Rabu, 2 Mei 2012

INI BUKAN SATU AMARAN - INI HANYALAH SATU JANJI




JANGAN CUBA MENIPU







BUKAN AMARAN TAPI SATU JANJI

Saperti yang dijanjikan IBU segala demo berjaya dijalankan. Saperti yang telah dijanjikan 250 ribu warga telah turun ke jalan raya. Seperti yang telah dijanjikan politik baru telah dimunculkan. Saperti yang telah dijanjikan anak semua bangsa telah melintasi garis takut. Saperti yang telah dijanjikan politik ke jalan raya sebelum ke pilihan raya telah menjadi pedoman semua.

Hari hari berikut – seminggu, dua minggu mungkin satu bulan – heboh Duduk Bantah - akan berterusan. Media United Malays National Organisation akan terus memperlekeh Bersih. Media gerombolan ini akan menetaskan pelbagai kesah penglipur lara, labon dan sastera.

Laporan awal dari Utusan telah mengsasterakan bagaimana para demonstran telah dibayar untuk turun ke jalan raya. Ada demonstran yang telah diupah. Ada yang telah dirasuah. Ini sebenarnya ini teknik media lama yang telah berkarat. Akhbar gerombolan Ketuanan Melayu ini tidak sedar bahawa – media baru – lengok dan bunyinya telah berubah.

Tetapi untuk menyenangkan kerja saya , dengan penuh ku syiok lagi tawar duduk saya menerima hakikat bahawa labon-labon media Utusan Malaysia ini adalah tepat - saheh lagi mensahehkan.

Maka akan timbul pula kesah polis kena pukul. Kesah polis kena lanyak. Kesah polis kena belangkong. Kesah polis menyembah minta ampon kerana ditibai oleh penunjuk perasaan. Kesah polis lari terkencing-kecing dikejar oleh penunjuk perasaan. Penunjuk perasaan amat ganas. Penunjuk perasan amat liar. Penunjuk perasaan buat huru hara. Penunjuk persaan baling batu dan baling botol. Kesah polis cedera masuk hospital.

Untuk menyenangkan kerja kita, saya sarankan marilah kita terima hakikat bahawa sastera labon dari media United Malay National Organisation ini adalah saheh lagi mensahehkan. Benar lagi membenarkan. Betul lagi membetulkan.

Maka akan timbul pula kesah bahawa Ambiga Pengerusi Bersama Bersih ini sebenarnya bukan rakyat Malaysia. Ambiga berasal usul dari Nigeria. Nama sebenarnya Ambiga ialah Miss Wa Dunga Wa Dungu. Ambiga ini bukan sahaja orang asing malah telah dibuktikan bahawa Ambiga ini telah menerima duit dari ajen Ah Seng untuk memburuk-burukkan Raja Gopal dan Raja Raja Melayu.

Tidak cukup dengan ini Ambiga ini juga telah dibuktikan sebagai pengamal sex percuma. Malah kempen Ambiga menawarkan ‘free sex’ inilah yang menjadi daya tarikan utama untuk anak anak muda dari Kuala Berang turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka.

Lalu saya ingin bertanya - adakah sesiapa yang tidak akan berminat dengan Sex Percuma. Kempen sex percuma dari Bersih ini cukup memberahikan. Bakal penunjuk perasaan bukan sahaja dapat sex percuma malah saya telah diberi tahu aiskrim batang pun akan diberi percuma.

Justeru, untuk membereskan tugas dan kerja kita maka saya cadangkan kita terima sahajalah labon sex percuma ini sebagai saheh lagi mensahehkan

Maka akan timbul pula kesah bagaimana kamera wartawan dari Al-Jazeraa, Al-Bibisi, Al-Si-ant ant , Al-Jazail, Al-Jalakon, Al-Mush-rikin dan Al-Ma’aunah yang telah dirampas oleh penunjuk perasaan. Bukan sahaja kamera di rampas tetapi telah dipijak-pijak. Tidak cukup dengan dipijak-pijak kamera ini juga telah dijualkan kepada Muniandy pembeli besi buruk dari Brickfeilds.

Sekali lagi saya dengan penuh kesedaran, untuk melunaskan dan mempercepatkan tugas harian, saya telah menerima berita ini sebagai saheh lagi mensahehkan.

Bersih juga difahamkan bahawa ramai Polis Rahsia Najib yang dikenali dengan nama Ass Bee telah membeli baju T Bersih. Lebih dari 30 orang Ass Bee ini telah turut sama berdemo dengan memakai baju T berwarna kuning dengan logo Bersih. Bijak. Memang cukup bijak. Saya akan topi.

