Sabtu, 18 Februari 2012

DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI?






HAMZAH KASHGARI







UMAT VAMPIRE?


Darah! Kami mahukan darahnya. Bawak dia pulang supaya kita boleh ambil darah si Murtad itu.. Orang Murtad darahnya halal! Kami mahu darahnya!!!"…..

Ini bukan satu babak di dalam filem box-office yang menjadi kegilaan jutaan remaja perempuan di seluruh dunia, ia juga bukan juga sebaris skrip yang dialih bahasa dari "The Twillight Saga", akan tetapi ini adalah realiti, satu mimpi buruk bagi remaja Saudi berusia 23 tahun, Hamza Kashgari (gambar kiri). Satu mimpi yang bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Pada 5 Februari 2012, hari ulangtahun keputeraan Nabi Muhammad (S.A.W), Hamza telah menerbitkan puisi sepanjang tiga rangkap di laman Twitter beliau. Bait-bait puisinya menerangkan bagaimana Rasulullah menjadi sumber inspirasinya namun beliau menganggap baginda seperti kawannya. Puisinya membawa satu maksud yang mendalam dan bukan bertujuan untuk menghina Rasulullah. Malangnya, ramai di kalangan Muslim telah tersalah tafsir atau sengaja menyalahtafsirkan maksud tersirat puisi Hamza, beliau dituduh menghina Muhamad dan Islam, sekaligus dikatakan telah murtad dan tergelincir akidahnya.

Terkejut dengan reaksi masyarakat Saudi, Hamza memadamkan puisinya dan dengan seikhlas hati memohon maaf di laman Twitternya dan telah mengucap shahadah untuk memastikan akidahnya tidak tergelincir akibat puisi tersebut. Namun kemaafan yang dipinta tidak diendahkan.

Kerana takut akan keselamatannya, Hamza melarikan diri dari Saudi dan telah datang ke Malaysia dengan harapan agar kita dapat membantunya. Namun hampa, kerana seperti di Saudi, "Vampire" juga wujud di Malaysia, tapi malangnya bukan "Vampire" sekacak dan sebaik seperti Edward Cullen yang menjadi igauan para remaja perempuan, tetapi "Vampire" sejahat dan serakus kumpulan "The Newborn Army" yang sentiasa dahagakan darah. Mereka enggan memaafkannya dan merasakan kematian Hamza adalah wajar dan tepat.

Pada 12 Februari 2012, Hamza telah diusir pulang oleh Kerajaan Malaysia, bekas Kerajaan Islam Hadhari. Dituduh pengganas oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia ("The Volturi") Hamza diterbangkan ke Saudi secara rahsia, dan beliau bakal berdepan hukuman bunuh. Walaupun perintah telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menghalang deportasi Hamza, Hishamuddin Hussein Onn (gambar kanan) dengan angkuh menafikan kewujudan perintah itu. Tanpa rasa bersalah, Kerajaan 1Malaysia di bawah pimpinan Najib, telah berbangga dengan keputusan menghantar Hamza ke medan untuk dibunuh.

Di Malaysia ramai orang Islam bertukar menjadi "Vampire" ala "Newborn Army", tatkala terbaca headlineakhbar tempatan yang tidak beretika dan "misleading" (seperti biasa,) "Wartawan Arab menghina Nabi". Golongan Muslim Vampire di Malaysia, menjerit mahukan Hamza dihantar pulang dan dibunuh kerana puisinya tanpa mengetahui isi kandungan puisi itu sendiri, apatah lagi untuk mengetahui cerita di sebalik perintah penangkapan Hamza.

Hanya mereka yang ingin mencari kebenaran mengetahui bahawa penangkapan Hamza adalah sesuatu yang bermotifkan politik dan bukanlah agama. Pergerakan Hamza dan rakan-rakanya telah lama dipantau oleh kerajaan Saudi. Puisinya dijadikan alasan untuk menangkap dan menghukumnya kerana penglibatannya dalam pergerakan kebangkitan kaum muda di Saudi. Hanya segelintir sahaja yang tahu bahawa Hamza telah menerbitkan puisi yang membawa maksud yang sama setahun yang lalu, tiada sebarang reaksi negatif diterima dan tiada tindakan yang diambil.

