Khamis, 19 Januari 2012

APA PERSAMAAN AZIZAN DENGAN SAIFUL





DUA DUA NAIK HAJI- 2 ORANG WARAK






MB KEDAH : AUKU TETAP DILAKSANAKAN DI KUIN
- minsider

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak menegaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan tetap dikenakan terhadap mana-mana mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang melakukan kesalahan.

Jelas Azizan, isu sama ada KUIN melaksanakan AUKU ke atas mahasiswa yang melakukan kesalahan bukan isu besar sebaliknya ia boleh diselesaikan secara baik.

Beliau berkata penggantungan lima mahasiwa KUIN tahun lalu dibuat mengikut peruntukan di bawah kesalahan AUKU menambah pengurusan pusat pengajian tinggi itu membuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada.

"Tindakan dibuat kerana kelima-lima mahasiswa ini melakukan kesalahan dan hukuman dibuat mengikut undang-undang sedia ada, jadi tidak timbul sama ada kerajaan negeri Kedah tidak seiiring dengan kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang mahu memansuhkan AUKU.

NOTA:
anak anak muda
pelajar dan mahasiswa
fahamilah kenyataan ini
sedarlah makna kenyatan ini


bahawa:
orang warak ke?
parti isolam ke?
to haji ke?
datuk seri ke?
semua tidak ada apa apa makna
jika sistem ekonomi yang dipertahankan
ialah sistemekonomi kapitalis

malaon ini meruntuh bagunan warisan ratusan tahun
malaon ini dua hari dahulu bergumbira
kerana duit balak banyak masuk ke dlam dana

anak muda dan pelajar
jadikan ini satu ingatan
waspada dengan kaum kapitalis
yang memakai songkok dan jubah
dan selalu pergi umrah!


CUBA BEZAKAN












NOTA:
menteri kabinet gerombolan
yang bernama saifudin menentang auku
ketua pemuda gerombolan
yang bernama khairy jamaludin menentang auku
tikus dari gerakn juga menentang auku

yang zalim telah mula sedar
yang baru berkuasa dah mula zalim
kah kah kah

65 ulasan:

  1. DEAR TT,

    FIRST OF ALL, U WERE EXCELLENT THIS MORNING OVER IN BFM.

    I CAN'T BELIEVE MB KEDAH WOULD GO AHEAD WITH THE PROJECT.

    BalasPadam
  2. sial lah ko TT....boleh samakan saiful & ustaz azizan.

    ko tau tak??? bila masa ustaz azizan main fitnah2???

    dia cuma bercakap benar tak mahu hapuskan AUKU kat KUIN....

    hahahahah....janganlah ko nak hantam keliling ajer...

    ko pon sama mcm harusani tanpa apa2 research terus nak hantam...hahahaha

    kat sini aku nak bagi ko salam pala but....hahahaha

    BalasPadam
  3. Ya Ampooonn...woit Isham ! hang pergi sendiri la Aloq Staq bangunan madrasah tu nak tau betui ka tak tindakan Azizan MB..Jangan jadi macam UMNGOK tuduh melulu ja...dalam isu ni aku tak sokong hang...rakyat Kedah terutamanya yang duk Aloq Staq semua dah tau cerita..hang jangan nak putaq alam

    BalasPadam
  4. setujU sgt bro tt. kata akta tU zalim. hampeh2.

    BalasPadam
  5. Aku tak setuju dengan kau lah TT sebab PAS jalankan akta yang kerajaan pusat buat. kalu tak ikut, silap2 kerajaan negeri yg jadi masalah nanti. sebab tu kena hapuskan auku dulu baru lah semua org ikut.

    BalasPadam
  6. TT aku cabar hg tunjuk gmbar madrasah salihiah yg ratusan tahun tu. bangunan batu yg dibina 4thn lepas ada lah.

    wakaf ni wakaf khas. utk dibuat sekolah. tapi dah tak dijaga. family pewaris wakaf khas pun setuju dgn kerajaan negeri.

    kalau benor 100 tahun bagunan yg ada skrg, aku bg kau 100 hengget

    BalasPadam
  7. Dear isham yang ku hormati.. hari ni aku tak berapa nak hormat hang skit... janganlah hang nak hentam ustaz azizan tu.. ada lah yg tak kena tu. ni hang main sapu ja.... aku rasa hari ni hang bernafas guna lubang JUBOR saiful esok baru hang pakai oksigen agaknya.....

    BalasPadam
  8. Waduh..waduh...
    itu sebablah melayu n anak muda kena bangkit sedar...

    parti politik adalah organisasi yg hanya menjadi landasan org2 politik hatta PAS sekalipun mendapat kuasa politik & ekonomi....

