Ahad, 6 Mei 2012

BILA IBUNYA KENA PUKUL - ANAKNYA NAIK MARAH




SALUT ANAK MUDA BERANI MELAWAN







PERBUATAN KHALID ISMATH ADALAH SATU BENTUK EKSPRESI- mkini

Rentetan daripada tindakan Khalid Ismath yang menulis status di laman sosial facebook beberapa hari yang lepas, empat orang anggota Polis dari Unit Cawangan Khas IPK Klang telah hadir ke rumah Khalid pagi tadi. Status yang dianggap mengecam Polis itu kami kira sebagai satu bentuk ekspresi yang dilakukan bila mana dirinya berada dalam keadaan tertekan dan hiba melihat ibu kesayangan Faridah Abdul yang dizalimi ketika Himpunan Bersih 3.0.

Ibunya terpaksa bermalam lima hari di hospital kerana cedera parah. Sudah tentu sebagai manusia Khalid juga punyai rasa amarah apabila berdepan dengan perkara seperti ini. Lebih - lebih lagi ibunya merupakan warga emas yang hadir ke perhimpunan tersebut hanya untuk melihat kebangkitan anak muda. Malangnya, ia berakhir dengan satu tragedi malang apabila pihak polis mula membuat tembakan gas pemedih mata dan meriam air.

Lantaran itu, Khalid mula bertindak menulis di laman sosial facebook bagi mengekspresikan rasa amarah kepada pihak yang bertanggungjawab. Bagi kami, ia bukanlah satu kesalahan yang besar memandangkan banyak lagi unsur menghasut dalam laman sosial yang masyarakat secara umum ketahui. Kenapa pula tiada dikenakan apa-apa tindakan ?

Atas permintaan Unit Cawangan Khas yang hadir pagi tadi, Khalid yang merupakan Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) akan menghadirkan diri ke IPK Kuala Lumpur hari ini jam 10 pagi. Kami berharap siasatan dapat dijalankan dengan baik dan berhemah. InsyaAllah.

KHAIRUL NAIM RAFIDI,
SETIAUSAHA AGUNG,
KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI)


------------------------------------------------------



PENGUMUMAN RADIO BANGSAR UTAMA

malam ini jam 9.00 malam
radio bangsar akan menemu buka
saudara dr. chin huat
ahli akademik
akvis ilmuan
jawatan kuasa pemandu bersih


sesiapa ada soalan
tentang bersih
tentang duduk bantah
sila hantarkan sekarang
kepada :


radiobangsarutama@gmail.com



http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/





13 ulasan:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=LP5zCtzMlOU&feature=youtu.be
    video ni pulak ekspreksiku ditujukan kepada polis brutal pada bersih 3.0..........harap dapat belajar dari haiwan ni cara belasah dan layan musuhnya....

    BalasPadam
  2. 1.alahai..yang mak dia tak marah pulak pada anak dia yang dapat CGPA 2.3 tu...apa punya mak macam tu.
    2.alahai...emak azmin pulak suruh azmin pulang kepangkal jalan...tinggalkan kumpulan anuar tu...hidup penuh dengan maksiat...
    3.yang ko TT...emak ko tak suruh ko belajaq sembahyang dah puasa ko...nilai diri masa umur muda dulu...masa ko merantau dulu...ko sembahyang ke TT...ko puaSA ke..ko dah ganti semua perkara tu ke TT..siannnn kat mak engko TT dapat anak macam ko..
    4.kah!kah!KAH!BULAN PUASA KO BERMUSAFIR KE BALI..

    BalasPadam
  3. anyway budak ini syiah yg ghuluw..byk bukti..sbb tu komen pun ghuluw dan melampau..komen buar berpada dan rasional..bukan macam orang bodoh..lawan tetap lawan

    BalasPadam
  4. Salam Tuan,

    Bukan hanya ustaz yang cakap.

    Dunia kedoktoren juga kata, apabila seseorang itu sudah dekat ajalnya :

    1. Cakap tidak macam biasa
    2. Cakap merapu
    3. Otak tidak berfungsi tepat
    4. Permintaan pbenda yang pelik-pelik
    5. Organ semacam tidak berinterkasi antara satu sama lain
    dll.

    Maka kita lihat apa rupa UMNO sekarang :

    1. Presiden UMNO bila mula start ceramah (macam di Kelantan tempoh hari), ha .. sudah merepek, Cakap bukan macam PM, tapi macam Ketua Gangster yang rasa dirinya terancam. Takut menggila.

