Rabu, 15 Februari 2012
IRAN AKAN DISERANG - SEMUA WAJIB BERSEDIA
TENTERA LAUT IRAN BERSEDIA
ISRAEL , IRAN DAN SYRIA
WASHINGTON, Feb 4, 2012 (IPS) - When Defence Secretary Leon Panetta told Washington Post columnist David Ignatius this week that he believes Israel was likely to attack Iran between April and June, it was ostensibly yet another expression of [5ats of military action. ( Gareth Poter IPS)
Dua minggu dulu - ketika kita semua sibuk dengan cuti panjang – Mauludul Rasul dan Taipusam - di New York rancangan jahat Amerika telah digagalkan oleh Russia dan China. Kuasa imperial Amerika bersama kuncu-kuncu Nato-nya telah cuba meluluskan ketetapan Bangsa Bangsa Bersatu untuk menyerang Syria. Ini adalah mondus operandi – menggunakan topeng ketetapan PBB. Ketetapan PBB telah digunakan oleh Amerika dan kuncu Nato untuk menyerang Iraq, Afghanistan dan Libya.
Tetapi pada 4hb Febuari 2012 yang lalu Russia dan China telah menggunakan kuasa veto mereka untuk membatalkan rancangan jahat Amerika. Kalau tidak di veto - melalui ketetapan PBB ini Amerika ingin mewujudkan sekatan ekonomi dan kemudian sekatan penerbangan (no fly zone) keatas Syria. .
Lalu timbul persoalan – apa yang sebenarnya sedang berlaku sekarang? Dalam tulisan saya minggu lalu saya telah menerangkan apa dia NeoCon. Apa dia falsafah dan pejuangan NeoCon. Dalam tulisan yang sama saya telah menerangkan rancangan NeoCon dengan Projek Amerika Kurun Baru – Project For the New American Century (PNAC).
Justeru, semua yang sedang berlaku dihadapan mata kita dalam dunia hari ini adalah pengimplementasian projek-projek untuk menjayakan perancangan-perancangan yang telah diajukan dalam dokumen PNAC. Apakah tuan pembaca yang budiman yang menganggap saya ini keterlaluan? Biar saya butirkan lagi agar kita bersama-sama mendapat pencerahan.
Pada ketika ini - dari bahan bahan bacaan terkini, dari laporan media antarabangsa - saheh Amerika sedang bersedia untuk menyerang Iran. Sama ada serangan ini dilakukan oleh Israel atau oleh Amerika sendiri bukan persolaan. Lalu timbul pertanyaan jika Iran yang mahu diserang kenapa pula pertempuran sedang bermula di Syria? Kenapa sekatan ekonomi mahu dikenakan ke atas Syria?
Untuk memahami babak ini mari saya bawa kembali kepada apa yang di panggil Gulf of Tonkin Incident. Pada 2hb Ogos 1964 sebuah kapal perang Amerika bernama USS Maddox telah di katakan diserang oleh tentera laut Vietnam Utara. Apabila berita serangan dari tentera laut Vietnam Utara tersebar meluas di Amerika , Presiden Johnson pun mengistiharkan perang ke atas Vietnam Utara. Hari ini sejarah telah membuktikan tidak ada serangan dari tentera laut Vietnam Utara pada hari itu. Gulf of Tonkin itu hanya taktik untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika agar menyokong Presiden Johnson menghantar tentera ke Vietnam dan melancarkan perang.
Mungkin apa yang berlaku di Gulf of Tonkin agak lama dahulu. Ketika itu mungkin ramai pembaca masih belum lahir atau baru pandai kencing-kencing berdiri. Kerana itu biar saya buka surah yang terbaru. Pada 10 Oktober 1990 dahulu seorang budak perempuan 15 tahun bernama Nayirah telah menangis- nangis didalam kaca tv kerana dia ternampak soldadu Iraq masuk ke dalam hospital dan mengambil bayi-bayi yang tersimpan dalam inkubator. Dunia menjadi gempar. Dunia semakin yakin akan keganasan Saddam Hussein. Dunia melihat Saddam sebagai pemimpin yang sudah gila.
Berasaskan kesah dan tangisan Nayirah ini Presiden Bush Senior telah berjaya mengolah persetujuan rakyat Amerika untuk menyerang Iraq. Awas! Hanya beberapa hari kemudian dunia di beritahu bahawa Nayirah ini adalah anak kepada Saud bin Nasir Al-Sabah duta besar Kuwait ke Washington DC. Tangisan Nayirah ini hanyalah lakonan dirakam dan difilemkan di Washington DC bukan di Kuwait oleh syarikat Hill & Knowlton sebuah syarikat lobi. Tetapi berita saheh tentang siapa sebenarnya Nayirah ini tidak diambil peduli oleh media antarabangsa. Rakyat Amerika sudah naik minyak dan bersedia untuk bersama Bush menyerang Iraq.