    Hasan Ali join pas sbb cita2 nak jd MB....cth klasik yg terkini berlaku!

    real politic....nothing impossible but always possible! kakakakakka...mampuihlah....

    BalasPadam
  9. woit tt..

    ko pon dah macam utusan meloya dan berita hairan ka?

    dapatkan fakta kes..bukan auta mcm UM dan BH!

    we salute MB Azizan!

    BalasPadam
  10. takkan semua pelajar tu betul TT?..pelajar bukan maksum TT...sama macam kau dan aku!!

    BalasPadam
  11. ramai yang masih tak faham TT...

    TT bukanlah penyokong BN, TT jugak bukanlah penyokong PR... TT adalah seorang PENENTANG IDEALISME KAPITALIS...

    mana2 yg mengikut telunjuk KAPITALIS... kita potong terus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup membujur lalu melintang patah. selamatkn akidah umat dari menyembah kapitalis tohan baru. kalau ada yg bodoh mcm lembu tak upaya kita dah sampaikn naseb dia la nak terjun jahannam. biak pi la. elok suh dia org mengaji lagi.

      Padam
  12. Terus SENTAP bila baca post ni..Tak semua item kita boleh accept dari TT la kalau macam ni..Perception to TT down sket...Anyway, TT have a rights gak....Cheers

    BalasPadam
  13. kahkahkah bro TT..bab isu madrasah kat aloq setaq tu ..aku tak respect la kat hang. Jgn dok dengaq la auta tv3 dgn puak utusan tu..Takkan hang pon jadi macam geng makcik felda..oRg Kedah tau cerita sebenar...lu jer yg ketinggalan bro...

    BalasPadam
  14. bro isham,cuba ko try up kan kes budak2 uum beberapa tahun dulu yang kena auku.baru nampak sapa yang cakap tak serupa bikin.

    BalasPadam
  15. Isham,

    Kan aku dah kata, hang sama saja dgn media arus perdana yang lain.... KANGKONG LA KANGKONG.

    Jgn marah bro, lu tetap pujaan hatiku!

    BalasPadam
  16. isham, apo kono ea jang? mabuk todi ko? bukak mato bosa2, tolingo lebar2, dah clear baru tulih, sok kok den bom jolobu, baru tau...

    BalasPadam
  17. gua sudah nampak bait2 islam kapitalis mula disuburkan.. "islam jenis cakap pandai" ini sudah lama subur didalam sosok manusia di negara ini..

    cakap tak jatuh, buat kerja serupa kepala butoh...

    berjubah dan beragama islam, tetapi sembahannya adalah sistem kapitalis.. tak mahu dihina, tetapi wajib dihina sebab sudah jadi sembelit poyo.. rumah sendiri kene roboh nanti, pun tak sedar2 lagi.. padan muka sokong membuta tuli..

    BalasPadam
  18. Setiap organisasi Ada peraturan Parti, university, madrasah, umah tangga. Disiplin kena jaga. X jaga jd hasan ali. Student kuin lagu mana silapnya? Krn join Bersih 2.0 Ka? Nasal turun bendera negeri Ka? Bendera muka mb x dak, poster Ada la. Klu kuin nk gunapakai peraturan Dan laksanakan tatatertib, nk guna yg mana? Kebebasan bersuara Dan berpolitik di kampus kuin ok Ka? Jgn buat rojak je.

    BalasPadam
  19. TT...9 komen dari entri ini, 6 tidak setuju, 3 berkecuali....maknanya lu kena buat posting baru yang ada fakta terperinci....

    BalasPadam
  20. TT, Keliling surau tu bukan ada pun kediaman org islam. Surau tu masih cantik tetapi tiap kali kita lalu nampak berkunci saja. Agaknya yang sembahyang di situ cuma musafir lalu.
    Elok juga kalau diroboh dan digantikan dengan surau yang lebih terjaga di dalam Kompleks Tunku Yaakob itu. Boleh juga peniaga dan pelanggan mengimarakkanya. Apa nak dipolitikan lagi majlis fatwa pun sudah mengizinkan.

    BalasPadam
  21. bodo lama tk habis lgi ..bodo baru dah mari..kpla hotk lu tt

    BalasPadam
  22. Mana ada islam dh kt muka bumi ni.. Masing2 nk tegkn sistem kapitalis.. Islam hnya tinggl nama n d masjid2. Tidak jauh bezanya dgn agama2 lain. Asal islam tdk sama dgn agama lain tp kini tdk lg.. Aku setuju ngn ko tukar tiub..

