Rabu, 4 Januari 2012
KENYATAAN RESMI PARTI KEADILAN RAKYAT
GAGALKAN MUSLIHAT UMNO
Muslihat UMNO-BN Tidak Akan Menggelincirkan KEADILAN dan Pakatan Rakyat Dari Perjuangan Melaksanakan Perubahan.
Reformasi 98 tercetus apabila rakyat bangkit meluahkan rasa marah dan tidak puas hati mereka terhadap kezaliman UMNO. Berhadapan dengan krisis kewangan 97/98, pentadbiran Dr Mahathir mulai dipertikaikan rakyat. UMNO terburu – buru untuk menyelamatkan elit korporat dan kaum keluarga yang dekat dengan pemerintah. Menjadi halangan kepada cita cita mereka adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan tuntutan rakyat. Mantan Menteri Kewangan yang kini Ketua Umum KEADILAN itu tuntas mahu menyelamatkan negara dan rakyat. Dato’ Seri Anwar tidak bertolak ansur dengan hasrat menggunakan dana awam demi menyelamatkan kroni pemerintah. Maka sebagaimana yang dirakamkan oleh sejarah, Dato’ Seri Anwar dihumban ke penjara dan diaibkan dengan fitnah melampau yang direkayasa UMNO.
Selepas meringkuk selama 6 tahun beliau pun dibebaskan. Bersama – sama pimpinan KEADILAN dan kerjasama PAS serta DAP maka kita berjaya mengecapi keputusan yang memberangsangkan pada tahun 2008. Sejarah pun tercipta. Permuafakatan Pakatan Rakyat kian hari semakin kukuh didasari cita-cita membangunkan Malaysia yang lebih gagah, A Mighty Malaysia. Menyedari rakyat Malaysia bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, UMNO terus menganyam muslihat baru yang dicedok dari skrip usang. Sekali lagi DSAI ditohmah dengan fitnah keji. Makanya pada 9hb Januari 2012 adalah tarikh genting. Ianya bukan sahaja mengenai batang tubuh Dato’ Seri Anwar dan keluarga beliau. Akan tetapi keputusan mahkamah pada hari itu pastinya melibatkan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Adalah jelas kes ini bermotifkan politik dan berniat jahat. Pimpinan UMNO-BN mahu memastikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dipersetujui Permuafakatan Pakatan Rakyat.
UMNO menyangka rekayasa jelik itu akan memecah-belah dan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat dari memenangi Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Akan tetapi itu merupakan angan-angan mereka semata-mata. Kami bertegas muslihat ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat dari tekad untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Peringatan keras untuk UMNO, apa pun konspirasi untuk memenjarakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kami pasti akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman. Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.
Walau apapun keputusan pada 9hb Januari nanti, pimpinan KEADILAN bersama-sama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat. Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan KEADILAN akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti. Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu “evolutionary process,” dan bukannya suatu “revolutionary process.”
Yakinlah bahawa kita akan terus istiqamah meneruskan perjuangan murni ini. Adalah menjadi tanggunggjawab kita semua untuk melaksanakan segala kebijakan, dasar dan agenda yang telah digarap sepertimana yang terkandung dalam Agenda Ekonomi Malaysia, Dasar Bersama PR, Buku Jingga dan Belanjawan PR.
Justeru saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kekal menjana kekuatan dan memperkukuh usaha untuk memenangi Piliharaya Umum ke 13. Kemenangan tersebut adalah Demi Malaysia yang demokratik, Malaysia yang makmur, Malaysia yang aman dan harmoni, Malaysia yang bebas serta Demi Malaysia baru milik rakyat.
Inshaallah, saya, seluruh pimpinan dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Dato’ Seri Anwar pada hari tersebut, 9hb Januari 2012.
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat
KENAPA KEPUTUSAN PEMBICARAAN ANWAR PENTING UNTUK SETIAP RAKYAT MALAYSIA
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menyampaikan penghakimannya dalam perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Keseluruhan prosiding telah dikutuk dengan meluasnya sebagai perbicaraan bermotif politik, yang seringkali digunakan rejim-rejim kukubesi untuk menghancurkan musuh-musuh politik mereka. Tetapi Anwar memiliki rekod panjang untuk tidak semudahnya menyerah kalah. Beliau telah mengisytiharkan bahawa apa jua keputusan pada 9 Januari ini, beliau tidak akan menyerah. Sebelum ini penjara tidak dapat mematahkan atau mendiamkan suara Anwar, semestinya juga tidak sekarang.
Tetapi apa yang dipertaruhkan di sini lebih daripada sekadar kebebasan peribadi pemimpin pembangkang. 54 tahun yang lalu, rakyat negara ini telah dijanjikan bahawa tanah air mereka yang baru merdeka akan bebas dan demokratik; dan hasrat rakyat itu telah diungkapkan dalam perundangan tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Janji ini telah dengan sengaja dimungkir oleh gabungan politik yang memerintah negara ini sejak hari tersebut sampailah ke hari ini.
