Khamis, 9 Februari 2012

SAMBUNGAN KESAH DARI PASIR SALAK




INI LAWAK BERDIRI DI CHANGKAT LADA




RUMAH TUMPANGAN

rumah ini cantik bersih
tidak jauh dari tebing sungai perak
buka pintu belakang nampak sungai perak
jika banjir mungkin kawasan ini akan tenggelam
belakang rumah ini ada kolam ikan

pagi itu tuan rumah membawa panching
mengajak kami memancing
memaang ramai ikan dalam kolam ini
bila roti di lemparkan
saperti pirahna ikan ini datang
aku tak memancing

BERCUKUR

ini perangai aku
dimana tempat baru aku pergi
aku akan bercukur
ini mungkin macam tabiat anjing
mana tempat baru pergi akan kencing
atau tabiat kelasi kapal
disetiap pelabuhan baru disinggahi akan pancut

kedai gunting yang aku temui ini
aku rasa paling spesial
tidak ada alamat
tidak ada papan tanda
aku terserempak satelah gagal
mencari kedai gunting dalam pekan gajah

hanya satu kerusi tidor yang klasik
di tepi rumah dalam kampong
entah apa nama kampomng ini

si tukang gunting memakai tutup mulut
ertinya kami tidak berbual
ketika aku singgah ada 2 pelanggan telah ada
seorang bercukur janggut
dan yang seorang lagi nak botak
aku menunggu pembotakan selesai
kemudian aku dicukur

wajib cuba dan wajib datang ke sini
aku kalau ada masa dan luang akan datang lagi
bercukur ini adalah salah satu tarikan

ketika terbaring
aku terasa macam di milan
dalam kedai gunting itali
kerja abang ini cukup rapi
malah abang tukang gunting menggunakan cream
bukan macam di kl hanya pakai air dan sabun

aku mersakan nikmat bercukur yang maha sangat
harganya - tak perlu aku tulisankan
setengah kaling harimau pun tak dapat

PETANG DI SUNGAI PERAK

sesudah bercukur aku pulang ke bilik untuk tukar pakaian
kemudian mencari tebing terbaik untuk mandi
pusing punya pusing sampai ke jambatan
air sejuk agak berlumpur
ada abang polis pencen sedang memancaing
dia dapat dua ekor ikan duri
katanya dia baru belajar dua minggu
kami bersembang tentang itu dan ini

ha ha ha... gerombolan tak perlu
jumpa abang ini kerana aku sudah racun dia
untuk sokong pakatan
malah abang polis pencen ini kata:
kepala butuhlaaa kepada zambry

ABANG JAMAL

nak kami dibantu oleh abang jamal
lelaki baik yang memastikan kami okay
kalau jamal ini tidak ada susah juga kami
kerana kami tidak tahu jalan jalan didini

MALAM DI PADANG
sebelum turun ke padang
kami makan malam rumah ustaz
enak terutama ikan masin
aku tambah nasi dua kali
piyan habib rahmat syed dan hanim ada sama

aku mula panik
tak tahu apakah orang akan ketawa bila
aku buat lawak berdiri
ini budaya baru - dead pan stand up komidi
aku tertanya tanya
betul aku panik!

lepas makan di pandang
apa isi malam itu sila
lihat klip

untuk aku malam itu berjaya
hampir 3000 yang datang
ramai yang duduk dlam gelap
aku tak nampak dari pentas

inilah kali pertama ku dengan nizar
mamat ni cool
akau rasa mamat ini berpotensi untuk jadi PM malaysia
ini pandangan aku
ini bukan nak bodek
dari apa yang aku perhatikan
dari apa yang aku baca tentang mamat ini
dia memang cool - kalau mamat ini jadi PM selamat kita semua


EMPAT PANGLIMA DARi TELOK ANSON

hahahh aku wajib menulis tentang ini
kerana selesai program aku didatangi
oleh panglima telok anson
mereka kecewa dan tidak puas hati
kerana aku tulis pekan mereka poyo
dan mainah dan mamat di pekan mereka semua pecah
mereka datang untuk menyatakan bahawa aku salah
kah kah kah

panglima ini datang dari jauh
inilah contoh kekuatan blog
silap silap tulis
tuan empuanya blog kena belankong

tapi mamat 4 orang ini cool
mereka simpati terhadap program derita rakyat
kalau mereka baca yang aku tulis ini
mereka akan faham

IKAN IKAN IKAN SUNGAI PERAK

esoknya aku bagun awal untuk beli ikan
aku difahamkan ada ikan sungai
dijual ditepi jambatan
lalu aku pergi mencari cari
tiga jambatan aku lintasi tapi gagal
lalu kami bersiap untuk pulang
kami mengemas rumah tumpangan
aku memulangkan kunci - lalu beredar

PASAR IKAN

dipasar ikan aku gagal lagi
tetapi dapat membeli dua jenis buah
buah LARA dan buah KULIM
buar lara manis dan enak
buah lara ialah buh hutan
yang aku rasa berpotensi untuk dibanyakkan
buah kulim bijinya untuk dicampur dalam masakan

JAMBATAN IKAN

bayangkan di satu jambatan yang telah aku lalui tadi
telah ada orang jual ikan
wow! jelawat, talipia sungai,
tongsan, anak toman, belida dan kaloi
aku menunjukkan pada satu jenis ikan
yang tak pernah aku lihat
budak jual ikan kata : ini raja tak ada daulat
aku ingat budak ini perli sultan perak
atau perli nazrin
kah kah kah
rupa rupanya itu nama ikan
lalu aku membeli talapia, belida, ikan raja dan jelawat
kemana aku berjalan - kotak ikan aku telah tersedia
hinggakan tukang jual ikan ingat aku pulang dari memncing

