Jumaat, 6 April 2012



KOMENTAR TUKAR TIUB


bersedia dari sekarang
sila ambil cuti
sila tempah tiket bas
sila tempah tiket keretapi
sila tempah tiket kapal terbang
sila kongsi kongsi naik kereta

bersih mahu 500 ribu
di dataran merdeka
pada sabtu 28 aprfil

ini demo ibu dari sega demo
ini demo sejarah
ini demo penentu

imni demo garis pemisah
sama ada kita akan terus ditipu
atau bangun melawan

anak anak muda
mahasiswa
pelajar
sila susun baris
untuk barisan hadapan

kita duduk
kita bantah!





PAK SAMAD : JANGAN KAITKAN SOAL AGAMA, BANGSA DALAM BERSIH 3.0 - minsider

KUALA LUMPUR, 6 April — A. Samad Said menegaskan Wira Perkasa tidak sepatutnya menyerang Datuk Ambiga Sreenevasan dengan isu-isu sensitif kaum dan agama, menambah himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini tiada kaitan dengan perkara-perkara itu.

Jelas Sasterawan Negara ini, sesiapa sahaja termasuk umat Islam boleh menyertai perhimpunan kali ketiga anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Wira Perkasa tiada hak untuk menghalang.

“Soal mereka (Wira Perkasa) dengan Ambiga soal yang lain, bagi saya yang penting tiada perbezaan bangsa dan agama dalam perhimpunan itu.

“Sesiapa sahaja yang merasakan landas demokrasi ini perlu dibetulkan boleh menyertainya... itu yang betul,” katanya kepada The Malaysian Insider.




PAK SAMAD SEDIA UNTUK BERSIH 3.0 , MAHU RIBUAN RAKYAT SERTAI - minsider

KUALA LUMPUR, 5 April — Ikon sastera negara Datuk A. Samad Said yang menjadi perhatian tahun lalu apabila berjaya menyerahkan memorandum reformasi sistem pilihan raya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Hari ini, beliau “terganggu” bahawa tiada reformasi sistem pilihan raya yang sebenar dilakukan sejak perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Sasterawan Negara yang lembut percakapannya memberitahu The Malaysian Insider berulang kali bahawa beliau “tidak gembira” dengan 22 cadangan yang diusulkan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) yang dibentangkan di Parlimen, pada Selasa lalu.

Kerajaan dan kegagalan PSC untuk mencadangkan pembaharuan menyeluruh, kata Samad, ia merupakan “alasan baik” mengapa Bersih 3.0 “perlu” diadakan.


INI ANGKA KE DATARAN MERDEKA 28 APRIL NANTI


5 ulasan:

  1. agaknya budak2 perkasam ni salah menuntut ilmu agaknya, semua dah sewel aka gila isim!
    patut jabatan ugama islam selidik apa ilmu depa tuntut selama ni

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI (LET'S LEARN AND UNDERSTAND)

    BalasPadam
  2. Salam Jumaat Semua,

    Nampaknya dari segi mempertahankan nilai2 Islam seperti Keadilan, Ketelusan, Amanah & Kesaksamaan, Pn. Ambiga lebih 'Islam' daripada Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris & yg. sewaktu dgnnya yg nampak sangat adalah simunafik ("hipokrit") belaan UMNO/BN.

    ~ Melayu Celik

    BalasPadam
  3. wira muda si raja katak menyalak dah!!!mai ler turun kl 28 ni,tk pun dok bekepit bwh ketiak bini ler,hahaha!!!sembang be degor2 las lepak kt taman ngan si raja katak,hahahaha!!!malang sungguh anak2 melayu ber tuan kan si raja katak,hahaha!!!

    BalasPadam
  4. Perkasam mana Ada ilmu? Tiada seorang professor atau doktor malah peguam pun Dlm saf dia

    BalasPadam
  5. kenyataan paling bernas..ini bru sasterawan negara.

    BalasPadam