Selasa, 15 Mei 2012
LAGI LEMBU SHAHRIZAT - SHAHRIZAT LEMBU
INI BUKAN KIJANG INI LEMBU
TINDAKAN NFC MEMBURU RAKYAT YANG DISYAKI MENJADI ‘WHISTLEBLOWER’ MEMALUKAN
Saya kesal dengan tindakan NFC dan Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail yang terus menerus memburu rakyat yang tidak bersalah untuk dikenakan hukuman berat kerana disyaki membantu pendedahan segala penyelewengan yang berlaku di NFC.
Terbaru, beliau secara bertubi-tubi membuat aduan dan memberi tekanan kepada Public Bank dan Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap Encik Johari Mohamad yang dituduhnya membocorkan maklumat pembelian harta mewah di KL Eco City kepada saya.
Akibat tekanan ini, tindakan telah diambil oleh Public Bank dan Bank Negara Malaysia terhadap Encik Johari Mohamad. Beliau yang sudah tidak tahan dengan tekanan dan tindakan selama sebulan akhirnya membuat keputusan meletakkan jawatan dari Public Bank setelah berkhidmat berbelas tahun.
Tidak cukup dengan merosakkan periuk nasi rakyat yang tidak berdosa, Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail dan NFC terus memburu dengan mengenakan tekanan kepada Bank Negara pula. Hari ini, Encik Johari Mohamad akan disiasat dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun.
Tindakan yang bersifat dendam kesumat ini sudah tentu dibincangkan dan mendapat restu Dato’ Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno. Sebelum ini, apabila ditanya apa tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang mendedahkan penyelewengan NFC, Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail sendiri mengatakan bahawa beliau akan berbincang dengan keluarga.
Tindakan dendam kesumat ini juga bertentangan dengan kenyataan Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail bahawa beliau tidak berdendam dengan sesiapa kecuali saya dan beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap sesiapa pun kecuali saya.
Jelasnya, beliau sedang berusaha untuk mengenakan tindakan terhadap semua yang beliau syaki membantu mendedahkan penyelewengan dan kekayaan peribadi keluarga beliau.
Beliau tidak sedar bahawa tindakan dendam kesumat itu memberi imej yang buruk terhadap Umno. Ahli Umno sendiri menolak penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, maka sudah tentu mereka pun muak dengan sikap penting diri keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang akan terus mengheret Umno ke dalam skandal NFC yang tiada penghujungnya.
KEADILAN akan membantu sepenuhnya Encik Johari dari aspek bantuan guaman dan berusaha mendapatkan kerja baru supaya beliau tidak terus dimangsakan oleh dendam kesumat keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.
Saya mendesak Bank Negara Malaysia supaya tidak tunduk kepada tekanan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya. Sungguh malang apabila semua institusi negara – dari PDRM, SPRM dan kini BNM – diheret oleh beliau semata-mata untuk menutup penyelewengan yang telah berlaku.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
14 MEI 2012
BUKAN KELUARGA BABI TAPI LEMBU
KENYATAAN ENCIK JOHARI MOHAMAD
Saya, Johari Mohamad, adalah seorang kakitangan Public Bank yang bertugas di cawangan Jinjang.
Pada 24 April 2012, saya menerima sepucuk surat dari majikan saya menyatakan saya didakwa melanggar tatacara dan disiplin tempat kerja berikutan satu aduan yang dibuat oleh Dato’ Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Aduan itu juga menuduh saya melanggar peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 yang boleh disabitkan hukuman berat.
Saya telah melalui proses perbicaraan disiplin (domestic inquiry) di Public Bank. Akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja. Saya telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan ekoran aduan yang dibuat oleh Dato’ Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Hari ini pula, saya telah diarahkan untuk melaporkan diri bagi tujuan siasatan di bawah Akta BAFIA di Bank Negara jam 2 petang nanti. Saya kini disiasat pula oleh Bank Negara Malaysia di bawah BAFIA yang boleh membawa hukuman berat.
JOHARI MOHAMAD
PUBLIC BANK, CAWANGAN JINJANG
14 MEI 2012
hanya radio bangsar utama berani lawan lembu:
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
oooooooiiiiiiiii rafizi next time,jangan terlalu gairah sangat mengahbiskan peluru...
BalasPadamKalau dah camni...jangan harap orang mahu jadi sumber maklumat.
tunggu pa lagi boikot public...hisham..lancarkan boikot public bank..
BalasPadamKita bantu En Johari..
BalasPadamPukimak punya KDD. Aku rasa kerabat sultan, dymm pung takde perangai mcm mamak nie.
BalasPadamKalu pukimak nie jadi sultan penang, mampos org kat sana. Nampak sgt orang UMNGOK lagi kebal dari raja-raja melayu. Memang hebat keturunan DKK nie.
Encik johari.ramai bersama anda.
BalasPadammemang cibai dan lancau seluruh keturunan lembu itu...
BalasPadamHUKUMLAH yang SALAH OI UMNO PUNDEK!
Whistleblower itu adalah HERO la Bangang punye UMNO PUNDEK OI!!!
Pukimak la orang-orang UMNO ni!
Salute untuk yg berani. kalau Encik Johari perlukan apa2 bantuan sila maklumkan.
BalasPadamKami graduan bersih 3.0 sedia berganding bahu hulurkan bantuan.
Hidup rakyat!!