    BalasPadam
  23. antara hang dengan ustaz azizan, ustaz azizan lebih berani dan bijak berbanding hang, sebab beliau sanggup memimpin seluruh rakyat kedah. bukan senang nak pimpin rakyat seramai tu. setakat ni tak ada pun cerita buruk tentang beliau walaupun diasak teruk oleh media gerombolan.

    hang ada berani jadi pemimpin? setakat KAH3 je tak cukup lagi...

    BalasPadam
  24. 1. Ini persamoan Azizan ngan saiful yg gang2 liwat I dan II kut?
    Kalau itu tak tau malu kato keno liwat...

    2. kemudian disamokan MB azizan ngan saiful... er... er... duo-duo buto bilo dopan ngan duit? sobab cito pasal kapitalis

    wei betul lah... lu orang sama dah ngan UMNGOK... apo salah kritik? korang pun fanatik cam UMNGOK... melenting-lenting...

    dengar sini betul2... PAS sendiri yg bantah AUKU, tapi pakai AUKU jugak??? boleh per tak mau pakai? pahal pulak tetibe kata perlembagaan persekutuan.

    bukankah hari itu kita semua sorak AUKU dah ditolak mahkamah?

    contoh lagi... KUSZA, UPSI pun bole kene kan AUKU pada student dia, tapi diorang tak buat pun...

    YG kene Adam Adli kat UPSI, tu pun bukan bawah AUKU (kene 3 minggu gantung). Kene gak tapi tak kan nak buat sama cam diorang? Diorang tak bole tapi kita bole? Tu munapik!

    Jadi, persamaan kedua-kedua badigol tu ialah dua-dua hamba kapitalis!

    Balak, luorang backing ustaz kaki kelepet tu pahal?

    Korang tau tak Hutan Ulu Muda yg kawasan memang hutan simpan kekal, mamat tu gak la rembat balak bawah kompeni anak beranak dia... yg korang pahal sangat nak bela dia???

    Kita cakap HAK! HAK rakyat! bukan Hak Pemimpin... pemimpin bila-bila bole kaero! termasuklah TT sekalipun... bila-bila masa bole kaero!

    Hanya Idealogi yang kita pegang!

    Idealogi mungkin berlainan, gua ngan TT mungkin sosialis, luorang TERLAMPAU AGAMA DARI NABI SENDIRI, tapi matlamat kalau kita sama, kita boleh bekerjasama... bukan PEMIMPIN yg jadi matlamat kita, tetapi HAK kita...

    Sekarang ni, itu MB sudah berlidah macam biawak cam menteri UMNO, luorang masih cari jalan nak bela ustaz kaki kelentong tu...

    kita mau yg betul2 bersih! BETUL-BETUL bersih! Itu uztax Azizan memang sangat teruk, hipokrit, tua kutuk dan nak mampus pun lidah mau bercabang-cabang...

    mari kan duit, SERBAN-SERBAN BERTERABUR...

    mari kan pompuan pipi kemerah-merahan, JUBAH-JUBAH tersingkap... janggut-janggut senget!

    matlamat gua bagitau kat luorang adalah, tiada SEKOR ahli politik pun yang suci bersih... tak payah lah nak backing-backing diorang!


    kuikuikui


    (GUA TERBUKA UNTUK DIKRITIK)

    BalasPadam
  25. setuju dgn TT tentang AUKU..akta kejam kena tentang,bangang gak kalau dh tau auku zalim tapi nak guna gak..

    BalasPadam
  26. psl madrasah tu aku x setuju dgn TT..tp psl AUKU ni aku setuju dgn dia..awat azizan sapot AUKU plak??

    BalasPadam
  27. TT mmg bodoh sejak dulu. bab lawan umno mmg bagus. tp bab akhlak, mcm gampang. kalau org mcm lu jd MB, mmg mampos laa negara, lagi sial dr najib razak...

    BalasPadam
  28. Pro_Pembaharuan kalau ya pun ko jgn lah nk hina ustaz azizan mcmtu skali..tk kisah lah ko sosialis ker kapitalis ker...sbb ust.azizan ckp mcmtu tk kn terus nk samakan dgn saifool..aku tau la yg tt mmg tk brapa suka dgn pas..tp tk apa ni blog tt suka hati dia nk tulis apa kita baca bkn nk kene setuju 100% pun dgn dia pun..anyway nest G.E. nnt sama2 lah kita merealisasikan ABU...!!! bila dh menang kita tanya tt sapa yg dia suka nk lantik jd menteri baru lah org tu tk kene hentam dlm blog tt nnt...

    BalasPadam
  29. mula mula musnahkan wakaf atas alasan saya lulusan azhar lepas tu gantung pelajar atas alasan auku. ini semua geng perpaduang macam hasan ali. hanya yg tak sekolah shj yg sokong gantung pelajar tu. pimpinan pakatan cakap mansuhkan auku perpaduang cakap gantung pelajar. pelik bin ajaib mb kedah la ni.

