Selasa, 17 Januari 2012

BUKAN SAJA KANG KONG - INI KANG KONG TAK ADA TELOOO





SASTERA MELAWAN BUKAN MEMBODEK








JANGAN HERET SAYA DALAM PERKELAHIAN POLITIK
– mkini

Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh menyatakan kekecewaannya terhadap laporan sebuah harian berbahasa Melayu berhubung laporan yang mendakwa DAP "membinasakan" identiti Melayu.

Katanya, laporan Berita Harian bertarikh 14 Januari -- bertajuk "DAP binasakan identiti Melayu: Sasterawan desak selamatkan warisan sejarah"-- tidak betul dan tidak menggambarkan apa yang diucapkannya.

"Saya tidak menyebut kerajaan BN atau DAP dan mengharap orang yang berfikir dapat meneka - tetapi selama 50 tahun lebih orang Melayu sedikit demi sedikit lari ke Seberang, terperosok di rumah pangsa yang sempit dan kehadiran mereka di negeri ini, terutama di pulau, semakin menipis.

"Ramai daripada mereka miskin dan terdesak. Masalah yang dihadapi orang Melayu berusia lebih 50 tahun. Kerajaan sekarang baru saja beberapa tahun memerintah, dan baru saja cuba menangani masalah ini," katanya.

Dr Muhammad berkata, beliau tidak berminat menyokong kerajaan mana pun, sebaliknya hanya bertindak sebagai "pemerhati dan pengkaji orang Melayu dan orang Malaysia di Pulau Pinang" dan ingin mengetengahkan masalah mereka.

"Apa yang berlaku sejak lebih 50 tahun ini ialah tragedi orang Melayu dan orang miskin," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Dalam kenyatannya semalam, Dr Muhammad menegaskan, masih terdapat orang Malaysia yang "tidak berfikir dari sudut dan untuk parti" dan sebagai penulis, beliau ingin melihat dan berfikir dengan saksama.

"Harap jangan diheret saya ke kancah perkelahian politik. Pengarang ialah kata hati masyarakat dan kami ingin menjalankan tugas kami dengan jujur," katanya lagi.

Sehubungan itu, ekoran salah lapor itu, beliau berkata, Berita Harian bertanggungjawab secara etikal dan moral untuk menyiarkan penafiannya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... SIAPA SEGERAWAN INI?.... kah kah kah..

kah kah kah..APA BUKU SEGERAWAN INI TULIS.... kah kah kah..

jkah kah kah..TAK PERNAH DENGAR PUN BUKU HASIL SEGERAWAN INI..... kah kah kah..

kah kah kah... NAMPAK SANGAT SEGERAWAN TAK ADA TELOOO...kah ka kah..

kah kah klah...TAK SOKONG SANA... TAK SOKONG SINI....POOORAH.... kah kah kah...

kah kah kah...TAK SOKONG YANG ZALIM... TAK SOKONG YANG ADIL...kah kah kah..

kah kah kah..TAK LAWAN KEJAHATAN... TAK MAHU MENOBATKAN KEBAIKKAN,.. kah kah kah..

woit...KEPALA BANA SAGERAWAN JENIS APA INI.... kah kah kah..

kah kah kah...LEBIH HINA DARI IBARAHIM ALI...kah kah kah..

klah kah kah..LEBIH HINA DARI ZUL NORDIN.... kah kah kah..

kah kah kah..LEBIH HINA DARI HASAN ALI....kah kah kah..

woit...ZUL NORDIN..IBRAHIM ALI... HASAN ALI...SEKURANG KURANGNYA MEREKA MENGAMBIL KEDUDUKAN.... kah kah kah..

kah kah kah...SEGERAWAN INI TAK ADA PANDANGAN...POOORAH...kah kah kah

kah kah kah..INI MESTI ADA NIAT NAK AGAR BUKU SENDIRI DAPAT JADI BUKU TEK...kah kah kah..

kah kah kah..SEGERAWAN BOOODEK DI MALAYSIA INI HANYA ADA SATU CITA CITA .... kah kah kah..

kah kah kah...JADIKAN KARYA MEREKA BUKU TEK..... kah kah akh..

kah kah kah..KALAU TIDAK JADI BUKU TEK ....TAK ADA ORANG BELI.... kah kah kah

woit..KALAU DAH KANG KONG...SUSAH NAK JADI ROTAN... kah kah kah

NOTA:
cuba teka apa hasil buku segerawan ini?
kah kah kah





TEST UNTUK KANG KONG






UJIAN UNTUK SEGERAWAN KANG KONG:
sila tanya segerawan kang kong ini
apa gambar ini?


