Isnin, 23 April 2012
KENYATAAN TERBARU - BANGUN MELAWAN!
500 RIBU KITA BERHIMPUN BANTAH
LIMA HARI MENJELANG BERSIH 3.0 - AZIZ HARIS LETAK JAWATAN
1. SAMM telah selesai siri jelajah seluruh semenanjung Malaysia bertemu secara terus dengan aktivis SAMM akar umbi serta aktivis organisasi sekutu jadual terakhir atas nama Jelajah Anak Muda (SAMM) - Bersih 3.0 yang terakhir akan diadakan di Jalan Berserah, Kuantan pada 26 April ini. Dalam siri jelajah ini ternyata sambutan rakyat dan respon agak luar biasa. Contohnya di Pontian (kampung Ketua Penerangan Umno Pusat) tanpa nama besar tetapi telah berjaya menarik lebih 2000 orang tempatan untuk hadir bersama.
Program jelajah SAMM punya 3 elemen penting iaitu pertemuan tertutup, edaran risalah dan Ceramah umum. Hasil positif dan memberansangkan setakat ini membayangkan lautan manusia hadir bersama pada 28 April 2012. Pertemuan tertutup bukan sekadar dengan anggota SAMM tetapi ada beberapa peringkat pertemuan turut melibatkan rakan - rakan organisasi sekutu ke arah memaksimakan mobilisasi ke BERSIH 3.0 . Himpunan Ceramah umum Jelajah SAMM - BERSIH 3.0 mendapat sambutan hebat di perbagai tempat kehadiran antara 1000 - 5000 orang.
2. PRU akan datang akan menjadi PRU paling kotor dalam sejarah, perbagai penipuan telah didedahkan. Ternyata SPR akan memainkan peranan jahat selaku pengendali pilihanraya yang pincang dan berat sebelah. Untuk itu tuntutan SAMM sebelum PRU ialah bersihkan senarai pemilih dan proses menangani kepincangan SPR ini harus bermula dengan desakan Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof harus meletakan jawatan.
Ternyata dalam banyak perkara beliau dan beberapa anggota SPR bermain politik, jika mereka ingin jadi orang politik maka dicabar letak saja jawatan dan jadi calon Bn di mana - mana saja pasti ada rakyat yang bersedia berdepan dengannya dalam sistem demokrasi secara anak jantan.
3. SAMM dengan ini mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 28 April 2012, bermula jam 2 petang bagi menunjukkan kuasa rakyat dalam memberikan tekanan pemulihan proses pilihanraya dengan membersihkan senarai pemilih.
Telah diumumkan juga beberapa lokasi lain perhimpunan namun bagi SAMM dalam negara seharusnya di Malaysia mobilisasi ditumpukan ke dataran Merdeka sahaja kecuali Sarawak di Kuching dan Sabah di Kota Kinabalu. Ini kerana jika bertumpu kepada Dataran Merdeka sahaja maka tumpuan kekuatan rakyat boleh difokuskan dan tidak memustahilkan sasaran BERSIH 3.0 seramai 500,000 orang.
4. Himpunan kali ini perlu dilihat dengan serius dan perlu disertai semua. Sikap SPR dan ditambah dengan beberapa pindaan mengarut kononya atas nama reformasi proses PRU akan melengkapkan lagi penipuan bagi memenangkan regim penguasa. 28 April semua wajib turun. SAMM berpendapat jika PRU dilakukan dengan kendalian pasukan SPR yang sama serta tanpa pembersihan senarai pemilih maka PR akan hilang kerusi malah negeri yang ditadbirnya.
Kerana itu Yang Berhormat - yang berhormat perlu lebih serius , jika angka tidak menjangkau ratusan ribu berkumpul maka bersedialah untuk membawa kotak ke pejabat masing - masing dan mula bungkus barang, anda semua akan kalah bukan kerana tidak mendapat sokongan tetapi akan ditipu dalam proses PRU pincang. Maka semua YB-YB (bukan Bn) kini kamu semua tidak ada selain bersama dalam menggerakkan penyokong turut sama ke Dataran Merdeka. Setiap YB wajib membawa sekurang kurangnya 1000 orang ke Dataran Merdeka 28 April nanti. Jangan nanti lepas PRU baru nak merengek persoalan ditipu SPR, sekarang ini gembeleng tenaga ke jalan raya sebelum pilihanraya.
