Khamis, 22 Mac 2012

BUKU BAGI FREE KAH KAH KAH




MENOLAK HADIAH NOBEL





NOTA:
jean paul satre
memenangi hadiah nobel sastera pada tahuin 1964
dia menolak hadiah ini

nobel dan buku karangan satre
terus terjual dan tak pernah
dicetak untuk di edar secara percuma
kah kah kah





KARYA KEMALA DIIKTIRAF TERBAIK
–berita hairan

Sasterawan Negara terima RM60,000, ganjaran terbit 50,000 naskhah karya

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah malam tadi mengurniakan Anugerah Sastera Negara Ke-11 yang membawa gelaran Sasterawan Negara kepada penyair, Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama pena Kemala.

Ahmad Kamal yang diumumkan pemenang anugerah itu tahun lalu menerima wang tunai RM60,000 dan ganjaran untuk menerbitkan 50,000 naskhah karyanya atau kos cetakan bernilai maksimum RM500,000 dengan semua karya itu akan dibeli untuk diagihkan ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan seluruh negara.

Anugerah tertinggi sastera itu dikurniakan kerajaan kepada sasterawan yang berkarya dalam bahasa Melayu dan memberi sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya bermutu tinggi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAh

woit... APA SEGERAWAN INI TULIS.... kah kah kah..

kah kah kah..TAK PERNAH DENGAR PUN BUKU SEGERAWAN INI...kah kah kah..

kah kah kah..TAPI BERITA INI CUKUP JUJUR.... kah kah kah..

SILA BACA INI :
menerbitkan 50,000 naskhah karyanya atau kos cetakan bernilai maksimum RM500,000 dengan semua karya itu akan dibeli untuk diagihkan ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan seluruh negara.. KAH KAH AKH

woit....BUKU DI BAGI FREE.... kah kah kah..

kah kah kah...INI SAMA TARAF MACAM BUKU PERHIMPUNAN GEROMBOLAN DI PWTC.... kah kah kah..

kah kah kah...DI NEGARA KAPIR YANG MAKAN BABI.... KALAU DAPAT HADIAH NOBEL SASTERA BUKU BUKAN DICETAK BAGI FREE..... kah kah kah..

kah kah kah..KARYA PEMENANG HADIAH.... AKAN BERLIPAT GANDA JUALAN.... kah kah kah..

woit..BUKU BAGI FREEE.... APA PUNYA TUUUR....kah kah akh



13 ulasan:

  1. bos,kamala ni dulu pernah tulis puisi radikal sewaktu kau belum pulang malaya.dia bacakan puisi itu khas buat tamby chik ekoran waktu tu skandal tamby dgn anak gadis melaka.'ini org sgt radikal...kau patut cek out buku dia..telah menghasilkan sebanyak 11 buah buku kumpulan puisi, antologi puisi (25), buku kajian sastera (10), buku kumpulan (4), drama (4), buku cerita kanak-kanak (3) dan lebih 50 esei serta kritikan sastera.

    Karya-karyanya terutama puisi telah diterjemahkan dalam banyak bahasa China, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol dan Serbo.aisey man..research laa dulu kalu tak tau...hahahaah.ini org masa muda radikal...

    BalasPadam
  2. dekat malaysia ni buku sastera bagi free pun orang tak baca, lagi nak jual. lagi pun orang malaysia semua benda nak percuma. tak caya, lu tanya siapa nak buku-buku lu secara free, berebut la yang nak. hehe

    BalasPadam
  3. no class!!
    no stendet!!!
    hahahaha

    BalasPadam
  4. Orang asia ni lebih kepada Oral Communication belum sampai peringkat macam negara eropah masyarakat membaca... tu Kita lebih suka bergosip kedai kopi dsb facebook tweeter dari baca buku ilmiah dsb tu dan kita tak banyak membaca macam orang kat eropah german misalnye dalam keretapi berlambak orang baca buku leh nampak.. Kita kal kl cuma tgk berapa kerat leh tgk orang baca kat dalam bas lrt etc..


    Di eropah macam Perancis tak perlu hadiah camni sebab depa ada fund untuk sesiapa nak terbitkan buku.. dan sebab mereka suka membaca dan menulis.. macam2 dan pelbagai2 jenis buku ada..

    BalasPadam
  5. siapa ahmad kamal ni???....
    camne pun tahniah pada dia sbb kemungkinan dia akan dpt habuan besar dari komisyen tender pembelian buku utk kementerian bagi free pada sekolah2 institusi2 pendidikan...masyuk beb....

    ko tt gelak2 dpt ape?...buku ko laku ke?...sekurang2nya hasil buku si kamal (ntah ape dia tulis) ni pun dpt habuan masyuk dr gerombolan....

    anyway aku teringin nak beli buku kartun zunar yg terbaru...bila pembangkang nak bagi free?