Tanpa mengetahui atau mencari kebenaran, masyarakat Islam khususnya di Saudi dan di Malaysia telah menjatuhkan hukuman tanpa soal selidik ke atas Hamza. Marah, benci dan ingin melihat Hamza diseksa sehingga mati, inginkan darahnya. Hamza dilabel sebagai penjenayah. Sedih sekali! Penganut dan pengamal agama yang cintakan keamanan menjadi golongan yang paling ganas. Islam bermaksud "peace or purity" tetapi umat Islam jauh dari sifat tersebut. Mereka seolah-olah lupa wujudnya prinsip-prinsip sistem keadilan Islam dalam menghukum seseorang manusia.

Masyarakat Islam telah lupa ajaran Islam sebenarnya. Agama Islam dijadikan agama hukuman, segala kesalahan akan dihukumi dengan seberat-berat hukuman, tiada ruang untuk kemaafan. Islam dijadikan alat untuk menindas kaum yang lemah oleh mereka yang berkepentingan. Pemimpin-pemimpin agama obses mencari kesalahan dan dosa orang lain. Agama Islam dicemari umat Islam sendiri yang terlalu taksub dengan agama dan dosa dan di atas alasan ingin menjaga kesucian agama penindasan berleluasa.

Kita lupa bahawa Allah bersifat penyayang dan pemaaf. Jika benarlah Hamza telah menghina Nabi adakah mustahil dan salah untuk kita memaafkannya? Nabi telah memaafkan perbuatan penduduk Kota Taif yang bukan sahaja menghina Baginda malahan telah melemparinya dengan najis. Setiap manusia selagi belum berpisah roh dan jasadnya Tuhan pasti akan menerima taubatnya. Jadi siapa kita untuk tidak mengendahkan taubat Hamza? Boleh jadi para Sheikh di Saudi merasakan mereka lebih hebat dari Tuhan? Di dalam Surah An-Nur ayat 21, Yang Maha Pengampun dan Penyantun mengingatkan kita:

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?".

Terniang-niang sebaris lirik dari lagu "Maafkan Kami" dari filem Pendekar Bujang Lapok yang berbunyi, "Sedangkan Nabi ampunkan Umat!". Jadi adakah masyarakat Islam masih mahukan darah Hamza? Ya atau tidak jawapannya, ia tidak membawa apa-apa perbezaan sekarang kerana Hamza sudah pun dihantar pulang untuk berdepan hukuman bunuh. Makanya vampire "the newborn Army" di Malaysia boleh bersorak riang, darah Hamza boleh dinikmati. Umat akhir zaman adalah umat Vampire!

*Farhana Abdul Halim ialah peguam dari Lawyers For Liberty.


SALUT UNTUK ANAK MUDA YANG BERANI



23 ulasan:

  1. Budak tu bodo ke apa? Duduk dalam society camtu mana boleh merapu macam TT dulu bole entot sana sini...

    BalasPadam
  2. Cepat sgt hantar balik saudi. Sepatutnya kena go through our legal procedure di malaysia dulu sebelum buat apa2 tindakan. Perbuatan ini menunjukkan kdn is above the law so to speak.

    BalasPadam
  3. Kepada yang tidak sempat membaca kata-kata Hamzah kashgari tentang Nabi Muhammad SAW:
    On your birthday, I will say that I have loved the rebel in you, that you’ve always been a source of inspiration to me, and that I do not like the halos of divinity around you. I shall not pray for you.
    On your birthday, I find you wherever I turn. I will say that I have loved aspects of you, hated others, and could not understand many more.
    On your birthday, I shall not bow to you. I shall not kiss your hand. Rather, I shall shake it as equals do, and smile at you as you smile at me. I shall speak to you as a friend, no more.

    Bagi mereka yang simpati pada beliau...sepatutnya juga bersimpati kepada rakyat Bahrain yang menerima mala petaka dari kerajaan Arab Saudi pada ketika ini...

    BalasPadam
  4. ada warga iran telah ditahan di malaysia atas tuduhan merancang pengeboman kedutaan israel di bangkok, farhana abd halim kenapa kau tak menyalak macam kes hamzah kashgari, pergilah mintak perintah mahkamah untuk bebaskan warga iran ni, mamat iran ni lagi tak bersalah sebab dia baru merancang belum tentu lagi dia bom kedutaan tu apasal kau dan lawyers for liberty senyap je

    BalasPadam
  5. Apa yg ditulis oleh Hamzah Kashgari di Twitter tidak salah. Cuba kita selidiki semula apa yg ditulis oleh Hamzah Kashgari tanpa berat sebelah:

    On your birthday, I will say that I have loved the rebel in you, that you've always been a source of inspiration to me, and that I do not like the halos of divinity around you. I shall not pray for you. (Hamzah Kashgari)

    Sebenarnya, Hamzah Kashgari mengkritik majoriti umat Islam yg telah memperdewakan Nabi. Sebab itu ulama Arab Saudi marah & mahu Hamzah dibunuh.