5. Respon kepada halangan DBKL, SAMM menyeru supaya diabaikan respon mengarut tersebut. Ramai pasti tertawa dengan alasan Dataran Merdeka bukan tempat berhimpun dan hanya untuk aktiviti peringkat nasional. DBKL keliru atau sengaja ingin mengelirukan tidak pasti kerana sambutan kemerdekaan dan lain - lain itukan perhimpunan di lokasi sama dan BERSIH bukan sekadar acara peringkat nasional tetapi internasional kerana turut diadakan himpunan di puluhan bandar lain seluruh dunia serentak dengan maksud yang sama.
SAMM bersimpati dengan DBKL yang diperkuda regim penguasa. Semua harus sedar DBKL hanyalah sebahagian dari aparat regim yang diperkudakan untuk regim yang menguasai negara dengan pilihanraya pincang ini untuk terus kekal kuasa. SAMM menggesa, hanya ada satu himpunan BERSIH 3.0 iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.
6. Regim sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini. Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan BERSIH. Oleh kerana Najib terpaksa untuk mengadakan PRU dalam masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini.
Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan BERSIH 3.0 bagi menunjukkan betapa rakyat menuntut hak untuk punya pilihanraya bebas, bersih dan adil. Jika jumlahnya besar pasti regim penguasa terpaksa sedikit beransur dan mengubah beberapa perkara dalam pengendalian PRU tetapi jika kurang regim akan segera membuat PRU dalam keadaan penuh penipuan.
7. Tuntutan rakyat kali jelas, kepincangan PRU harus segera diperbetulkan, senarai pemilih dibersihkan dan ia harus dimulakan dengan pemecatan Aziz selaku ketua SPR kerana dia memainkan peranan ke arah mempersiapkan proses PRU dan daftar pemilih kotor. Tuntutan jelas dan harus ditunaikan. SAMM tidak menolak kemungkinan puluhan ribu rakyat akan terus duduk dan berkhemah di Kuala Lumpur sehingga tuntutan dipenuhi.
8. Semua termasuk polis juga harus tenang, SAMM masih menyokong pendirian sebarang pertukaran kerajaan harus berlaku dalam proses pilihanraya untuk kestabilan dan masa depan negara. Namun rakyat diseru turun beramai - ramai kali ini adalah untuk menuntut supaya proses pilihanraya dibersihkan. SAMM sendiri sedia menurunkan 200 marshal terlatih dan berpengalaman dalam mengendalikan perbagai demonstrasi termasuk 2 himpunan BERSIH yang lepas di mana SAMM antara yang memainkan peranan utama.
9. Kejayaan BERSIH 2007 memberikan tekanan kepada SPR sehingga penipuan dikurangkan dan membuahkan keputusan seperti 2008. BERSIH 2.0 pula telah membangkitkan tekanan dalam dan luar negara menyebabkan Najib terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi membetulkan proses pilihanraya. Dengan tertubuhnya jawatankuasa tersebut maka secara lansung Najib mengakui sememangnya proses pilihanraya negara ada kepincangan. Namun malangnya sudahlah peranan wakil bukan Bn dinafikan untuk punya laporan hasil kerja mereka, malah pengakuan kepincangan tidak ada satu ditangani dengan pindaan undang - undang pilihanraya yang diluluskan baru - baru ini. Rakyat perlu bangkit melawan penipuan ini.
28 April 2012, 2 petang, Dataran Merdeka - Sekali lagi diingatkan SAMM tidak menolak kemungkinan akan ada ribuan rakyat akan duduk paling tidak sehingga tuntutan Pengerusi SPR letak jawatan.
Sekian.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Semoga usaha gigih Dan ikhlas semua pihak termssuk tt Dan samm diberkati Allah swt Dan semoga rakyat mendapat taufiq serta hidayah utk berserta membuat perubahan yg bersejarah ini. Tahniah pada yg berani berjuang. Jom, ayuh!
BalasPadam