Jumaat, 16 Mac 2012

KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHANRAYA




KOMENTAR TUKAR TIUB


peralihan tempat mengundi
tanpa diketahui oleh pengundi ini
telah dilakukan secara sulit
ini sedang dirancang
ini sebahagian dari strateji
untuk memastikan gerombolan terus berkuasa

berita ini timbul kerana
nama yang dialih ialah mb selangor
ini nama yang di ketahui umum
bayangkan berpuluh ribu lagi
nama yang telah dialih
nama pengundi biasa
yang bukan tan seri
dan bukan menteri besar
semua dialih tanpa di ketahui oleh si pengundi

ini dirancang
ini dijalankan
oleh spr sendiri
dengan arahan gerombolan

apa terjadi?




di hari buang undi akan berlalu kekecohan
ini sengaja di rancang
untuk menunjukkan kepada dunia
bahawa penyokong pakatan rakyat
ganas dan buat kecoh


ramai yang tahu dimana nak mengundi
ramai yang tak mengundi


ingat apa terjadi
kepada kawasan dr hatta di gombak
terpaksa di panjang masa membuang undi
kerana ramai penyokong dr hatta tercari cari

tak caya sila tanya parti pas


APA YANG WAJIB DI LAKUKAN

semua tipu helah ini telah diketahui umum
persoalan apa yang wajib kita buat?

buat sidang akhbar?
buat sidang media?
hantar memo?
tuntut adakan suruhanjaya di raja?
buat forum?

jangan buang masa

jawapannya :
turun ke jalan raya
sebelum pilihan raya


INI KERJA SPR


KHALID HAIRAN DITUKAR KAWASAN MENGUNDI - mkini

Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini
merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.





10 ulasan:

  1. YAAAAAAAAAAAAAAA... ITU KAMIIIIIIIIIIIIIIIIII DAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHH TAAAAAAAAAAUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!

    tak kan ni jer? siler panjang-panjangkan pade kepimpinan pembangkang!

    anak muda tiada pemimpin seperti che guevara

    BalasPadam
  2. Bila lagi nieee ?>><><*^@%^$%@$$%@%%&*****&*&*(((W)(()

    BalasPadam
  3. syaitan punyer SPR.tak ingat mati ker wei.celaka punyer UMNO.

    BalasPadam
  4. mari kita ke jalan raya.
    lagi satu, sila semak tempat mengundi secara berkala supaya tidak kecoh masa hari nak mengundi.

    kalau spr suka-suka ubah ni kita boleh buat bantahan/saman tak?

    BalasPadam
  5. demo kalau buat sekali sekala tidak akan menakutkan regim umno dan balaci-balacinya, demo kena buat berterusan barulah hantu-hantu tu takut, ayuh mari kita demo tiap-tiap minggu

    BalasPadam
  6. SPR nanti akan jawab silap teknical dan tak banyak kes yang berlaku macam kes Tan Sri Khalid ini. Pihak SPR berjanji akan menyiasat akan perkara,
    Inilah statement yang selalu kita dengar.
    Dalam kes PDRM pula KPN mengarahkan agar Ketua Polis Daerah atau Negeri selalu kerap melawat kawasan betul ke tu, yang saya tahu kebanyakkan OCPD dan OCS asyik berjalan saja dan banyak kes-kes diarah jangan membuat aduan ini bagi mengelakkan graf kadar jenayah naik.

    BalasPadam
  7. Kita berkampung kat kl,x yah balik rumah sampai ketajaan akur dengan kehendak rakyat,jadikan demo kali ini satu catatan sejarah sampai ditakuti mana2 kerajaan yg mrmerintah,biar tertulis dlm biku sejarah sekolah,umno mmg penipu dulu kini dan selamanya ,hidup rakyat yg menuntut keadilan

    BalasPadam
  8. Gua tunggu jew ar...tunggu durians tak runtuh runtuh...kalau durians tu runtuh dan hempap kepala dan buah kelapa pakciks dan lebais PR...baru diorang tersedar dari mimpi nak jadi YB agak nyew...dan kembali kepada nawaitu menyelamatkan rakyat dari anak badak debab dan bini badak tayar botak michelin...hahaha

    BalasPadam
  9. apa respon SPR lepas kes nie..
    ke senyap mcm tu jer..
    baik takyah check...orang nak tau penyelesaian dia...
    TT tak tanya khalid ker...
    TT mangkuk, khalid pun mangkuk..
    kangkangkang

    BalasPadam
  10. Jom..........
    Kita ke Jalanraya sebelum PRU-13 !

    Kita beramai-ramai ke Jalanraya sebelum PRU-13 !

    Kita beramai-ramai dan berkali-kali ke Jalanraya sebelum PRU-13 !


    “He who passively accepts evil is as much involved in it as he who helps to perpetrate it. He who accepts evil without protesting against it is really cooperating with it.”
    Martin Luther King, Jr. quotes

    BalasPadam