31 ulasan:

  1. saya harap tukar tiub jangan menghina orang sesuka hati, dr. muhammad haji salleh tidak mahu menyebelahi sesiapa dari segi politik adalah hak peribadinya, anda tidak patut mengata dia lebih hina dari ibrahim katak atau hasan katak, anda tak boleh anggap semua orang yang tidak menyokong pakatan rakyat sebagai bangsat itu adalah hak masing-masing,lagi satu dr. muhammad haji salleh banyak menulis buku tentang bahasa melayu dan banyak buku beliau dijadikan rujukan di sekolah dan universiti, anda kata kita kena rajin membaca dan menyelidik tapi saya rasa anda pun kurang membaca dan menyelidik, kalau benar anda seorang yang liberal dan demokrat siarkan ulasan saya ni

    BalasPadam
  2. mohon kongsi.
    http://kumpangmeah.blogspot.com/2012/01/solidariti-menjatuhkan-manusia-mutant.html

    BalasPadam
  3. Apa la TT... Suka hati dia lah tak nak sokong mana-mana pihak... Betul apa yang dia kata tu.

    BalasPadam
  4. Sajak Untuk Melayu

    Melayu itu orang yang bijaksana
    Nakalnya bersulam jenaka
    Budi bahasanya tidak terkira
    Kurang ajarnya tetap santun
    Jika menipu pun masih bersopan
    Bila mengampu bijak beralas tangan

    Melayu itu berani jika bersalah
    Kecut takut kerana benar
    Janji simpan di perut
    Selalu pecah di mulut
    Biar mati adat
    Jangan mati anak

    Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
    Jawa itu Melayu,
    Bugis itu Melayu
    Banjar juga disebut Melayu,
    Minangkabau memang Melayu,
    Keturunan Acheh adalah Melayu,
    Jakun dan Sakai asli Melayu,
    Arab dan Pakistani, semua Melayu
    Mamak dan Malbari serap ke Melayu
    Malah mua'alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)

    Dalam sejarahnya
    Melayu itu pengembara lautan
    Melorongkan jalur sejarah zaman
    Begitu luas daerah sempadan
    Sayangnya kini segala kehilangan

    Melayu itu kaya falsafahnya
    Kias kata bidal pusaka
    Akar budi bersulamkan daya
    Gedung akal laut bicara

    Malangnya Melayu itu kuat bersorak
    Terlalu ghairah pesta temasya
    Sedangkan kampung telah tergadai
    Sawah sejalur tinggal sejengkal
    Tanah sebidang mudah terjual
    Meski telah memiliki telaga
    Tangan masih memegang tali
    Sedang orang mencapai timba
    Berbuahlah pisang tiga kali

    Melayu itu masih bermimpi
    Walaupun sudah mengenal universiti
    Masih berdagang di rumah sendiri

    Berkelahi cara Melayu
    Menikam dengan pantun
    Menyanggah dengan senyum
    Marahnya dengan diam
    Merendah bukan menyembah
    Meninggi bukan melonjak

    Watak Melayu menolak permusuhan
    Setia dan sabar tiada sempadan
    Tapi jika marah tak nampak telinga
    Musuh dicari ke lubang cacing
    Tak dapat tanduk telinga dijinjing
    Maruah dan agama dihina jangan
    Hebat amuknya tak kenal lawan

    Berdamai cara Melayu indah sekali
    Silaturrahim hati yang murni
    Maaf diungkap senantiasa bersahut
    Tangan diulur sentiasa bersambut
    Luka pun tidak lagi berparut

    Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
    Selaga yang ada sanggup diberikan
    Sehingga tercipta sebuah kiasan:
    "Dagang lalu nasi ditanakkan; Suami pulang lapar tak makan"
    "Kera di hutan disusu-susukan; Anak di pangkuan mati kebuluran"

    Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
    Masihkan tunduk tersipu-sipu?