Kalau Iran hendak di serang apa apa perlunya Syria juga di serang?
Untuk memahami babak ini kita wajib memahami apa dia Israel. Banyak orang tersilap baca. Israel ini adalah negara pendatang – settlers state – seperti Afrika Selatan, seperti New Zealand, seperti Australia, seperti Canada, seperti Singapura dan seperti Amerika sendiri. Negara-negara di datangi oleh orang-orang asing yang pembudayaan, bahasa, agamanya tercipta disatu wilayah yang lain. Mereka datang menjadi penduduk dan meminggir warga asal. Dalam kes Israel bukan hanya meminggir malah menghalau keluar orang Palestine – warga asal.
Pada thun 1967 saya dalam tingkatan empat . Pada tahun itu Perang Enam Hari Arab/Israel telah pecah. Saya hairan kenapa 100 juta warga Arab tidak dapat mengalahkan 3 juta Yahudi di Israel. Memang ramai kawan-kawan saya turut sama merasa hairan kenapa Arab yang ramai dapat dikalahkan oleh Yahudi yang sadikit. Sebenarnya ketika itu saya tidak faham apa itu Israel dan apa itu imperialisma. Hari ini saya telah mengetahui dengan mendalam tentang Israel. Dan saya tidak akan membuat kesilapan tentang siapa dan apa sebenarnya Israel ini.
Israel selain dari negara pendatang adalah juga sebuah pengkalan tentera Amerika yang cukup lengkap dengan persenjataan terbaru dan tercanggih. Setiap tahun Israel mendapat 3 bilion dollar bantuan bukan pinjaman dari Amerika. Ini belum termasuk bantuan persenjataan dan dana perniagaan. Dunia hari ini mengetahui bahawa Isreal yang memiliki lebih dari 250 butir bom nuklear. Justeru bala tentera Israel adalah yang terkuat di Timur Tengah. Bala tentera Israel ini juga selalu mengadakan latihan bersama dengan tentera Amerika. Dimana soldadu Israel berakhir disitu soldadu Amerika bermula.
Ketika Perang Enam Hari tahun 1967 berlaku , Isreal telah merampas Bukit Golan wilayah milik Syria. Wilayah Golan ini adalah sempadan Israel, Syria dan Lebanon. Israel menganggap wilayah ini stratejik untuk pertahanan Utara Israel. PBB tidak mengitiraf perampasan Bukit Golan ini. PPB meluluskan ketetapan agar wilayah ini dipulangkan. Tetapi Israel dengan kuasa bala tentera Amerika dibelakangnya terus tidak mempedulikan pandangan rakyat sedunia.
Melihatkan musuh yang amat degil maka Syria telah membuat Perjanjian Pertahanan dengan Iran pada Jun 2006 dahulu. Melalui penjanjian ini Syria telah dibantu oleh Iran dari segi persenjataan. Berasaskan perjanjian ini , Iran sedang membina pelabuhan dan pengkalan tentera dan di persisiran pantai Syria. Ini untuk membolehkan senjata-senjata dari Iran masuk melalui pelabuhan ini. Perjanjian Pertahan ini diperkuatkan lagi dengan Perjanjian Perdagangan Bebas antara Syria dan Iran yang bermula semenjak tahun Disember 2011. Semua ini dilihat oleh Isreal sebagai langkah yang merbahaya.
Manakala Syria dan Russia telah memiliki hubungan yang intim semenjak zaman Perang Dingin lagi. Dia zaman Presiden Hafez Al-Assad Syria ayah kepada Presiden Bashar – Syrian telah mendapat perlindungan ketenteraan dari Russia. Syria menggunakan alat persenjataan dari Russia dan dari Blok Sosialis. Manakala Russia dibenarkan menempatkan kapal-kapal tentera lautnya di perlabuhan Syria. Ini kerana selama 6 bulan perlabuhan Russia di utara Eropah disalut oleh air batu – maka perlabuhan Syria menjadi tempat terbaik. Hubungan intim antara Syria dan Russian ini tidak disenangi oleh Amerika dan dilihat mengancam keselamatan Isreal.
