Jumaat, 13 April 2012
PAK SAMAD KATA 500 RIBU AKAN TURUN
PENGUMUMAN
pihak bersih berharap
akan ramai yang datang
dengan keretapi
dari johor dengan keretapi
dari utara dengan keretapi
dari kota bahru dengan kereatapi
semua turun di stesen lama
berhampiran dengan masjid negara
kalau tidak
sila datang dengan bas
sila tempah tiket bas dari sekarang
sila tempah tiket kereapi dai sekarang
sila tempat bilik hotel
sila cari kawan kawan di kuala lumpur
sila cari saudara mara di kuala lumpur
untuk anak muda
sila bawa sleeping beg
NOTA:
anak anak muda
yang ada kamera
sila buat klip
untuk merayakan
ibu segala demo
di datarn merdeka
buat klip yang cool
dibawah satu minit
SILA DAPATKAN BAJU INI
BERSIH 3.0 TYAKIN LEPASI SASARAN 500,000 PESERTA - keadilan daily
KUALA LUMPUR 12 April: Pengerusi Bersama Bersih 3.0, A Samad Said yakin jumlah peserta himpunan pada 28 April nanti melebihi sasaran 500,000, berikutan kebenaran pihak berkuasa.
“Kedatangan 500,000 orang adalah wajar. Kita mengumumkan kempen ‘Duduk Bantah’ nasional dan antarabangsa telah meningkat dan mengampuh.
“Biar apa sekalipun, kita akan kekalkan lokasinya di Dataran Merdeka dan juga bandaraya lain di seluruh dunia. Kami harap pihak berkuasa faham hasrat rakyat.
“Himpunan ‘Duduk Bantah’ turut diadakan di 33 buah bandaraya di seluruh dunia,” tegasnya yang lebih mesra dipanggil Pak Samad.
Pak Samad turut memaklumkan, pihaknya akan bertemu polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam masa terdekat untuk berunding tentang penggunaan Dataran Merdeka sebagai lokasi himpunan.
“Di aras dan waktu yang wajar, kita akan hubungi mereka. Sekarang ini masih cantik,” kata Pak Samad optimis dengan kerjasama pihak berkuasa.
Menjawab satu soalan, ahli jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin berkata, kehadiran 500,000 dalam himpunan ‘Duduk Bantah’ adalah ‘majoriti’ kepada undi belah bahagi yang sering ditolak Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC).
“500,000 ini adalah bukti ketidakpercayaan rakyat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Mereka ‘curi’ pilihan raya. Satu penipuan sudah mewajarkan bahawa SPR perlu meletak jawatan.
Pada sidang media sama, jurucakap Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami), Ahmad Lutfi Othman mendesak kebenaran akses kepada media arus perdana oleh semua parti politik.
“Malaysia sangat terkebelakang berbanding Singapura, malahan Myanmar sekalipun,” katanya.
DATANG DENGAN KERETAPI API
Lepas demo......
BalasPadamkita yang beragama islam ramai-ramai masuk masjid jamik dan masjid negara, bersihkan diri dan buat sembahyang hajat sekali
mohon agar hajat dimakbulkan
mohon agar penipuan ditumpaskan
mohon agar kekejaman disingkirkan
mohon agar keadilan ditegakkan
mohon agar kejahatan dilupuskan
lepas berdemo jangan ambil kesempatan untuk berancuk dengan awek yang korang bawak
MINTAK POLIS DAN FRU JANGAN BUAT KECOH DI SANA SINI SUPAYA JALAN TAK JEM.
BalasPadamJANGANLAH BUAT ROAD BLOCK KAT MANA-MANA, SEBAB AKU ADA KERJA RASMI NAK BUAT DI IBU KOTA YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN BERSIH 3
TAK PAYAHLAH KECOH SANA SINI UNTUK BAGI JEM JALAN. BIARKAN SAJA DATARAN MERDEKA YANG JEM DENGAN 500 RIBU PENDEMO. AKU TAK SANGGUP MENGHADAPI JEM DI KAWASAN TOL PLAZA PHEONIX KERANA AKU ADA TUGAS RASMI HARIAN DI IBU KOTA.
POLIS JANGAN BUAT JEM DI TEMPAT LAIN SELAIN DI DATARAN MERDEKA. RAMAI NAK PERGI MAJLIS KENDURI KAHWIN KAT LEMBAH KELANG. APA JADAH KALAU DEMO KAT DATARAN MERDEKA TAPI DI SUNGAI BESI, SUNGAI BULUH, JALAN CHERAS SEMUA JEM??
HIDUP ABU!
500ribu adalah angka yg munasabah.
BalasPadampagi tadi terpandang kempen Bersih 3.0 kat Sin Chew Jit Poh. Dimana2 tempat rakyat sibuk bercerita psl Bersih 3.0.
-KITA KUNINGKAN K.L.
28 is rocking date!! we will rock together... TT see u there and rock together!!
BalasPadamSelagi SPR tidak berlaku adil, selagi itulah BERSIH akan terus mengadakan himpunan rakyat dari masa ke semasa...
BalasPadambro yg takut jem
BalasPadampolis mesti buat road block punya. itu lumrah. pasti juga jam semua jalan nak masuk kl. ini berdasar demo2 sebelum ni.
kau sewa motor hari tu dtg kerja rasmi kau tu lah, habis cerita
TT ada sedia makanan free tak?kalu xde aku nk buka gerai ar kat dataran msti untung bniaga...huhu..budak ex-wako0..
BalasPadamtak tau briter ini sahih atau fitnah...ari ini dan esok ada game bola kat padang RTM.
BalasPadamkabarnya game bola anjuran RTM itu sempena menyambut ulangtahun RTM yg ke 65 klu x silap...
tapi ada gosip lain kata game bola nih mcm nk tunjuk protes kakitangan RTM kat pihak atasan. nk bagitau kat rakyat bahawa padang bola yg ciput ini akan dijarah oleh cokong,cokong nk buat bangunan kat atas pdg,cokong nk rembat pdg RTM...ada gosip liar jgk kata angkasapuri jga akan dilelong kpd cukong....
kabarnya lagi org RTM dah lama pendam rasa kat rais yatim pasal bajet RTM byk guna kat citrawarna,byk projek kroni raisyatim sapu..slot drama RTM dilahap oleh satu dua kroni contohnya usop aslam dgn gerakkhasnya - drama ni sampah,tp usop aslam tetap dpt slot gerakhas dan drama2 kepolisan yg ntah apa2...
tokey2 lainpun camtu - jolok mau cantek baru drama kuar tv...
jika briter ini sahih...ini modal baru PR sbg kemudahan ke Putrajaya...