Isnin, 16 Januari 2012
SHAHRIZAT MASIH LAGI LEMBU KORBAN
SHAHRIZAT LEMBU KORBAN
SKANDAL NFC:
KENYATAAN PENGURUSAN NFC BERCANGGAH DENGAN PENGUMUMAN BEKU ASET OLEH
PERDANA MENTERI
Saya memandang serius kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif NFC, Encik Wan
Shahinur Izmir Salleh (yang juga anak kepada Dato’ Seri Shahrizat
Jalil) bahawa operasi NFC berjalan seperti biasa walaupun kerajaan
mengarahkan agar aset NFC dibekukan, yang dikeluarkan semalam.
Kenyataan itu menimbulkan persoalan apakah Dato’ Seri Najib Tun Razak
hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau
NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan?
KEADILAN konsisten mendesak supaya aset NFC dibekukan dan pentadbir
korporat (corporate administrator) dilantik untuk mengambil alih
pengurusan NFC dan melakukan audit penuh bagi membongkar kesemua
penyelewengan yang telah berlaku.
Tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:
1. Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja
yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang
dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu
dibekukan;
2. Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Dato’ Seri
Shahrizat Jalil tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit
operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting
lain;
3. Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji
dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga
Dato’ Seri Shahrizat Jalil perlu dihentikan serta-merta; dan
4. Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan
pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.
Secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola
yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah,
beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta
bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.
Kenyataan NFC yang menunjukkan kaum keluarga Dato’ Seri Shahrizat
Jalil masih bebas menggunakan wang dan menguruskan operasi NFC membawa
risiko besar yang menjejaskan bukti dan rekod kewangan NFC.
Oleh yang demikian, KEADILAN mengulangi desakan supaya Dato’ Seri
Najib Tun Razak bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan
kaum keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan
melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil
alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang
telah berlaku.
Sekiranya ini tidak berlaku, KEADILAN tidak ada pilihan kecuali terus
membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami
untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak
untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih.
Petang esok (17 Januari 2012, jam 2 petang di Balai Polis Dang Wangi),
aktivis KEADILAN diketuai Saudara Fariz Musa, ahli Majlis Pimpinan
Pusat akan membuat satu lagi laporan polis mengenai perbelanjaan kad
kredit oleh keluarga Dato’ Seri Sharizat Jalil dalam tahun 2009 yang
melampaui batas.
Penelitian KEADILAN menunjukkan bahawa dalam tahun 2009, perbelanjaan
kad kredit oleh kaum keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mencecah
RM593,500 yang dibiayai sepenuhnya oleh wang rakyat melalui NFC
seperti berikut:
JUMLAH SETAHUN PURATA SEBULAN
Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail RM182,525 RM15,210
Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh RM160,673 RM13,389
Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh RM127,900 RM10,658
Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh RM122,402 RM10,200
Pendedahan sebegini akan diteruskan sehinggalah Dato’ Seri Najib Tun
Razak mengambil tindakan yang melambangkan beliau dan rakan-rakan
kabinet beliau menerima sepenuhnya pertanggungjawaban ke atas
penyelewengan yang berlaku di dalam NFC.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
16 JANUARI 2012
Syabas orang muda
BalasPadamkorek sampai lobang cacing
kita nak lihat perubahan
jangan cuma cakap nkra itu ini
kalau benda depan mata tak nampak
nkra itu ini jangan kat orang miskin dan rakyat shj
sang penguasa pun kena pakai nkra jugak
baru rakyat boleh percaya
kalau slogan tang tung tang tung
tindakan lembap cam siput babi
baik masuk slogan nkra tu dalam mangkok tandas
buat slogan nkra tang tung tang tung
kalau setakat nak bagi makcik felda tenganga mulut
baik tak payah
buang duit buang tenaga
baik bagi duit nkra tu kat anche buat bela lembu
anche dan anne jaga lembu bawah kabel letrik TNB pun boleh untung ratusan ribu
anche dan anne tak payah mintak bantuan, tak payah pakai nkra bagai
tapi lembu anche dan anne berbaris panjang dekat 1 km time balik kandang
anne dan anche arak lembu pakai moto kokak, tak pakai pun merce.
kalau duit 250 juta tu bagi kat anne dan anche, semua padang bola kat negeri sembilan penuh dengan lembu
orang bagi nasihat, nak marah pulak
kahkahkahkahkah...
BalasPadamkasi mamposs dia anak beranak..
kasi mamposs smua menteri kabinet yg seleweng..
diediedie!!!!!
wuiyo.. gaji aku sampai kiamat pun tak akan capai RM10,000.00 walaupun aku skrg sudahpun berumur 37 tahun...
BalasPadamjangankan sampai kiamat, mungkin berkali2 kiamat, sampailah kiamat kali ke 8 pun, sampai berkecai arasy pun... gaji RM10,000 tak akan dapat jugak sebulan..
ini baru berumur 25-31 tahun sudah cekak 10k sebulan.. wow!!!
UMNO-UMNO.. patut la dok pusing kilas merata.. rupanya gini jelah yang dok pulun sangat ni.. hanya menipu sajalah jalan untuk menjadi kaya.. tidak ada orang yang benar2 ikhlas mampu menjadi kaya melain melalui jalan menipu..
aku harap besok,
BalasPadambila aku bukak je TT,
ada la bebudak UMNO yang akan bela/pertahan keluarga shahrizat yg merembat duit rakyat sedangkan mereka sendiri merempat...
penyokong UMNO kan selalu buat keje2 tak senonoh macam free PR's fee for UMNO"
Kalau ketua wanita pun camtu punya sial
BalasPadamBawah2 tak taulah..china doll
macam mana anak2 Shahrizat dgn Mohd Salleh ni semua ada awalan "Wan" di depan nama mereka? adakah ini satu lagi cubaan untuk bukan saja memelayukan anak2 "aci" Shahrizat malah menjadikan mereka Melayu bangsawan?
BalasPadamsri hartamas