Keadaan politik bertambah tajam apabila Parti Hisbullah dan gerila dibawah parti ini mendapat dukungan dan sokongn teguh dari Iran. Parti yang berpengkalan di Lebanon ini adalah satu-satunya parti yang sedang berjuang mengangkat senjata melawan Zionis Israel. Syria pula memainkan peranan yang amat penting sebagai tempat pengkalan bantuan senjata dan makanan dari Iran disalurkan kepada Hisbullah. Senjata dari Iran sampai ke pelabuhan Syria dan kemudian masuk mengikut jalan darat ke Lebanon untuk sampai ke gerila Hisbollah.
Justeru apa yang kita lihat sekarang telah wujud setiakawan dan front besar antara Iran, Syria dan Hisbullah. Dalam masa yang sama Iraq dibawah kerajaaan baru ini lebih sedia bekerjasama dengan Iran. Kini secara tidak resmi telah wujud ‘ Tembok Shiah’ yang kukuh. Blok revolusineer dengan dasar anti Zionis dan anti Amerika.
Melihatkan kemunculan Tembok Shiah ini maka kaum Zionis Israel sedang merancang untuk menimbulkan satu ‘kecelakaan’ seperti Gulf of Tonkin Incident atau seperti Tangisan Nayirah. Kecelakaan yang dirancangan seperti ini amat penting untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika. Hati rakyat Amerika wajib di menangi kerana pada ketika ini telah muncul kumpulan rakyat Amerika yang jelak dan mual dengan gerakan Zionis dan pengaruh Zionis dalam politik Amerika .
Ketika tulisan ini di garap Syria semakin diasak oleh apa yang dipanggil ‘ Syrian Free Officer Movement’ yang berpengkalan di Turkey. Gerombolan yang menggunakan nama gerakan Gamal Abdel Nasser ini sebenarnya adalah anak syarikat Nato. Mereka di latih dan di biayai oleh Amerika dan kuncu-kuncu Nato. Turkey menjadi pusat dan pengkalan gerakan ini. Gerombolan inilah nanti yang sedang menyediakan pentas untuk meghalalkan Amerika, Israel dan Nato masuk menyerang Syria.
Sebelum memasuki Iran – Tembok Shiah wajib diruntuhkan atau sekurang-kurangnya di retakkan. Kita tunggu dan lihat bila musim bunga dan musim panas sampai. Apakah bentuk kecilakaan yang sednag dirancang di Syria? (TT)(bersambung)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
VALENTINE DI KUANTAN
buat sekian kalinya, terima kasih tt atas pencerahan.
BalasPadamKat Melesia ni fahaman Syiah takder.
BalasPadamYang ader cuma fahaman 'Sial'.
100% pengikut fahaman ini UMNO...kah kah kah
pencerahan yang mengcerahkan
BalasPadamDah mula buat false flag kat Thailand, serangan bangunan di israel dan dituduhkan keatas Iran dan mana-mana yang mengaitkan dengan keganasan dan Iran.
BalasPadamIn a propaganda tools most associated with Goebbels, "Tell a lie often enough, it will become truth"
Tell the world often enough that Iran is a terror state out to destroyed israel, then it will become the truth and justification to send in the stupid american and european boys and girls to die and kill off Iran.
tembok syiah yg digeruni oleh kaum imperalis,cmner ngan 'tembok sunni',yg membentuk pakatan OIC, yg mngawal seluruh tanah arab,harap sgt TT bole ulas 'Tembok Sunni'atau tembolok sunni..mayb bole bermula dgn kepala sunni iaitu arab saudi, kawan baik amerika..
BalasPadamIran geranti akan kena serang, dah lama dihebahkan cuma belum cukup panas je, tunggu dan lihat
BalasPadamhttp://halfpasthuman.com/lastdaysofyourlife.html
BalasPadamYour last 26 days of life...
On March 2, 2012, the zionists (isreali mossad and cia agents) who are the stooges of the central banksters, will attack an American naval ship (as they did with the USS Liberty).
They will try to sink this ship with a huge loss of life of American sailors.
They will pretend to be Iranians to make you mad at Iran.
They intend to provoke officialdom in the US and Russia and China into killing us all.
Much of officialdom (masons, illuminati, agents of rome (opus dei et al), zionists) are in on this false flag attack, and their fervent hope for WAR to end your life, and the lives of over ONE BILLION other humans (your relatives on this planet).
So much of humanity on this planet has been made crazy by the rothchilds/rockefellers and all the priests/potentates and other assholes who put themselves on top of us all by lying and cheating and murder.
They plan on yet another fucking great war to kill off as many of us as they can.
