Rabu, 15 Februari 2012

KENYATAAN RESMI PARTI KEADILAN RAKYAT




KENYATAAN AKHBAR: DASAR LUAR MALAYSIA TERHADAP PALESTIN BERKIBLATKAN AMERIKA SYARIKAT DAN ISRAEL


Saya merujuk kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang membidas Dato Seri Anwar sebagai bersikap dua wajah (two-faced) dan menegaskan kononnya Malaysia sentiasa memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin.

Apakah PM Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya 25 Jan 2006?

Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh dipilih sebagai ketua kerajaan yang kemudiannya melantik Menteri Luarnya Dr Mahmoud AlZahar. Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuanrumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) anehnya telah membelakangkan kehadiran Dr Mahmoud AlZahar sebagai Menteri Luar sah kerajaan Palestin dan sebaliknya mengiktiraf Farouk Qadummi iaitu Bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum Pilihanraya 25 Januari 2006). Pada persidangan tersebut Farouk Qadummi dijemput berucap sebagai wakil rasmi kerajaan Palestin.

Hal ini tidak sukar difahami kerana PM Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili HAMAS yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas. Hakikat bahawa HAMAS menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap HAMAS yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah. Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS. Adalah menjadi pengetahuan umum Amerika Syarikat dan Israel lebih bersikap lunak terhadap kumpulan FATAH yang tewas pilihanraya.

Dr Mahmoud AlZahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya memulau persidangan NAM tersebut. Beliau menemui pimpinan PAS termasuk Timbalan Presiden ketika itu Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Dr Zahar turut mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menjemput Qaddoumi dan menganggap keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kerajaan beliau. Malahan Ustaz Nasaruddin kemudian mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan Malaysia sebagai ‘biadap’

Insiden tersebut memberikan bukti jelas bagaimana tidak konsistennya dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin. Insiden ini menjadi bukti bahawa dasar luar Malaysia terhadap Palestin sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap Palestin. Insiden ini mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihanraya. Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS pada ketika itu maka Malaysia juga akur. Bukankah fakta ini dengan sendirinya menolak kenyataan PM Najib sebaliknya mengesahkan bahawa dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin sebenarnya tidak konsisten?

Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
14 FEBRUARI 2012


7 ulasan:

  1. bagaimana pula dengan misi ketenteraan ('pasukan perubatan') ke AFGHANISTAN????
    jangan kata dulang paku serpih

    BalasPadam
  2. FAQOFF utk KERAjaan Malaysia!!!

    BalasPadam
  3. salam, dsai ni sama je 2 x 5 ngan najib sama2 sekular sama2 sekongkol ngan yahudi ckp cam taik. apa cerita datuk nik aziz suruh dsai tarik balik kenyataan d wsj atau kasi saman sama itu wsj kalau kenyataan tu x betul

    x kan x berani komen pasal dsai kot, takut artikal x keluar kat suara keadilan, takut mis soru blah la

    apahal dok bangang lg pasal taghut vd tu sampai x tau palestine d serang lg oleh israel laknatullah tu,baghal betul depa ni

    syabas pd pemimpin pas yg sentiasa consisten tidak mengiktiraf k'jaan israel

    BalasPadam
  4. Yang sebenarnya kiblat mereka adalah ekonomi, mana mana yang tak boleh membawa masuk duit kedalam kocek mereka kena tolak mentah mentah

    BalasPadam
  5. barua pemodal amerika. kepala pundek dia.

    BalasPadam
  6. emereka taknak bekal barang keperluan ke iran,
    malaysia kena ikut?

    emereka taknak iktiraf hamas pimpin kerajaan palestin,
    malaysia kena ikut?

    er... adakah malaysia negaraku tidak pernah dijajah?
    atau malaysia negaraku tidak pernah merdeka???

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: SELAMAT MERDEKA 2

    BalasPadam
  7. woit sheikhalfarisi,

    apa sumbangan hang pada Palestine?
    tanya dulu diri sendiri....
    jgn dok buat hingaq tapi apa pun tarak....

    kalau hisap rokok serupa hisap peliaq israel la tu...
    lebih kuah dari camca...
    kah...kah...kah...

    BalasPadam