Ahad, 1 Januari 2012
ANAK MUDA MEMULAKAN TAHUN BARU!
SALUT ANAK MUDA BANGUN MELAWAN!
KEGANASAN POLIS
1hb Januari 2012
Memasuki tahun 2012 kita dikejutkan dengan berita bahawa seramai 17 orang mahasiswa ditahan dan dua mahasiswa telah dipukul pihak polis di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Salah seorang mahasiswa tersebut, Sdr Safwan Anang masih terlantar di Hospital Slim River akibat kekasaran melampau pihak berkuasa. Kita difahamkan mahasiswa terbabit sekadar menyatakan bantahan mereka terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut agar kerajaan memansuhkannya dengan kadar segera.
Kejadian awal pagi tadi menjadi saksi bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak tidak ada iltizam politik untuk melaksanakan transformasi yang diwar warkannya. Transformasi yang diumumkan perdana menteri itu tidak lebih dari kosmetik politik bertujuan mengaburi rakyat dari kenyataan yang sebenar, bahawa pentadbiran beliau sebenarnya lemah serta tidak berdaya mengotakan janji yang dibuat. Hasrat untuk meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memastikan kebebasan kepada mahasiswa kini dilihat tidak lebih sekadar omongan kosong.
Kita menuntut agar siasatan berkaitan kekerasan terhadap mahasiswa ini dijalankan segera. Mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan kekerasan terhadap mahasiswa ini mesti dihadapkan ke muka pengadilan. Manakala itu, kita juga menuntut agar pihak polis dan Menteri Dalam Negerimemohon maaf kerana kekerasan keterlaluan yang dilakukan. Kita juga berhasrat mengulangi pendirian Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta iltizam demi memastikan kebebasan akademik terlaksana.
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat
KEADILAN MENGECAM KEGANASAN POLIS TERHADAP MAHASISWA
KEADILAN mengecam tindakan polis termasuk FRU untuk meleraikan perhimpunan aman mahasiswa di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris secara ganas pada awal pagi ini.
Difahamkan kira-kira 100 orang mahasiswa berhimpun di hadapan UPSI semalam sebagai bantahan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti serta mendesak UPSI menarik balik tindakan terhadap Adam Adli. Adam merupakan mahasiswa UPSI yang mendapat perhatian meluas apabila menggantikan bendera yang tertera gambar PM dengan panji kebebasan akademik.
Pihak polis, termasuk dua trak FRU dan pegawai Cawangan Khas hadir beramai-ramai dan pada 2.30 pagi, bertindak ganas apabila mahasiswa enggan bersurai.
Salah satu mahasiswa tersebut, Muhammad Safwan Anang dipukul oleh lapan orang pegawai polis dan SB sebelum beliau dilarikan oleh rakan-rakannya ke Hospital Slim River. Beliau mula-mulanya koma dan mengalami tulang pipi yang patah sebelum beliau akhirnya sedar diri.
Sehingga kini difahamkan kira-kira 17 mahasiswa termasuk Adam Adli telah ditangkap oleh pihak polis..
Pihak mahasiswa turut mendakwa beberapa wartawan yang menunjukkan pas media mereka turut dipukul pihak polis.
Tindakan polis pada hari ini jauh berbeza dengan tindakan mereka ketika perarakan mahasiswa ke PWTC yang berkesudahan dengan berkibarnya panji kebebasan akademik.
KEADILAN berharap Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Hussein Onn dan Ketua Polis Negara dapat segera tampil memberikan penjelasan. Keganasan ini membuktikan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri dan Agenda Transformasinya tidak membawa sebarang makna.
NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
lepas nie kuarlah dlm tivi keparat milik kerajaan keparat tentang jasa-jasa polis, kesah polis dikasari semasa menjalan tugas mencari denda (pendapatan).
BalasPadamPOLIS kita memang bangan, tak tahu langsung nak bezakan ungkapan protes terhadap kezaliman Akta U&K yang membuat graduan kita berciri bongsai dalam banyak aspek dengan mematahkan demo kecil dengan kekerasan yang tidak bernisbah. Dulu zaman penjajah polis dikenali sebagai mata-mata atau company anjing!
BalasPadamKeberanian mahasiswa nampaknya bermula di MPSI, tempat yang mana pendidikan dan pengetahuan politik menentang penjajah diperolehi oleh golongan intelektual kecil seperti guru pada zaman penjajahan British dulu.
Aden terpaksa salut golongan mahasiswa yang berani ni tidak seperti majoriti mahasiswa di IPTA lain asyik bergelut nak lulus peperiksaan yang tiada kualiti tu.
Ini masalah nyawa dalam rumah pasong.....
BalasPadamSebelum berlaku perkara yang lebih buruk lagi lebih baik menteri-menteri Umno(B)/Bn berfikir dan bertindak.
