Selasa, 3 April 2012
JALAN RAYA ILAH PARLIMEN ANAK MUDA
KOMENTAR TUKAR TIUB
hanya satu soalan:
kalau hutang tajuddin ramli
berjumlah 580 juta ringgit
boleh dilupuskan dalam sekelip mata
kenapa
hutang anak mahasiswa ini
tidak dilupuskan?
NOTA:
tidak ada jalan lain
anak muda wajib menjadikan
jalan raya sebagai wacana
dan pentas politik
diseluruh dunia
jalan raya sedang dijadikan
parlimen anak muda
ANAK MUDA KE DATARAN MERDEKA
JALAN RAYA , PILIHANRAYA TUNTUT MANSUH PTPTN – harahkah daily
KUALA LUMPUR, 2 April: Jalan raya dan pilihan raya, kedua-duanya mesti jadi pilihan untuk menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"(Menteri Pengajian Tinggi ) Khaled Nordin suruh mahasiswa yang mahu menuntut pemansuhan PTPTN supaya menggunakan peti undi dan bukan demonstrasi.
"Sebenarnya semua jalan yang selaras dengan amalan demokrasi mesti digunakan untuk menuntut pemansuhan PTPTN, tidak kira (berdemonstrasi di) jalan raya atau pilihan raya," kata beliau.
Bagi Mohamad, jika mahasiswa berdemonstrasi di jalan raya, kerajaanlah yang menyebabkan tindakan itu dipilih oleh mereka.
SEJARAH ANAK MUDA MAHASISWA 1974
NOTA :
anak muda
pelajar dan mahasiswa
lakukan sesuatu untuk mengubnah dunia
lakukan sesuatu untuk ingatan bersama!
aku masih menenen masa ni...anyway it does not stop me from become a badass rebels today....he he...me spek inglish berigud todeiii....
BalasPadam