Badan kehakiman yang bakal memutuskan penghakiman ke atas Anwar Ibrahim pada 9 Januari, gagal untuk menegakkan kebebasan asasi yang terkandung dalam Perlembagaan dan membenarkan pihak Eksekutif untuk menginjak-injak hak-hak asas Rakyat. Oleh yang demikian, lebih setengah abad, rakyat telah menderita akibat undang-undang menindas, rasuah berleluasa dan penyalahgunaan amanah jawatan awam untuk keuntungan dan memperkayakan diri sendiri. Rakyat ialah pemilik tanah air ini yang sebenar-benarnya. Namun rakyat hanya menjadi peminta belas ehsan di pintu Putrajaya, di mana para pemimpin Umno/ BN dan mereka yang bergantung kepada kuasanya memerintah rakyat.
Lawan kepada rejim Umno adalah pakatan pembangkang yang diterajui Anwar, yang mana paksi tujuannya untuk memansuhkan kesemua perundangan menindas dan anti-demokratik serta mengembalikan kebebasan berperlembagaan kepada rakyat; untuk menamatkan kerugian besar-besaran akibat rasuah; dan untuk memastikan agihan kekayaan negara yang saksama dan adil. Kini Umno cuba untuk menghalang perjalanan hebat rakyat Malaysia ke arah kebebasan dengan cuba membunuh secara politik Anwar Ibrahim melalui sistem pengadilan yang berat sebelah dan mudah dipengaruhi.
Inilah sebabnya kenapa 9 Januari begitu amat penting untuk setiap rakyat Malaysia. Pendirian Anwar untuk tidak tunduk terhadap suatu sistem yang zalim, memberikan kekuatan dan harapan baru kepada rakyat dalam menghadapi kekuasaan penindas yang zalim itu, malahan mengukuhkan keyakinan rakyat untuk menuntut perubahan dan reformasi. Justeru, iannya merupakan saat-saat kemuncak dalam pertempuran untuk jenis negara dalam mana ingin kita hidup, serta jenis nilai-nilai yang kita mahu wariskan kepada generasi Malaysia akan datang. Apapun jua keputusannya pada 9 Januari ini, kita dapat mengambil hikmat bahawa tidak lama lagi akan tiba pula giliran Rakyat untuk menyampaikan penghakiman terhadap kerajaan zalim dan menganiaya ini.
Di keluarkan oleh,
N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
KEADILAN
3 Januari 2011
lawan tetap lawan.tu je
BalasPadamlawan tetap lawan.tu je
BalasPadamHari isnin, 9hb. januari Anwar bin Ibrahim akan dikenakan penjara selama enam tahun...
BalasPadamSemasa dipenjara beliau akan disuntik sejenis 'racun' iaitu sejenis toksik yang akan menyebabkan beliau nyantuk sebelum usianya(tua).
Bila beliau nyanyuk, beliau sudah tidak boleh lagi menjadi perdana menteri...
Ini sama seperti '98 dulu bila mana beliau di'racuni' dengan arsenic...
901 nanti akan kita lihat dimana bekas pemimpin umno yg menyertai pkr, dimana mereka nanti samada bersama2 dijlnraya atau masih menjadi nato memerhati dari jauh di negeri masing.
BalasPadamInilah parti jalanan pentas jalanan.
BalasPadamBila masa seluruh rakyat Malaysia sokong kerja BODOH ni .... AKU TIDAK PERNAH SOKONG dan aku doakan biar hari tersebut turun HUJAN LEBAT, jadi kurang PANAS sikit ..
Bukan apa kesian lihat barisan AYAM SAMBUNG DNA AYAM SERAMA, berpeluh kering tekak ... BALIK DAPAT PENAT, BANGGA DAH JADI SEBAHAGIAN DARI BARISAN BANGSAT.
Bila soal apa hala tuju perjuangan kamu ... terus tunjuk muka TOLOL sebab tidak ada jawapan yang berasas.
TT lu ada sekali ke pada pagi hening tu nanti.
aku@JB.
901 901 901 lawan tetap lawan!!!
BalasPadamaku sokong Anwar!!!
aku sokong Pakatan!!!
RAKYAT HAKIM NEGARA!!!!
wahai PENZALIM LAKNATULLAH!!! bersiaplah terima penghakiman RAKYAT!!!
MUNGKINKAH DETIK 9HB JANUARI 2012, Annuar Ibrahim akan menjadi satu tragedi seperti yang menimpa Presiden John F. Kennedy?????
BalasPadammcm bangsat la lu aku@JB...
BalasPadamlu punya komen mcm lembu kak jat..
Kah...Kah...Kah...
aku@ABU