    Jangan takut melanggar pantang jika pantang menghalang kemajuan;
    Jangan segan menentang larangan jika yakin kepada kebenaran;
    Jangan malu mengucapkan keyakinan jika percaya kepada keadilan

    Jadilah bangsa yang bijaksana
    Memegang tali memegang timba
    Memiliki ekonomi mencipta budaya
    Menjadi tuan di negara Merdeka

    NOTA: Sajak ini adalah hasil nukilan Allahyarham Dato' Usman Awang, Sasterawan Negara 1929-2001...

    BalasPadam
  5. 17 Januari 2012 11:47 PG

    ini statement dari mamat bangang.. dr kang kong itu memang patut dihina.. mahu karya jadi buku teks.. duit dapat berkepok2..kemudian kita patut sama2 terajang saja bertubi2 kerana bodohnya menjadi kangkong bangang.. wawasan dia adalah kepala pelir dia..hahahaha

    pandai tak boleh ditumpang.. bodoh pulak melantun2.. mari kita ramai2 menghina dr yang hodoh ini..

    kalo bodoh tak mahu amik tempat, sila duduk kat kampong2 felda la.. ini jadi ahli akademik, tapi lebih suka jadi syaitan bisu... tak payah belajar..

    mari kita hina dr bangang ini.. kerana apa? kerana dia memang sembelit hina yang terlalu poyo.. rebellllll....

    BalasPadam
  6. cuba tanya dia pasal Anwar Ibrahim...confirm lajuu aje kankong ni bercakap...sah sah Prof KangKong

    BalasPadam
  7. Tukar Tuib harus menerima bahawa tidak semua rakyat Malaysia berpihak kepada mana2 parti politik. Melihat secara positif ada lah lebih baik dari melebelkan prof dari Hasan Ali atau Ibrahim Ali. Pandangan Prof adalah sesuatu yang benar berlaku.

    Tukar tuib juga kene open sikit jangan keterlaluan dalm Kah Kah Kah nye...
    Dari penyokong PR & ABU

    BalasPadam
  8. Tukar Tuib harus menerima bahawa tidak semua rakyat Malaysia berpihak kepada mana2 parti politik. Melihat secara positif ada lah lebih baik dari melebelkan prof dari Hasan Ali atau Ibrahim Ali. Pandangan Prof adalah sesuatu yang benar berlaku.

    Tukar tuib juga kene open sikit jangan keterlaluan dalm Kah Kah Kah nye...
    Dari penyokong PR & ABU

    BalasPadam
  9. Tanpa nama 0747PM
    tak payah lah kau susah2 nak nasihatkan TT.. Baik kau pi nasihat professor tu..kalu tak nak dihina jangan buat apa apa kenyataan pasal politik.. Duduk diam2 dan chating ngan tembok memang sah tembok tu tak akan hina kau..bodoh tahap shitfool..

    BalasPadam
  10. Tak sokong sana tak sokong sini. SAH seratus peratus menyokong UMNO/BN. dulu kini dan selama lamanya karat biru UMNO.

    BalasPadam
  11. Seseorang yang mempunyai 'standing' dalam masyarakat seperti penulis, sasterawan, pemimpin NGO, ulama, wartawan, novelis, kartunis, akademik dan sgbnya harus bersikap jelas secara politik iaitu memihak kepada rejim penindas/mendukungnya atau menentang habis-habisan rejim korap dan bobrok itu, tak boleh berpacak atas pagar alias apolitical. Seorang Nabi atau rasul pun berpendirian yang ia menyokong atau melawan rejim penindas baik sistem abu jahal atau sistem firaun. Dia tak leh berdiri atas pagar tanpa pendirian dan berpura-pura kureng faham akan sebuah sistem yang berciri penindas itu. Kalu dia kritikal pasti dia tak mungkin boleh dapat banyak anugerah atau habuan dari rejim berkenaan. Dia mesti macam Pramoedya, A.Samad Said, Rendra dan ramai lagi sasterawan ulung di banyak negara dari seantero dunia.jangan seperti Ezam, Zulkifli, Zahrain, Zaid, Hassan , Ibrahim Ali, Chandar Muzaffar and juga kassim Ahmad meskipun kelihatan macam filosof lembu tetap mendukung kuat terhadap sebuah rejim eksploitatif tetapi mempunyai pendirian, ada telooooo!