    On your birthday, I find you wherever I turn. I will say that I have loved aspects of you, hated others, and could not understand many more. (Hamzah Kashgari)

    Apa yg dibenci oleh Hamzah sebenarnya ialah sesetengah 'sifat' Rasul yg dilaporkan didalam Hadith yg juga ditolak oleh sesetengah umat Islam yang anti-Hadith. Contohnya Hadith Muslim 3371, Kitab Al Nikah yg menceritakan bagaimana para sahabat Rasul menculik perempuan-perempuan Arab yang cantik sebagai tebusan & melakukan hubungan seks dengan mereka kerana tidak dapat mengawal nafsu seks http://hadithcollection.com/sahihmuslim/136-Sahih%20Muslim%20Book%2008.%20Marriage/11334-sahih-muslim-book-008-hadith-number-3371.html

    Jika Hamzah Kashgari boleh dianggap murtad, bagaimana pula dgn sesetengah umat Islam yg anti-Hadith? Adakah golongan ini murtad kerana menolak banyak Hadith yg boleh memalukan umat Islam?

    On your birthday, I shall not bow to you. I shall not kiss your hand. Rather, I shall shake it as equals do, and smile at you as you smile at me. I shall speak to you as a friend, no more. (Hamzah Kashgari)

    Adakah Hamzah bersalah kerana beliau bukan seorang kaki bodek macam ramai orang Melayu yg suka cium tangan busuk Free Loaders & menyembah Rajah Gopal?

    Hamzah tidak mahu menunduk & menyembah Rasul kerana hanya Allah patut disembah. Sebab itu ramai orang Melayu yg suka tunduk menyembah Free Loaders marahkan Hamzah Kashgari kerana jika kita umat Islam tidak patut menyembah Rasul Allah sebagai TUANKU, apatah lagi Rajah Gopal yg makan tanggung & berak cangkung itu?

    Rasul Allah juga adalah seorang manusia biasa yg berketurunan Nabi Adam macam Hamzah Kashgari & kita semua. Jadi tidak salah jika Hamzah mahu berjabat tangan dengan Rasul Allah. Adakah kamu semua yang mengutuk Hamzah mahu Hamzah menyembah Rasul Allah macam kamu semua menyembah Free Loaders sebagai Tuan kamu?

    Adakah kamu mahu Hamzah Kashgari meminta ampun kepada Rasul Allah macam kamu meminta ampun kepada Rajah Gopal?

    Hanya Allah SWT yg patut disembah. Kebanyakan umat Islam hari ini telah murtad kerana mereka memperdewakan Rasul Allah & menyembah Rajah Gopal sebagai tuhan mereka.

    Ramai umat Islam hari ini tidak lagi menyembah Allah Yang Maha Pengampun. Sebab itu mereka tidak dapat mengampuni Hamzah.

    Jika apa yg ditulis oleh Hamzah di Twitter merupakan kesalahan besar yg tidak boleh diampun, dapatkah kita mengakui bahawa kita menyembah ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN? Tahukah anda apa maksud MAHA PENGAMPUN? Maha = tiada had.

    Perempuan Iran yg mukanya disembah asid boleh mengampun lelaki yang menganiayainya.

    Anwar Ibrahim boleh mengampun Mahathir yg menzalimi beliau. Mereka ini semua manusia biasa yg boleh sakit jika disakiti.

    Pope John Paul si kafir yg makan babi boleh mengampun lelaki Turki yg cuba membunuh beliau.

    Jadi tidakkah ALLAH YANG MAHA BERKUASA (yg tidak boleh jatuh sakit macam manusia) dapat mengampuni kesalahan Hamzah Kashgari jika dia bersalah?

    Sekiranya Allah boleh mengampuni pembunuh Altantunya jika sipembunuh itu bertaubat, tidakkah Allah dapat mengampuni Hamzah Kashgari yg kesalahannya jauh lebih kecil daripada kesalahan si Razak?

