Rabu, 9 Mei 2012
INI AJENDA 300 RIBU YANG BERDEMO 28 APRIL DULU
TUNTUTAN 300 RIBU YANG JELAS
PKR GESA TUBUHKAN TRIBUNAL ISU SPR - mkini
PKR menuntut perdana menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya menubuhkan tribunal untuk menyiasat sama ada pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar anggota Umno.
Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR R Sivarasa berkata, surat rasmi akan dikirim kepada perdana menteri bagi tujuan itu.
Sivarasa, tindakan itu perlu diambil kerana Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa pengerusi SPR hilang kelayakan jikamemegang jawatan dalam sebarang organisasi atau badan selepas tiga bulan dilantik.
"JikaPM gagal menasihat baginda untuk menubuhkan tribunal, kita akan mengadap terus kepada Agong," katanya dalam sidang media hari ini.
MERANCANG UNTUK MENIPU PRU13
PAS BERI 30 HARI PENGERUSI SPR, TIMBALAN LETAK JAWATAN - minsider
KUALA LUMPUR, 30 April — PAS memberi masa 30 hari untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meletakkan jawatan selepas terdedah keahlian mereka dengan Umno.
“Kita beri notis 30 hari untuk kedua-duanya meletakkan jawatan. Sewajarnya mereka tidak non-partisan, kerana mereka merupakan ‘pengadil’ dalam sesebuah pilihan raya,” tegas Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi semalam.
Harakahdaily melapurakn beliau berkata demikian sebagai mengulas terbongkarnya identiti Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar yang merupakan ahli Umno.
Katanya, sebagai seorang ‘pengadil’, adalah tidak adil baginya memihak kepada mana-mana ‘pemain’.”Sama macam bola sepak. Kalau Manchester United lawan Manchester City, mana boleh pengadil dari Manchester United. Mana boleh Selangor lawan Kelantan, pengadilnya Selangor. Teruklah Kelantan,” kata beliau.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... PATUTLAAH PILIHANRAYA PAKATAN TAK MENANG... kah kah kah..
kah kah kah...RUPA RUPA NYA SPR INI PERKAKAS GEROMBOLAN.... kah kah kah...
kah kah kah....PATUT LAAA BUAT FAK WA DAN FAK WEE.... kah kah kah..
kah kah kah.... NAK SURUKKAN CERITA INI DARI ORANG RAMAI... kah kah kah...
NOTA:
menuntut semua ahli lembaga spr
letak jawatan adalah sebahagian
dari tuntutan bersih 3.0
ajenda ini sengaja ditenggelamkan
agar orang ramai tidak sedar
di tenggelamkan agar
orang ramai tidak membincankan ajenda ini
layari radio bangsar utama sekarang:
BERSIH 4.0!
BalasPadamDesak agong tubuh suruhanjaya siasat pengerusi/timbalan pengerusi betul-betul bukan orang UMNO.
kita turun lagi!
Sebut sahaja tarikh tempat dan masa.
Sampai lagi kami!
"Ingat kita takut, jangan mengarut!
Kita tunjukkan, KITA ke depan!"
tapi jangan lagi merayu-rayu pada polis ya chegu bard yer...
KITA TUNJUKKAN, KITA KE DEPAN! (bukan rakyat ke depan)