Khamis, 12 April 2012
BACA INI DAHULU SEBAGAI AZIMAT BERDEMO DI DATARAN MERDEKA
28 APRIL – IBU SEGALA DEMO
Dataran Merdeka pada Sabtu 28 April 2012 ini akan menjadi sasaran 500 ribu penunjuk persaan. Lima ratus ribu warga Malaysia akan berkumpul di Dataran Merdeka untuk Duduk Bantah.
Duduk Bantah di Dataran Merdeka adalah IBU segala tunjuk perasaan. Ini adalah ibu segala demo. Ini adalah ibu segala bantahan. Duduk Bantah di Dataran Merdeka ini adalah tanda bantahan rakyat. Rakyat membantah kerana pilihan raya yang akan datang ini telah terbukti sebagai satu projek penipuan.
Pada 9 Julai 2011 tahun lalu Bersih 2.0 yang menjadi payung kepada lebih dari 60 buah Ngo telah mengajukan 8 Tuntutan. Dari lapan tuntutan ini hanya pengunaan dakwat kekal yang telah diterima. Tujuh lagi tuntutan Bersih telah dibakul sampahkan. Pengunaan dakwat kekal ini pun masih belum ada kepastian lagi.
Rakyat pada ketika ini sedang naik darah apabila diberitahu bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya sedang merancang dengan licik untuk terus menipu orang ramai. Kepada mata orang ramai lembaga SPR dilihat sebagai satu jabatan yang sedang berkerja keras untuk memastikan kuasa kekal ditangan United Malays National Organisation.
Dalam bahasa lingo anak muda SPR ini adalah ‘kaki kencing’. Dalam bahasa yang lebih tepat - SPR ini adalah barua kepada United Malays National Organisation.
Salah satu dari cara menipu terbaru yang sedang disusun oleh SPR ialah dengan mewujudkan tiga bentuk pengundian. Pertama : Undi awal, kedua undi pos dan ketiga mengundi di hari membuang undi.
Apa bendanya yang dipanggil UNDI AWAL ini? Ini sebenarnya hanyalah taktik penipuan baru yang akan diguna pakai pada PRU13 nanti. Sebelum ini sistem ‘undi awal’ tidak wujud – yang wujud undi pos. Undi pos telah dibuktikan sebagai undi tipu. Pekara ini tidak ada dakwa dakwi lagi. Tetapi, siapa kah ‘pengundi awal’ ini?
Orang ramai diberitahu bahawa pengundi awal adalah pekerja media yang akan membuat laporan pada hari mengundi. Tetapi sebenarnya semua ini hanya satu sandiwara. Di belakang undi awal ini ialah satu rancangan sulit yang diwujudkan oleh SPR.
Pada pilihanraya yang lepas lepas SPR telah menggunakan 100,000 orang lebih tenaga kerja untuk menjalankan pilihan raya diseluruh negara. Kali ini SPR telah menambah tenaga kerja untuk menjadi 200,000 orang lebih. Jumlah pekerja SPR yang naik mendadak inilah yang akan menjadi pengundi awal.
Cis. Cis. Cis. Bagaimana pengundi awal boleh menipu? Ha. Ha. Ha. Penipuan berlaku kerana semua pengundi awal ini, mengikut SPR tidak perlu dihitamkan jari mereka dengan dakwat kekal.
Mereka mengundi mungkin sehari lebih awal tetapi tidak pakai dakwat kekal. Tidakkah para pembaca terhidu betapa busuknya rancangan jahat SPR ini? Juga, mustahil kita akan tahu dimana 200,000 orang barua-barua SPR ini akan bertugas. Kerana orang ramai tidak tahu dimana mereka berkerja dan TIDAK ada tanda dakwat hitam maka.... Maka apa?
Maka mereka akan bebas ke hulu ke hilir mengundi untuk berpuluh kali. Kalau tidak – kenapa pekerja SPR ini tidak diwajibkan pakai dakwat kekal?
Mungkin masih ada pembaca yang kurang yakin tentang rancangan jahat SPR untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa. Mungkin ada pembaca masih was was dengan apa yang saya tuliskan disini. Jika tidak yakin, sila tanya diri sendiri : apa maknanya kenyaatan YB Mahfuz Omar di Parlimen tentang pilihan raya?
