Rabu, 18 April 2012

DI BELASAH OLEH RAJA GOPAL




KOMENTAR TUKAR TIUB

ini yang berlaku dihadapan mata
ini ada bukti anak muda telah dipukul
di pukul sampai pengsan
di pukul sampai berdarah

kenapa ngo melayu ini diam?
kenapa yang pandai silat ini diam?
kenapa yang mahu islam melayu dan raja diam?

ini terbukti ada yang diserang
tapi kenapa tak heboh sekeliling kampong
kenapa tak sibuk ke hulu ke hilir

DIBELASAH OLEH RAJA GOPAL



ARTIS HIP HOP DIPUKUL KERABAT DIRAJA DI LUAR PUSAT BELI-BELAH – berita hairan

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi hip hop cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Mikael Adam Mohd Rafae, 24, yang juga artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop dikatakan pengsan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.

Mikael Adam mendakwa, ketika kejadian beliau berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan.

“Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan.

“Saya cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka,” katanya.

Mikael Adam yang turut dikenali dengan nama SonaOne berkata, beliau tidak pasti mengada dia diserang, namun kesal dengan tindakan individu terbabit yang menyerangnya hingga mengalami kecederaan parah dan terpaksa dirawat di hospital.

Mikael Adam sebelum ini menghasilkan beberapa album dan pernah membuat persembahan bersama artis hip hop, Joe Flizzow dan Altimet selain dicalonkan dalam anugerah Shout! Awards 2010 bagi kategori Hip Hop dan R&B.

Sementara itu, seorang saksi enggan dikenali membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Saksi itu berkata, beliau berada berhampiran tempat kejadian dan melihat mangsa dibelasah namun tidak sempat membantu sebelum menghantarnya ke hospital.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


MANGSA DIBELASAH RAJA GOPAL





NGO MINTA KDAN BERTINDAK TEGAS
- meloya

KUALA LUMPUR 17 April - Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya bersikap tegas terhadap ahli politik yang menghina raja-raja Melayu dalam Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV baru-baru ini.

Mereka juga menuntut KDN tidak mengambil pendekatan 'menutup mulut' dalam hal tersebut kerana ia adalah penghinaan kepada ketua negara dan agama.

NGO tersebut yang turut membuat laporan polis berhubung penghinaan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi adalah Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Gabungan NGO Malaysia (GNM) dan Majlis Jemaah Muhibbah.

PESILAT GAYONG MINTA PEMIMPIN PEMBANGKANG JANGAN BIADAB - meloya

MELAKA 17 April – Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) memberi amaran kepada pemimpin pembangkang yang mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu agar tidak sesekali mencabar kesabaran mereka dengan tindakan yang disifatkan sebagai biadab dan menderhaka itu.

Timbalan Presiden PSSGM, Datuk Ismail Jantan berkata, perbuatan yang didakwa dilakukan ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah tersebut telah mencambahkan perasaan marah dan ‘sakit hati’ dalam kalangan ahli silat Gayong.

“Kami minta pemimpin pembangkang jangan bersikap kurang ajar, biadab dan derhaka kepada raja-raja Melayu dan jangan sesekali cuba mencabar kami.

“Saya juga ingin mengingatkan kepada mereka bahawa tidak ada perkataan sabar untuk meredakan kemarahan kami dan jangan sampai hati ahli silat Gayong terusik, nahas,” katanya.





8 ulasan:

  1. Kesihan aku tengok NGO Melayu ni...kena kelintong denga Eeee...Eeee tu ada kat situ ke?...Apa yang dia buat?...Itulah Melayu....Tak belajar sejarah....Dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dah pernah kena tipu dengan Eeee...masih tak sedar-sedar diri lagi ke?...sepatutnya NGO Melayu ni menegur Raja yang buat salah...tengok macam Sultan Brunai...semua orang hormat...jadi untuk semua NGO Melayu...Ingat...OTAK DIGUNAKAN UNTUK BERFIKIR...KALAU TAK MAHU BERFIKIR...OTAK KAMU SEMUA SAMA MACAM OTAK LEMBU....kahkahkah

    BalasPadam
  2. “Saya juga ingin mengingatkan kepada mereka bahawa tidak ada perkataan sabar untuk meredakan kemarahan kami dan jangan sampai hati ahli silat Gayong terusik, nahas,” katanya.

    Pukimak punya melayu. Tak kena batang hidung sendiri bole la.

