Isnin, 4 Jun 2012

SIAPA DIA MINAH CUN INI?





MINAH CUN DARI UGANDA






SIAPA DIA SI MINAH IRSHAD MANJI INI?

Satu ketika – agak lama juga – aku sedang melayari YouTube. Entah apa yang aku cari. Entah apa yang ingin aku layari. Aku yakin yang ingin aku cari pasti bukan laman porno. Kalau umur aku 16 tahun mungkin laman porno inilah yang akan menjadi teman hidup aku. Kadang-kadang aku merasa marah juga kenapa internet hanya wujud sesudah aku bosan dengan sex.

Mungkin pada malam itu aku sedang mencari dokumentari tentang ganja. Ini kerana aku pernah terbaca tentang kebaikan ganja untuk mengubati migraine. Sebagai pengidap migraine aku memang amat tertarik dengan berita sedemikian. Atau aku sedang mencari dokumentari tentang War on Terror – kempen baru dari kuasa imperial Amerika. Atau aku sedang mencari dokumentari yang bertajuk Forbidden Sex In Saudi Arabia atau dokumentari Jihad For Love.

Aku tidak teringat lagi apa yang sedang aku cari. Secara jujur aku katakan disini – secara tidak sengaja aku 'tersampai' kepada klip temubual seorang Minah. Loghatnya pekat telor Amerika. Mukanya cun dan kiut-miut. Minah ini seorang ahli akademik dari universiti tersohor di Amerika. Kulitnya sawo matang – ada iras-iras Melayu. Cuma hidungnya mancung kalau tidak Minah ini pasti akan dianggap Minah Melayu.

Nama Minah ini ialah Irshad Manji. Lahir di Uganda. Ayahnya berasal dari India dan ibunya dari Mesir. Pada awal tahun 70-an dahulu – dizaman Presiden Idi Amin Dada - telah berlaku kacau bilau dan huru hara politik di Uganda. Ramai pendatang asing dan kaum imigran telah dihalau dari Uganda. Maka keluarga Irshad telah melarikan diri ke Canada. Ketika berpindah Irshad baru berumur 4 tahun.

Sosok ini memang hebat. Dibentuk dari dua budaya tertua dalam tamadun dunia - Hindu dan Arab. Mendapat didikan agama Islam dan sekular di Vancouver, Canada. Pencapaian akademik Irshad cukup cemerlang. Semua maklumat ini aku dapati dari Lebai Google. Kalau salah Lebai Google maka salahlah aku.




Klip yang aku 'terserempak' dalam YouTube itu tidaklah menggemparkan. Si Irshad ini telah menulis sebuah buku bertajuk - 'The Trouble With Islam Today' atau dalam bahasa Melayunya – 'Masalah Islam Hari Ini'. Klip yang aku tonton ini ialah ucapan si Irshad ketika mempromosi buku ini.

Wow! - 'The Trouble with Islam Today' - pastilah satu tajuk buku yang menggemparkan. Dalam suasana kempen 'War On Terror', pastilah buku ini 'meletup'. Dalam strategi kuasa imperial Anglo-Amerika, musuh yang menjadi sasaran pada ketika ini ialah gerombolan fundamentalis Islam. Kalau dahulu yang diserang ialah Soviet Union dan China kerana negara ini menjalankan dasar ekonomi sosialis, hari ini Amerika mengajak kaum kerabatnya melihat Islam sebagai musuh.

Justeru, ketika Irshad mengiklankan buku ini pastilah buku ini akan terjual seperti larisnya pelampong terjual dalam kapal Titanic.

Tetapi dalam masa yang sama aku juga wajib jujur kerana aku belum lagi membaca buku ini. Jadi adalah tidak sopan - tidak bersifat intelektual - jika aku menulis tentang pekara yang aku belum baca. Buku ini dikatakan telah diharamkan dari menemui pembaca macam aku ini di Malaysia. Kenapa buku ini diharamkan wallahhu'alam – tidaklah aku tahu sebab musababnya.