    BalasPadam
  30. Bro Sham!! Buang masa je ko g layan melayu melayu dok dalam tempurung ni.melayu yg tak penah duduk luar negara...letih nak bagi dia org ni bijak sikit. kalau da sokong org, main sokong aje. budaya jilat...pedulikan dia org komen tentang hang...jom yamseng..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry saint. bro hisham tak yamseng la. dia minum air tapai dgn rokok surya jer.elok ko belanja dia air nira letak kayu gaharu.dekat kelantan je ada.

      Padam
  31. Ada jugak baiknya TT hentam sikit Azizan ni.Azizan ni taklah seburuk Hassan Ali tapi jenis ego jugak.Khabarnya banyak memberikan manafaat dan kemudahan kepada kaum-kerabat.Pemimpin jenis ini,elok ditegur sikit,jangan terlalu disanjung,bukan sahaja akan merosakkan dirinya tapi juga parti dan ummah.Azizan wajar faham,PAS baru memerintah Kedah,belum lagi 5 tahun.Kalau nak menang lagi tak usah ego sangat,sekali-sekali elok dengar nasihat orang.

    BalasPadam
  32. Aku ari2 lalu dpan mdrash tu.tgelak tngok banner perkasa tu.aku nak tngok ada bopa org mamat pekasa nak p imarahkan madrasah tu lpas ni,klau tak roboh la...ha,tmasuk dgn mamat2 yg dok ckp pandai dlm tv.
    Ustaz ni pon...sapot la mansuh auku tu skit..dk pon wat ayat gempaq kata maybe kuin xmo pakai auku.eh,bleh ka?

    BalasPadam
  33. org nak tumbangkan bn. ingat ABU!!! tanpa mahasiswa siapa nak bersuara? sepatutnya kjaan kedah sponsor student tu buat demo dimana mana tmasuk dparlimen baru betoi. ini tak lain pengarah kuin org bn nih? gantung gantung. mb kedah kena tunjuk gentleman kpd rakan pakatan dgn beri muka kpd pelajar.kalau tak gentleman tpaksa sepenggal je la jd mb.

    BalasPadam
  34. Aku sangat setuju dengan Tukar Tiub. Orang Melayu harus menerima kenyataan. Jangan mudah tertipu dan ditipu. Kalau orang yang zalim itu berkopiah dan bejubah putih sedikit, berjanggut kambing, berbahasa Arab, maka ramai yang tidak akan berani mengutuk mereka ini walaupun apa yang dibuat mereka jelas merupakan suatu kezaliman. Jika ada orang yang berani mengkritik, orang berani macam abang Isham, maka ramailah yang akan menegur Isham yang kononnya komunislah, Melayu liberal lah, dll.

    Syabas Tukar Tiub kerana tidak mudah ditipu oleh tok haji dan tok lebai.

    BalasPadam
  35. Hahaha kebanyakkan penyokong PR dah menyalak macam UMNO!! mereka anggap pemimpin mereka mula suci dan tak boleh ditegur! ini cara islam ka? cara demikratik ka? tak kira samada dari BN ka dari PR ke kalau salah, tegur tetap tegur hatta dia ustaz sekali pun!! Ustaz tak suci dan maksum bro!! mereka terdedah juga dengan nikmat dunia! macam Jamil baharom..

    BalasPadam
  36. BYK MUSUH DLM SELUAR DLM20 Januari 2012 pada 12:41 PG

    TT, KEMUNGKINAN PENYAMARAN MAHASISWA PRO-BN SEPERTIMANA GENG2 PERKASA ATAU POLIS MENYAMAR SBG PENYOKONG PAKATAN UTK SABOTAJ NEGERI2 PR, ATAU MB KEDAH, MENYEBABKAN MB KEDAH TERPAKSA MENGAMBIL TINDAKAN ITU UTK MENENANGKAN KEADAAN... IANYA SAMA DGN TINDAKAN DRASTIK PAS TERHADAP HASSAN ALI, WALAUPON NMPK KEJAM TP UNTUK MENYELAMATKAN PR...

    BalasPadam
  37. NMPKNYA TT DAH JADI MCM DR HASAN ALI, HENTAM AZIZAN DAN PAS...

    BalasPadam
  38. CUBA KAJI KENAPA REPUBLIK ISLAM IRAN SENDIRI TERPAKSA BERTINDAK KEJAM PD PENUNJUK PERASAAN... PSL PENUNJUK PERASAAN TU ADALAH AGEN/TERIMA UPAH DR KAPITALIS AMERIKA... TGN2 AMERIKA ADA DI MANA2..

