Ahad, 8 April 2012
PENIPUAN YANG DI RANCANG
JANGAN TIPU PRU13 KAMI LAWAN
INI CARA CARA MENIPU
Untuk pengetahuan kawan lamaku di Pagoh.... kau bertanya tentang pengundi hantu kerana aku bekerja didalam SPR maka aku jawab dalam blog TT kerana tuan punya blog ini begitu peka tentang politik menipu. Jika penerangan aku kurang jelas maka kamu dan rakan yang lain boleh merujuk blog seumpama ini.
Ini disebabkan pergerakan aku terbatas dan sentiasa saja diekori...salah langkah aku mati tidak berkubur. Ramai yang keliru dengan istilah pengundi hantu. Sebenarnya pengundi hantu hanya dalam SPR saja. Kita tidak akan berjumpa orang yang akan mengundi dua kali dalam satu pilihanraya. Kalau ada pun itu hanya kes terpencil yang jarang dilakukan secara terang-terangan. Pengundi hantu ini sama tarafnya seperti undi pos.
Ada nama pengundi tapi orang lain yang tukang pangkah sebagai pengundi. Nama pengundi yang meragukan, ada pendatang haram jadi warga Negara, penduduk tetap dapat kad pengenalan biru, undi mat bangla/mat indon, ada satu alamat 100 orang tinggal, beratus ribu nama hilang, kawasan mengundi di alih, sempadan kawasan mengundi di ubah adalah strategi menipu. Mereka ini wujud atas nama saja tapi mereka tidak datang mengundi ditempat yang telah ditetapkan. Orang luar tidak tahu pekara tersebut kecuali kakitangan SPR dan segelintir pemimpin UMNO Baru saja yang mengetahuinya.
Mereka ini sebenarnya yang bertanggongjawab keluarkan kertas undi mengikut jumlah pengundi klon yang tersenarai dalam daftar pemilih dalam satu kawasan pilihanraya dan mereka sendiri yang pangkah kertas undi tersebut secara sulit agar jumlahya akan memberi kemenangan kepada calon BN. Siapa yang akan mengira kedatangan pengundi, sedangkan agen pilihanraya telah diberi rasuah sebagai tutup mulut? Inilah strategi yang selalu diguna pakai oleh SPR yang membolehkan UMNO dan Barisasn Nasional mendabik dada kononnya mereka lah yang disukai oleh rakyat dan paling layak memerintah.
Tapi sebenarnya mereka adalah kerajaan haram yang selama ini menguasai Malaysia secara menipu. Itu sebabnya mereka begitu berani meluluskan dakwat kekal untuk digunakan dalam pilihanraya nanti. Sebenarnya itu adalah tindakan BN/SPR memperbodoh-bodohkan pihak Pakatan Rakyat saja. Jangan pandang remeh apabila ada pemimpin Barisan Nasional mengistiharkan bahawa mereka begitu yakin merampas kembali kawasan yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat kerana mereka memang merancang dan bersedia untuk melaksanakan penipuannya..... jangan biarkan Mohd. Najib dengan kuncu-kuncunya melakukan lagi rampasan seperti yang dilakukan di negeri Perak.
By Anonymous on MALIKUL SEMBAB BERSABDA LAGI on 4/7/12
500 RIBU KITA TURUN 28 APRIL
malaysia demokrasi what...every 5 year got erection
BalasPadamSAMPAI KIAMAT PEMBANGKANG TAK MENANG2 MCM NI!!!!!! BUKAN SETAKAT JALANRAYA. REMPUH TERUS PUTRAJAYA....
BalasPadamDalam Yahoo Sport F1, Damon Hill berkata-kata begini diakhir ulasan beliau yang meminta FIA memikirkan semula perlumbaan yang dijadualkan di Bahrain...."You don't get 100,000 people risking their life in protest for nothing...." Ahli2 Parlimen British juga turut menggesa agar jadual F1 di Bahrain dibatalkan memandangkan keadaan politik disana yang kian bertambah runcing. Apa yang Damon Hill dan Ahli2 Parlimen British bimbangkan ialah acara sukan bertaraf antarabangsa seperti F1 yang kalau digunakan oleh rakyat untuk berdemonstrasi pasti akan menarik perhatian seluruh dunia dan peluang itu sudah tentu akan digunakan sebaik mungkin oleh mereka dan ini mengundang risiko kepada tim2 F1.
BalasPadamDi Malaysia ni belum berlaku kejadian dimana demonstrasi rakyat diadakan sempena pelancaran acara2 bertaraf antarabangsa. Itulah sebabnya kerajaan tidak merasa begitu tergugat kerana ianya tidak mendapat liputan dan perhatian dunia. Maka sepatutnya kerajaan segera insaf dan memberi perhatian kepada pandangan rakyat yang berdemonstrasi sebelum satu masa nanti bila rakyat sudah tidak tahan lagi dengan sikap kerajaan yang memandang remeh akan suara hati mereka.
Kerajaan tidak boleh hanya menyatakan yang demonstrasi itu didalangi parti2 pembangkang kerana dimana2 saja demokrasi didunia dan apa saja demonstrasi yang menentang kerajaan adalah dari rakyat yang menentang kerajaan dan parti2 pembangkang juga adalah sebahagian dari rakyat yang menentang kerajaan. Bila kerajaan tidak mahu mendengar tentangan rakyat, tentangan yang sekecil mana pun apinya pasti satu hari akan jadi api yang besar.