    Sekiranya Allah boleh mengampuni Shahrizat jika Shahrizat betul betul bertaubat di Mekah, tidakkah Allah boleh mengampuni Hamzah Kashgari yang kesalahannya jauh lebih kecil berbandingkan dengan kesalahan Shahrizat?

    Mengapa ramai umat Islam di Malaysia mahu Hamzah dibunuh tetapi tidak mendesak kerajaan Malaysia menghukum si perompak bernama Tajudin Ramli?

    BalasPadam
  6. Mengapa pengganas Iran yg mengebom Bangkok tidak dihantar terus ke Bangkok macam Hamzah dihantar ke Arab Saudi? Sebaliknya kerajaan Malaysia meminta bukti daripada polis Bangkok.

    BalasPadam
  7. bang tt,saya pun berasa hairan dan kehairanan dengan negara Arab Saudi nih.sebuah negara Islam tetapi berat sebelah kepada kaum wanita.salah satu undang-undang negara mereka ialah wanita tidak dibenarkan memandu di jalan raya.

    BalasPadam
  8. Allah subhanahu wa ta’ala akan menikahkan orang-orang mu’min di surga dengan wanita-wanita cantik yang bukan istri-istri mereka di dunia sebagai mana firmannya yang terjemahannya “Demikianlah, dan kami nikahkan mereka dengan bidadari” (Q.S. Ad-Dukhan:54).

    Al-Qur’an melukiskan bidadari sebagai perumpamaan berbadan indah: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, (yaitu) kebun-kebun dan buah-buah angur, dan gadis-gadis berbadan indah sebaya” (terjemah Q.S. An-Naba’: 31 – 33).

    Bidadari dalah makhluq yang khusus diciptakan Allah subhanahu wa ta’ala untuk para penduduk surga dan mereka adalah gadis-gadis perawan: Sesungguhnya kami menciptakan merka (bidadari-bidadari) secara khusus, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya” (terjemah Q.S. Al-Waqi’ah 35 – 37).

    Fakta bahwa mereka perawan berarti bahwa mereka belum pernah dinikahi :”…yang tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (terjamah Q.S. Ar-Rahman:56).

    Al-Qur’an juga menceritakan tentang kecantikan wanita-wanita di syurga: ”Dan (di dalam surga itu) ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan”. (terjemah Q.S. Al-Waqi’ah: 22 – 23).

    Maknun (tersimpan baik) mengandung arti tersembunyi atau terlindungi, sehingga warnanya tidak berubah karena sinar matahari atau sengaja diubah. Di ayat lainnya Al-Qur’an menyamakan mereka dengan permata yaqut (ruby, batu merah delima) dan marjan: “Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukan pandangannya tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Mereka (bidadari) bagai yaqut dan marjan.” (Q.S Ar-Rahman: 56 – 58).

    Batu yaqut (ruby, batu merah delima) dan batu marjan adalah dua jenis permata yang tingi harganya. Bidadari dalam ayat berikut digambarkan sebagai bidadari yang dipingit. Ini artinya mereka sangat membatasi penglihatan merka agar tidak melihat kepada lelaki selain para suami merka. Allah subhanuahu wa ta’ala juga menyatakan bahwa bidadari sangat cantik: ”Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Bidari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah”. (terjemah Q.S. Ar-rahman 70 – 72).

    Wanita-wanita di surga tidak sama dengan wanita-wanita di dunia ini. Wanita-wanita surga bebas dari hal-hal seperti haid, nifas, buang air kecil dan besar, meludah dan sebagainya. Inilah yang dimaksud dengan ayat, “Dan untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci (bebas dari haid, nifas dan sebagainya), dan merka kekal di dalamnya”. (terjemah Q.S. Al-Baqarah:25).

    Nabi shallahu ‘alaihi wassalam menceritakan kepada kita tentang kecantikan para istri-istri penduduk surga. Bukhory dan Muslim menceritakan dari Abu Hurairoh radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallahu ‘alaihi wassalam bersabda, “kelompok pertama yang akan masuk surga indah bagai bulan purnama, merka tidak akan meludah, membuang ingus, atau buang air. Bejana-bejana merka terbuat dari emas, sisisr mereka terbuat dari emas dan perak, dan bakan dupa mereka dari kayu gaharu. Keringat mereka adalah kesturi. Masing-masing mereka mempunyai dua orang istri yang tulang sumsumnya terlihat melalui kulit karena saking cantiknya (Fath al Bari, VI, hlm. 318).

