Sabtu, 9 Jun 2012
FLIP FLOP - KLUK KLAG DASAR NAJIB
JAMINAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI BAHAWA PELAJAR TIDAK AKAN DIMANGSAKAN LAGI
Saya mengalu-alukan pengumuman Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor berhubung penubuhan dana RM30 juta untuk membantu pelajar-pelajar Unisel yang terkesan dengan pembekuan pinjaman PTPTN.
Iltizam Kerajaan Pakatan Rakyat untuk melakukan yang termampu bagi memastikan kebajikan pelajar tidak terjejas adalah sangat bertentangan dengan sikap tiga orang Menteri Umno iaitu Muhyiddin Yassin, Khaled Nordin dan Noh Omar yang gembira dengan kesusahan pelajar demi permainan politik mereka.
Kemarahan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat – dari Pakatan Rakyat, kumpulan mahasiswa, orang kebanyakan hinggalah pimpinan Barisan Nasional sendiri – akhirnya memaksa Khaled Nordin dan PTPTN menghentikan tindakan memangsakan pelajar Unisel itu.
Kenyataan tidak rasmi bahawa PTPTN telah membatalkan arahan pembekuan pinjaman kepada pelajar Unisel disambut dengan perasaan lega.
Pun begitu, suka saya mengingatkan Khaled Nordin supaya jangan sekali-kali cuba memperjudikan masa depan dan kebajikan pelajar demi kepentingan politik Umno. Sebagai orang yang bertanggungjawab mengarahkan pembekuan pinjaman PTPTN, beliau wajar memberi jaminan bahawa PTPTN tidak akan membekukan pembiayaan kepada mana-mana institusi atau pelajar yang layak menerimanya.
KEADILAN akan terus mendesak menteri terbabit mengeluarkan jaminan agar tindakan kebudakan-budakan oleh PTPTN di Unisel tidak akan berulang lagi.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
8 JUN 2012
layarilah sekarang:
dulu kata mansuhkan. Lepas itu tak nak mansuhkan.
BalasPadamjadi yang mana satu mau?
madu di tangan kiriku
racun ditangan kanan mu,
baik baik engkau ambik lah dari tangan mu!
senyum bro, biar nampak gigi tuh!