Rabu, 22 Februari 2012

KALAU 8 TUNTUTAN BERSIH TIDAK DITUNAI ERTINYA PILIHANRAYA TIPU






TUNAI INI SEBELUM PRU13





DAP KHUATIR 400 PENGUNDI POS JEJAS PELUANGNYA DI KKB
- mkini

Peningkatan 400 undi pos yang dicatatkan di kerusi Kuala Kubu Bahru bakal menjadikan anggota tentera ‘penentu’ bagi calon-calon yang bertanding di kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang.

ADUN DAP bagi Bukit Tunku Lau Weng San yang ditugaskan ‘menjaga’ kerusi itu, berkata undi pos itu adalah dari kem tentera yang merupakan penempatan Rejimen Semboyan Diraja ke-4.

Katanya, pada beberapa pilihan raya yang lalu, kerusi DUN itu telah dimenangi dan juga hilang oleh majoriti antara 400 dan 1,700 undi pada masa lalu. Oleh itu, undi pos tambahan itu tidak menjadi petanda baik untuk Pakatan Rakyat.

"Ini akan menjejaskan peluang Pakatan memenangi kerusi tersebut. Seperti yang anda tahu apabila ia membabitkan undi pos, kita sentiasa kalah teruk," kata Lau pada sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

Beliau juga mendedahkan bahawa daripada 400 pengundi pos yang baru itu, 33 adalah pasangan anggota tentera berkenaan.

DAP sebelum ini membuat bantahan kerana isteri anggota tentera tidak bertugas seperti suami mereka dan oleh itu mereka boleh membuang undi dengan proses biasa.

Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi kerusi itu dengan majoriti 448 undi.

NOTA:
gerombolan sedang menyusun untuk menang
caranya:
1 – mat bangla mengundi
2 – mat indon mengundi
3 – alih pengundi melayu dalam kawsasan dap masukkan ke kawasan gerombolan yang kalah
4 – alihkan nama pengundi pakatan - hari mengundi kelam kabut
5 – hilangkan terus nama pengundi penyokong pakatan
6 - tiap kawasan parlimen tambah undi pos
7 - tiap kawasan parlimen buat kem askar
8 - tiap kawasan parlimen buat rela
8 - tiap kawasan yang di sasar besarkan bali polis
9 - isteri polis mengundin pos
10 - isteri askar mengundi pos

SELANGOR AKAN JATUH
selangor akan dirampas kembali
bukan kerana pakatan tak ada sokongan
bukan pakatan rasuah

bukan pakatan membazir

selangor dirampas dengan tipu helah
tak caya:


ini contohnya
contohnya di temui oleh mimos
badan yang diupah oleh spr

kes parlimen petaling jaya utara dan kes parlimen subang
dua kawasan duduk sebelah nyebelah
selama 3 tahun di petaling jaya utara ada penambahan 5 ribu pengundi barui
selama 3 tahun di subang ada penambahan 35 ribu pengundi baru
masuk akal?

JELAS :subang di bawah pakatan akan kalah




TUNTUTAN ANAK MUDA




NOTA:
tidak ada jalan lain
sebelum pilihanraya
kita perlu ke jalan raya
8 tuntutan bersih wajib ditunai
tak tunai ertinya pilihanraya tipu



3 ulasan:

  1. Kena tambah :

    1. Pemerhati dari luar negara
    adalah wajib di setiap peti
    undi.

    2. Peti undi yang dicurigai seperti
    sampai lewat di tempat mengira
    undi hendaklah ditolak.

    3. Pengundi yang dicurigai tidak
    dibenarkan memasuki pusat
    mengundi dan perlu ditahan oleh
    polis.

    BalasPadam
  2. 4 dari 8 tuntutan bersih 2.0 perlu ditunaikan. Kalau tidak confirm pakatan kalah:

    1. bersihkan senarai undi, 2. reformadikan undi pos dan 3. akses media bebas dan adil (kpd pakatan), 4. kukuhkan institusi awam (supaya pegawai sprm tidak tipu umum jumlah undi).

    Dakwat kekal akan buat. 3 tuntutan yg lain sukar nak ditunaikan.

    Oleh itu bersedia utk kalah sbb pertambahan pengundi mendadak naik. Kecuali betlaku tsunami; majoriti besar rakyat undi pakatan.

    BalasPadam
  3. Bila nak buat tak sabar rasanya..heheeee

    BalasPadam