    BalasPadam
  6. Bro, kalau lu menang saman Norian Mai dan Kerajaan Malayusia, duit tu lu nak buat apa??

    BalasPadam
  7. dah jadi macam Utusan Meloya laa pulak!! jual tak laku, kasi free je laa.

    BalasPadam
  8. Penyair Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-11 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penganugerahan berprestij itu kepada Ahmad Kamal atau nama penanya, Kemala pada Selasa 3-Mei-2011.

    Tokoh berkenaan dilahirkan di Gombak, Selangor telah menghasilkan sebanyak 11 buah buku kumpulan puisi, antologi puisi (25), buku kajian sastera (10), buku kumpulan (4), drama (4), buku cerita kanak-kanak (3) dan lebih 50 esei serta kritikan sastera.

    Karya-karyanya terutama puisi telah diterjemahkan dalam banyak bahasa China, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol dan Serbo-Croatian.(mStar)

    Salah satu karya beliau yang menarik, mari sesama kita menghayatinya:


    Sejambak Bunga Karang Tsunami

    KEMALA


    inilah sejambak bunga karang tsunami
    yang kupungut dari perut laut atlantik, berkurun
    terbenam di dasar dalam, ditindih seribusatu molikul kelam
    warnanya, warna ajaib dalam sinar riak dan ombak air
    jamaah ikan mengenalnya, tiada ancam dan waham
    "aku memeluk mutiara berkilau!"


    kini kudekap bunga karang tsunami
    aku mendengar lagu sayunya tentang hidup dan mati
    manusia taktahu ancaman, ombak menduga
    gelombang puaka, menerjang, menerpa
    membawa salam kematian, apabila kau alpa
    "prasangka dan haloba itu, mainan sia-sia!"


    sejambak bunga karang tsunami
    ingin kuhadiahkan untuk kekasih yang peka
    tentang cinta, hidup dan kemanusiaan
    jalan ke syorga hanya dalam kalbu, bak purnama
    kau kaya dengan raga dan lembar-lembar madah
    "bertahun menjadi rekan akrab tsunami bunga!"


    kuhias kamarku dengan jambak karang tsunami
    rona ajaibnya mengajakku menyapa pelangi
    adakah kau disentuh duyung sang puteri
    waktu dunia ribut, kalut, kecut dipaut ombak maut
    bayi manis di pelukan ibunya mengukir senyum akhir kali
    "Bu, Tuhan menjemput kita meniti ke syorga!"

    BalasPadam
  9. karya tak laku.!

    BalasPadam
  10. counter culture di malaysia = membaca buku! kahkahkah...

    even kat KL pun, tak ramai orang mau baca buku!!! apatah lagi membaca al-quran dan bible!! kahkahkah..

    sebab tu la kita kalut salute budak2 score 5A, 20A, 30A, 80A dan apa lanchow lagi tu..

    BalasPadam
  11. gamaknya ini habuan bila kemala tegur pak samad kerana join bersih 2.0 dulu.

    BalasPadam
  12. sastrawan rakyat sentiasa bersama rakyat susah dan senang bersama rakyat. mengangkat isu rakyat menjadi tema/motif utama bukan utk kesenangan diri dan yang paling penting bersama rakyat utk berjuang. bahasa yang digunakan adalah bahasa rakyat bahasa yang mudah difahami rakyat. bukan memeningkan rakyat. sasterwan rakyat di m'$ia adalah Tongkat Warrant aka Usman Awang, bagi aku sampai sekarang masih tiada siapa yang boleh dianggap sasterawan rakyat! samad said dah tua baru nak bising, dulu diam apasl? skrg baru nak bising apsl? ingat balik 1999 bila shahnon ahmad buat "shit" apa komen dia? samad said bukan apa2, kamu tidak memberi kesan apa2. tolong jangan guna atau sesiapa menggunakan "sasterawan rakyat" utk samad said. puisi2 rahmat haron adalah lebih jujur dan ikhlas, dulu, skrg dia tetap begitu, salute utk rahmat haron..

    BalasPadam
  13. Cuba sasterawan ini kutuk kerajaan skrg mampus x dapat anugerah,malaysia sistem sape pandai bodek dan ampu,yg duk bangga sgt dgn org eropah tu baca buku kau tau ke dia baca buku ape tah2 komik x pun hebuku lucah hehe

    BalasPadam