Kemudian aku terlupa akan klip YouTube tentang Irshad Manji ini. Aku tidak pula berusaha untuk menyeludupkan buku 'The Problems With Islam Today'. Aku berpendapat tanpa buku si Irshad ini, aku sendiri telah mengetahui banyak masalah yang sedang dihadapi oleh penganut agama di Malaysia ini.

Mustahil aku tidak menyedari tentang kisah-kisah keluarga berebut-rebut mayat. Tentang kubur-kubur digali kembali untuk melihat sama ada si mati ini bersunat atau tidak. Tentang perebutan anak kerana si Ayah dari 'taniwalla' telah menjadi penganut yang soleh. Mustahil aku tidak mengetahui tentang Lina Joy. Malah aku juga tahu dan kenal kisah-kisah anak-anak muda yang dilamun cinta.

Tetapi cinta mereka terhalang kerana berlainan agama. Ada anak muda yang mengundurkan diri dari Malaysia kerana mahu berkahwin tetapi tidak mahu menukar agama. Ada anak muda yang lari dari Malaysia kerana ingin menukar agama.



Mustahil aku tidak menyedari tentang 'hukum sebat' yang dikenakan ke atas para penganut atas nama Islam. Mustahil aku tidak mengetahui bagaimana agama telah digunakan untuk menipu golongan miskin. Bagaimana agama telah digunakan untuk menghalalkan tanah orang kampung dirampas.

Bagaimana agama digunakan untuk menafikan hak warga dari ditipu dalam pilihan raya. Bagaimana salasilah budaya Melayu telah diroboh dan dirosak-punah atas nama agama.

Justeru, aku merasakan tidak perlu aku mencari buku yang telah diharamkan ini. Di hadapan mata aku ada bertaburan ayat-ayat yang belum disusun untuk dijadikan buku. Bertaburan naratif tentang kehidupan warga yang terseksa kerana agama. Bertaburan kisah absurd jika dipentaskan akan menandingi kerja teater Luigi Pirandello.

Tiba-tiba dua minggu lalu aku terbaca kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas yang ingin melarang kemasukan seorang hamba Allah ke Malaysia. Aku menyangka hamba Allah ini adalah warga Indon kerana namanya macam nama Melayu. Aku hairan dan ingin mengetahui apa pula kesilapan Mat Indon ini sehingga perlu dilarang untuk memasuki Malaysia.

Lalu aku bertanya dengan Lebai Google. Demi Zeus, aku terperanjat besar. Hamba Allah ini bukan lelaki dari Jawa. Rupa-rupanya hamba Allah ini tidak lain dan tidak bukan ialah hamba Allah yang pernah aku terlihat dalam YouTube dahulu. Irshad Manji sedang melakukan lawatan ke Indonesia. Dia juga sedang merancang untuk datang ke Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur dikatakan Si Minah ini akan mengadakan perbincangan terbuka di sebuah gedung ilmu. Aku juga difahamkan bahawa Irshad Manji ini akan melancarkan bukunya yang telah di Melayukan.

Mendengar gedung ilmu ini menjadikan aku terangsang. Aku ingin juga melihat dengan mata kepala aku sendiri muka cun si Irshad Manji ini. Kemudian berita kesampain Irshad Manji ini senyap. Aku tidak tahu apakah dia akan datang atau tidak. Apakah tuntutan dari Dewan Pemuda Pas itu telah ditunaikan.



Kemudian seorang kawan yang juga seorang penulis memberitahu bahawa perbincangan pencerahan universiti telah dibatalkan. Dua buah universiti telah membatalkan program pencerahan ini. Pelancaran buku terjemahan Irshad di sebuah kedai buku tersohor juga dibatalkan sama.