    Selagi ada UMNO selagi tu la org melayu kena BODOH.
    UMNO=LEMBU=RASUAH

    BalasPadam
  3. as salam, pesilat ni kenapa bangang sangat, depa ni x paham apa tujuan depa belajag silat. belajag silat tu utk mempertahan/melindungi diri/keluarga/sahabat handai apabila d ganggu dan utk melawan musuh bukannya mempertahankan rajahgopal dan mengugut org. dan jd bounzer club mlm yg bangang tu

    umat islam d galakkan mempelajari ilmu pertahanan diri utk mempertahan/melindungi islam n negara x kira apa jenis senjata yg d pakai. kalau zaman skrg mesti pandai guna pistol,m16, kereta kebal, sukhoi atau apa jenis senjata canggih masa kini.

    sudah2la melayu jgn jd bangang mcam baghal, dah lama dahhh kena tipu

    BalasPadam
  4. Raja melayu tidak boleh dipertikai? Tidak boleh di kritik? Tidak boleh di sentuh langsung? Sehinggakan mempersendakan raja menjadi isu besar!Penghinaan dan PENderhakaAN.Apa raja melayu begitu mulia bagaikan nabi atau tuhan? Apakah orang melayu semuanya begitu taksub kepada raja atau ini isu mainan pembodek-pengampu raja yg mengada-ngada.Apakah benar orang melayu mengangkat martabat raja setaraf tuhan yg mencipta sehinggakan memberi gelaran yng MAHA mulia tuanku? Apa besar sgtkah peranan dan sumbangan raja melayu terhadap org melayu? Pentingkah SGTkah raja melayu ini kepada org melayu ? Layakkah raja melayu terima penghormatan sebagaimana yg mereka kecapi selama INI?Apakah semua ini masih relevan?Sampai bila kah ORG MELAYU MASIH MAHU MENGEKALKAN KEBODOHANnya DAN BANGGA MENJADI HAMBA RAJA DAN PARTI MEMERINTAH?...................

    Renungilah sebentar..apakah insstitusi raja ini BERFUNGSI dan BERPERANAN kepada agama,bangsa juga negara,atau hanya sebagai lambang semata-mata yg tiada menyumbang apa2 pun manafaat kpd semua.Semua insan dilahirkan merdeka dan tiada alasan utk kita menjadi hamba kepada sesama manusia.Sampai bilakah rakyat harus terus dimiskinkan,ditindas dan terbeban sementara kekayaan negara terus dimonopoli dan hanya di nikmati oleh raja dan parti memerintah shj! WALLAHUAKLAM..

    BalasPadam
  5. anak nazri belasah security guard kondo, dulu anak rajagopal johor belasah keeper hoki, skrg kerabat rajagopal belasah dj artis hip hop...report polis tp polis pun belasah dan pau duit rakyat jgk...

    agaknya panas dan tak tenteram hidup kalau hidup mkn sumber xhalal, mkn riba, komisyen rembat duit projek kerajaan melalui rundingan terus, makan duit zakat tabung haji epf rakyat punya...mkn duit persatuan sukan ngo..mkn tanggung berak cangkung daulat tuanku jilat juboku....

    BalasPadam
  6. NAHAS???!!!!
    Habis la..geng2 rambut kotak,Gendut,boleh ghaib,pesilat machai jaga pintu kelab malam mengamuk..Apek tua suruh jilat lantai,jilat nie geng2 nie.
    (Macam Buret!!!!!)

    BalasPadam
  7. kata-kata bekas laksamana Melaka, "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"

    BalasPadam
  8. Sebab tu budak2 sekolah dan budak2 muda sekarang tak suka belajar silat terutamanya silat gayung air. Mereka lebih suka belajar teakwando, karatedo, wushu, tinju siam dan judo.

    Mereka juga lebih minat WWF (World Wristling Faderation) berbanding dengan silat gayung air. Ini disebabkan tiada seorang pun wakil silat gayung air yang pernah memenangi gelaran tali pinggang WWF!!

    Tiada juga bukti-bukti yang menunjukkan bahawa ada pakar silat gayung air yang pernah mengalahkan bintang WWF seperti Macho Man, Big Boss Man, Hulk Hogan dan The Rock.

    Jadi timbul kesedaran di kalangan budak-budak sekolah dan budak-budak muda sekarang bahawa belajar silat gayung air tidak memberikan sebarang faedah. Lebih baik masuk gim buat angkat berat supaya perut dapat dikempiskan!!

    BalasPadam