Sabtu, 16 Jun 2012

KALAU BERANI MENYERANG DATANG LAGI MALAM INI




NAK TENGOK BERANI TAK?





Salam Reformasi,

Malam ini siri Pidato Perdana Merdeka Rakyat muncul lagi. Kali ini merupakan siri Merdeka Rakyat yang ke-8 dan kembali menjengah semula ke negeri umno paling kuat di dunia iaitu di Johor. Lebih menarik, siri Merdeka Rakyat kali ini berlangsung di parlimen Sembrong iaitu kawasan parlimen milik Menteri Dalam Negeri.

Lokasi Pidato Perdana Merdeka Rakyat siri Sembrong bertempat di perkarangan Pejabat PKR Sembrong, Batu 4, Jalan Mersing-Kluang.

Beberapa bulan yang lalu, kedatangan Anwar Ibrahim ke Sembrong telah disambut oleh keganasan Umno di bawah pimpinan Hishammuddin Hussein yang menyaksikan kerosakkan besar ke atas kenderaan yang dinaiki DSAI termasuklah kemek pada 'body' dan cermin turut dipecahkan. Namun DSAI bertegas betapa beliau tetap LAWAN walaupun telah melalui bermacam dugaan termasuklah dirinya dipukul separuh mati, apalah yang hendak dibanding jika setakat kenderaannya sahaja yang 'dipukul'.

Dengan ancaman Umno yang paranoid dengan kemaraan Pakatan Rakyat di Johor, pasukan sekretariat Merdeka Rakyat tidak berganjak untuk satu lagi siri yang akan berlangsung di Sembrong. Namun kali ini dengan kekuatan yang cukup untuk menepis segala gangguan yang mungkin berlaku, kami bersedia.

Merdeka Rakyat siri Pasir Gudang sebagai contoh di mana semua sekutu bersedia menghadapi kemungkinan diserang gerombolan Umno, tetapi tidak berlaku sebarang kekacauan walaupun Pasir Gudang kebiasaannya bertukar menjadi zon perang jika Pakatan Rakyat masuk membuat ceramah penerangan. Tahniah kepada Pasir Gudang kerna meletakkan demokrasi mendahului arahan-arahan jahat supaya Pidato Merdeka Rakyat diganggu dan dihentikan. Samada persediaan yang rapi menjadi faktor ataupun tidak, apa yang penting ialah program berjalan lancar hingga ke penghujung di mana DSAI sempat bersalaman mesra dengan semua pengunjung yang rata-ratanya pertama kali melihat Anwar Ibrahim dari dekat.

Malam ini giliran Sembrong dan Kluang untuk menjadi saksi satu pesta Merdeka Rakyat yang setiap kali berlangsung meriah. Pidato Anwar Ibrahim yang lengkap dengan media pandang dengar menjadi kemuncak selain ceramah oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat. Hero mahasiswa, Adam Adli juga akan buat kemunculan pertamanya dalam siri Merdeka Rakyat.

Istimewa buat warga Sembrong/Kluang, DVD Merdeka Rakyat BERSIH akan ditayangkan di layar utama bermula jam 8.30 malam. Dokumentari ringkas terbitan SAMM berdurasi 49 minit ini akan disiarkan sehingga program bermula dan akan dijual kepada sesiapa yang ingin memilikinya, dan cetak rompak dihalalkan demi untuk memastikan maklumat disebar secara maksimum.

Pidato Perdana Merdeka Rakyat siri Sembrong juga akan turut disiarkan secara LIVE ke seluruh dunia dikeudarakan oleh Pasukan Propaganda SAMM. Pasukan propaganda SAMM beberapa kali dalam terma percubaan dan kali ini siaran langsung yang dibawakan pasti sangat positif dengan beberapa skill dan kelengkapan terbaru. Siaran langsung boleh diikuti dari pautan berikut (pautan yang sama dalam siri sebelumnya);

http://www.ustream.tv/channel/merdeka-rakyat

Jika bernasib baik, para penonton dari seluruh dunia akan berpeluang melihat gangguan 'regim di hujung usia' dalam usaha menutup saki-baki ruang demokrasi, melalui siaran ini secara LIVE. Kepada kumpulan yang berniat untuk mengganggu (dengan sedikit upah RM30), sila batalkan niat anda atau kelaku anda akan ditonton secara langsung dan dirakam dalam muzium Umno selepas PRU13.

Ayuh warga Sembrong, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Segamat, Ayer Hitam dan kawasan sewaktu dengannya!! Ayuh raikan pesta kita demi merealisasikan kemerdekaan sebenar - Kemerdekaan Rakyat. Tanpa mengira apa jua warna kulit dan juga warna kepartian, raikan bersama demokrasi dan terapkan politik celik maklumat, semua dijemput hadir.

Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM


radio paling cool di asia tenggara:





2 ulasan:

  1. French philosopher Roger Garaudy dies
    Roger Garaudy (file picture) Garaudy was convicted of Holocaust denial in 1998

    Controversial French philosopher Roger Garaudy has died at the age of 98.

    An ex-member of the communist party, he converted to Islam in the 1980s. His 1996 book The Founding Myths of Israeli Politics denied that the killing of Jews by the Nazis constituted genocide.

    He was given a suspended jail sentence for Holocaust denial in 1998.

    During the war Garaudy joined the French Resistance and later wrote more than 50 books - mainly on political philosophy and Marxism.

    He was expelled from the French Communist Party in 1970 after criticising the Soviet invasion of Czechoslovakia.

    Born into a Catholic family, he initially converted to Protestantism before rejoining the Catholic Church and eventually embracing Islam.

    BalasPadam
  2. 30K or so who gather to support the monarch opulent bidding were more concern of suriving the demons than they were to fight despotism and corruption. these were but tribal malays in the 21st century. (roger gerudi)

    BalasPadam