Jangan sampai berlaku perkara yang tidak diingini......
Tidak semua orang tua yang menyokong Umno(B)/Bn dan Pakatan.
Tapi ini soal nyawa anak-anak.
Sila faham perkataan ini....!!!
Untuk test market Akta Perhimpunan...... ?
Apa masalah dengan AUKU....?
Untuk mempertahankan kuasa nyawa anak-anak jadi taruhan....?
Siapa beri arahan dan kuasa untuk polis pukul dan bunuh....?
Gembirakah menteri-menteri melayu Umno(B)/Bn apabila berjaya menanam sifat fanatik dalam diri ahli-ahli kamu....?
padan muka..tu baru sikit dh kecoh sekampung..mcmni nak berjuang?
BalasPadamKalau DEMO bantah guna kepala lembu tak dipukulnya mereka?
BalasPadamKalau DEMO bantah LGE di Komtar tak dipukulnya mereka?
Kalau DEMO Perkasa sampai guna ayat bermandi darah tak dipukulnya mereka?
Sebabnya SATU-UMNO. Kalau UMNO buat DEMO semuanya HALAL dan TAK HARAM langsung.
Akhirnya sebilangan Polis dijadikan kambing hitam untuk dibenci oleh rakyat kerna arahan Menteri UMNO.
ABU!
Jadi kesimpulannya.....
BalasPadamTanamkan azam tahun baru 2012
"TANAMKAN UMNO DAN BN UNTUK SELAMA-LAMANYA"
1.laaaaa!!awatttt tak upah puk indonka!puak bangla ka!!bagi nampak ramai dah gah sikit!kalau takat 60 orang jee yang buat demo!alamat kena belasahla!!
BalasPadam2.ramai yang ngaji sampai Phd di U!!tak dan pun nak berdemo macam puak budak-budak ni!nak pikiaq tentang itu dan ini!
3.bila dapat kerja yang ok!barulah ada masa nak kritik kerajaan!nak pangkah parti lain yang bukan umno!
4.kalau nak ikut TT!!bodohlah rasanya!!bodoh sampai ke tua!!orang lain dah JUSA!pegang jawatan penting dalam kerajaan atau swasta!!dia dok sorang-sorang!tak dak rumahtangga!anakbini!!takdak tanggongjawab!!senangla dok suruh budak-budak tu berperangai macam dia!!
5.akai tak dak kot!!
http://www.youtube.com/watch?v=mvwn1TVX8m8&sns=fb
BalasPadamStudent protes 17 orang dah panggil FRU?
BalasPadamtak payah suruh malaon2 tu minta maaf azmin oi.
BalasPadamteruskan saja berdemontrasi macam di slim river tu.
satu permulaan yang baik bagi tahun 2012.
ini menandakan yang bn/umno sudah tinggal nyawa2 ikan.
tunggu masa saja untuk dibatunisankan.
pemimpin2 yang rasuah & menyeleweng patut disungaibuluhkan.
pada adam adli & gang teruskan membela tanahairmu yang dikucarkacirkan oleh pemimpin2
bn/umno yang zalim lagi korup.
mesir boleh
tunisia boleh
libya boleh
sudah pasti malaysia boleh,
boleh menumbang kerajaan bn/umno mca mic
digantikan dengan kerajaan pr/pas dap keadilan.
Demonstrasi Di UPSI.. peserta dari U-U lain.. UIA, UM, UKM, UPM, UTM, UiTM,,
BalasPadamPelajar cedera angkara sendiri - ketua polis perak....
BalasPadamBangang ka hapa? Takkan cilok mcm crita teoh beng hok jugak kot? Buat laaa crita bejenis sikit wahai polis perak.....
Kreatif laaa sikit.... Buk lg crita bleh buat....
sdr sudin, nilai nyawa dah lama murah(re:usman awang) tapi ini soal anak bangsa jadi mangsa NATO ayah yg takde telurrrrr!!!
BalasPadamjika ada ayah-- tt boleh belah la,pun NATO gak-- jika ada ayah yg tak faham memang telurrr dah kena pegang dek umno dan pr!!!
ayah yg kita maksudkan ialah macam tok janggut, tok bahaman bukan tok dangdut kah kah kah yg dah bongsai dek makna perjuangan.
ayah macam azmi? macam nuar? macam hadi? BOLEH BELAH LAAA!!! semua geng NATO!!!
jika tun ghaffar masih hidup dia akan jadi perisai pd anak mereka sbb itulah dan di situlah mulanya para nasionalis berjuang menentang penjajahan....
salam mahasiswa
aku pun tak tahulah apasal rakyat tak nak berperang dengan polis? pukul saja polis2 tu.. asyik kita jer bagi muka kat dia untuk buli kita..
BalasPadamayuh sematkan azam baru tahun 2012: mari masuk neraka beramai2!!!