    BalasPadam
  39. Aku boleh jangka apa akan diulas oleh UTUSANMPAH dan UTUSEKS bila baca entry bro ni....

    REady to RUmblEEEE

    kahkahkahkahkaaaah

    BalasPadam
  40. bro TT ni ideologi dye - menentang capitalism. so menentang BN ke PR or siapa skang pon. pencerahan ini bermaksud capitalism xkire org tu alim cam MB azizan or si bangang saifool, juga mengamalkan cara hidup/ideologi capitalism yg mmg xleh kita nk ubah. tp dengan pencerahan ini harap saudara2 dpt memahami dan try to ubah.

    BalasPadam
  41. Kadang2 ko ni bdoh gak no. Kena la tgk apa msud ust azizan. Dia ckap psai undang2 ni mmg wujud dan terpaksa dilaksanakan oleh ipta/ipts dlm malaysia ni. Apa kuasa yg dia ada? Klu sklipun kuin ni mlik krajaan negeri dia ttap terikat ngan akta auku ni.

    BalasPadam
  42. lu bikin org panas la tt kah kah kah pe2 pun lu ada pndirian..tt tetap tt kah kah kah

    BalasPadam
  43. dear wawris...Kadang2 den sokong ko tapi ada kala nya ko tak buat sgt kajian... buek kajian sikit....

    den

    BalasPadam
  44. kakakah.. bro isham ramei komen nampak?? kalau ahsan jadi MB dulu agak2 dia kuar PAS tak??
    -coma-

    BalasPadam
  45. Tanpa Nama berkata...

    Kadang2 ko ni bdoh gak no. Kena la tgk apa msud ust azizan. Dia ckap psai undang2 ni mmg wujud dan terpaksa dilaksanakan oleh ipta/ipts dlm malaysia ni. Apa kuasa yg dia ada? Klu sklipun kuin ni mlik krajaan negeri dia ttap terikat ngan akta auku ni.

    20 Januari 2012 2:03 PG

    kah kah kah ini la dia malaun fanatik bodo bedengung...

    maksud? maksud ape bende nyer?

    kene tindakan dah budak2 kuin tu pun! tak de maksud-maksud dah! maksud tersirat ke tersurat ker, kenyataan budak-budak tu kena!!!

    woi bodoh! tak dengar berita ker? kan mahkamah sendiri cakap AUKU dah tak bole pakai?

    tak kisah lah tu budak2 UMNO ke budak2 PR ker, diorang pun ada hak la! diorang nak bantah cara pimpinan PAS kat Kedah!

    Patut korang bagi contoh! korang cakap agama islam tu agama contoh! tapi korang buat benda yang sama jer ngan UMNO!

    Gua terus terang cakap, kenapa kebanyakkan usetax skarang bodo tak bole pikir? kenape nak ikut diorang gak?

    kritik tetap kritik...

    kata orang UMNO tak bole terima kritikan, korang pun sama gak!

    balik2 salah kan perlembagaan...

    WOI BODOH... kuiz ngan unisel bawah selangor, cube teka berape yang kene auku pasal perhimpunan samm haritu??? kenape bole???

    Hendak seribu daya bro... tak hendak, seribu dalih... nak-nak ada free Public Relation Officer cam ko, tolong ciptakan maksud tersirat konon, alasan perlembagaan konon...

    AUKU sendiri dah berlawan ngan Perlembagaan ko apa cerita bodoh?
    Mahkamah sendiri buat keputusan ari tu... tolonglah jangan jadi bodo lagi...

    sorry to say la bro... Itu Usetax adalah orang yang bodo, tak de pendirian, takut orang lain selain tuhan...

    TIADA MANUSIA SUCI MAKSUM SEKALIPUN PAKAI SERBAN, JUBAH TITLE USTAX...

    tak bole kritik sebab dia usetax? boleh blah la!

    BalasPadam
  46. Salam Pak TT...

    Benarkah ko pon sama mcm harusani tanpa apa2 research terus nak hantam...

    Benarkah Hasan Ali join pas sbb cita2 nak jd MB...

    Benarkah hari ni hang bernafas guna lubang JUBOR saiful esok baru hang pakai oksigen agaknya...

    Benarkah ko pon dah macam utusan meloya dan berita hairan...

    Benarkah TT adalah seorang PENENTANG IDEALISME KAPITALIS...

    Benarkah hang pon jadi macam geng makcik felda...

    Benarkah Kan aku dah kata, hang sama saja dgn media arus perdana yang lain.... KANGKONG LA KANGKONG...

    Benarkah kalau org mcm lu jd MB, mmg mampos laa negara, lagi sial dr najib razak...

