Jumaat, 13 April 2012
10,000 DARI WILAYAH AKAN TURUN BERDEMo!
SILA BUAT PERSEDIAAN
sila ambil cuti
sila tempah tiket keretapi
sila tempah tiket bas
sila tempah bilik tidur
anak anak muda
yang tak ada tempat tidor
sila bawa beg tidoor
bawa sleeping bag
ikuti radio bangsar utama
radio khusus untuk bersih 3.0
500 RIBU KE DATARAN MERDEKA
TASK FORCE WARGA NEGARA BUKTI WAJIB BERSIH 3.0 - harakah daily
KUALA LUMPUR, 12 April: Pendedahan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa terdapat skandal task force pemberian kad pengenalan kepada warga asing oleh beberapa pegawai tinggi kerajaan termasuk pegawai tinggi JPN dan Pegawai Khas Perdana Menteri membuktikan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 wajib diadakan.
Sehubungan itu, PAS Wilayah Persekutuan (WP) bersedia mengerahkan seluruh ahli dan penyokong untuk turut hadir memeriahkan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini.
Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, dijangkakan seramai 10,000 ahli dan penyokong PAS di setiap kawasan akan hadir ke perhimpunan tersebut.
Menurutnya lagi, PAS WP juga akan menggerakkan kempen dengan sebaran risalah, poster, kain rentang bagi mengajak rakyat untuk turut hadir bersama-sama.
“Di samping itu, medium melalui media baru akan diperkasakan untuk menarik perhatian jutaan penggunanya supaya tidak turut ketinggalan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, PAS WP yakin, dengan kesedaran rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan, sasaran seramai 500,000 akan berjaya dicapai yang sebahagian pesertanya adalah penduduk sekitar Lembah Klang.
“Ini juga sebagai momentum kepada rakyat agar bangkit mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan Malaysia memastikan perjalanan pilihan raya di Malaysia benar-benar berlagsung dalam keadaan bersih, telus dan adil,” ujarnya.
RADIO UNTUK BANGUN MELAWAN
PENGUMUMAN:
saperti yang telah dijanjikan
seperti yang telah diwar warkan
radio bangsar utama akan mucul
sila layari untuk maklumat tentang bersih 3.0
kini masih dalam percubaan
akan muncul tidak lama lagi!
buka disini:
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
Ciss.....1 juta Patriot & 1 juta ekor Perkasa akan turun jugak.
BalasPadamOpsss lupa lak....plus 1 juta OKU(Orang Kuat UMNO)akan turun mencemar duli....
Setiap kali scandal IC tersiar di TT, TT akan bertanya... so, apa yang perlu kita buat...akhirnya Mahfuz Omer yang tampil ke depan... walaupun bagi saya, tindakannya macam tindakan kamikaze... kalau musuh tak mati, dia yang mati... tapi kalau dia mati, dia tidak mati sia-sia... tabek Mahfuz Omar
BalasPadamSesapa yg takde duit tambang nak joint, tanya Datuk Seri Utama jelebu kat mana nak claim. aku tetap dtg dgn PERCUMA..insyaallah.
BalasPadamKITA KUNINGKAN KUALA LUMPURR!!!
berani langgar laporan jelas?
BalasPadamlaporan jelas???
-average joe-
klakka-la.blogspot: MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI ABU (LET'S LEARN AND UNDERSTAND ABU)