If they succeed, and the war is created;
no more taxes will i pay ever to anyone.
no more of their laws will i obey.
if i survive the smoking, nuclear wasteland that will be the west coast of the USofA and most of earth, and there are any of the former central banksters and their masters alive, i will swear the remnant of my life to bringing them to justice. And i know what that means, even if the psychopathic pedofilic fucktards do not.
My message to them...all of officialdom is simple....you know fear. You live on the fear of others. Now it is your turn.
Fear us now.
We know you now.
Your names are recorded.
Your lives are in our hands.
Killing billions of us only convinces the rest that we have nothing left to lose.
You taught us to fear you.
Now the fear is gone, only hate remains.
Fear us now.
Or we come for you later.
posted February 6, 2012 by clif high
jumpa video ni kat youtube
BalasPadamorg syria mmg hebat
http://www.youtube.com/watch?v=c3YSPvIn6ec&feature=share
memerlukan sejarah diberitahu dgn lebih kerap.
BalasPadamOk, kebelakangan ini aku kerap mendapat chain-email yang menceritakan mengenai kezaliman Syria. Sudah merebak ke Facebook baru-baru ini.
BalasPadamBerikut adalah isi kandungan chain-email tersebut:
Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :
1) Siapakah Bashar Assad yang sebenarnya?
Bashar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Bashar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.
2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?
Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.
3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?
Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.
4) Apa pula hubungan ٌRejim Syria dengan Israel?
Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.
Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.
(Nota : Maklumat ini diambil daripada penceritaan sendiri oleh rakyat Syria yang diperolehi oleh seorang rakyat Malaysia yang ke Syria baru-baru ini)
Wallahu’alam….
Salah satu pengebom Iran di Thailand dilaporkan melarikan diri ke Malaysia.
BalasPadamJadi Tukar Tiub Pemecah berita betul tentang Mat Iran dan Mat Nigeria yang tinggal di Malaysia kebanyakannya ialah Nigerian Scammer, Pengedar Dadah Iran dan Pengganas Shiah Iran.
Salam;
BalasPadamTelahan TT mengenai perkara yang dirancang, untuk mengolah persetujuan orang ramai adalah tepat. Berita ini telah keluar : http://melayukini.net/2012/02/isu-syria-video-kepala-budak-dipenggal-kejam/
Sungguh mendukacitakan...
Iran takkan diserang oleh Amerkia, Amerika kenal siapa kawan siapa lawan, aku percaya ini hanya propaganda Iran dan Amerika. Pencerobohan ke atas Iraq dibantu oleh Iran..jangan pernah lupa fakta tersebut.. Di Syria Iran membantu membunuh rakyat Syria...-plugrosak
BalasPadamsalam,
BalasPadamsaya ingin respon lembu punya komen. bila masa pulak tukar tiub cakap pengganas syiah iran? adakah semua iran itu syiah? tak adakah sunni? mungkin jugak yg edar dadah tu sunni iran. sesuai sangatlah dengan nama tu, memang bodoh macam lembu. kah kah kah
Bila Perang IRan-Israel/US bermula, kita akan mula bercakap pasal mazhab
BalasPadamMeleis mula cakap isu Syiah bunuh Sunni di Syria.
you may love to read this http://chomeini.blogspot.com/2012/02/syria-huru-hara-israel-serang-iran-arab.html
Tiap2 kali ada isu iran, israel dan amerika, mesti ada kepala bana berfikiran satu konspirasi. Apa punya bangsat punya idea konspirasi sehingga menyusahkan rakyat iran menanggung penderitaan akibat trade sanction. Kalo amerika n zionis nak bersekongkol dengan iran, masa zaman shah iran mungkin boleh.
BalasPadamKebabyakan pengkomen yg mempunyai idea konspirasi adalah bangang dan mungkin belum dilahirkan semasa revolusi iran. Golongan yang macam ni lah senang ditipu oleh gerombolan
akhbar parti PAS, harakah sejak kebelakangan ini sering memainkan isu kekejaman bashar assad. pemuda PAS siap nak berdemo di kedutaan syria lagi.
BalasPadamSepatutnya OIC lah yg mengetuai utk menyerang Syria ini.
BalasPadamBasyar Al-Asad telah membunuh dan menyembelih rakyat Sunni di Syria, penghapusan kaum (bunuh sunni) sedang berlaku di Syria.
Memang jenis bangang dan bangsat spesis yang berpegang kepada fahaman konspirasi US dan Iran dan Israel...nilah jenis bodoh tahap nano!!!! Dia main cakap sedap kepala bana je...kah..kah..kah.,
BalasPadambro TT, tentang pengedar syabu dr Iran yang ramai masuk malaysia,adakah itu benar atau mainan media tajaan zionis di malaysia?
BalasPadam