Jumaat, 22 Jun 2012

SATU LAGI PENIPUAN YANG DI RANCANG




BALOK DEMO SABTU INI



KENYATAAN AKHBAR : Tuduhan RM 3 Bilion terhadap Anwar tidak berasas dan tiada bukti.

Saya merujuk kepada laporan NST 21 Jun 2012 berkenaan tuduhan palsu terhadap saudara Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki harta sebanyak RM 3 bilion. Akhbar tersebut turut melaporkan bahawa Anwar telah mengarahkan seorang bekas pengarah BPR untuk membuat Kenyataan Bersumpah supaya namanya dibersihkan. Jelas bahawa akhbar milik UMNO ini telah sekali lagi membuat dakwaan palsu dan memburukkan Anwar tanpa memberikan sebarang bukti yang kukuh.

Kenyataan bersumpah itu telah dibuat secara sukarela oleh bekas pengarah BPR iaitu Abdul Razak Idris pada 2009. Adalah tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab bagi NST untuk mendakwa bahawa Anwar pernah menyuruh Abdul Razak berbuat demikian pada 2009. Bahkan dalam laporannya pada 21 Jun yang lalu, NST mengakui bahawa tiada pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar kerana ketiadaan bukti yang membolehkan beliau didakwa. Akuan yang sama turut dilaporkan dalam muka depan NST yang bertarikh 12 Jun 2012.

Namun begitu, NST dan media UMNO lain secara tidak bertanggungjawab telah mengulangi dakwaan yang mengaitkan Anwar kepada perbuatan salah laku. Walaupun serangan ini telah berlangsung dalam media kepunyaan UMNO selama berminggu-minggu, tidak ada satu pun bukti yang boleh dipercayai telah dikemukakan untuk menyokong dakwaan bahawa Anwar memiliki RM 3 bilion.

Di bawah arahan dan galakan UMNO, Ketua Pembangkang ini telah dihadapkan dengan pertuduhan hanya berasaskan kepada khabar angin dan rekayasa dalam media milik UMNO. Kenyataan yang tidak berasas, mengelirukan dan tanpa bukti telah diberikan liputan muka depan dengan tajuk yang bersifat fitnah. Dakwaan ini kemudiannya diulangi dalam media elektronik yang dikawal oleh BN tanpa memberi peluang kepada Anwar untuk mempertahankan dirinya.

Oleh kerana mendapat perlindungan dan sumber yang banyak daripada kerajaan, media UMNO-BN terus menekan dan menyerang peribadi Anwar walaupun berdepan dengan dakwaan fitnah. Dalam masa yang sama adalah mustahil untuk memikirkan bahawa tindakan oleh media milik BN ini tidak mendapat restu peribadi daripada Perdana Menteri.

Kempen yang diinspirasikan oleh Najib ini belum pernah berlaku dalam sejarah negara dan bertujuan untuk mencalarkan imej dan membunuh peribadi ketua pembangkang. Kami menyeru Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak untuk menghentikan serangan peribadi yang tidak berasas yang sedang dilakukan oleh media milik BN ini, seterusnya berdepan secara langsung di televisyen dengan Ketua Pembangkang untuk berdebat tentang dasar dan isu nasional.

N SURENDRAN
TIMBALAN PRESIDEN
KEADILAN
21 JUN 2012


layari sekarang untuk punk rock:





3 ulasan:

  1. SATU ULASAN SAHAJA ARINI:
    POLITIK HAPRAK KEPIMPINAN DATUK NAJIB!
    BUBAR JE PARLIMEN SEKARANG.

    Nasihat Pakcik Lan

    BalasPadam
  2. Presiden parti Haramjadah berketuakan peribadi berharamjadah!

    BalasPadam
  3. kat parlimen semua beroook negara lemah lutut bila dicabar oleh anwar utk buktikan. Mereka suma tergolek dogg

    BalasPadam