Rabu, 9 Mei 2012
PENEROKA FELDA KENA TIPU OLEH MAT MONGOL
DUSUN DURIAN AKAN TERGADAI
PENEROKA FELDA BERHAK MENDAPAT RM50,000 SATU KELUARGA, BUKANNYA RM15,000
Pengumuman yang dibuat Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.
KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.
Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.
Ini berikutan urusniaga berikut:
1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru
2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru
3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65
4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion
5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion
Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.
Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Dato’ Seri Najib Tun Razak harus berterusdana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari adalah RM1.689 bilion.
Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.
Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:
1. Dato’ Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh FELDA kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. KEADILAN mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan
2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.
Ini bukanlah kali pertama Dato’ Seri Najib Tun Razak berpura-pura mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
WONG CHEN
PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN DAN INDUSTRI
8 MEI 2012
layari radio bangsar utama sekarang:
ye ke? Blah la lu anjing Anwar Ibrahim! Jeles la tu tak dapat RM15K
BalasPadambila PR ambik alih putrajaya, RAFIZI wajib jadi menteri kewangan.
BalasPadamIngat filem "Ali Baba Bujang Lapok"
BalasPadamSatu untuk kamu satu untuk saya .....dua untuk kamu dua untuk saya ...
hek. hek. hek.. satu untuk kamu ... satu juta untuk saya !!!!
kah . kah kah...
Di harap mana-mana anak peneroka yang ada degree dalam ekonomi b0leh buat kajian menyeluruh projek Najib ini. Kalau nak maklumat lebih tanya pakar ekonomi sebenar, bukan Professor Kangkung.
Untung durian emas siapa yang banyak dapat?
chanteekk. org pelda keja mcm babi nak bg output 1.7 bilion. najib ambik duit tu kata dia punya, bg balik kat org pelda. bodo 4 keturunan, asyik kena tipu
BalasPadamJangan jd bumi dipijak milik orang....kpd anak2 felda yg blajar tinggi cuba check dulu apa yg Hj.Najib buat ni...
BalasPadamLps ni tanah felda trgadai..lu org merempat la...15 ribu sekelip mata je...habiss...lu org kena jual...kita org tak sudi nk beli....bleh blahh..
BalasPadamHEKelllahhh, 15riban tu gaji aku sebulan jerrr, ingat besar sangat duit 15ribu, sekali melancong kat ostolia untuk 1minggu pon dah abis DUIT 15 RIBU ITU. Renovate rumah pon dapat 70kaki persegi jer dgn DUIT 15RIBU ITU (harga renovation 1kaki persegi 200hengget). kalau diukur ponn tak sampai 2inci tinggi DUIT 15 RIBU ITU (note $50). Bangganya org felda dpt DUIT 15RIBU ITU (jenis org tak pernah tengok duit 15RIBU ITU).
BalasPadampesanan buat org felda, jaga2 DUIT 15 RIBU ITU, takut2 kena rompak pulakk DUIT YG HANYA 15RIBU ITU...
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10168-dari-mana-felda-ambil-wang-bayar-durian-runtuh
BalasPadamsenang nya nak menipu....
BalasPadamsapu habis sebelum PRU 13....
Kah! Kah! Kah! Bagus le! semuanya tergadai untuk 15 ribu sahaja! Kah! Kah! Kah!
BalasPadamDari permerhatian saya... Isu 15k kepada peneroka felda nih hanya lah untuk mengalih pandangan rakyat terutamanya org2 melayu dan jugak ahli pembangkang dari terus bercakap tentang isu bersih dan juga isu kapal selam di France.
BalasPadamCuba kita lihat balik tentang isu 15k ini. Ia terbahagi kepada 3 fasa.. fasa pertama 5k untuk peneroka, lepas tuh fasa kedua kepada isteri dan fasa ketiga kepada anak. Dalam fasa tersebut yang pasti dapat hanya 5k, sebab nak cepat2 tutup mulut semua org, utk fasa kedua.. belom pasti bila sebab Najib sendiri pon tak sebut bila tarikh untuk fasa kedua dan yang paling sengsara dan tinggal janji kosong adalah fasa ketiga iaitu anak2 peneroka felda.
Kenapa saya kata begitu, sebab pilihanraya dah tak lama lagi, dan sekiranya BN tumbang maka para2 mak cik felda dan anak2 peneroka hanya dapat janji kosong saja.
Dan secara logiknya kalau kita fikir, untuk anak2 peneroka dapat 5k.. jumlah 5k ribu tuh untuk seorang atau 5k terpaksa dibahagi2 kepada beberapa orang anak peneroka dalam keluarga tersebut. Dibuatnya anak peneroka ada 10 orang, jawabnya seorang dapat 500 jer lah dan setahu saya para peneroka selalunya mempunyai keluarga yg besar, anak sekurang2nya 6 orang.
So bagi saya ini gimmik terakhir BN untuk menawan dan membeli hati rakyat sebelom pilihanraya kali ini.
Celik lah wahai warga peneroka!
Jika warga FELDA terus terusan bangga dapat habuan RM5ribu tiga kali bayar...biarkan la mereka rela diperbodohkan dan terus terusan diperbodohkan jadi bangang sbb kemaruk duit punya pasal...
BalasPadamaku nak bgtau yg Ahmad Maslan UMNO pernah bagi komen dalam rancangan Dalam Radar/Kerusi Panas dlm Bernama Radio 24 93.9FM (start 6.30pm tarikh aku lupa) beritahu yg warga Felda akan dapat durian runtuh lumayan dekat2 RM100ribu 3 kali bayar jika mereka bersetuju dgn FGVH, beliau juga bgtahu saham FGVH juga akan dimiliki bukan bumiputera bukan Melayu dalam kadar bawah 50% kadar yg kerajaan kawal konon2nya...maknanya Lim Guan Eng boleh memiliki saham FGVH dan takeover usahakan tanah Felda buat industri (tanah bukan tanah rumah+ladang milik peneroka FELDA skrg katanya)...Maslan kata FGVH will unlock the value & potential of FELDA...
last2 tgk2 Najib kata RM5ribu bayar 3kali....mmg betul la Rafizi PKR kata warga FELDA diperbodohkan...patut dapat dekat2 100ribu tapi akhirnya dpt RM15ribu....sekali dpt 5ribu belanja boros habis...lama tunggu dpt 5ribu habis boros dibelanja....camtu ke kerajaan nak bantu golongan ni keluar dari belenggu kemiskinan?...
biarkan jer la warga FELDA bodoh sombong xboleh ditegur akibat kemaruk duit xseberapa tu...mari kita tgk apa jadi kat warga FELDA dan mari kita gelakkan jer la....padan muka...