Rabu, 27 Jun 2012
SATU LAGI PROGRAM MELAWAN
GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI)
PROTES ANTI ISA DIHADAPAN PARLIMEN
HENTIKAN PENYEKSAAN, BEBASKAN TAHANAN ISA
28 JUN 2012 (KHAMIS)
11.00 PAGI
DEPAN PINTU UTAMA, PARLIMEN
SEMUA AKTIVIS DAN MASYARAKAT AWAM DIJEMPUT BERSOLIDARITI
Dipukul dalam keadaan berbogel, dibelasah beramai-ramai, disebat menggunakan getah hos, seluruh badan dilumur dengan cili, dubur disumbat dengan cili kisar, dan direndam dalam bekas ais, inilah bentuk penderaan yang dialami oleh seorang tahanan ISA warga Iraq yang ditahan pada 2011. Beliau didera dan diseksa secara berterusan selama 60 hari pertama dalam tahanan ISA.
Sehingga hari ini, masih ada 45 orang tahanan ISA yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting. Pada 12 Mei 2012, terdapat 6 orang tahanan ISA melancarkan mogok lapar menuntut pembebasan segera. Setelah bertemu dengan pihak SUHAKAM, mereka setuju untuk berhenti daripada mogok lapar dengan syarat Kementerian Dalam Negeri memberi jawapan terhadap tuntutan mereka. Namun setelah hampir sebulan, belum ada sebarang perkembangan positif yang diberikan oleh pihak KDN. Oleh itu pada 21 jun 2012, dua orang tahanan telah memulakan kembali mogok lapar.
Oleh itu sebagai tanda solidariti dengan tahanan ISA, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan satu protes dan serahan memorandum menuntut pembebasan segera kesemua tahanan ISA kepada Menteri Dalam Negeri pada 28 Jun (Khamis), jam 11 pagi bertempat di Parlimen. Semua aktivis dan masyarakat awam dijemput untuk turut bersolidariti.
bila PR ambilalih putrajaya. gubal akta dan undang-undang baru..
BalasPadamjadikan "BODOH" sebagai satu jenayah!!
lepas tu dakwa zahid hamidi, anifah aman, zainudin maidin dan sekutu mereka.
mat monggol terlepas sebab dia tak bodoh, dia cuma TAKUBIN.