Saya juga tidak akan menolak berita Ass Bee ini sebenarnya menyamar sebagai penunjuk perasaan. Ass Bee bertugas untuk menjadi tukang kacau. Ass Bee jadi tukang provok. Maka kita terimalah kesah dan berita ini sebagai saheh lagi mensahehkan.

Saya juga tidak akan mempersoalkan tentang polis membawa kereta untuk melanggar demonstran di pinggir jalan. Atau berita tentang polis bermotosikal ke hulu ke hilir mamacu motosikal besar mereka dengan ligat dan laju. Kita tak perlu bertengkar tentang ini.

Saya juga dengan senang hati menerima kesah bagaimana Cikgu Bard, Yb Tian Chua, Yb Eli Wong, Yb Sivarasa, Peguam Latifah Koya termasuk Peguam Minah Cun yang bernama Fadiah telah sama menerbus masuk ke Dataran Merdeka. Mereka bukan sahaja menerbus masuk ke Dataran Merdeka, malah mereka telah membaling kasut dan selipar kepada mata-mata yang bertugas.

Kemudian kita membaca pula bagaimana Anwar Ibrahim dan Azmin Ali telah berbising-bisik dan berkenyit mata memberi tanda isyarat untuk merempoh masuk ke Dataran Merdeka. Mereka berdua ini mengikut surah labon Utusan Malaysia adalah orang jahat yang memulakan huru hara. Ini pun saya terima sebagai saheh.

Ada pula berita yang melaporkan Bersih telah di bajak oleh parti politik. Ada yang melaporkan bahawa Bersih telah menjadi kuda tunggangan parti pembangkang. Ada berita yang melaporkan Bersih ini ajen Pakatan Rakyat. Untuk saya semua ini adalah berita yang tepat.

Untuk memudahkan kerja - saya tidak akan mempertikaikan kesemua berita-berita ini. Saya juga tidak akan menolak berita-berita ini. Saya tidak akan membangkang laporan Utusan Malaysia. Malah semua kesah-kesah ini saya anggap sebagai surah dan hadis saheh lagi mensahehkan.

Saya tak ada masalah untuk menerima , mensahehkan dan menghalalkan semua laporan berita ini. Saya tidak akan bertegang leher untuk menafikan berita ini. Saya juga tidak akan berhujah untuk membuktikan bahawa semua berita-berita ini di reka-reka untuk mengalihkan pandangan orang ramai. Direka-reka agar orang ramai benci kepada Bersih. Saya akan terima semua berita ini dengan tangan dan zeep terbuka.

Hanya, saya ingin bertanya kepada isteri...opps... suami Rosmah - kenapa ada rancangan hendak menipu dalam pilihan raya yang akan datang ini?

Saya juga hendak bertanya - 250,000 penunjuk perasaan yang turun ke jalan raya pada hari Sabtu lalu – mereka mahu apa? Apa tuntutan mereka? Beribu-ribu anak muda yang berdemo itu - apa yang mereka mahu? Beratus ribu anak muda dari kampong dan desa – dari semua pelusuk negara - berani ke jalan raya ini kerana apa? Anak-anak muda dari Kuala Brang, dari Kuala Kedah, dari Felda Chemomoi bertempur dengan FRU di Masjid Jamek – kenapa? Apa yang mereka mahu?

Satelah semua kesah kesah IBU sega demo ini mengenap – pertanyaan-pertanyan diatas wajib dijawab. Soalan : Kenapa ada rancangan tersusun untuk menipu dalam PRU13 ini akan timbul kembali. Soalan kenapa gerombolan United Malays National Organisation merancang dengan menggunakan akta parlimen untuk menipu di PRU13 telah di ketahui ramai. Ini bukan berita bohong.

Kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya , Jabatan Pendaftaran Negara , PDRM, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kad pengenalan segera kepada pendatang asing ini – juga telah di ketahui ramai. Pedatang asing ini diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi. Ini bukan lagi rahsia.

Rancancangan gerombolan United Malays National Organisation untuk menipu di kawasan-kawasan Selangor juga telah di ketahui. Beratus ribu nama pengundi telah ditambah untuk mengalahkan calon Pakatan Rakyat telah juga diketahui. Beribu-ribu nama pengundi Pakatan Rakyat telah di alih, telah di hilangkan atau di ubah. Ini juga diketahui.