Minggu lalu Yb Mahfuz Omar telah membocorkan kepada umum tentang wujudnya ‘ task force’ yang sedang membuat kerja jahat untuk mengelurkan kad pengenalan kepada pendatang haram dan warga asing. Dengan kad pengenalan baru ini dengan serta merta pendatang haram dan warga asing ini akan menjadi pengundi.
Kenyataan Yb Mahfuz ini telah diperkukuhkan lagi dengan sidang akhbar Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu. Dalam sidang akhbar yang menyokong Duduk Bantahan di Dataran Merdeka, Mohamad Sabu telah menerangkan bahawa Parti Pas telah berjaya memiliki senarai nama-nama pegawai yang terlibat dalam ‘task force ‘ ini.
Mengikut Mohamad Sabu ini bukan kerja penipuan pegawai ‘ kucing kurap’ . Ini kerja bukan ‘kecik anak’. Ada diantara mereka yang bergelar Datuk. Ada pegawai dari Majlis Keselamatan Negara, BTN, KDN dan Jabatan PM. Malah menurut Timbalan Pas ini alamat tempat ‘operasi jahat’ ini juga telah diketahui.
Justeru orang ramai dari sekarang perlu sedar bahawa PRU13 ini nanti adalah yang paling kotor. Ini kerana parti United Malays National Organisation semakin dibenci oleh orang ramai.
Berita telah tersebar bahawa ‘China Johor’ bukan lagi China Johor Lama. Kini China di Johor yang dulu menjadi penyokong MCA totok kini telah cabut lari. Berkapal-kapal mereka pindah lari untuk menyokong Pakatan Rakyat.
Umum membaca atau melihat Youtube tentang ceramah pemimpin Pakatan Rakyat yang dibanjir orang ramai. Kalau dulu hanya Melayu yang datang kali ini - dari Segamat, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Pagoh – Apek, Nyonya, Amoi dan Ah Soo telah turun sama. Inilah tanda tanda bahawa hari kiamat telah sampai untuk United Malays National Organisation.
Awas! Jangan terperanjat. Ini TIDAK menjamin kemenangan Pakatan Rakyat Ribuan yang membanjari padang mendengar ceramah penerangan memang menandakan sokongan padu. Yang datang ke ceramah itu pasti akan memberikan undi mereka. Jadi kenapa tidak menang? Pakatan Rakyat akan kalah?
Pakatan Rakyat bukan di kalahkan oleh rakyat. Pakatan Rakyat akan dikalahkan oleh tipu helah SPR. Akan d kalahkan oleh undi hantu. Akan dikalahkan oleh undi pos. Akan di kalahkan oleh undi pendatang asing. Akan dikalahkan kerana ramai penyokong Pakatan telah hilang nama dari daftar mengundi.
Kalau bagitu mustahil untuk Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran di Putra Jaya? Betul. Memang mustahil. Dalam keadaan hari ini memang mustahil.
Biar saya beri ingatan sejarah tentang Operasai Terangganu. Operasi ini telah mengalahkan kerajaan pimpinan Haji Hadi pada tahun 2004 dahulu. Caranya cukup senang – sebelum PRU11 - satu ‘task force ‘ telah membuat kerja mendaftarkan ribuan pengundi baru. Mamat dan Minah dari segala pelusuk telah didaftarkan.
Hasilnya - peratus keluar mengundi naik mendadak ke 92%. Peratus ini lebih hebat dari peratus mengundi rakyat Korea Utara di bawah Kim Il Sung atau rakyat Iraq dizaman Saddam Hussein. Operasi Terangganu ini berjaya menyingkirkan Pas dan Hadi Awang.
Pengalaman Operasi Terangganu sedang digunakan di Selangor. Malah tim yang sama juga sedang bergerak di Selangor dan di seluruh negara. Semua ini dilakukan untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus berkuasa. Ini sahaja tujuannya?