    Betapa cantiknya mereka digambarkan Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam sebagai, “jika seorang wanita surga memandang ke dunia ini, ia akan memberikan cahaya dan bau wanginya kepada segala sesuatu yang terletak di antara keduanya (surga dan dunia). Kerudung yang menutupi kepalanya lebih baik dunia ini dan segala isinya” (Fath al Bari, VI, hlm. 15).

    BalasPadam
  9. 18 Februari 2012 11:26 PTG
    apsal ko bodoh sangat? kawan orang iran tu baling bom kat polis la bodoh. budak hamzah tu byk menulis pasal arab spring, arab saudi bangsat mmg tunggu masa je nak ngap dia. status twitter hamzah tu cuma dijadikan alasan semata-mata.

    BalasPadam
  10. malaysia tak ada perjanjian ekstradisi antara dua negara tapi hubungan dagang minyak dan ekonomi secara umumnya malaysia hantar balik jugak budak tu. ni tak termasuk 11 dan 4 orang cina uighur muslim yg dihantar balik china yg dikehendaki oleh pemerintah china. salah seorang cina uighur muslim tu ada penterjemah di unhcr malaysia. ini la pemimpin islam malaysia

    BalasPadam
  11. untuk mereka yang merestui dan mengusahakan penghantaran pulang hamza ke arab saudi.....

    mati kita raikan detik pembunuhan hamza
    seperti mana kita meraikan valentine day
    seperti mana kita meraikan hari kemenangan kita mendokong pemimpin membolot harta dan kuasa

    BalasPadam
  12. Hamzah Kashgari telah melakukan kesilapan yang besar dalam hidupnya, "tidak pandai menghormati hak orang lain".
    memang benar beliau boleh bercakap apa sahaja yang beliau hendak cakap, bahkan beliau berhak mengaku jadi "Tuhan" seperti firaun. Namun mencerca akidah dan pegangan dan agama orang lain boleh membangkitkan kemarahan dan sakit hati orang lain. Tiada manusia dibumi ini yang boleh menerima bahawa agama dan ajaran mereka dihina, namun ketololan Hamzah Kashgari telah melangar batas tersebut.
    Sepatutnya Kashgari dihumban ketempat yang hina sebelum kemarahan umat Islam akan menghasilkan sesuatu yang lebih buruk.

    BalasPadam
  13. Orang yang pertama wajib dikenakan hukuman bunuh ialah raja arab saudi kerana bersekongkol dengan yahudi amerika untuk menyerang nregara islam lain dengan memberi tanah arab saudi sebagai pangkalan tentera yahudi,Ini la problem apabila orang fanatik agama ade kuase sehinngga tiada ruang kemaafan ,mereka ingat mereka allah ,mereka berhak untuk membunuh atas alasan menjaga kesucian agame,walhal keturunan rajagopal saud yang bersubahat dengan yahudi amerika tidak dihukum ,ulama raja mereka seperti keldai dan anjing sibuk mengampu raja mereka demi menjaga kuase mereka daripada ancaman anak muda, inilah padahnye apabila otak diletakkan di burit.Semoga saudi akan brerevolusi dan menjadi negara yang benar2 mengamalkan islam bkn kosmetik semata2 dan menjaga kota suci mekah sehingga hari kiamat

    BalasPadam
  14. adakah Islam tak galakkan umatnya memikir? ikut Al Quran dan Hadith tanpa menyoal.

    Tidak pernah dalam sejarah manusia, golongan yang tidak memikir hidup bertamadun.

    Membunuh orang kerana puisi twitter, pikirlah tamadun apa ini??? sedangkan agama lain menyuruh umatnya menyayang binatang dan jangan bunuh binatang untuk tujuan makan pun.

    BalasPadam
  15. salam..hak kebebasan dan bersuara bkn milik mutlak individu.ada had dan batas2 nya.kurang cerdik kalu anda menilai,simpul dan menghakimi sesuatu perkara berdasarkan ilmu dan pengalaman yg tak kemana serta trauma dan prejudis yg bersarang ddalam hati.dahulukan hak menilai,hak berfikir dan akhir nya berulah hak bersuara..lebih byk menulis dan bercakap berasas kan dendam dan poyo dalam diri,lebih byk kejahilan diri anda teserlah..salut farhana abdul halim kerna tunjukan kebodohan kamu..