Justeru, satelah heboh heboh tentang keganasan penunjuk perasaan mengenap maka soalan kenapa United Malays National Organisation merancang untuk menipu di PRU13 akan muncul kembali. Tidak dapat dielakkan

Kereta polis terbalik. Wartawan patah kaki. Azmin Ali buat kecoh. Ambiga penganut Hindu. Pak Samad jual Melayu. Dan seribu satu macam kesah-kesah penglipur lara ini tidak akan menenggelamkam satu persolan hakiki: Kenapa United Malays Natoonal Organisation hendak menipu dalam PRU13?

Pada Sabtu 28 April 2012 yang telah lalu ada 300 ribu, ada 250 ribu, ada 200 ribu atau 100 ribu – jumlah angka ini dijalan raya – jumlah angka tidak perlu dipertikaikan. Apa yang saheh ialah beratus ribu warga anak semua bangsa telah turun ke jalan raya menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Pilihan raya yang adil dan bersih dituntut untuk memastikan kerajaan yang wujud adalah kerjaan yang dipilih oleh rakyat. Bukan kerajaan yang naik tahtha kerana penipuan dalam pilihan raya. Berkuasa bukan kerana menipu tetapi kerana sokongan ramai.

Sayugia di ingatkan – 250 ribu yang berdemo itu adalah tanda amaran kepada United Malays National Organisation. Ini adalah tanda amaran dari 250 ribu warga anak semua bangsa. Amaran ini jelas bersuara : Jangan menipu dalam PRU13.

Dua ratus lima puluh ribu yang berarak dari Masjid Negara, dari Jalan Sultan, dari Masjid India, dari KLCC, dari Bricifeild dan dari Pasar Seni menuju ke Dataran Merdeka adalah perarakan untuk memberi tanda amaran. Ini adalah tanda amaran yang menuntut agar pengundi pos di lupuskan, masa berkempen dipanjangkan, media dibebaskan dan daftar pengundi dibersihkan.

United Malays National Organisation beringatlah kepada amaran dari 250 ribu anak muda semua bangsa ini. Berwaspadalah agar amaran ini menjadi pedoman untuk membaiki diri. Kerana, jika PRU13 ini masih dijalankan dengan penuh penipuan maka bukan 250 ribu warga yang akan turun ke jalan raya – berjuta juta lagi yang akan bangun. Ini bukan satu amaran. Ini adalah satu janji.(TT)


http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45













14 ulasan:

  1. mana pendemo yang mampos tu tlg senaraikan cepat kalau ada yang mampos aku agak dah diangkat jadi wira ...mana mana weeii babii...assmin gak yang untung heheheh..

    BalasPadam
  2. Kami tak kisah langsung siapa yg akan menang dalam PRU akan datang, baik BN mahu pun PR...

    Tapi yg kami kisah dan sakit hati apabila menang sesuatu parti itu dengan cara tipu dan tidak adil, sebab itulah kenapa rakyat mula turun ke jalan raya...

    Itu pun tak paham-paham ke?

    BalasPadam
  3. terbaekk, syabas pd berani. ape pun yg penting pilihanraya ini yg penting tiada yg penting A.B.U = asal kan bukan UmNO

    BalasPadam
  4. ape pun x pe, asalkan bukan UmNO

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama 1:26

    hahaa..tahniah, anda menjadi pembaca pertama tukar tiub...
    komen anda tak penting..
    semua yang anda katakan itu adalah saheh lagi mensahehkan..
    yang penting seperti kata TT,
    mengapa bos anda si bini rosmah ingin menipu dalam PRU.? mengapa bini Rosmah dah gabra apabila dah kantoi isu undang2 baru di parlimen> mengapa bini Rosmah berpeluh sampai telor bila ditanya tentang isu scopen? mengapa lari bila serempak Pak Mertua.. Mengapa?Mengapa dan Mengapa wahai Tanpa Nama 1:26pm? hehehehee

    BalasPadam
  6. Bila keadaan semakin kritikal ia bukan amaran atau satu janji lagi tapi sudah menjadi desakan.....

    Waris penjajah, UMNO Baru dengan sengaja merancang secara terang-terangan penipuan dalam pilihanraya yang bakal diadakan nanti.....

    Mana mungkin fakta dan bukti sudah terserla dihadapan mata tapi kita dipaksa membisu dan membiarkan saja mereka berkuasa atas penipuan ? setelah mereka diberi kuasa, kita pula yang akan dipaksa menanggong segala hutang yang mereka cipta.

