Rabu, 8 Februari 2012
LEMBU MEMBUREET LAGI - MINTA ALLAH DATANG MEMBANTU
LEMBU SHAHRIZAT REKRUT ALLAH LAGI
SKANDAL NFC: PENGURUSAN NFC MENGUMPUL ASET MEWAH DI SINGAPURA
Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.
Sebelum ini, KEADILAN telah mengemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010. Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura.
KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura.
Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat ini, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli.
Hasil siasatan mengesahkan bahawa selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil telah membeli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura.
Butir-butirnya adalah seperti berikut:
Alamat:
#08-01
Marina Bay Suites
3 Central Boulevard
Singapore 018965
Hakmilik:
Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail
Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh
(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)
Harga:
S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209
Tarikh dibeli:
27 Mei 2010
Pembiaya:
United Overseas Bank Limited (UOB)
Alamat:
#11-01
Marina Bay Suites
3 Central Boulevard
Singapore 018965
Hakmilik:
Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail
Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh
(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)
Harga:
S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575
Tarikh dibeli:
27 Mei 2010
Pembiaya:
Malayan Banking Berhad (Maybank)
Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.
Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.
Pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi.
Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.
Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato’ Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit. Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli.
Dengan pendedahan terbaru ini, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC (baik dibayar secara terus atau melalui urusniaga timbal balik berdasarkan pendepositan dana yang besar) yang telah didedahkan setakat ini adalah seperti berikut:
HARTA
JUMLAH (RM)
2 unit kondominium One Menerong
13,800,000
Mercedes Benz CLS 350 CGI
534,622
2 plot tanah PT1886 & PT1887 Presint 10, Putrajaya
3,363,507
1 unit kondominium Orchard Scotts
9,900,000
2 unit kondominium Marina Bay Suites
34,562,784
JUMLAH
62,160,913
Saya ingin merumuskan pendedahan kali ini dengan mengajukan 3 soalan masing-masing kepada pengurusan NFC, Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan Dato’ Seri Najib Tun Razak:
1. Apakah bukti-bukti yang boleh dikemukakan oleh pengurusan NFC bahawa pinjaman-pinjaman yang diambil untuk membiayai 2 unit kondominium mewah di Marina Bay Suites ini tidak ada kena mengena dengan dana awam RM250 juta yang diamanahkan kepada NFC?
2. Beranikah Dato’ Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan memperincikan pendapatan keseluruhan ahli keluarga beliau sehingga mampu mengumpul harta sedemikian rupa dalam masa 2-3 tahun kebelakangan ini?
3. Apakah Dato’ Seri Najib Tun Razak mempunyai kekuatan moral untuk menentang rasuah dan salahguna kuasa dengan mewajibkan setiap ahli kabinet mengisytiharkan keseluruhan harta yang dipunyai oleh mereka dan ahli keluarga mereka, berikutan pendedahan harta yang dimiliki keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil?
Rakyat akan terus memerhati dan menilai tindakan yang diambil oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam menangani skandal NFC ini. Jalan terbaik untuk menjada kredibiliti kerajaan dan institusi berkuasa seperti SPRM dan PDRM adalah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya diRaja secepat mungkin untuk menyiasat skandal ini.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
8 FEBRUARI 2012
NOTA:
kenapa agaknya mat mongol senyap
apa rahsia lembu ini
nak tahu latar belakang?
tunggu dan nanti
hanya tukar tiub pemecah berita!
RM173,000 sebulan untuk ansuran bulanan!!. aku yang kerja betul2 ni pun 1000 sebulan bukan main perit nak bayar. lancauu la menteri2 malaysia.
BalasPadamBila tenguk Shahrizat Jalil berkali-kali menyebut nama Allah untuk mengelak dari isu NFC, ini saja la yang masuk dalam perasaan - Ya Tuhan, ampunkan segala dosaku.
BalasPadamSharizat kata:
‘’Rupanya Allah kata, wahai Shahrizat, Aku nak uji, nak uja dan duga kau selaku ketua, sama ada kau ada Iman, ada Ibadah, ada semangat atau kau nak tumbang begitu saja’’.
‘’Mana, jangan sapa la ingat saya nak takut ‘SANGAT’, saya hanya takut dekat Allah SWT, kalau tidak saya tak sampai Mekah 2 bulan 3 kali saya mengadap Kaabah’’.
Shahrizat, kamu mungkin boleh kata Allah menguji kamu, tapi saya sebagai seorang manusia yang Al-Quran adalah kitabku walau saya tak pernah pegi Umrah sekali pun (coming soon jika ada rezeki), saya tetap berkata,
‘’Allah bukan menguji kamu wahai Sharizat tetapi membuka segala kesalahan kamu yang telah tidak amanah selama ini. Kamu diberikan tempat dan jawatan yang tinggi dalam cabinet Malaysia sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat untuk membantu kebajikan mereka-mereka yang tertakluk dalam linkungan kementerian kamu, tapi apa yang telah kamu lakukan selama ini untuk memperjuangkan mereka? Menjerit dan mendabik dada yang kamu seorang KETUA wanita dengan rasa Bongkak bukan jalan menutup kesalahan dan dosa kamu juga keluarga kamu’’.
