Rabu, 11 Januari 2012

BERITA PALING MENGHAIRANKAN




HAIRAN LAGI PELIK



bertan tan dadah di temui
berkilo kilo dadah di jumpai
tapi tak ada pendakwaan

yang ditahan apek cicak kubin
kah kah kah


BUKAN BERKILO BERTAN TAN











LELAKI MALAYSIA DALANG EDAR DADAH – berita hairan

Ketuai sindiket pengedaran RM106.3 juta syabu, pil ecstasy di seluruh Indonesia

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Malaysia, disyaki dalang sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang beroperasi di Jakarta, Indonesia, ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di bandar raya itu, Ahad lalu.

Sumber memberitahu , penahanannya susulan penemuan 50 kilogram kristal methaphetamine (syabu) bernilai kira-kira RM106.3 juta, yang cuba diseludup masuk ke negara itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada hari sama.

“Seorang lelaki warga Indonesia, dipercayai anggota sindiket turut ditahan dalam operasi itu. Hasil soal siasat, suspek mengaku bekerja untuk seorang lelaki warga Malaysia di Jakarta, dipercayai dalang sindiket itu, malah memberitahu dadah dirampas sedang dalam proses penghantaran ke rangkaian pengedaran mereka di seluruh Indonesia,” katanya.

Bertindak atas maklumat suspek, Lembaga Narkotik Kebangsaan (NNB) dan Polis Indonesia menyerbu sebuah kondominium mewah di Jakarta Barat yang membawa kepada penahanan warga Malaysia terbabit.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui 357,000 pil Ecstasy yang sudah siap diproses dalam satu bilik di kondominium itu. Berdasarkan penemuan itu, ada kemungkinan kondominium berkenaan digunakan sebagai pangkalan operasi mereka, selain pusat pembungkusan dadah,” katanya.

NOTA:
kita selalu terbaca berita tangkapan penyeludup dadah
emapt hari dulu seorang warga iran ditangkap
kondo mewah di solaris dutamas dijadikan bilik makmal
sebelum ini berapa ramai kita terbaca warga iran di tahan
sebelum ini berapa ramai kita baca warga afrika bawa dadah


tetapi
lepas itu semua senyap
tak tahu hujung pangkal
berita hilang entah ke mana


apa yang kita baca:
hanyalah mak cik warung jatuh hukum gantung
tukang kebun jatuh hukum gantung
mat pet kena jil 5 tahun
mat rempit kena 2 tahun


apa jadi dengan pemyuludup warga iran?
apa jadi dengan penyuludup warga afrika?

apa jadi dengan kes dadah 1 tan di endau rompin?

NOTA:
ada sesiapa tahu cerita?





11 ulasan:

  1. Ape dah jadi dengan kes penjualan bayi di Sarawak yang melibatkan "Datuk"

    BalasPadam
  2. vedio cool.......

    http://www.youtube.com/watch?v=5RwSymLWogU

    BalasPadam
  3. Anti pembodek UMNO dan BN11 Januari 2012 pada 11:43 PG

    Kene reformasi sistem kehakiman dengan tukarkan peguam negara si gani patail tu....pada pendapat aku bnyk sungguh cacat cela dan kegagalan pendakwaan dalam mahkamah dilakukan oleh pendakwaraya dan pejabat peguam negara...mcm ada yg xkene...

    pembunuh, penyeludup dadah dan penjenayah ditangkap polis yg cekap....tp dilepas sbb xcukup bukti....pernah keluar utusan meloya dulu ada hakim sound polis & pendakwaraya xkeje dgn teliti dan komited utk cari bukti dakwa penjenayah...lalu terpaksa dilepaskan penjenayah tu...

    lagi la penjenayah kes high profile & penjenayah VIP...dah tentu kita boleh ramal diorg akan terlepas dan dpt hukuman ringan....sgt tidak adil!...

    aku xpercaya polis & sistem kehakiman kita ...korang came, percaye ke?

    BalasPadam
  4. Pasaipa muka apek malaon pun ado?

    BalasPadam
  5. kat amsterdam dulu, mamat sane mintak api nk nyala ganja xde hal pun.... nak gantung2 ni pasal apa? ikan bilis kene gantung.... ikan paus kenyang makan xabis....

    BalasPadam
  6. biasa bob malaysia semua boleh
    yang hina masuk penjara
    yang kaya duduk luar lah
    kalau ada pulus semua jadi bro...
    kah kah kah

    BalasPadam
  7. Ameng Spring dok jail 8 tahung..Awang Hitam dan sekutunya tak sampai 8 hari je..pas tu free...
    Malaysia Boleh!!

    BalasPadam
  8. ini mesti dah kautim dengan polis. macam jual amoi sebelah pasar ikan pudu la. takkan polis tak tahu kot.

    BalasPadam
  9. Malaysia boleh blah..!!

    BalasPadam
  10. Oiiiit!!!
    Apek pun ader....
    apa kena-mengena polis jumpa dadah dengan apek nih

    nak kena saman TT nih

    BalasPadam
  11. sy tau cite endau rompin!!! huhuhuhuhu... amponnnnnnn

    BalasPadam