    Benarkah NMPKNYA TT DAH JADI MCM DR HASAN ALI, HENTAM AZIZAN DAN PAS...

    Benarkah kah kah kah...

    BalasPadam
  47. ari tu robohkan surau sebab hujahnye kat mekah, rumah ahli keluarga nabi pun wahabi bole robohkan..

    la ni setuju dgn auku hujahnye seluruh ipta/ipts negara umno kekalkan auku, kita cume wat auku pada satu 1 ipt je..hahaha

    dalam mazhab sunnah wal jamaah @ sunni, ulama x pernah wat salah @ berdosa sebab mereka ini wakil tuhan dan jika ade tindakan mereka tdk tepat @ salah mereka diberikan 1 pahala dan jika betul akan diberikan 2 pahala..tuhan sendri cakap kat diorang cmtu..

    BalasPadam
  48. Ini pendirian Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Ketua DPPM:-
    1. Saya menulis saat ramai orang sedang enak tidur di buai mimpi. Sejurus tiba dari Kuala Lumpur sebentar tadi, jam menunjukkan 2.30 am. Bukan sahaja saya tidak mampu melelapkan mata tetapi juga resah mengenang masa depan yang tentunya menjanjikan 1001 cabaran buat diri saya dan perjuangan Islam yang saya dokong ini.

    2. Antara yang benar - benar mengganggu keselesaan dan mengusik jiwa muda saya buat masa ini ialah isu KUIN dan AUKU. Sekian lama saya berlunak dengan semua pihak bagi menjernihkan suasana dan meredakan keadaan. Sebelah kanan saya ialah bapa yang banyak membekal ilmu, hikmah dan pengalaman berjuang sementara sebelah kiri saya ialah adik - adik yang meronta mohon diadili selayaknya. Sementara saya masih berdiri digaris tengah dengan tetap mempertahankan prinsip perjuangan suci yang saya galas sejak sekian lama.

    3. Sebahagian prinsip yang saya maksudkan itu ialah pendirian saya dan pendirian Dewan Pemuda PAS Malaysia terhadap AUKU. Jelas pendirian kami sehingga kini tidak berubah iaitu mansuhkan AUKU. Sebagaimana saya pernah ke lokap, bermandi air asid dan bersimbah gas pemedih mata memperjuangkan pendirian Mansuhkan ISA, maka demikianlah saya dan rakan - rakan pemuda konsisten berjuang untuk mansuhkan AUKU bukan memindanya seperti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan UMNO dan BN. Terbaru saya telah meminta agar JUHAM DPPM menghantar memorandum bantahan AUKU dan RUU Himpunan Aman kepada kementerian yang terbabit, tetapi tertangguh atas faktor kesesuaian masa dan pertembungan program. Insyaallah ia akan di"proceed" dalam tempoh terdekat.

    4. Pendirian ini bukan kepada kes - kes tertentu atau universiti dan kolej tertentu tetapi meliputi semua termasuk KUIN yang berada di bawah Kerajaan Negeri Kedah dan ianya ditadbir oleh Pakatan Rakyat sementara Menteri Besarnya dari PAS. Pendirian kami tidak berubah dan tegas. Malah beberapa kali telah saya kemukakan samaada dihadapan YAB Menteri Besar sendiri, mahupun melewati kenyataan media yang menggesa agar KUIN bertindak wajar dan tidak menggantung 5 orang mahasiswanya.

    5. Namun, cara dan pendekatan saya mungkin berbeza dengan pihak lain termasuk sebahagian mahasiswa sendiri. Ianya berasaskan khibrah atau pengalaman, sedang saya pernah melalui alam kemahasiswaan. Saya telah merayu dan meminta jasa baik KUIN agar mengkaji semula tindakan yang diambil dan saya telah merancang untuk pergi mengadap pihak tertinggi dalam pentadbiran KUIN. Namun hasrat itu tergendala apabila saya dimaklumkan bahawa kes ini akan dibawa ke mahkamah oleh pihak mahasiswa. Maka biarlah mahkamah yang membuat keputusan kerana kes ini telah dihadapkan kepada mahkamah.