Untuk aku pembatalan sebagini bukan satu yang baru. Ketika aku membuat teater Tok Ampoo pada tahun 1999-2000 telah beberapa kali beralih tempat walau pun tiket telah terjual. Tekanan dari pihak berkuasa menjadikan tuan empunya dewan kecut lagi mecut.

Dalam masa yang sama aku terbaca dalam media tradisional tentang beberapa NGO Melayu Islam menuntut agar Irshad Manji tidak dibenarkan masuk ke Malaysia. Jika telah masuk, maka wajib dihalau keluar dan program Irshad Manji ini diharamkan.

Mengikut tuntutan NGO ini, pandangan Irshad Manji ini amat-amat berlawanan dengan Islam. Akhirnya aku diberitahu Dewan Perhimpunan China telah bersetuju menyewakan dewan untuk Irshad Manji melancarkan bukunya.

Petang itu aku menapak ke Dewan Perhimpuan China. Aku terlewat 10 minit. Ertinya aku tidak mendengar ayat-ayat suci awal yang telah dibaca oleh Irshad tentang perlunya kita merendah diri dan tidak angkuh kerana kita semuanya hamba Allah.

Untuk aku tidak ada apa-apa yang belum pernah aku dengar dan aku baca tentang Islam yang dikatakan oleh Irshad. Aku mengetahui bagaimana Baitul Hikmah didirikan di zaman Khalifah Harun al-Rashid dan anaknya al-Ma’mun. Ini di zaman kegemilangan pemerintahan Abbasid dikurun ke 9 hingga ke-13. Baitul Hikmah atau Gedung Ilmu ini menjadi sarang pemikir yang membawa ahli falsafah, guru dan murid dari Timur dan Barat. Kota Baghdad menjadi kota ilmu dimana segala buku yang boleh ditemui di zaman itu akan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Ketika kota Baghdad bersinar sebagai kota ilmu, Eropah masih lagi dalam Zaman Gelap - Dark Ages. Ingin aku merakamkan disini bahawa semua buku-buku falsafah Greek kuno - tulisan Aristotle, Plato, Xenophanes, Phthagoras, Epicurus - semuanya diterjemahkan untuk keilmuan pemikir Arab dan kaum kerabat di Baitul Hikmah.

Wajib juga aku rakamkan disini bahawa Al-Farabi ahli falsafah tersohor itu juga dinobatkan sebagai Aristotle Kedua. Peranan Al-Farabi dan ahli-ahli falsafah Arab merungkai falsafah Greek kuno seperti Aristotle, Socrates dan Plato hingga terbuka pintu Pencerahah/Renaissance di Eropah. Berakhirnya Zaman Gelap di Eropah adalah hasil pemikiran falsafah Arab.




Aku menulis tentang Pencerahan dan falsafah Greek ini kerana aku amat yakin bahawa perbincangan terbuka - berpandukan ilmu dan falsafah adalah jalan terbaik. Kita semua membaca berita pembuangan bayi setiap bulan. Kita juga membaca hukum hakam yang dikeluarkan seolah-olah mereka yang membuat hukum hakam ini 'sedang online dengan Yang Maha Esa'. Kita juga dihadapkan dengan pelbagai fatwa dan fatwi.

Pada hemat aku, menutup dari membincangkan perkara-perkara ini kerana mereka yang ingin berbicara tanpa tauliah atau tidak tahu berbahasa Arab tidak lagi dapat diterima pada zaman internet ini. Ilmu pengetahuan kini bertaburan dan bersepah-sepah. Dimana sahaja boleh ditemui.

Buku Irshad yang diharamkan itu boleh dimuat turun dari laman rasmi Irshad Manji. Menahan anak-anak muda kita dari mengetahui tentang seks dan hubungan seksual dalam zaman internet ini samalah seperti menahan matahari muncul dari sebelah Timur. Kepelbagian pandangan wajib dihamparkan, dibincangkan dan dirungkai. Yang baik diterima dan yang tidak sesuai ditolak.