    2. Pimpinan UMNO tidak stabil. Kementerian yang wanita sepatutnya pegang, dipegang oleh suara garau.

    3. Apa saja kes rasuah berbilion, UMNO tidak terasa sakitnya, bahkan semakin seronok.

    4. Bawah UMNO, polis yang sepatutnya jaga rakyat, pukul rakyat pula, macam gerombolan singa meratah seekor kijang.

    5. UMNO sudah pekak tua, bincang suara rakyat di parlimen, telinga mereka bertebat, macam orang tua "eehh..ehhh..ngeehhh" habis pekak, marahkan orang lain pulak.

    6. Maka ini bermakna UMNO BN, sudah dalam keadaan Na'Zak.

    BalasPadam
  5. Bukan masalah facebook lak ngok....dia disyaki tendang polis...gambar dia ada...tu sebab dia kena tahan....MANA PEGI GENG TT TAK BELA DIA???? APA PASAL SEMUA SENYAP? TELO DUDUK DALAM? SEMUA JADI PENAKUT??????? KAH...KAH...KAH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dppwm.blogspot.com/2012/05/edisi-kantoi-gambar-khalid-tendang.html?m=1

      Padam
  6. Semoga khalid ismath Dan keluarga di lindungi Allah swt Atas fitnah ini. Tiada yg lebih baik naungan drpd naungan Allah swt. Semoga keadilan yg sdr Khalid tuntut Akan di tunaikan Allah swt. Semoga ibu sembuh seperti sediakala. Semoga semangat juang cekal tidak luntur. SB Dan pdrm hanya lah aparat pemerintah yg zalim. Sama lah ahli sihir aparat Firaun yg akhir nya kecundang Oleh mukhizat Musa a.s de fan izin Allah swt jua. Takbir!
    Allahu Akbar
    Ikhlas Pakcik Lan

    BalasPadam
  7. Nak buat adil jangan buat zalim..jangan sepak orang jatuh...jangan melampaui batas....tuhan tak tolong maa...
    nak buat islam kena ikut disiplin islam...jangan ikut disiplin firaun maa...

    BalasPadam
  8. bn/umno dan polis
    sudah melampau.
    jangan buat bersih 4.0
    tapi revolusi 1.0
    dan lantik adam adli
    sebagai pengerusi.
    biar anak2 muda
    berdemonstrasi.
    parti2 politik dan ngo2
    backing saja.
    buat sebelum parlimen bubar
    di semua ibu negara.

    BalasPadam
  9. Mari kita demo depan ipk untuk bantah penangkapan Khalid Ismath, kita tunjukkan kepada mereka rakyat Malaysia tidak takut dan tunduk kepada kezaliman

    BalasPadam
  10. puak2 polis kalau bab mungkar no 1 in malaysia. Lain kali aku tobat lahum tak percaye dah dengan geng takde akhlak ni....depa ni tak takut Tuhan ke???

    BalasPadam
  11. Tanpa nama 6 Mei 2012 7:22 PG

    satu pertanyaan...
    sejak bila kau ambil kerja MALAIKAT nie ye...??

    Kesian Asang Ali, satu beban lagi terpaksa ditanggung untuk mempertulkan akidah kamu...

    Mengucaplah banyak2 ya... jangan ganggu kerja2 yang telah di amanahkan oleh ALLAH SWT kepada Malaikat. Malaikat akan catitkan segala amalan baik dan buruk setiap mahkluk ALLAH SWT..

    so tak perlu lah kita memandai-mandai nak mencampuri urusan utusan ALLAH SWT.
    Jaga diri sendiri adalah lebih baik dari menjaga diri orang lain supaya orang lain tidak menjaga diri kamu kerana orang lain tidak akan tahu apa yang diri kamu buat..

    Sekali lagi diingatkan, Jangan ambil alih urusan ALLAH SWT.

    semoga ALLAH swt mengampuni dosa2 kamu. AMINNN..

    BalasPadam
  12. nak tambah.
    kalau revolusi 1.0 diadakan.
    minta tentera kawal demonstrasi,
    bukan polis.
    tujuannya, bagi membuktikan
    demonstrasi boleh berjalan aman
    jika takda provokasi polis.
    buat cepat,
    serentak kesemua ibu negara.
    julai dah nak sampai.

    BalasPadam