Ahad, 11 Mac 2012
LAWAK HUNJUNG MINGGU DI SAMBUNG LAGI
SIAPA DIA INI?
PENCERAHAN DARI PEMBACA
Saya rakyat Malaysia berasal dari KL dan menetap di Singapura sejak 1989 dan saya boleh sahkan bahawa ini adalah satu anugerah syok sendiri yang dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk menipu rakyat Malaysia sebelum pilihanraya diadakan tidak lama lagi. Singapura pun di Asia Tenggara juga. Adakah Malaysia lebih selamat daripada Singapura? Tentu tidak benar kerana Singapura jauh lebih selamat daripada Malaysia.
Bagi rakyat Malaysia yang pernah menetap di Singapura, mereka tentu boleh mengesahkan bahawa Singapura jauh lebih selamat daripada Malaysia. Mengapa? Kerana di Singapura, saya boleh keluar bersiar-siar di taman pada jam 3 pagi tanpa berasa takut. Saya boleh balik kerja lewat malam merentasi taman tanpa berasa takut. Hantu pun tak takut kerana suasananya yang bersih dan aman.
Tetapi di Kuala Lumpur dan Johor Bahru saya tidak berani buat begitu kerana terlalu ramai penjenayah. Kes ragut selalu berlaku. Ramai kawan dan saudara saya yang menjadi mangsa ragut. Hakikatnya Singapura ialah tempat yang paling tak selamat bagi penjenayah kerana jika berlaku kes jenayah, penjenayah tidak ada tempat untuk lari kerana bukan sahaja Singapura ialah sebuah negara yang kecil tetapi juga kerana polis Singapura bersih, cekap dan amanah.
Contohnya, di Malaysia rakyat Indonesia yang bernama Manohara yang dianiayai oleh si Rajah Gopal tidak berani melarikan diri untuk mengadu kepada polis bila berada di Malaysia kerana dia tahu bahawa polis Malaysia tidak boleh dipercayai. Tetapi bila berada di Singapura, dia berani melarikan diri daripada suaminya yang ganas kerana dia tahu polis Singapura boleh dipercayai. Kalau rakyat Indonesia pun tahu bahawa polis Malaysia tidak boleh percayai, adakah rakyat Malaysia begitu bodoh tidak mengetahui perkara sebenar?
By JANGAN TIPU RAKYAT on LAWAK HUJUNG MINGGU on 3/11/12
SIAPA DIA INI?
MALAYSIA NEGARA KE -19 PALING SELAMAT – berita hairan
KUALA LUMPUR: Walaupun ada pihak sentiasa cuba memburukkan imej negara ini, namun kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.
Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.
Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan negara ini adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.
Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei. Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga ke-38 pada 2008, sebelum memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-26 pada 2009 kepada tempat ke-22 pada 2010 dan tempat ke-19 pada 2011.
Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati, yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran iaitu daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
KAH KAH KAH
.... i rest my case my lord.... kah kah kah
saya pernah mengunjungi phuket selama 5 hari bersama rombongan pejabat.kawan sekampung juga penah melancong ke phuket selama beberapa hari.ada lagi kawan2 saya yang pernah ke phuket.
BalasPadamapa yang kami dapat kongsikan bersama adalah perasaan tenang dan perasaan selamat ketika melancong disana.serius!tidak rasa ada gangguan.ini adalah satu2nya pendapat yang sama bila berborak antara kami.tidak sama pendapat tentang keadaan,pemandangan,makanan dan sebagainya.
-adakah adil menilai dalam masa 5hari??adil,sebab kita bukan dizaman tok nadoq.
Sapa dua ekor tu TT?
BalasPadammanohara tak de kena mengena lah. dia dapat pinjam 2 juta bagi kat mak dia, dia start melarikan diri. cuba tengok video rumah baru manohara dgn pakwe baru dia. duta indon pun tak mahu ambil kes manohara, sebab tau manohara tipu.
BalasPadammanohara tak ada kena mengena dengan kes ini. manohara memang tipu duit 2juta, kononnya pinjam untuk maknya. lawyer duta indon pun tak mahu ambil kesnya. cuba tengok video rumah baru manohara dan pakwe baru manohara.
BalasPadamMalaysia memang 'selamat'
BalasPadamkalau naik moto bawak hand bag, memang 'selamat' hand bag tu.
kalau jalan kaki, sengeh-sengeh salah hemat 'selamat'muka kita mandi air asid.
kalau rumah besar sikit, salah hemat masuk pati hunus parang panjang dan 'selamat' harta mawi.
itu tiga contoh kita akan 'selamat' kerana dedikasi pihak berwajib