Inilah satu perkara yang aku rasa sebagai kunci dan isi kandungan ceramah Irshad Manji di Dewan China pada petang itu. Umat Islam - menurut Irshad Manji wajib menerima kepelbagian. Kepelbagaian yang wujud dalam dunia ini adalah juga rahmat dari Allah. Kepelbagian ini wajib dirayakan bersama.



Petang itu Irshad tidak 'berkhutbah' panjang. Selesai berceramah ada sesi soal jawab. Sesi soal jawab ini menjadi menarik kerana ini berkait dengan buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' yang juga dilancarkan sama.

Untuk aku si Irshad Manji menjadi kontrovesi kerana dia secara terbuka telah jatuh cinta dengan wanita. Cinta sajenis ini menjadi perbincangan hebat. Keberahian perempuan terhadap perempuan ini dikatakan oleh satengah alim ulamak sebagai unsur yang menghuru-harakan Islam.

Akhirnya disini aku ingin merakamkan tentang Abu Nawas penyair dizaman Khalifah Harun Al-Rashid - dizaman kegemilangan ilmuan di Baghdad. Abu Nawas atau Abu-Nuwas al-Hasan ben Hani al-Hakimi (756-814) - adalah juga seorang lelaki yang telah jatuh cinta dengan lelaki. Abu Nawas menulis puisi khamriyyat – merayakan air anggur - genre puisi yang mempengaruhi Omar Khayyam dan Hafiz. Abu Nawas juga membawa syair bergenre mujuniyyat - humour erotik - tentang lelaki jatuh cinta dengan lelaki. Hingga ke hari ini singgahlah ke bumi Arab pasti akan kedengaran puisi-puis ini. Qasidah Abu Nawas terus didendangkan untuk dirayakan hingga ke hari ini.

Di zaman pemerentahan Khalifah al-Amin - putera Harun al-Rashid , Abu Nawas duduk setaraf bersama para Iman, Kadzi dan ahli falsafah untuk membincangkan keilmuan dan garis tamadun manusia. Keberahian Abu Nawas terhadap lelali tidak menggugat perkembangan keilmuan Baitul Hikmah.(TT)


layari radio bangsar utama untuk punk rock:





28 ulasan:

  1. salam.

    hshamudin asyik highlightkan the dark side of islam. the bright side of Islam dia tak minat nak hightkan. kalau sebutpun, yg berkaitan dgn eropah. yg eropah suka pasal Islam, itulah je yg disebut2 oleh hisham ni.

    hisham hanya terima Islam yg ikut selera dia. walaupun peranan Islam bersepah2 depan mata dia yg memperjuangkan keadilan, dia sebut lain. dia sebut pemuda. dia sebut pemuda pas. dia sebut unit amal. dia tak sebutpun yg org2 yg dtg mempertahankan bersih 1 2 3 adalah org2 yg beriman dan komited dgn Islam.

    bila dgn irsyad manji, hisham sibuk pasal adab ilmu. bila dia bedal Islam, dia tak pulak menghormati adab ilmu.

    berubahlah hisham!

    salawat

    BalasPadam
  2. ADA ALLAH KESAH?
    ape kite ingat kite ni hebat dari ALLAH?
    ape kite ingat xde kite ALLAH tu lemah?
    ape kite ingat ALLAH perlukn kite?
    ape kite ingat ALLAH wujudkn kite utk sebok hal2 ni?
    persetanlah dgn ilmu yg skit tu...
    azazil lg alim... lg waraq..
    sudahnye laknat juge jdnye...
    kite semue ni perasan je...