ADA FAHAM?
p/s: Maaf la Mr.TT, comment I panjang pulak kat blog you ni. Nak lepas emosi sebab dah meluat sesangat kat minah ni.
org felda dah dpt 500...peduli apa diorang menteri rembat 1 billion pun....PRU 14 ajelah kita pulun...yg ini confirm kalah
BalasPadamUMNO pembela orang-orang MELAYU! Bukankah Salleh dan keluarganya Melayu? maka wajarlah dibela sedemikian cara. Tak percaya tanya PERKASA. Makanya, lain-lain pembela2 Melayu mestilah senyap sepi. Mana Perkasa? Mana Pukida? mana Majlis Professor Negara? Mana anak Keling bergelar Prof? Konon pembela Melayu! Lancau laaaa!
BalasPadamhapuskan mereka dari muka bumi org umno bn ni!!!!siallll
BalasPadamaku percaya kakijat 100%...pasai aku tengok ketiak dah basah, ini tanda MUSLIHAT....MUKJIZAT nabi air keluar di celah jari....tp MUSLIHAT kakijat air keluar kat celah ketiak mashem...
BalasPadamMemang telah menjadi resam bagi orang2 UMNO bila time2 kritikal je time tu lah nak pergi umrah. Shahrizat pergi umrah 3-4x dalam masa 2 bulan seolah2 Nak desak Tuhan supaya bagi hidayah.
BalasPadamHahahah... aku tgok gaya shahrizat bercakap pun dah tau.... dia amat desprate bukannya kerana dapat hidayah....
lembu betina ni dok meroyan..isu skrg lembu dgn keluarga lembu yg mengabis duit rakyat..yg dok berlindung belakang wanita umno buat apa..geng umno pun suruh lembu betina ni belah..apa pun lembu betina ni dah tak lama nk kena semelih sekali lagi...najibtuya tak berani rakyat yg akan tentukan nasib lembu betina ni..nak dibuat gulai ke nk dibuat serunding..apa pun ijat lembu ko teruskan le meracau mengilai...your days have benn numbered!
BalasPadamMengapa pihak Singapura tidak memulakan siasatan terhadap dakwaan tersebut? Ini jelas kes "money laundering". Mengapa kes ini tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa Singapura memandangkan instrumen-instrumen negara mereka juga telah digunakan? Kalau lembu betina ini tidak boleh ditangkap dan didakwa di Malaysia, biarlah ianya terjadi di negara-negara lain pula! Kah! Kah! Kah! Setidak-tidaknya aset mereka di negara lain akan dibekukan untuk siasatan! Kah! Kah! Kah! Biar lembu-lembu tu kesejukan tak ada kondo mewah! Kah! Kah! Kah! Kah!
BalasPadamKesian bila aku tengok video...sedih dengan perubahan kak izat yang aku rasa tidak normal.. Elok sesiapa yang mempunyai kepakaran zahir dah batin dapat memulihkan beliau kembali ke jalan asal.. Kenyataan beliau tidak lagi dalam keadaan sedar...ada benda yang tak kena tu setelah kembali dari ibadah umrah..
BalasPadamBayangkan kalau kita buat laporan polis di setiap negara yang menteri-menteri Malaysia pergi! Kalau setiap laporan di negara tersebut akan disiasat oleh pihak berkuasa negara itu, sebaik sahaja mereka mendarat di sana tentunya mereka akan ditahan untuk siasatan! Lebih-lebih lagi kalau kes melibatkan penggunaan sumber negara tersebut untuk money laundering! Tentunya Wisma Putra akan berpeluh sampai masam ketiak untuk mengeluarkan menteri-menteri yang kena tahan tu! Kah! Kah! Kah! Kah!
BalasPadamaku ingat kat ijat nie pandai la... rupe nye bebal mcm lem
BalasPadamda le tu kak jat,org len pon nk jd menteri gak
BalasPadamCasing iPhone Keras Diuji Sebagai Bola Hoki Ais(Video)
jgn undur kak ijat. we love u. lawan tetap lawan kak ijat. kak ijat boleh bantu rakyat tumbangkan umno bn dan tun kepala tahi. lawan lagi kak ijat. kalau boleh tiap minggu ngadap kaabah lagi real dan nampak alim alim lembu. oh ya kak ijat dah ngawan dgn lembu tak? kihkih...
BalasPadamengkorang jangan terkejut minggu depan kak ijat akan muncul dengan imej berpurdah litup nampak mata je,tanda dia bersih dan bertakwa dapat hidayah tuhan
BalasPadamCilanat kau TT, kau nampak tak kak Pijat dah dapat pentunjuk...saya pun terkejut tak sangka dia boleh pi umrah 3 kali...,kau nampak tak TT?,kau pi hiligh muka mamak tongkang ni buat apa? aku pun meluat sampai nak termuntah...tolonglah jgn kau pamerkan muka tu lg makin ramai akan terkena penyakit alahan mudah termuntah..
BalasPadam