Khamis, 3 Mei 2012
KRONI BUAT DUIT CEKIK LEHER PELAJAR
KONTRAK ASRAMA KUIS:
BUKTI PENYELEWENGAN UMNO PUNCA YURAN PENGAJIAN TINGGI, BEBAN PELAJAR
Ekoran polemik mengenai pemansuhan PTPTN dan tawaran pendidikan percuma yang dibuat KEADILAN dan Pakatan Rakyat, ada pihak yang cuba menempelak kerajaan Pakatan Rakyat kononnya supaya yuran pengajian dihapuskan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik kerajaan negeri.
Hari ini, KEADILAN tampil dengan jawapan kepada hujah tersebut dengan memberi contoh bagaimana penyelewengan dan ketamakan pimpinan Umno yang mengambil kesempatan sepenuhnya dari dasar memperniagakan pendidikan yang dibawa Umno menjadi punca yuran pengajian yang tinggi dan membebankan pelajar.
Salah sebuah institusi utama yang dimiliki Kerajaan Selangor adalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
Pada tahun 2007, sebuah syarikat bernama Redha Resources Sdn Bhd (RRSB) telah dianugerahkan kontrak untuk membina asrama dan pusat pelajar bagi menampung keperluan 6,000 pelajar KUIS. Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Selangor pimpinan Dato’ Seri Khir Toyo menetapkan bahawa RRSB akan diberikan konsesi untuk membina dan menyewakan kembali kemudahan itu selama 33 tahun kepada KUIS.
RRSB ialah sebuah syarikat yang dikuasai oleh Sulaiman Abdul Razak, seorang pemimpin Umno Selangor yang juga ADUN Permatang. Beliau memiliki saham sebanyak 7,200,000 saham bersamaan 51% pegangan di dalam RRSB, sementara isteri beliau, Jamaliah Kamarudin pula memiliki 800,000 saham bersamaan 6% pegangan. Baki 43% pegangan dimiliki oleh Bina Puri Holdings Bhd iaitu syarikat sub-kontraktor yang menjalankan sepenuhnya operasi pembinaan dan penyenggaraan asrama.
(Sila lihat carian syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang dilampirkan sebagai bukti pegangan saham)
RRSB disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor di bawah Umno. Malah, Dato’ Seri Khir Toyo menjadi saksi pemeteraian perjanjian pinjaman sebanyak RM125.8 juta di antara RRSB dan bank-bank pembiaya pada 3 Ogos 2007 untuk membiayai pembinaan asrama pelajar KUIS ini.
(Sila lihat keratan akhbar BERNAMA bertarikh 3 Ogos 2007 yang dilampirkan)
Kontrak pembinaan ini kemudiannya diberikan kepada Bina Puri Holdings Bhd dengan RRSB hanyalah menjadi orang tengah. Dalam Laporan Tahunan 2006, Bina Puri Holdings Bhd melaporkan telah mendapat kontrak berjumlah RM96.1 juta untuk membina asrama dan pusat pelajar, yang dianugerahkan oleh RRSB.
(Sila lihat Laporan Tahunan 2006 BPHB, muka surat 15 yang dilampirkan)
Malangnya, dengan kos hanya sebanyak RM96.1 juta, RRSB yang dimiliki ADUN Permatang ini telah dianugerahkan konsesi asrama pelajar KUIS oleh kerajaan Umno di bawah pimpinan Dato’ Seri Khir Toyo selama 33 tahun pada kadar tahunan RM15.4 juta setahun. Maka, bagi sepanjang tempoh 33 tahun, RRSB milik ADUN Permatang akan mendapat durian runtuh sebanyak RM508 juta walaupun kesemua urusan hanyalah “atas angin” dan kosnya sekadar berjumlah RM97 juta sahaja iaitu keuntungan 524%.
(Sila rujuk Penyata Pendapatan MAIS dari Laporan Tahun 2010, “Kos Jualan: Sewa Asrama” berjumlah RM15.4 juta setahun yang dilampirkan)
Konsesi sewa asrama yang mahal dan berat sebelah ini membebankan pengurusan KUIS. Anggaran kadar sewa yang dikira berpatutan adalah lebih separuh dari kadar sekarang, iaitu sebanyak RM6 juta setahun.
Oleh kerana terikat dengan konsesi sewa asrama yang berat sebelah dan dimeterai semata-mata untuk menguntungkan pimpinan Umno, maka sehingga kini KUIS tidak dapat menurunkan yuran apatah lagi menanggung yuran secara percuma.
Pada prinsipnya juga, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat tidak wajar menanggung yuran selagi konsesi berat sebelah berbau penyelewengan dan rasuah ini tidak ditamatkan serta merta. Jika yuran ditanggung, ia bermakna mengkayakan lagi pemimpin Umno yang sudah jelas bermewah atas kesengsaraan rakyat.