    BalasPadam
  3. salam bang isyam,

    saya mengghormati abang n idea2 fresh abg. saya menyokong idea2 reformasi negara ini yg abg luahkan n saya senang mendengar ceramah2 abg. tapi saya minta satu perkara saja dari abg, biarlah adil dgn hak org islam yang cintakan agamanya. islam adalah agama yg diturunkan Allah swt untuk memperbaiki keadaan manusia yg jahil n mengajarkan mereka ilmu utk hidup.namun kerana nafsu sesetengah manusia, mereka sesat hingga akhirnya kota sadum ditunggang terbalikkan kerana kota itu dipenuhi gay n lesbian. mustahil ketika itu tiada org yg berjuang supaya hak cinta sesama jenis ini dibenarkan dan memaki hamun nabi yg melarang perbuatan itu. pasti sudah ada. oleh itu, salahkah umat islam yg cintakan agama ini menghalang kemasukkan irshad manji kerana tidak mahu pengaruh org ini menjadikan malaysia kota sadum kedua? abg, saya hormati abg, ramai lagi org islam yg adil n cintakan keadilan n benci diperbodohkan umno/bn. saya setuju agama telah dipergunakan oleh umno/bn utk membodohkan melayu tapi saya tidak mahu melihat irshad manji dibela kerana idea2 yg dikatakan segar itu sedangkan di belakangnya adalah penghinaan kpd ajaran nabi muhammad saw n al quran.jadi, biarlah abg adil kpd kami biar apapun pegangan abg terhadap tuhan. boleh ye abg? ikhlas saya berharap. fokus kita ialah utk menuju ke arah dunia yg lebih baik bersama-sama..tk

    BalasPadam
  4. wa rekemen lu layan video2 ni dalam youtube.wa da berpuluh kali khatam semua siri video2 ni...layan beb..!!!
    1)the arrivals
    2)the rings of power
    3)the divine book
    4)solomon's temple..

    dari sini wa dapat pencerahan sket apa yang sedang berlaku dalam dunia skg..dari sini jugak wa da x percaya dengan demokrasi..xkira la demokrasi parlimen ke..demokrasi terpimpin ke..demokrasi bersih ke..pilihanraya ke..kebebasan bersuara ke..atau apa jua istilah yang diguna pakai politik moden sekarang..ini semua permainan zion yang skg sudah berjaya menakluk dunia melalui gerakan freemason..zion percaya bahawa hanya bangsa mereka manusia manakala bangsa2 lain didunia setaraf binatang..bangsa2 lain didunia hanya hidup utk menjadi hamba kepada mereka,sedar atau ttidak realiti ini sudah lama berlaku..apa tidakya..kita hdup dalam sisitem yang dibina oleh pihak mereka..politik,ekonomi,seni,pendidikan,semua nya kita ambil dari sistem mereka..
    sekarang ini wa nak buat pengumuman sket..wa PERCAYA pru13 nanti kalau pr menang dan bn kalah..goloongan zion tetap bertepuk tangan tersenyum lebar dengan kemenangan ini..begitu juga kalau bn menang dan pr kalah..golongan zion tetap bertepuk tangan tersenyum lebar..so skg siapa yang bodoh..???
    ayuh kembalilah kepada islam..islam adalh addin..islam adalh syumul..dimana kesyumulan islam..dimana addin islam jika umatnya terpaksa bergantung kepada sistem demokrasi untuk bangkit..jka ini berlaku seakan2 islam itu tidak sempurna kerana terpaksa bergantung dengan sistem demokrasi ciptaan manusia..kita di tanah melayu sudah lama diperbodohkan dengan penjajah yang datang utk menjajah yang datang menanam ideologi demokrasi..selagi demokrasi rule the world selagi tu dunia tidak akan aman..!!!
    dalam hadis nabi pun ada menyebut..sebelum kiamat dunia akam mengalami 5 zaman pemerintahan.
    pemeritahan pertama..pemerintahan para nabi dan rasul yang berakhir dengan nabi muhammad S.A.W..
    Pemeritahan kedua..pemrintahan khulafa arrasyidin..
    pemerinttahan ketiga..pemerintahan menggigit dimana ketua negara digelar sultan atau raja..
    pemrintahan keempat..pemerintahan diktator..dimana sultan/raja sudah tiada kuasa ddan digantikan dengan presiden atau perdana menteri..(ini zaman kita)
    pemrintahan kelima..pemerintahan khalifa..zaman ini semua ideologi politk manusia akan tumbang dan islam akan bagkit utk kali kedua utk menguasai dunia..
    so mana mungkin demokrasi yang kita dokong sekarang akan menyumbang kepada kebangkitan sistem khalifah nanti..