TELOK ANSON SEKALI LAGI

aku duduk sekali lagi di cafe yang sama
anak playan tersenyum tanda telah kenal
aku ingin melihat apakah ada minah cun dan mamat jambu
dalam pekan ini
sejam aku duduk seoarang tak muncul
semua pecah dan obese
semua mangsa mek dogal dan kentuki

MEE REBUS GHANI

dari cafe aku ke kedai mee rebus
ini mee rebus yang terkenal di telok anson
aku pernah menulis tentangnya dalam OFF THE EDGE
rojak dan mee rebus yang enak

jeng jeng jeng
tetiba meja dihadapan yang kosong didatangi oleh...
jeng jeng jeng

dua minah cun berdiri dihadapan aku
dengan ibu dan ayah dan adik
minah dua orang ini sudah salah duduk
mereka duduk mengadap muka aku
bayangkan betapa gelisah jiwap mereka
ketika itu
bayangkan betapa berkecamuknya jiwa mereka
milihat muka aku yang cool dan trendy
pasti mereka akan mimpi berahi

makan terbukti bahawa rupa rupanya
ada minah cun dalam bandar ini
slim cute dan sexy

aku mengaku silap
kepada 4 pahlawan telok anson

sudah makan kami belah ke klumpo

NOTA:
kepada penganjur malam derita rakyat
kami ucapkan terima kaseh
kepada abang jamal - jumpa lagi bila musim durian!


16 ulasan:

  1. minah cun akan mimpi berahi???? wakakakaka terbaiiikkkkk

    BalasPadam
  2. mereka duduk mengadap muka aku
    bayangkan betapa gelisah jiwap mereka
    ketika itu
    bayangkan betapa berkecamuknya jiwa mereka
    milihat muka aku yang cool dan trendy
    pasti mereka akan mimpi berahi

    kahkahkahkah!!

    BalasPadam
  3. kool brader. gua seolah olah berada dibelakang lu sepanjang pengembaraan dgn membaca tulisan ni...kool

    BalasPadam
  4. catatan yang cool...

    tapi ayat ni memang tak boleh blah:
    "minah dua orang ini sudah salah duduk
    mereka duduk mengadap muka aku
    bayangkan betapa gelisah jiwap mereka
    ketika itu
    bayangkan betapa berkecamuknya jiwa mereka
    milihat muka aku yang cool dan trendy
    pasti mereka akan mimpi berahi"

    kah kah kah

    BalasPadam
  5. DEAR TT,

    U R CUTE, REALLY CUTE!

    KEEP COOL!

    BalasPadam
  6. Ini kali kasi tibai sama Umno!

    http://batutepijalan.blogspot.com/2012/02/pemimpin-umno-rembat-tanah-sekolah.html

    BalasPadam
  7. Lancau la lu TT
    Lu buat gua pecah perut laa
    lu cakap minah cun yang duduk depan lu gelisah bila tengok muka lu yang cool dan trendy!!

    mangkok hayon betul laa!

    BalasPadam
  8. kau memnag berani Isham . respect aku kat kau. bagus idea kau bertanding di Pekan tu.

    BalasPadam
  9. Salam ziarah. Cernaan membina minda.

    BalasPadam
  10. Woit!sesudah baca catatan perjalanan..aku terlihat poster indah di blog tt...iklan mamy poko..kah kah kah.sungguh tidak stylo dan trendy,mimpi berahi awek sexy teluk anson punah kali ini.woit!iklan marlboro lebih trendy walau pembaca bakal hilang seri gigi,ini blog utk awek sexy,bkn utk mami momy...kah kah kah!

    BalasPadam
  11. Salam bro tt,

    mintak maaf lau aku ckp lawak ko time

    berucap xde umph, mcm nk tiru abg mat

    kite. Kalau tulisan kau, aku respek.

    Bab berucap, gagalll bro. Jgn mare ye.

    Xlawak langsung mcm mat sabu.

    BalasPadam
  12. Raja Tak Ada Daulat ... kah kah kah...

    BalasPadam
  13. Ini bukan main lawak. Mana saya boleh hantar RM10 untuk menyokong anda jadi calon di Pekan? Jelas rakyat tidak mahu membazir air di Putra Jaya lagi.

    BalasPadam
  14. Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

    Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Windstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

    Nota tambahan:

    Keris Taming Sari sepatutnya dipakai oleh seorang yang bertaraf Laksamana

    BalasPadam
  15. teluk anson aka teluk intan, bandar dimana Prof ahmad atory (ring any bell ?) kah kah kah ikan raja tu ialah ikan peacock bass (panggilan nama lain untuk ikan tu) isi dia sedap tapi akan menjadi keras bila disimpan didalam peti sejuk, paling sedap jika masak selepas ditangkap, anak-anak saya kalau saya dapat ikan ni masa memancing suka masak steam (kukus) dengan lebihkan halia dan jus limau nipis pergh.. teluk anson tu kampung teman le, sungai perak dari kilang papan ke kg. batak rabit tempat teman memancing udang galah, tapi semenjak berpindah ke Ipoh ni dah lebih sepuluh tahun tak memancing udang galah kat situ, teman memancing kat area batu gajah/kg. pisang, area air kuning dan sesekali ke laut, kaki kaki pancing udang galah dah ramai yang 'option pencen awal' masing-masing 'uzur' goutla, darah tinggi la, diabetes la segala macam penyakit, teman orang miskin tak kena (lagi) penyakit orang-orang kaya tu, kg. gajah teman dapat tahu banyak juga port memancing tapi teman tak berani gi sorang-sorang sebab kengkawan bagi tahu banyak bahayanya kalau gi sorang-sorang

    BalasPadam