Tidak. Dalam rangka strateji gerombolan yang dipimpin oleh Najib Razak selain dari menang di PRU13 ini ada lagi satu ajenda tersuruk. Ada ajenda besar berjangka panjang. Kalau pembaca tidak bijak memerhati maka ajenda ini tidak akan kelihatan. Apakah dia ajenda ini?
Ajenda ini ialah untuk memastikan politik Malaysia kembali ke era politik China melawan Melayu. Ajenda ini akan mewujudkan persepsi politik dimana parti politik China dan bukan Melayu sedang melawan kerajaan Melayu dibawah United Malays National Organisation.
Justeru, semua penyusunan - pengundi baru, pengundi yang dipindahkan, pengundi yang dihilangkan, pendaftran pengundi pos, pendaftran pengundi kad pengenalan baru – semua menjurus ke ajenda ini. Lembaga SPR dan ‘task force ‘ sedang membuat semua penyusunan yang menghala ke arah ajenda ini.
Jika ajenda ini berjaya maka akan wujud kerajaan Melayu dibawah United Malays National Organisation dan pembangkang dari Parti Dap yang mewakili China dan bukan Melayu. Persepsi China lawan Melayu ini bertujuan menakut-nakutkan manusia Melayu. Manusia Melayu yang takut akan mencari perlindungan. Bomoh dan pawang bekerja menaburkan kesah hantu dan polong untuk menakut-nakutkan orang ramai. Gerombolan United Malays National Organisation juga akan menakutkan orang ramai dengan hantu China. Bila Melayu takut maka United Malays National Oganisation akan datang membantu.
Tidak percaya? Kalau tidak percya sila berlaku jujur dan tanya diri sendiri kenapa tidak ada ‘ gerakan gila-gila’ untuk menambah pengundi baru di Pulau Pinang? Kenapa penambahan mendadak hanya berlaku di Selangor?
Malah kes klasik untuk menyokong ajenda ini ialah memahami apa yang sedang berlaku di Subang. Kawasan Subang ini bersempadan dengan Petaling Jaya Utara. PKR menguasi Subang. Pendaftran undi baru di Subang naik mendadak ke 35 ribu. Manakala wilayah Petaling Jaya Utara - kawasan DAP - hanya ada 5,000 pendaftaran pengundi baru. Dua kawasan ini sebelah menyebelah tapi jumlah pengundi baru yang mendaftar cukup mencurigakan.
Jadi apa maknanya? Maknanya musuh utama United Malay National Organisation ialah PKR dibawah pimpinan sosok Melayu yang bernama Dr. Wan Azizah. Manakala, pada ketika ini DAP tidak dianggap musuh utama oleh United Malays National Organisation. Malah DAP termasuk ke dalam strateji untuk memperlihatkan China melawan Melayu. Justeru, minggu lalu secara terbuka Utusan Malaysia telah menuduh DAP sebagai ajen parti China PAP dari Singapura.
Justeru satelah membaca semua fakta ini. Satelah melihat semua kerenah SPR. Satelah mengetahui kerja jahat ‘ task force’ . Maka orang ramai akan naik minyak. Orang ramai tidak ada pilihan. Rancangan licik untuk menipu dalam PRU13 ini hanya dapat dihentikan jika pada 28 haribulan April nanti 500 ribu rakyat Duduk Bantah di Dataran Merdeka.
Duduk Bantah ini adalah IBU SEGALA DEMO. Jika kita tidak turun memainkan peranan kita sebagai warga negara yang bertanggung jawab maka Malaysia akan hancur. Malaysia yang dirancang oleh gerombolan lanun United Malays National Organisation akan memainkan kembali politik pecah dan perentah. Kita akan dipaksa kemabali ke politik lama - politik China lawan Melayu. (TT)
BERSAMA MEMBUAT SEJARAH
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
ermm.. untuk aku yg celik politik, TT tak perlu ulas panjang-panjang.
BalasPadamcuti dah lulus. kereta dah sevis. penumpang dah confirm. baju kuning bersih 3.0 dan alatan survival dah ready dlm beg. 25 april aku dan kawan2 akan bergerak ke KL.
aku akan join bersih 3.0.
aku akan lawan gerombolan penipu.
asalkan bukan umno!!
