Rabu, 22 Februari 2012
MARI BUAT RAMAI DI KUANTAN
TURUN BERSAMA KITA BERDEMO
PAS KERAH AHLI KE HIMPUNAN HIJAU AHAD INI – harakah daily
KUANTAN, 21 Feb: PAS Pahang mengarahkan setiap kawasan di negeri itu menghantar 1,000 ahlinya ke program Himpunan Hijau bagi membantah loji memproses nadir bumi Lynas, Ahad ini.
Pesuruhjayanya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi penyokong-penyokong PAS yang berada di parlimen-parlimen Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan Pekan diminta hadir lebih ramai lagi.
"PAS, parti dalam Pakatan Rakyat, NGO dan individu diminta hadir bagi menyatakan sokongan membantah kilang yang kita anggap bom jangka itu kerana lesen sementara operasi telahpun dikeluarkan oleh kerajaan.
“Semua pihak termasuk daripada Umno kita pelawa untuk hadir menyatakan bantahan kerana isu ini melibatkan kepentingan dan keselamatan negara,” tambahnya.
Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, setakat ini kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti serta ahli PAS dari Terengganu telah memberikan komitmen untuk hadir.
KITA DI KUANTAN AHAD INI
NOTA:
kita tak ada pilihan
jika kita tidak melawan
kita akan jadi mangsa
dunia ini kita pinjam
dari anak cucu cicit kita
kita hanya ada satu dunia
kita hanya ada satu malaysia
kita hanya ada satu pahang
kita hanya ada satu gebeng
jika kita tak bangun melawan
kita semua jadi mangsa
saudara mara kita jadi mansa
cucu cicit kita jadi mangsa
lebih baik bangun melawan
dari bodoh macam cendawan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan