Selasa, 27 Mac 2012

PENCERAHAN AMAT DIPERLUKAN





KAPITALIS KEUNTUNGAN MAKSIMA






PENGERUSI MAO ZEDONG
Wahai pro pembaharuan, bagi aku sistem ekonomi sosialis hanya akan memundurkan ekonomi sesebuah negara kerana rakyat akan terlalu bergantung kepada kerajaan ditambahi lagi memiliknegarakan perniagaan akan menambahkan lagi kemerosotan daya saing, produktiviti serta kreatifiti rakyat sesebuah negara. Sekiranya kita lihat realiti hari ini negara sosialis hanya tinggal berapa sahaja dalam dunia ini, kebanyakan negara sosialis seperti People Republic of China telah berubah menjadi separa kapitalis, kenapa Deng Xiaoping pemimpin PRC selepas Mao Zedong mengubah dasar ekonomi PRC dari sosialis kepada semi-kapitalis adalah supaya PRC menjadi kaya,maju,kuat dan dihormati seperti yang kita lihat hari ini.

Selain itu Fidel Castro dalam satu temubual pada tahun 2008 mengatakan sistem ekonomi sosialis tidak lagi sesuai untuk rakyat dan negara Cuba. Kalau kita bandingkan Korea Utara yang masih setia lagi dengan sistem sosialis-komunis dengan PRC dan Vietnam, kita dapat lihat perbezaan yang sangat ketara dari segi taraf hidup rakyat.

Aku bukanlah menyokong sistem ekonomi kapitalis dan menolak sistem ekonomi sosialis secara total, bagi aku sistem ekonomi ideal ialah sistem ekonomi yang makmur,maju dan produktif tetapi tidak mengetepikan unsur-unsur kebajikan seperti perubatan percuma, pendidikan percuma dari tadika hingga universiti, kadar harga utiliti yang tidak membebankan (air,elektik,telefon,internet dan sebagainya) dan lain-lain lagi.


Pada aku sistem baik bukanlah yang dicipta oleh akal manusia tetapi yang dicipta oleh Maha Pencipta iaitu Islam. Kepada mereka yang kurang tahu Islam bukan hanya tertakluk kepada solat,puasa,zakat,haji dan zikir tetapi merangkumi keseluruhan cara hidup manusia. Adalah kurang tetap dan silap andainya kita memisahkan agama Islam dengan politik,ekonomi dan sosial.

Semua sistem ciptaan akal manusia yang lemah seperti kapitalis, komunis, sosialis dan sebagainya telah terbukti gagal. Sistem Islam terbukti berjaya tetapi disabotaj hingga gagal. Satu lagi, wahai pro-pembaharuan aku bukanlah seorang nasionalis(assobiyah) tetapi seorang mencintai agama aku iaitu Islam. TT tolong siarkan tulisan aku ni.
By pro rakyat on PANCUT DI PERUT - PENCERAHAN PEMBACA on 3/25/12



AGAMA SOSIALIS
AKU MEMANG BERFAHAMAN SOSIALIS... TETAPI AKU BERAGAMA ISLAM! aku mengucap seperti kalian, aku bersembahyang seperti kalian, aku berpuasa seperti kalian, aku tak dapat pergi mekah sebab tak de duit... KENAPA KAMU BERFAHAMAN NASIONALIS TAPI ISLAM BOLEH AKU BERFAHAMAN SOSIALIS DIHARAMKAN?

Tahukah anda kalian, Parti Buruh di UK pun berfahaman sosialis? Agak-agaknya, merakyatkan harta kerajaan/sumber asli negara bukan dalam Islam??? Agak-agaknya, monopoli dan penindasan hak milik sumber asli negara ada di dalam islam? Agak-agaknya, keuntungan melebihi 100% merupakan perniagaan dalam Islam? Kata mahu Islam, tapi keuntungan melebihi 100% dari harga kos adalah riba...

Agak-agaknya, wang zakat dalam sistem feudal/kapitalis boleh dilaburkan "secara islam"??? Mana Islam korang sebenarnya kalau kapitalis? Sekurang-kurangnya, sumber ekonomi sosialis ada sedikit sebanyak dalam Islam tetapi sumber ekonomi kapitalis jelas-jelas bertentangan dengan Islam! Sistem feudal dikaitkan dengan Islam tetapi lihatlah, apa raja gopal pukitiang SELURUH DUNIA sekarang buat? Semua bodoh kerana propaganda kapitalis... dari US, UK, Arab Saudi sehinggalah ke Malaysia... MANA IMAN KORANG YANG KORANG KONON-KONONNYA TUDUH MEREKA YANG SOSIALIS ITU ANTI ISLAM?

Pro Rakyat, Sheikh Al-Farisi... sila tambah ilmu anda dengan membaca semua ruang lingkup bacaan supaya tidak terdedah dengan mana-mana propaganda... LEBIH BAIK SEORANG DOKTOR MEMILIH HIDUP DI HUTAN DARI SEORANG ANAK RAJA SAMPAI MATI HIDUP DI ISTANA... doktor yang hidup dihutan kerana memperjuangkan orang miskin, sanggup hidup bersama-sama si miskin, ITULAH CHE GUEVARA!
By Pro_Pembaharuan on PENCERAHAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB on 3/22/12


JANGAN LUPA JUMAAT INI


11 ulasan:

  1. Politik adalah seperti sesuatu seni pandai2lah manusia yang menjadi pemimpin itu mengolahnya - buatlah dasar2 yg berkebajikan rakyat... lihat disini http://berhujah.wordpress.com(klik), tajuk artikel Diantara ajaran Quran, sosialis dan kapitalis

    BalasPadam
  2. Wa minat baca tapi tak faham sosialis dengan kapitalis. maklum tak belajar ekonomi. Sekolah pondok jer itu pun pondok bas. kihkihkih!

    teruska menulsi bro . boleh wa belajar sikit2

    BalasPadam
  3. Mislim by chance cuba kearam menjadi muslim by choice27 Mac 2012 pada 7:57 PG

    Brother TT, pada pandangan saya samaada sistem pasaran bebas, sistem perancangan pusat atau sistem ekonomi campuran atau kini dilaungkan sistem ekonomi islam adalah sama.
    Yang perlu dilakukan adalah kita perlu lebih decentralised. US kini sudah menjadi semakin centralised berbanding China.
    Samaada kita Far-left, Far-Right, Centralist, yang utama kita kena control gelagat manusia yang tinggi terhadap 'rent-seeking behaviour' dan 'free-riders mentality'

    Bagi saya kerosakan di dunia ini disebabkan oleh kita sendiri; penganut agama islam.

    'Islam is a living religion, but with dead followers'

    'Christianity is a dead religion, but with living followers.

    BalasPadam
  4. Islam sepatutnya yang utama dan bila dicampak kepada siapa jua ianya akan memulihkan dan memperbaikinya..

    Islam bukan datang untuk melarang dan menghalang tetapi memperbaiki.. ada ekonomis islam ada hiburan islam, fesyen juga ilmu serta hukum Islam dan sebagainya.. beribu kitab dan bidang telah diteroka oleh para ilmuan Islam dari kehidupan seharian makan minum bahkan masuk tandas hingalah kepada pemerintahan.. semua ada adab dan caranya.. quran dan hadis telah dirungkai dengan baik oleh para ilmuan islam..

    Siapa kata yang kata hukum hudud (undang-undang dari Tuhan Allah) zalim adalah orang yang jahil dan dangkal para alim ulama dah menghuraikan semua jenis hukum cara dan sebagainya cuma kita yang malas nak baca dan mengorek kitab2 ilmuan islam.. sebab malas dan jahil dan ambil mudah..

    tak kira jalan kapitalis ka sosialis ka komunis ka nasionalis ka.. kalau dia memahami dan mengutamakan akidah dan ajaran islam sebagai asas utama dan penting Insya'Allah dia boleh adil dan berlaku baik tidak menzalimi sesiapa..

    Zaman Nabi ada juga peniaga (kapitalis) ada juga sosialis tetapi kerana keimanan mereka mereka tidak zalim tidak mengabaikan tangungjawab mereka..bahkan suatu masa di zaman pemerintahan islam kerana kemewahanan pemerintahan sampai tidak seorang pun rakyatnya layak untuk menerima zakat..

    Jadi bagi saudaraku yang beragama Islam ni tepuk dada tanya la iman sejauh mana kita telah mengamalkan ajaran Islam yang sebenar-benarnya.. Atau hanya retorik di mulut atau hati sedangkan setiap masa kita melakukan maksiat..

    Maksiat bukan hanya hanya sempit kepada zina tetapi meningalkan suruhan agama juga adalah maksiat seperti tidak solat .. ambil rasuah.. tidak amanah.. zalim kat orang laim dan sebagainya..

    Mari kita dekatkan diri kita BACA("Iqra") dan kembali mendekatkan diri kita kepada tuhan yang esa dan maha kuasa..

    Jangan jadi bangang dan bodo apalagi memperbodohkan orang lain..

    Walalhualam..

    BalasPadam
  5. WOW! (kerana teruja dengan respons dari TT dan pembaca TT sekalian)

    WOW! (kerana terkejut terketawa kerana respons Pro Rakyat)

    WOW! (kerana sebagaimana nasionalis, sosialis tidak mementingkan perjuangan agama kerana itu hak masing-masing. Nak jadi Atheis, jadi lah, nak jadi agamawan, jadi lah, nak jadi monyet, jadi lah!)...

    Begini... Jawapan aku...

    1) Kenapa nak tengok China jer brader... ape bro Pra-Rakyat lupa bagaimana Peranchis diperintah oleh François Mitterrand berdasarkan sistem ekonomi sosialis? Apa saudara Pra-Rakyat DAH TENTU-TENTU tak tahu Helmet Kohl, Oskar Lafontaine dan Gerhad Shroeder juga membawa Germany menjadi seperti sekarang berdasarkan struktur sistem sosialis? Ap saudara Pra-Rakyat kurang tahu yang James Cameron yang memegang tampuk Parti Buruh yang memperjuangkan sistem ekonomi sosialis?

    KAH KAH KAH KAH! Pro Rakyat... terima kasih kerana respons anda... jangan jumud dengan menganggap HANYA CHINA, RUSSIA DAN CUBA sahaja yang gunakan sistem sosialis...

    2) Ini membawa ke perkara ke dua...
    iaitu menyentuh kreativiti... KAH KAH KAH KAH KAH!

    Saya hanya mahu menjawab soalan ini dengan contoh. Moga-moga ini membawa pencerahan kepada saudara SAHAJA dan bukannya orang lain...

    Angkasawan USA balik dari angkasa buat pertama kali. Mereka tidak dapat merekod laporan kerana ballpen mereka tidak berfungsi... mereka (dengan idea kapitalis, membelanjakan USD10 juta) mencipta pen yang anti-graviti... Pra-Rakyat sangka ia kreativiti, tapi saya seperti juga dengan Rusia, anggap ini perkara yang bodoh kerana angkasawan Rusia hanya menggunakan pensil sebatang yang harganya tak sampai RM1...

    Dapat tangkap maksudnya? Maksudnya, kreativiti yang diheboh-hebohkan hanyalah untuk mengaut keuntungan duit rakyat dan bukannya manfaat!

    3) Untuk menambahkan lagi cahaya kepada saudara supaya tidak nampak bodoh lagi, saya kemuka kan contoh lagi!

    Bagaimana ratio (perbandingan) gaji chairman Syabas (tunjang kapitalis berpendapatan RM200 000
    dengan gaji seorang kerani Syabas yang tidak sampai RM2 000. Berapa rationya? jawapannya, 1:200.

    Saya tidak mahu explain lagi kerana saya nak cakap, "AMBIK KAU! NAK SANGAT KAPITALIS! PADAN MUKA"

    4) Kita lihat pula syarikat telekomunikasi. Kita ambik contoh, Maxis fucker, Celcom bastard dan TM pukitiang. Kau rasa-rasa dapatkah speed broadband anda tercapai dengan bayaran yang anda kemukakan? Kalau dia potong, kenapa bil masih berjalan sekalipun dia potong. Bila sambung balik, bukan dia nak ganti balik pun!

    Kau rasa, gomen kau akan backing saper? Sekali lagi, saya cakap "AMBIK KAU! PADAN MUKA".

    5) KONPEM-KONPEM KAU TAK BACA TULISAN TT MENGENAI PERNIAGAAN YANG MEMBAWA KEPENTINGAN RAMAI PERLU DIMILIKNEGARAKAN (AIR, KOMUNIKASI, ELEKTRIK) berbanding dengan perniagaan individu...

    Nak terangkan lagi, boleh... cuma akan pakai banyak masa aku... lagipun, PRA-RAKYAT belum tentu-tentu cerah pemikiran lagi, jadi buang masa...

    KAH KAH KAH KAH KAH! kat pra-rakyat

    BalasPadam
  6. Aku bukanlah menyokong sistem ekonomi kapitalis dan menolak sistem ekonomi sosialis secara total, bagi aku sistem ekonomi ideal ialah sistem ekonomi yang makmur,maju dan produktif tetapi tidak mengetepikan unsur-unsur kebajikan seperti perubatan percuma, pendidikan percuma dari tadika hingga universiti, kadar harga utiliti yang tidak membebankan (air,elektik,telefon,internet dan sebagainya) dan lain-lain lagi


    Dekat sini aku kurang faham sikit...

    bukankah perubatan percuma, pendidikan percuma dari tadika hingga universiti, kadar harga utiliti yang tidak membebankan (air,elektik,telefon,internet dan sebagainya)

    ini ialah daripada struktur ekonomi sosialis? Jadi????????????

    makmur,maju dan produktif???

    Kah Kah Kah...

    Maksud kamu, Malaysia ni yang jutawannya tak sampai 100 000 orang lebih makmur, maju dan produktif berbanding 20 000 000 yang lain?

    Maksud kamu, USA yang jutawannya tak sampai 1 000 000 lebih makmur, maju dan produktif berbanding 1 billion rakyat nya yang 1 000 000 orang homeless sekarang???

    Kah kah kah...

    Sistem Feudal Islam Arab Saudi kau itu yang kaya raya tak sampai 100 000 orang itu lebih makmur, maju dan produktif berbanding 10 juta lelakinya yang tidak dapat berkahwin kerana tidak mampu???

    kah kah kah...

    Bukan ke aku ade cakap, sistem ekonomi sosialis SAMA atau LEBIH KURANG dengan islam kau itu, tetapi cuba terangkan kepada aku, sistem ekonomi kapitalis mana yang sama dengan islam yang kau nak sangat-sangat itu?

    BalasPadam
  7. Sabar sabar, istighfar. Pandangan kedua2 pro ada kebaikan bersama Dan banyak Persamaan. Dua2 sokong kebajikan Dan tolak kerakusan. Perbedaan hanya pada jenama. Yg Ada depan mata ialah itu je. Klu nk bela Rakyat Dan ingin memacu pembaharuan, kita tekad Dan bulatkan niat Serta gerakkan usaha untuk Asalkan Bukan Umno! Jom!

    BalasPadam
  8. Ralat: Bukan James Cameron, tapi Tony Blair/// James Cameron adalah pengarah filem... David Cameron barulah PM UK... tapi maksud sebenar dalam pencerahan di atas adalah Tony Blair....

    Maaf

    BalasPadam
  9. bro pembaharuan....semua harta tu bebas dimiliki tapi perlu dibazirkan ke jalan Allah bro...

    BalasPadam
  10. hahahha...
    kita bercakap kuat kerana kita ingat kita betol.
    last2 maaf yg dipinta.ayat copy paste tenet ka hapa...
    ralat pulak kuar.mcm tv3 aritu pasai 'debat' kpd 'berbincang'(hahahha jgn marah,ngusik ja...)
    macam pakcik lan kata....sabar2...
    jgn excited sngt nak tunjuk ulasan yg mmg benar.dah tau kita faham,amik persamaan yg ada tu.tak perlu nak lebih2,ckup dgn bersederhana...

    -Bukan ke aku ade cakap, sistem ekonomi sosialis SAMA atau LEBIH KURANG dengan islam kau itu(ok,faham), tetapi cuba terangkan kepada aku, sistem ekonomi kapitalis mana yang sama dengan (islam yang kau nak sangat-sangat itu?(em,knp perlu ayat ini?bleh terangkan intonasi suara yg sebenarnya.)

    -bertanya lg,apakah agama anda sebab disini tidak dinyatakan.

    BalasPadam
  11. Meh aku nak habaq.. Pikoq betul2...

    Jangan dok bergaduh pasal sistem.. sebab semua sistem ni boleh ubah dan perbaiki kalau ada kuasa..

    Contoh kapitalis : Tun Mahathir telah swastakan dan dimilikperibadikan banyak agensi kerajaan.. dengan alasan nak memajukan serta berdaya saing badan/agensi tersebut setelah jadi syarikat - yang sepatutnya memberi pulangan balik kepada kerajaan dalam servis perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan cukai kepada kerajaan TETAPI sebab tuan-tuan punya agensi ni tamak haloba juga punya kroni dalam kerajaan, kerajaan pulak yang menangung beban setelah ianya diswastakan dan servis cas kepada rakyat juga semakin mahal.. Tol PLUS contohnya.. tol naik saban tahun walau untung berbillion ssetiap tahun.. dan kerajaan juga kena bayar lagi kat konsensi..

    Contoh sosialis negara jiran kita singapore yang memilikkerajaankan banyak harta individu dan kompeni.. dan memberi gaji dan elaun tinggi kepada pegawai-pegawai kerajaan menjadi antara pegawai yang berpendapatan tinggi di dunia.. (nampak lebih kurang kan - sebab parti yang memerintah membengkrapkan banyak parti pembakang/penentang- walau harta kerajaan tetapi mereka yang mengawal kerajaan)

    semua sistem yang manusia buat kelemahannya adalah manusia.. Sebenarnye bukan masalah sistem tetapi orang yang berkuasa tu kalau dia perompak pakai la sistem ekonomi sosialis ka kapitalis ka.. Dia akan rompak untuk kepentingan diri dia sendiri..

    So ko nak sokong atau naikan siapa pon pemimpin tu sila la kaji selidik dia tu penipu ka perompak ka penyangak ka apa..

    Tu Islam ajar kena ada iman dan ajar segala macam cara hidup dan keperibadian yang molek.. Kalau pemimpin yang mengaku Islam tetapi tak molek tu munafik dan hanya menjual agama namanya sebab tidak menepati perintah dan ajaran Islam sebenar.. kalau naik haji hanya haji malboro..

    Wallahualam..

    BalasPadam