Selasa, 17 April 2012
SAHEH ! RAKYAT SELANGOR AKAN DITIPU DALAM PRU13
KOMENTAR TUKAR TIUB
tt telah menyatakan berpuluh kali
bahawa selangor akan dirampas
bukan kerana tidak ada sokongan
tapi kerana penipuan
justeru 500 ribu berkumpul
di datarn merdeka pada 28 april
ada amaran agar rakyat jangan ditipu
untuk mereka yang tidak mahu ditipu
sila bersedia untuk
turun beramai ramai
HADI DAKWA UMNO GUNA TAKTIK PRU 2004 UNTUK TAWAN SELANGOR - minsider
KUALA LUMPUR, 17 April — Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa Umno akan menggunakan taktik merampas Terengganu pada Pilihan Raya Umum 2004 untuk menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini yang dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Menurut Ahli Parlimen Marang ini dipetik Harakah Online, ketika PRU 2004, Terengganu tewas bukan atas faktor rakyat, sebaliknya Umno mengangkut masuk pengundi luar untuk mengundi di Terengganu.
“Di Terengganu, kita kalah dalam pilihan raya 2004 bukan kerana penolakan rakyat tetapi melalui pengundi yang diangkut masuk.
“Mereka akan ulang cara ini di Selangor dalam pilihan raya akan datang ini,” kata anggota Parlimen Marang itu memberikan amaran kepada petugas Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
Ketika pilihan raya pada 1999, PAS telah memperolehi 28 dari 32 kerusi Dewan Undangan.
AWAS CARA TERENGGANU TAWAN SELANGOR -harakahdaily,
KUALA LUMPUR, 17 April: Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan peringatan, taktik Umno merampas Terengganu pada pilihan raya 2004 akan digunakan semula di Selangor dalam pilihan raya akan datang ini.
Beliau memberi peringatan ini dalam wawancara khas dengan Harakahdaily baru-baru ini.
"Di Terengganu, kita kalah dalam pilihan raya 2004 bukan kerana penolakan rakyat tetapi melalui pengundi yang diangkut masuk.
"Mereka akan ulang cara ini di Selangor dalam pilihan raya akan datang ini," kata anggota Parlimen Marang itu memberikan amaran kepada petugas Pakatan Rakyat di Selangor.
PAS telah menang dalam pilihan raya umum 1999 di Terengganu dengan mendapat 28 dari 32 kerusi DUN yang ada namun dalam pilihan raya 2004, kerusi PAS hanya tinggal empat sahaja.
Semua warga Sedar Insaf, Allah berfirman bermaksud, nasib kita di tangan kita. Pastikan nasib kita bukan di tangan SPR!
BalasPadamIni taktik yang digunakan dan kemungkinan Selangor akan tumbang pada PRU 13 itu adalah tidak mustahil.
BalasPadamhttp://batutepijalan.blogspot.com/2012/04/timun-babi-pun-boleh-mengundi-biar.html
Apa yang dilakukan oleh UMNO iaitu memberi IC kepada warga asing adalah salah satu usaha UMNO dalam perang melawan keganasan. Perang melawan keganasan di Malaysia tidak perlu senjata seperti di Iraq atau Afghanistan. Cukup melalui peti undi sahaja.
BalasPadamKami dah tau, kami dah faham, kami dah kenal barua SPR. BUT, HOW TO STOPP?
BalasPadamtahun 2008 pasai apa kalah jugak?
BalasPadamaaa 2008 apesal kalah???
BalasPadampada masa yg sama BN Hilang 5 negeri