik (BEBAS) saudara Safwan Anang dilaporkan masih lagi terlantar di Hospital Slim River, Perak akibat patah tulang rusuk kesan dari tindakan ganas pihak polis. Rakaman video insiden tersebut yang kini telah dimuatnaik di beberapa laman sosial di internet juga jelas menunjukkan bahawa pihak polis telah bertindak keterlaluan tatkala meleraikan demonstrasi aman tersebut.
AMK menyifatkan peristiwa ini sebagai suatu tragedi hitam dalam sejarah gerakan kebebasan akademik dan merupakan satu bentuk penghinaan terhadap mahasiswa. Apakah layak bagi sekumpulan mahasiswa yang berhimpun bagi tujuan menuntut kebebasan akademik dilayan dan diperlakukan sedemikian zalim oleh pihak berkuasa? Insiden ini jelas menzahirkan bahawa pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak tidak serius dalam usaha meminda Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan ianya tidak lebih sekadar gimik politik murahan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
Apa yang berlaku semalam membuktikan bahawa pendekatan pentadbiran Dato’ Sri Najib kini semakin mirip kepada kaedah otokratik yang diamalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini jelas bertentangan dengan janji beliau sendiri kononnya untuk menjadi pemimpin yang mendengar suara rakyat dan mesra anak muda. Harus diingat bahawa kejatuhan rejim di Tunisia dan Mesir bermula tatkala pihak berkuasa bertindak zalim dengan menindas anak muda dan mahasiswa. Peristiwa yang berlaku awal pagi tahun baru 2012 ini secara tersirat menandakan bermulanya kejatuhan rejim UMNO-Barisan Nasional.
Justeru, AMK menuntut supaya satu siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden keganasan ini dan anggota polis yang bertanggungjawab mencederakan mahasiswa dihadapkan ke muka pengadilan. Kami juga menuntut supaya Menteri Dalam Negeri yang bertanggungawab terhadap pasukan polis supaya memohon maaf kepada mahasiswa yang dizalimi serta ahli keluarga mereka. AMK juga menawarkan khidmat guaman kepada semua mahasiswa yang terlibat sekiranya mereka berhasrat untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pihak polis.
SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda KEADILAN
uishhh x patut polis tu pukul dia..patutnye tembak jer kan senang...makbapak suruh blajar p buat rusuhan lak//nk buat pun berpada2 la jugak...sedih tgk anak muda zaman sekarang ni...zaman makin maju tp pikiran terlalu sempit..hiduppp PKR
BalasPadamCalling all Malaysian students around the world to show solidarity and full support towards such a great effort of our fellow UPSI students. Let's gather and show our support in front of all Malaysian High Com/Embassy and MSD Offices around the world!!!
BalasPadamcara Polis beri statemant, yg saya nampak:
BalasPadamNafi dulu, ...lepas tu baru siasat.
adnan
1.ko dah rabun ka bhaii!!mana ada polis bantai budak tu!
BalasPadam2.umuq dah senja bhaiii!!nanti masuk neraka kerana dok fitnah tak ketawan hala!!
nak kuburkan BN mendenya dgn undi tu.
BalasPadamtt kata jika tak tipu gerombolan tak akan adakan PRU....
boleh menggigau la sampai kiamat.
kita mau dayak yg bangun bukan mahasiswa kena pegang telurrrr tapi...apakan daya tuak dapat free kah kah kah
belajar la dari tt, mula-mula pa chu cheng, pas tu ISA....
ADALAH PERJUANGAN TAIK KUCING SETAKAT MENGGIAU DEPAN ANJING!!!
GENG,MESTI ADA SYNERGY MACAM CUKONG!!
tok janggut kena gantung kaki atas kepala ke bawah lu ada fikir?
nuar kena hina dan belasah lu ada fikir?
tt kena buru sampai sempadan lu ada fikir
sudah la lu fikir harapan ayah suruh jadi cikgu berjasa nun kat hutan sabah ajar anak dayak jgn demo mcm lu kah kah kah
woit nuar berjuang kerana rakyat kena tindas(re: Baling) bukan auku yg ciput!!
to be cool don't stop there. berjuang sampai hujung dunia selagi ada iblis menjunjung tahta!!
salam mahasiswa!!