Rabu, 25 April 2012

PILIHAN RAYA KE 13 - PILIHAN RAYA TIPU?












NOTA:
ini amaran rakyat
jangan nanti kata
tak beri tahu
jangan nanti tak sedar
bahawa rakyat telah benci





KOMENTAR TUKAR TIUB


mengikut maklumat yb mahfuz
ada task force
yang bekerja untuk memberikan
kad pengenalan kepada pendatang asing

task force ini dianggotai
oleh pegawai pegawai tinggi
oleh pegawai pendaftran
oleh pegawai spr
oleh pegawai keselaman negara
oleh pegawai kementerian dalam negeri


tujuan:
untuk memastikan gerombolan menang
untul menipu di pru13
untuk merampas selangor

maka
sebelum rancangan jahat ini berjay
mari kita ramai berkumpul
mari kita ramai ramai berdemo
mari kita ramai membantah

ini kerja jahat spr
ini kerja jahat kabatan pendaftra

semua kerja jahat ini
adalah arahan najib razak

najib razak bertangung jawab
najib razak yang beri arahan

maka yang wajib kita guddam
ialah najib razak!


MOHON AGONG JANGAN PERKENAN BUBAR PARLIMEN
- harakah daily

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) hari ini menunut agar Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan permohonan pembubaran Parlimen selagi penyiasatan berhubung isu task force pemberian IC tidak selesai.

"Kita menunut agar Tuanku tidak memperkenankan pembubaran parlimen sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini," katan pengerusinya Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum serta semua bukti berhubung dakwaan wujudnya task force IC itu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Selain itu Mahfuz juga turut memohon agar Tuanku menitahkan penggantungan tugas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam task force itu.
.
Terdahulu Mahfuz mengetuai penyerahan memorandum dan bukti itu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Jalan Bukit Petaling di sini.

Selain melampirkan nama-nama mereka yang menganggotai task force itu, turut diserahkan hari ini sebahagian daripada 175,388 nama pemilih di seluruh negara yang tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Turut dikemukakan juga sebanyak 17,000 nama yang mempunyai nombor kod kelahiran 71 yang bukan berbangsa Melayu, Cina mahupun India.

Selain itu sejumlah nama yang ada dalam daftar pemilih yang didakwa terdiri daripada warga Nepal, Myanmar dan Filipina turut diserahkan.

Menurut Mahfuz, dengan penyerahan bukti-bukti itu, Majlis Raja-Raja dan juga Yang di-Pertuan Agong diharap berkenan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu.

"Kita juga turut mencadangkan Tuanku melantik Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Kamil Awang untuk mengetuai suruhanjaya ini berdasarkan pengalaman dan keberanian beliau, atau mana-mana individu yang diyakini oleh Sri Paduka Baginda," katanya lagi.

Turut serta dalam penyerahan dan pertemuan sebelum itu adalah pimpinan serta ahli parlimen PAS termasuk Salahudin Ayub, Datuk Kamaruddin Jaffar, Dr Siti Mariah Mahmud, Mohd Firdaus Jaafar, Adram Musa serta dua orang peguam yang menganggotai jawatankuasa API.


http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/


RABU – RADIO BANGSAR UTAMA

rabu ialah stesen radio internet
rabu ialah stesen radio melawan
rabu ialah stesen radio melanggar
rabu ialah stesen radio cool
rabu ialah stesen radio chic
rabu ialah stesen radio radikal


layari sekarang:
www.radiobangsarutama.blogspot.com

pada minggu ini
setiap malam dari jam 9.00 malam
siaran terus menerus

dari rabu akan dapat didengari:
berita bersih
berita menghasut
berita terkini

dari rabu akan berkumnadang:
lagu punk rock
lagu rock klasik
lagu rock kapak
lagu metal
lagu perjuangan
lagu melawan
lagu sosialis
lagu komunis
lagu lagu perjuangan dari seluruh dunia

jadi cool jadi kawan rabu
BE COOL – BE DARE







7 ulasan:

  1. salah satu cara lain kalau tak nak bagi pengundi warga asing ni mengundi.. kita buat task force 2x4.. pakat tunggu kat luar pagar tempat mengundi dengan kayu 2x4.. warga asing yang didapati datang untuk mengundi kita belasah terus dengan kayu 2x4.. tentu cerita ni merebak ke tempat lain.. mesti semua takut nak datang mengundi.. hahaha..

    BalasPadam
  2. nanti si keparat UMNO kata pihak Pakatan rakyat mengheret Agong dalam politik. keparat tu je yang boleh buat org lain tak boleh.....memang keparat

    BalasPadam
  3. Takbir!!! Tahniah YB Dstuk Mahfuz Dan pasukan
    nya. Hanya Allah swt dapat membalas jasa tuan2 Dan puan2. Kami rakyat berbangga dgn kepemimpinan Pas Dan PR Dan Akan pastikan pagar DM DBKL "runtuh" macam Berlin Wall. Umno Akan kami "bakar" sehingga jadi ABU! Takbir...

    BalasPadam
  4. mohon juga kepada tuanku,
    apa yang dicadangkan ini adalah untuk maruah agama,tuanku dan negara.
    rakyat bersama tuanku.tindakan yang bakal tuaku ambil mendapat sokongan dari rakyat,juga yang akan mempertahankan tuanku selaku pemegang amanah.sebesar mana tembok akan kami rempuh asalkan matlamatnya benar.
    janganlah kita gentar.

    BalasPadam
  5. Tahniah Mahfuz, awak terbaek....

    BalasPadam
  6. PR dah nak kalah dah hahaha

    BalasPadam
  7. tt arr... apa fungsi raja dan ydpa di malaysia ni? negera nak kena jual pun tiada sebarang tindakan?

    BalasPadam