    Hello sudah 55 tahun jadi bangang, semua pekara yang membabitkan agama, bangsa dan Negara mereka yang tentukan untuk kita. Kita tidak boleh buat itu, kita tak boleh buat ini. Mereka yang berada diperingkat pemimpin saja yang boleh buat apa yang mereka suka. Orang yang dituduh meliwat diwar-warkan sebagai tidak bermoral. Orang yang membunuh, mencuri, dan melanggan betina simpanan dipandang mulia… Memang celaka.

    Biar polis saja yang jadi barua dan bacul menurut perintah ketua mereka yang bersubahat tapi bukan rakyat yang berkuasa dalam menentukan hala tuju sesebuah kerajaan. Tak akan kita biarkan lagi parti seperti UMNO BN diberi kuasa dan memerintah dengan mudah di bumi Malaysia ini.

    Kalau orang melayu yang hidup pada tahun 1930 dulu sanggup berkorban nyawa mempertahankan hak dan keistimewaan untuk anak cucunya hidup hari ini sebagai warganegara Malaysia yang bermaruah, kini giliran anak cucu bangsa melayu yang telah dewasa ini pula berkorban nyawa untuk anak cucu mereka akan hidup bermaruah dimasa akan datang. Inilah dikatakan kenang dan balas budi, bukan pada parti UMNO Baru tapi pada bangsa dan keturunan kita sendiri.

    Alangkah bagusnya jika peserta Bersih 3.0 yang berjumlah hampir 300,000 orang itu adalah penyokong UMNO BN ? Sudah pasti Mohd. Najib akan ditabalkan terus oleh ahlinya sebagai superman berseluar kecil diluar. Malang ahli fikir UMNO Baru berotak udang…. Otak yang penuh dengan taik. Sehinggakan mereka berfikir bahawa melayan pengundi yang akan memberi kemenangan dan kuasa itu sama seperti membelasah lembu Sharizat yang terlepas dari kondo …? Inilah dinamakan melepaskan anjing tersepit.... bukan tahu berterima kasih tapi kita pula yang digigitnya. Memang haramjadah !

    Biar beribu laporan polis dibuat atas alasan penganjur perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara telah menimbulkan kekecohan, malah melanggar perintah mahkamah yang tidak membenarkan perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka....

    Kita alu-alukan mereka membuat laporan polis agar polis boleh buat siasatan dan tangkap mereka yang merusuh, dakwa dimahkamah dan humban mereka kedalam penjara. Tapi pihak polis juga perlu disiasat kerana anggota mereka berkelakuan gila babi membelasah sehingga mendatangkan kecederaan parah pada rakyat yang tidak berada di Dataran Merdeka...? Youtube bersedia menayangkan bukti tersebut. Dan ada ramai mangsa bersedia jadi saksi. Jangan berdolak-dalik macam sial.

    BalasPadam
  7. Bro Otai...
    bro jangan la provoke Tanpa Nama 1:26 PTG tu bro...
    kesian la sikit kat dia,
    dia kan SB (weeii, kalau ikut style dia, assbabii...) yg penat lelah bertugas mengawal kehijauan padang dataran merdeka tengah2 panas terik demi negara dan Kera... sedangkan korang semua berpesta ramai-ramai sekeliling dia... kesian la kat dia bro...
    tsk tsk tsk alalala penat penat ye bushuk bushuk ye... kasihan kan???

    BalasPadam
  8. aku tak kisah sapa yang menang dalam PRU 13 ni, janji PR yang menang dan UMNO bungkus di semua negeri. kalau dapat perintah ousat lagi bagus

    BalasPadam
  9. the problem with malaysian politics is there is so many amnesia politician that is help.. to win by so many amnesia voters.

    BalasPadam
  10. the main problem why those amnesia politician win is because there is so many amnesia voters that vote them win

    BalasPadam
  11. Lingkup lingkup Isteri Kak Ros , dah pesan BERSIH ni bukan pasai BN atau PR ini cuma tuju ke SPR yg goblok tapi PDRM yg lepas geram , Syabas

    BalasPadam
  12. Butuh la TT..tulis banyak x guna.Cepat gerakkan BERSIH 4.0 .aku dh x sabar nak rasa adrenalin rush aku merembes...

    BalasPadam
  13. woi TT, apsal bersih 3.0 polis tak jumpa parang dan molotov cocktail yang disorok???? diorang lupa skrip ke?? kah kah kah

    BalasPadam
  14. banyak tender dibuka dan sucontractor muncul lepas bersih 3.0.....bisnes baik punya, ...hari-hari subcon niehh masuk tv...aku pun nak....keh keh...

    BalasPadam