    BalasPadam
  49. 6. Saya mengambil sikap, jika itu adalah keputusan yang dianggap wajar oleh adik - adik mahasiswa KUIN yang digantung pengajian mereka oleh pihak pentadbir KUIN tersebut, maka saya akur dan mendoakan agar mereka beroleh kejayaan. Buat pengetahuan umum, saya sendiri telah bertemu dengan adik - adik mahasiswa yang telah diambil tindakan ini dan mendengar suara serta penegasan mereka, malah saya masih ingat lagi kata - kata saya kepada mereka dengan disaksikan oleh Sdr Sabki Yusuf Naib Ketua DPPM pada waktu itu, Yb Ust Nasir Zakaria selaku Exco DPPM dan Ust Ahmad Yahya selaku Ketua DPP Negeri Kedah. Apa yang saya tegaskan ialah, jika antum rasa ini adalah satu kebenaran maka antum mesti mempertahankan pendirian antum dan hadapinya sehingga berjaya. Inilah idealisme mahasiswa dan perjuangkannya.[ Itu penegasan saya dan itu prinsip saya dan tidak perlu saya ulang sebut acap kali seperti ia bukan suatu yang penting dan muktamad sedang ia prinsip dan muktamad sifatnya. Saya pun tidak suka bercakap perkara yang sama berulang kali. ]

    7. Sepanjang tempoh itu pula, saya tidak meninggalkan kes ini berlalu begitu sahaja. Saya minta jasa baik JUHAM pula untuk meneruskan apa jua usaha yang boleh DPPM hulurkan kepada mahasiswa tersebut. Bermula di zaman Dr. Zulqarnain menjadi pengarah JUHAM dan dibantu sdr Abdullah Karim selaku Exco DPPM pada waktu itu yang juga merupakan seorang lawyer sehinggalah sekarang, JUHAM bersama pengarah barunya sdr Zamri terus mewakili DPPM menghulurkan apa jua bantuan yang dirasakan perlu.

    8. Ertinya saya tegaskan disini bahawa DPP Malaysia terus komited dengan gerakan Mansuhkan AUKU dan tentunya kita harapkan mahasiswa sendiri yang "lead" atau terajui gerakan mansuhkan AUKU justeru itulah perjuangan agar mereka bebas dari cengkaman AUKU yang membelenggu mereka sejak lebih 40 tahun lalu. DPPM bersama dengan gerakan mahasiswa sebagai pelapis kepimpinan negara akan datang.

    9. Saya tidak mengambil sikap menghukum siapa benar dan siapa pula salah dalam hal mahasiswa vs KUIN ini. Kerana pastinya kedua - dua belah pihak mempunyai hujjah masing - masing dalam mempertahankan sikap dan tindakan yang diambil, tetapi saya mempersoalkan bentuk hukuman dan cara ianya diambil. Menggunakan AUKU bukanlah langkah bijak sebagaimana menafikan hak mahasiswa bersuara juga bukan langkah yang baik.

    10. Akhirnya saya berharap adik - adik mahasiswa bersabar mendepani dugaan ini. Andai kalian dipihak yang benar, pasti sahaja kebenaran itu akan terserlah jua. Kerana Allah bersama hambanya yang benar dan sabar. Saya jua senantiasa mendoakan kejayaan kalian. Teruskan perjuangan membebaskan mahasiswa dari kepungan AUKU, biar siapa yang terpaksa didepani. Namun nasihat saya selaku ketua DPPM, berjuanglah dalam kawalan adab dan akhlak yang diajar oleh Islam, agar tidak emosi menguasai diri tetapi kebijaksanaan, kewibawaan dan kematangan mahasiswa kelak akan membuka mata semua pihak.

    Selamat berjuang dari saya
    Nasrudin bin Hassan
    Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

    BalasPadam
  50. TT,

    pendukung palat PAS ne memang ada.. kat Selangor pun ada.. ingat lagi kes air 20m3 percuma..

    org mengadu ngapa tak potong/rebet.
    gedebe PAS jawab sebab penghuni tak bayar duit maintenance..

    beiul betol la pendukung PAS tu apa kaitan tak bayar maintenance nga rebet 20m3.. guna akal la sikit..

    bagaimanapun setelah bertekak badak... kerajaan negeri bagi juga rebet.

    tu la bezanya PR ngan UBN
    PR dengar juga selepas bertekak..
    UBN kalau bertekak kena terajang lagi ada la..

    BalasPadam
  51. Apa sudah jadi sama ini Azizan?/
    Dia nak berkawan dengan Ah San ker pulak???
    Atau dgn Nordeng gong geng???

    BalasPadam
  52. wpi..gang2 sosialis..lu pun dh jd cam hassan ali ko...ingt diri dan pegangan lu org je yg boto..org lain sume salah...taik lah pejuang sosialis...dalam dunia ni sume samo je..baik kapitalis ke..sosialis ke..sume hampeh..!!!sume munafik..!!jd cam gua lg baik..takde pegangan ape2..lu nk mati ke..lu nk rasuah ke..ape aku pedulik..!!kahkahkah..ok ke gua nye pegangan bro...???

    BalasPadam
  53. TT awat kata lagu tuh..hahaha marah la rakyat Kedah Darul Aman..Terkejut gak la aku..Mungkin ada salah faham.Pa2 pun TT best..