Dari yg penah aku dengar, nama pengundi2 hantu tersebut adalah salah satu taktik utk mengalih pandangan saja. Pekara sebenar ialah Peti2 undi hantu yg akan mengambil alih peti2 undi yg sebenar. Kalau orang bese mcm aku boleh dengar cerita mcm ni takan orang lain x penah dengar?
BalasPadamKekadang terfikir buat apa aku gi mengundi.
"Siapa yang akan mengira kedatangan pengundi, sedangkan agen pilihanraya telah diberi rasuah sebagai tutup mulut?"...
BalasPadamBoss...yang lain semua boleh diterima sebagai betul...tapi yang di atas ni kurang tepat... kedatangan pengundi dikira di hadapan ejen parti politik bertanding...peluang utk rasuah merasuah untuk ni kecik...so kenyataan yang ini (sahaja) tidak tepat...sori m TQ
ea,mcm TT ckp,kepala bana apa wat laporan polis or wat sidang media,hanya jalan raya ja jawapan.Bersih 3.0 takdak cawangan ka??
BalasPadamayuhhh!!!ke jalan raya sebelum pilihanraya,tempah tiket bas,tiket keretapi,jgn tangguh2 lg,jgn biar kn hantu mengundi utk kita,28 april nti jgn lupa dtg duduk bantah di dataran merdeka sempena BERSIH 3.0!!!
BalasPadamHABIS TU KENAPA KORANG DIAM JE??? BODOH!
BalasPadamSetuju dgn Tanpa Nama 8 April 2012 12:20 ptg.
BalasPadam1. Penjumlahan pertama sekali ialah senarai pemilih yg berdaftar (electoral roll) diteliti agar tally dari segi jumlah dan susunan nama-nama para pengundi bagi kedua-dua senarai pada pihak SPR dan ejen parti2 yg bertanding.
2. Stamping kertas undi bagi tempat mengundi ditandatgni oleh kedua-dua pihak. Logo pada stamping adalah unik bagi setiap pusat mengundi. Pada masa proses pengiraan awal, ejen2 parti akan memastikan sebelum mengira semua kertas undi yg telah dikeluarkan dari peti undi, logonya mestilah sama. Jika terdapat yg berlainan pada mana2 kertas undi, ianya dikira undi yg ditolak (kertas undi yg diseludup masuk cara haram).
3. Giliran proses mengira jumlah kertas undi yg telah dikeluarkan dari peti undi sebelum pengasingan kertas2 undi mengikut parti yg telah dipangkah. Setelah jumlah kertas undi yg telah dikeluarkan drpd peti undi didapati sama jumlahnya pada daftar senarai pengundi yg telah digariskan, barulah pengasingan kertas2 undi mengikut parti yg dipilih, dilakukan. Kertas undi yg menepati takrif undi yg ditolak juga akan diasingkan dan dipersetujui oleh ke2 pihak. Setiap 10 kertas undi akan diikat dengan getah bagi memudahkan penjumlahan.
4. Penjumlahan kertas undi yg diperolehi oleh parti2 yg bertanding dan juga undi yg ditolak akan dicatitkan ke dlm satu borang khas. Kedua-dua pihak dan juga KTM (Ketua Tempat Mengundi) akan menandatangani borang tersebut yg mencatitkan jumlah undi yg diperolehi oleh masing2 parti yg bertanding serta juga jumlah undi yg ditolak. Kalau tidak silap saya borang berkenaan ialah Borang 14. Ini adalah borang yg amat kritkal yg mana memang bukan rahsia lagi, jika ejen bagi parti pembangkang tidak perihatin kepentingan mereka menandatangani butir2 angka dalam borang tersebut, pegawai SPR (KTM)tidak pun mengemukakannya bagi pengesahan dan kelulusan oleh ejen parti pembangkang. Maka, pada borang inilah mudahnya pihak SPR memalsukan angka2 perolehan undi yg pastinya memihak kpd BN jika ejen parti pembangkang tidak tegas/tahu yg mereka mesti menandatgni borang tersebut dan diberikan salinannya sekali utk disimpan.
5. Setelah Borang 14 disahkan dan ditt dalam 3 salinan pihak yg terbabit, salinan asal akan dimasukkan dalam sampul surat, dan diseal. Setiap ejen hendaklah diberikan salinan carbon Borang 14 tersebut. Dan seterusnya hanya Borang 14 lah yg akan dibawa ke pusat penjumlahan undi dari seluruh unit peti undi bagi sesebuah kawasan parlimen.
6. Maka itulah hanya pasukan sukarelawan yg mantap dan cukup terlatih pada hari mengundi yg akan memberi kekuatan bagi parti2 yg berlawan dgn BN utk mematahkan pelbagai penipuan oleh pihak SPR yg berkepentingan utk memenangkan BN secara haram.
Oleh itu sdr Tanpa Nama 8 April 2012 11:44 PG, jangan biarkan anda dikalahkan sebelum mengorak langkah berjuang. Daftarkanlah diri anda sebagai sukarelawan pemantau proses mengundi bagi pihak parti2 pembangkang pada hari PRU 13 akan datang. Buat masa ini parit2 pembangkang amat bersedia dan terus menerus membuata latihan2 kepada para sukarelawan yg menyokong utk memenangkan parti2 pembangkang.
Jadi sdr