    BalasPadam
  16. Inilah bukyti agama diguna2kan oleh pemerintah dan pengamal agama tersebut.

    http://batutepijalan.blogspot.com/2012/02/ds-anwar-terpaksa-menaiki-motor-untuk.html

    BalasPadam
  17. Saya rasa makin cerah dgn tulisan ini. Klu boleh, rasanya payah, TT Pamirkan puisi beliau utk Tujuan confirm. Saya mmg benci sesiapa pun yg hina nabi saya. Terapi, sekiranya puisi yg bermaksud lain, spt di tulis ini, saya pun benci sekiranya beliau di hukum. Cerita begini biasa di 'alami' apabila seorang seni menulis, mengungkap atau melakar, perasaan nya tanpa penghayatan yg Betul drpd masyarakat umum. Kenapa tidak berbicara dgn para seniman dahulu? Melenting bukan Jalan terbaik. Agaknya begitulah apabila masyarakat di 'konservatif'kan terlalu oleh aliran pemikiran. Semoga beliau diadili dgn kefahaman di pihak yg mengadili. Saya takut, kezaliman akibat salah tanggap, menjemput kemurkaan Allah pd Kita semua. Astaghfirullahal 'azim

    BalasPadam
  18. Aq dah bace dah puisi bdk nie...mmg kurang ajar dan separuh biadap tol tulisan die!
    Tapi psl tu laa kite kene menegur die...kite kene ajar apew yg dibenarkan dlm agama...apew yg dilarang dlm agama...jgn ingat oleh krn die bangsa arab maka iman die mesti dah 100% kukuh...jgn ingat oleh krn die arab maka akidah die mesti dah 100%kukuh...jgn ingat oleh krn die orang arab maka lahir-lahir jew pengetahuan die ttg agama Islam dah cukup tinggi, sempurna dan expert.
    Oleh sebab orang arab nie ingat diorang nie paling alim dlm bab agama Islam...tup2 adew lak arab yg jahil dlm agama dari segi adab dgn Nabi...terus dilabel murtad, sesat, rosak akidah dan mcm2 lagi...terus jadi outcast dan wajib dihukum dgn teruk.
    Kene laa phm bdk arab nie pon kadang2 mcm bdk melayu kita jew perangai nyer...cuba tanya bdk2 melayu yg lepak kat tepi jalan...apakah nama empat sahabat Nabi yg utama...klu dpt jawab tiga dgn tepat pon dah cukup baik...hahaha...rasional la cket.
    Kite patut nyer kene beri dia nasihat dan bimbingan...bukan yer hukuman bunuh. Bdk2 bekas ajaran sesat pon JAKIM bagi kaunseling kan???

    BalasPadam
  19. Salam

    Bro Hisham... hukum bunuh keatas murtad bukan dari al-Quran tetapi hukum itu dibuat berdasarkan lahwal hadis. Inilah yg membuatkan ramai orang salah faham dengan Islam dan menyangka Islam agama mafia, klik disini jika berminat mahu tahu bagaimana isunya...

    BalasPadam
  20. hamzah kashgari apasal la kau bodoh sangat lari kat malaysia, kau lari ke mana pun negara tu akan usir ini kerana arab saudi adalah pengeluar petroleum terbesar di dunia takde satu negara pun berani menyinggung arab saudi kalau tak kena sekat minyak, kalau nak lari pun pergilah ke israel, hanya israel aje takkan usir kau balik ke arab saudi

    BalasPadam
  21. kalau budak tu kena bunuh
    hanya kerna puisinya di tweeter
    kita tak rasa bersalah ke?
    kita tak rasa malu mempunyai pemimpin seperti itu ke?

    BalasPadam
  22. Bila ulamak kita nak berperangai mcm nie?

    http://www.youtube.com/watch?v=s9kAVlnGMTU

    BalasPadam
  23. hoi sepukal kau pun bodoh gak kawan dia takde baling bom kat polis tapi bom tu sendiri meletup itu yang polis bangkok tangkap, yang kerajaan malaysia pi tangkap tu pasal apa polis thai atau interpol takde mintak suruh tangkap ini lagi kes teraniaya, hamza kashgari betul ke dok perjuangkan arab spring lagipun dia takde kena mengena dengan kita yang duk sibuk buat apa

    BalasPadam