    BalasPadam
  54. MB aizan kata betui la TT auku sbb ikut akta kerajaan...
    mcm harga minyak la TT, takkan MB Azizan nak turun minyak kat kedah...mau tak mau kena ikut harga yg kerajaan persekutuan letak la jgk...
    sori no kdg2 aku tgk hang ni hentam ikut dan saja...tak kira kawan atau lawan...mcm mana nak ABU, kawan pun hentam ikut dan lagutu saja...sori noo esok hang mai aloq staq kepala hang aku putaq....hahaha

    BalasPadam
  55. Apahal ni ... semua nak tunjuk pandai..semua nak komen kat sini mcm cerdik2..semua tunggu TT tulis/buat ulasan baru terfikir nak komen???kakkaka

    BalasPadam
  56. aku cadangkan Saifudin Nasution bertanding di DUN - LUNAS (kedah) dalam PRU-13.

    YB Datuk Saifuddin Nasution wajar dinobatkan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru menggantikan Ostaz Azizan yg ego, emosi dan ekstrim.

    BalasPadam
  57. Apa persamaan HISHAM dengan PAPAGOMO

    SAMA...SAMA.... SAMA..

    Takder meknernyer


    Apa yang dia tak puas hati sangat dengan orang ... ingat2 langit tinggi rendah

    Kalau Saiful samakanlah dengan Ariel peterpan

    Kalau Ustaz Azizan , letaklah persamaan dengan cendikiawan atau ustaz

    BalasPadam
  58. aku dah mula meluat kat hang tt. ulasan hang pasai ustaz azizan n masalah kuin. hang dok jauh taktau perkara sebenar. takkan adam adli dah gocoh sikit di kuin hang dah nak balun kedah sampai nak rak. ibu segala kejadian adalah umporno kedah.

    i demo student pasai hostel tak cukup depan masjid sultanah - di war2kan oleh ajk umno

    ii student kena buang tu ketegak pasai umporno dok jolok

    iii Ustaz Azizan bg ruang kat Kuin selesai elok2 - umporno panggil tv cerita hat tak betoi

    iv. auku digunakan pasai undang2 tu yg ada - yg di arahkan oleh KPT untuk laksana di semua ipta/ipts seluruh malaysia. Walpun Kami tak pernah setuju auku

    v. u kena ingat dalam kes ni ada a) kerajaan negeri b) PAS c) Kuin d) Mahasiswa dan e)Umporno yg dok amik kesempatan. Semua nak untuk baik. Student kuin ada 7 ribu kemudahan hanya untk 4 ribu. kampus baru tak siap lagi.

    BalasPadam
  59. aku dah mula memilih blog yg ada dalam internet untuk dinyahkan dari minda aku. aku benci pada manusia yg hanya copy paste dalam blog. talam 2 muka lebih dahsyat dari saipul n umi hafilda. tt hang sedar le sikit, buat kajian dan hebah yang benar. jgn esok hangpa jadi bahan cacian dan hinaan. kekadang aku ingat geng hampa ni semua sama dengan papaporno :
    dari awang mat husin jitra

    BalasPadam
  60. Siapa tahu sebab asal 5 pelajar tersebut digantung taraf mereka sebagai pelajar KUIN?

    Siapa tahu perbezaan makna 'menggunapakai undang-undang yang sedia ada' vs 'kesediaan untuk meminda akta/undang yg zalim'?

    Siapa arif tentang muslihat berperang yg boleh mengalahkan musuh vs muslihat berperang yang sebaliknya memenangkan musuh?

    BalasPadam
  61. salam kepada yang komen ikut palabut...

    daripada buat fitnah lebih baik kau minta penjelasan dari pihak yang dituduh...

    pak tt buat tuduhan biar dia buktikan dulu...

    pastu barulah minta penjelasan dari ustaz azizan...

    cobaan mengaitkan ustaz azizan dengan saiful pula menjelaskan niat pak tt...

    apakah niat pak tt...

    ha... yang ini kita nak tau.

    BalasPadam
  62. salam danial baroni...

    aku setuju kata hang 'TT bukanlah penyokong BN'...

    setuju jugak kata hang 'TT jugak bukanlah penyokong PR'...

    aku tak setuju kata hang 'TT adalah seorang PENENTANG IDEALISME KAPITALIS'...

    sama seperti aku tak setuju pak tt hardcore pkr...

    bagi aku pak tt adalah 'parasit' pkr...

    kerana dia dulu dan kini...

    seorang sosialis tegar...

    menumpang pkr selagi mana pkr menepati seleranya...

    agenda utamanya menegakkan negara sosialis...

    selebihnya lu fikir la sendiri...

    kah kah kah.

    BalasPadam