Fikirkan bagaimana nak dapat majoriti Melayu!! 2/3 dalam PArlimen. X kisahlah parti apa janji kerusi orang melayu. Kalau dapat ni senang nak buat keputusan. Yang ni orang Melayu kena faham..
BalasPadamjahat sungguh.....TT ni!!!
BalasPadamnapa kau bocorkan rahsia ni???
daripada aku tak tahu...jadi tahu!!!
daripada aku benci....bertambah2 sangat2 benci....
PERINGATAN!!! pada insan2 yg bersolat kuat pagi petang siang malam yg bersengkokol membuat keje jahat ini...kamu semua kena minta maaf di dunia kepada org2 yg telah anda tipu...
TT terima kasih atas kebocoran rahsia ini...
semuga ALLAH SAW memberkati uncle TT....supaya menjadi seperti datuk nya...
Maafkn sya krn ingin mnambah sdikit.. Er.. Tulisan ayat Allah saw tu silap.. Spttnya Allah SWT.. SAW tu utk nabi Muhammad SAW.. Sila tegur klu saya silap.
Padamkepala bana ko unknown bongok bangang!
BalasPadamtak abih-abih melayu tu melayu ni...
PERGI MAMPUS SAMA KAU!
tak kan tak paham-paham?
BACA ARTIKEL TU SAMPAI HABIS... ni konpem tak baca ni!
unknown 12 April 2012 3:22 ptg,
BalasPadamramai lagi rupanya yang masih nak menyanyi lagu melayu macam kau ni.
kalau melayu rasuah, bunuh orang, rogol amah, rogol budak kecik, nak sokong buat apa?
sokong pemimpin yang bersih, tak kira bangsa & agama. yang ni kau kena FAHAM.
SOLAT HAJAT BERJEMAAH JANGAN DILUPA DAN LAKUKAN SETIAP MASA:
BalasPadamselain melakukan usaha seperti bersih 3.0. usaha lain juga perlu dilaksanakan.
misalnya adalah dengan mengadakan sembahyang hajat beramai-ramai dan berulang-ulang kali untuk memohon kepada Allah agar pakatan rakyat diperoleh kemenangan.
kepada semua ahli pas dan keadilan yang beragama islam, beringatlah bahawa kita hanya mampu berusaha tetapi segala ketentuan di tangan Allah.
justeru, berdoalah dan mintalah daripadanya agar pr memperoleh kejayaan pada pru13. Percayalah bahawa usaha tanpa diikuti dengan doa kepadaNya tidak akan ke mana.
mulakan dari sekarang, di mana ada perjumpaan atau ceramah, di situ solat hajat mesti didirikan.
Insyaallah, kita akan berjaya.
unknown tak paham-paham.
BalasPadamkalau kerusi orang melayu pegang sekalipun, bukan die yg kaya pun.
lebih baik sokong cina yg bagi kiter melayu kaya dari sokong melayu yg bagi kiter bangkrap!
jgn la gaduh :)
BalasPadamBOS, tadi aku kat stesen LRT diorang dah main kotor. bermula 14 april hingga 27 april diorang buat pembaikan rail di kawasan masjid jamek. adakah itu kebetulan atau mereka sudah takut
BalasPadamHah..konpom tu main kotor.. Klu pmbaikan x siap2 smpai msa nk b'himpun tu mmg sah kje jahat.. Dorg da tau rmai yg dtg naik lrt.. Sial bngsat pnya umno setan!
Padamsemoga laknat Allah atas mereka yang zalim. marilah kita membaca qunut nazilah setiap kali solat.
BalasPadamMungkin ALLAH SAW tu agaknya dia :
BalasPadam1- Typo Error
2- SAW = Melihat
3- SubhanAllah..Alhamdulillah..Wala ilaha illallah Allahu Akhbar
hehehehe...mungkin la...hehehe..saya suka bersangka baik
Allahuakbar...tersilap taip...semuga ALLAH SWT mengampunkan dosa pakcik yg dah tua ni...
BalasPadamterima kasih pada 1.50pg & Hamidi...
cool pada bersih 3.0!!!