    BalasPadam
  12. Salam..
    Kalau kata yang HAQQ, mungkin dapat ganjaran dari PENCIPTA jika "beriman"..
    Lain dari itu mungkin ada betulnya TT..
    atau lagi bawah..
    Penilai sejati adalah PENCIPTA..
    Pencerah Jiwa..

    BalasPadam
  13. kali ni aku rasa majoriti akan balun ko pak tt..

    sasterawan tu dah suruh surat kabar sampah betulkan balik reporting membelit tu kan..kira ok la tu..

    ko pulak pegi bantai kiri kanan depan belakang...apa ra ko no pak tt..jangan nyanyok lagi..byk org nk baca lg tulisan ko..klau dah nyanyok nanti xdak sapa nk baca tulisan ko plak

    kahkahkah

    BalasPadam
  14. segarawan kangkong takut nanti kene gantung 3 sem lagi pon telo dia dah lanjut dah bolih buat loceng

    BalasPadam
  15. Cari makan...
    sokong pr, orang bn marah
    sokong bn, orang pr marah
    sokong tengah-tengah, semua marah
    tak sokong mana-mana, TT marah

    susah jadi kangkong nih
    sokong salah
    tak sokong salah

    baik kita sokong ABU

    BalasPadam
  16. dr muhammad haji salleh lahir dibumi pusara mat indera...(bumi ahmad busu juga).dr lahir disatu rumah kampung dibawah bukit,bukit changkat resam.tp confirm dr pun tak tau sbb dia dah lama x balik kampung.tapak umahnya pun dah kena sodok dibuat ladang kelapa sawit.sepupunya ada yg jd doktor di ip**.aku pun tak tau sbb apa dr lama tak balik kampung,tp bukunya banyak pasal kisah orang merantau menyesal tak balik kampung.dah la tu dr.,p la balik tepen...penang bukan jauh sgt.anak menakan hang nak pecah geran susah ni.ops,btw tt,i aso still keep an article about u in mastika 1975.mmg waktu tu jambang hang mcm che..perkhh,legend.aku try scan and upload.

    antara bukunya
    1)menyeberangi sejarah
    2)antologi kepulangan sitanggang
    3)hikayat hang tuah

    BalasPadam
  17. kah kah kah... tt malas study... kah kah kah.

    BalasPadam
  18. kepada tanpa nama 0747pm kita sebagai manusia hendak menasihati di antara satu sama lain dan satu lagi kita tak boleh amalkan "with me or against me" hak prof tu nak buat apa juga kenyataan lagi pun kenyataan dia tak menyebelahi mana-mana pihak

    BalasPadam
  19. kepada tanpa nama 0747pm kita sebagai manusia hendak menasihati di antara satu sama lain dan satu lagi kita tak boleh amalkan "with me or against me" hak prof tu nak buat apa juga kenyataan lagi pun kenyataan dia tak menyebelahi mana-mana pihak

    BalasPadam
  20. kalu tak berpihak kpd mana-mana parti politik, mananya tak mengundi la kang kong ni... jd memang kang kong la..

    BalasPadam
  21. kepada tanpa nama 0747pm, kenyataan anda ini kurang bijak, menasihati sesama manusia adalah dituntut oleh agama islam, lagi satu membuat kenyataan politik adalah hak seseorang manusia walaupun kenyataan tersebut mungkin tidak selari dengan pendapat kita dan saya rasa kenyataan beliau ni tidak menyebelahi mana-mana pihak, satu lagi saya rasa prof ni bukan prof kangkung macam zainal kling,ramlah adam mahupun khoo kay kim

    BalasPadam
  22. Kepada tanpa nama 1.51 ptg,

    Hang pun bodo Shitfool gak. Biarlah prof. tu nak bersifat berkecuali (atas pagar). Dia tu academician, dia kena tgk dari dua2 belah pihak. At least dia tak kutuk Pakatan dan Anwar Ibrahim.