Oleh itu, saya mencabar supaya pimpinan Umno mengarahkan YB Sulaiman Abdul Razak menarik diri dari konsesi itu dengan sukarela agar kadar sewa asrama lebih adil dan tidak menindas pelajar di KUIS, sebelum pimpinan Umno ghairah menuding jari mendesak kerajaan Selangor melaksanakan pendidikan percuma.
Seperti yang ditegaskan KEADILAN, jika rasuah dan penyelewengan dibanteras, kerajaan mempunyai dana yang mencukupi untuk menyediakan pendidikan percuma.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
2 MEI 2012
hehehe semua uni kat malaysia dah jadi cerdik bukannya bodoh.
BalasPadamuitm lagi laa cerdik sebab bagi syarikat luar pegang hak logo uitm. kalau nak buat apa2 merchandise yg ada logo musti melalui syarikat tu. kepala bana apa!! budak nak buat baju kelab pun mesti melaui syarikat tu.. oh!! lupa!! bebudak uitm semua dah bonsai jadi takde masalah :)
Perghh, ini betul2 untung atas angin.
BalasPadamPemalas tahap cipan nyer Sulaiman Abdul Razak. Otak udang, malas kerja, tapi dpt duit berjuta2 dari pemerasan wang rakyat.
Kalau nak berniaga, berniaga betul2 lah, dgn tulang empat kerat. Jgn dok meniaga atas angin. Freeloader tahap cipan.
Ingat, kemajuan berasaskan persaingan sihat dan jaminan keselamatan sosial yang baik, bukan jadi orang tengah freeloader, meniaga tak reti, untung juta-juta dengan peras duit rakyat. Rakyat bawahan still hidup susah!!
Cipan berotak udang tol Si pemilik RRSB ni.
Rumah Sulaiman Abdul Razak ini di No 17 jalan Tangguk Seksyen 19 shah alam. Banyak kereta mewah di depan rumah teres 2 tingkat ini.
BalasPadamMemang hebahkan berita ini agar pelajar KUIS sedar apa isu sebenar kenapa wajib duduk asrama. Dan sapa lagi kroni UMNO terlibat dalam menghisap darah orang Melayu di Selangor ini.
Pelajar KUIS boleh buat demonstrasi terus depan rumahnya. Tak payah pening2 cari rumahnya.
Lepas ni confirm laki bini tidur hoel atau rumah lain pulak di kampung.
Kalau tak jumpa boleh tanya dgn Yusof Haslam. Dia mesti tahu.
Apa susah? Suruh SPRM.
BalasPadamSorry, susah la tu
hahahhaa....kes kecik jer tu...
BalasPadamkes utk kayakan melayu jer...
melayu kapitalis!!!!
lepas dia, dia lagi, dia lagi...
memang sadis betul!!!
hahahahaha.....
lemang dah panas bontot tuuuu!!! apa hal rafizi nih??? hahahahaha
bongkar bongkar bongkar!
BalasPadamlawan tetap lawan!
abu!
-average joe-
klakka-la.blogspot: DON'T HAVE A COW = TAKDE LEMBU?
kah kah kah...
BalasPadamini adalah jawapan terbaik untuk tanpa nama peminjam ptptn yang kemudiannya bertukar kepada biasiswa petronas...
kah kah kah...
bukankah kiter sudah cakap, yuran asrama, makan minum ketika belajar, adalah penting untuk diberikan percuma sepanjang pengajian.
kah kah kah...
Keperluan hak asasi perlu dibezakan dengan utiliti. Kalau hak asasi dan utiliti tidak reti dibezakan, soalan aku "BAGAIMANA KAU BOLEH DAPAT BIASISWA PETRONAS NI?"
kah kah kah...
umnoputra menyamun, merompak & menipu orang2 melayu atas nama naik taraf ekonomi orang2 melayu. orang2 melayu telah dimeLAYUkan oleh umnoputra dari dulu, kini, & selamanya. jgn salahkan kaum2 lain bila ekonomi orang meLAYU tak berkembang. ini bukan kuis saja, malah belambak lagi yg dibuat melalui modus operandi yg sama....contoh ipp, konsesi lebuhraya, pkfz. jadi, siapakah umnoputra ni...mereka ialah pemimpin2 umno, pemimpin2 mca, pemimpin mic, pemimpin2 parti komponen bn & kroni2nya. (ahli2 mereka hanya masok angin keluar asap). bila orang2 melayu nak cerdik....kasihan...kasihan
BalasPadamambik gambar rumah kereta dan.muka dia. kami nak tengok. pelajaran agama pun nak seleweng. binawe. tahan byaran dia. biar kereta kena jual. padan muka dia.
BalasPadam