    Dia lagi baik dari Berahim katak dan Zul katak, and hasan akidah, 3 malaons ni cakap sebab nak duit je, bukan dari sudut ilmu.

    Papepun, we suppot ABU in PRU-13 :D

    BalasPadam
  23. kepada TT..pesanan ikhlas dr saya kalo jahil tu jgn bagi org nmpak..kahkahkah..

    ABU

    BalasPadam
  24. TT . " Bersetuju lah untuk berbeza pendapat." Kalau kau fikir kau sahaja yg betul, kau tak ada bezanya dg warga BN.Tak ada beza dg Tun Mahadir,dengan Najib, dengan Muhyiddin. Relakah engkau? Fikir fikirkan lah.

    BalasPadam
  25. padan muka intelek melayu kena tibai oleh tt!! bukan saja kerana takde telooor tapi jadi parasit pada pemerintah yg tak tau siapa yg punya.

    what kind of consciousness is that compare to pak samad?? baru 1/2 abad baru nak bersuara???

    BUKTIKAN PADA KITA YG PENA ANDA BOLEH MENGUBAH HASRAT KETUANAN.

    tt dont stop there

    BalasPadam
  26. ini kes biasa

    ada org bn, ada org pr. ada org tengah2. org tengah2 ni hanya buatkeputusan masa mengundi. mungkin diA sokong pr, mungkin bn.

    biasanya, prof2 universiti kerja gomen, jadi mahu tak mahu, senyap2 je. kalau berani betul2 mcm aziz bari pun berapa kerat je.

    yg lain2 tunggu pencen baru berani lawan pasal dah tak kerja gomen, duit pencen / kwsp pun dah berkepuk2 dlm akaun. kalau betul2 ke depan sekarang cuma pak samad said gandalf we shall pass berani lawan naga, yg lain2 menikus takut miss soru.

    jadi, nak buat macam mana, itulah realitinya

    org pandan indah

    BalasPadam
  27. woi Tanpa Nama@yg tak mau boh nama!hidup kita mesti berpihak kepada mereka yg nk lawan kemungkaran.klu korang tak nak berpihak,korang nak jd syaitan bisu ke?nk jadi geng munafik ke?tak jelas pendirian!klu dh terang2 mungkar,kena lawan la!tak nak lawan sekalipun pegi sokong puak2 mungkar!jgn dok tgh2 je!ingat, tak nak jd malaikat,jadilah iblis.asal jgn jd lalang.

    BalasPadam
  28. Memang hak peribadi masing utk memilih tapi Prof jenis aper yg takot beri pandangan dan takde pendirian? Melainkan untuk nak jaga kepentingan sendiri.kalau risau pasal melayu byk miskin mane kaji selidik kenape melayu jadi miskin?setakat bg pandangan nampak byk melayu miskin aku pun bole nampak bende tu.

    BalasPadam
  29. Kepada Anon 17 Januari 2012 9:09 PTG... dia dah bagi pandangan pun... cuma pak tt yang gagal membaca "in between the line" pandangan berkenaan agaknya... kesian pak tt... kah kah kah...

    BalasPadam
  30. aku mamat 11.47am 17.1.2012, memang betul seeloknya kita memihak kepada pihak yang melawan kemungkaran tapi perlu ingat Allah swt pun memberi pilihan kepada hamba-hambanya jadi kenapa kita perlu memaksa orang untuk menyokong, sokongan akan datang dengan sendirinya kalau perjuangan itu betul, tak perlu menghina orang yang berkecuali sebab ini akan menyebabkan orang-orang diatas pagar menjauhkan diri ada faham, kalau pakatan rakyat nak menggulingkan umngok kena memujuk bukan memaksa rakyat mengundinya, ada faham tak tuan-tuan yang menentang kemungkaran

    BalasPadam
  31. Bodoh gila si tukar tiub ni. Dah la bodoh, jahil pulak tu. Asal pun jelebu je. Apsal x jelembu terus. Sebab bodoh dari lembu paling bodoh dlm pertandingan lembu paling bodoh si dunia.

    BalasPadam