    BalasPadam
  5. Yang berkasih itu 'rasa' dengan 'rasa'

    Yang membalut 'rasa' ialah pakaian dalam bentuk 'rupa'

    'Rasa' tidak kenal 'rupa'

    Dari mana asal 'rasa' dan 'rupa'?

    BalasPadam
  6. Irshad Manji pun berQuran, Quran itu ada tatabahasa/nahu yg unik itu sebabnya Quran sesuai sepanjang zaman... Bro TT kena belajar bagaimana Irshad Manji merumuskan pendapat beliau berdasarkan Quran - maksudnya secara tafsir krn Quran ada metodologi ini...

    Apapun dari gambar yg TT taruk kat atas memang boleh dikatakan minah nih cun... muka dia spicies macam Kavita Singh/Kaur... woit TT ini tentu lu punya taste... kah..kah..kah...

    BalasPadam
  7. yang ini aku tidak setuju dengan saudara hisham.Teman terbaik lelaki adalah wanita.

    BalasPadam
  8. Entah apalah yg ingin engkau cuba perkatakan di sini, tentang dia cun?

    Engkau play safe brader, engkau yg selama ini konon begitu kuat namun.. nothing!

    BalasPadam
  9. aku belum baca bukunya
    tapi kalau benar bukunya boleh menjejaskan pemikiran penganut islam terhadap keimanan mereka, ia wajar disekat. malah kalau perlu dibakar.

    tak kira apa disiplin ilmu yang digunapakai, jika benarlah buku ini bertentangan dengan hukum Allah maka penganut islam wajib menentangnya tidak kira ia dari parti pas, keadilan, umeno dan sebagainya.

    jika benarlah buku ini bertentangan dengan hukum Allah, maka penulisnya menulis dalam keadaan otaknya sedang mereng, tidak waras ataupun twlah terencat akal.

    Ialam, yang menjadi pegangan hidup kita, wajib dipertahankan biar dengan apa cara sekalipun.

    BalasPadam
  10. bro isham.....
    tak kiralah secun mana pun muka minah ni, tapi kalau puki bergesel puki, gua tak minat!!!

    kerana, puki letaknya bukan pada puki. kalau puki letaknya pada puki maka ia dikenalpasti sebagai pukimak

    BalasPadam
  11. Haha..
    Azazil mmg alim ulamak zaman dia....
    Hahaha....
    Mungkin ada benarnya kata tt mungkin ada salahnya...
    Haha..
    Aku sendiri cinta sama lelaki...lelaki itu muhammad ibni abdullah..
    Haha...
    Tapi aku sontot bini aku, sebab keris perlu masuk lubang keris...keris sama keris, tak best!
    Tt,
    Abu nawas tu siapa? Khalifah ke harun al rashid tu?
    Anak dia khalifaj ke?
    Hahahaha run al rashid

    BalasPadam
  12. sakit... tukar tiub sangat berpenyakit!

    kotor, kelam sekali jiwa kamu!

    BalasPadam
  13. apa pasal Abu Nawas pulak kau jadikan contoh?????? Apa pasal Harun al-Rasyyid "sang raja' pulak kau jadikan kiblat??? Kau kata komunis baik..apa pasal feudal ini kau lambung tinggi? Islam baik untuk orang yang nak benda baik tapi kalau orang nak benda buruk memang tak sesuai ikut Islam...ikutlah selera kau sendiri..TAPI JANGAN KAITKAN DENGAN ISLAM (THE PROBLEM TODAY)...

    BalasPadam
  14. sedaRLAH KAU HISSAM...KALAU BAPAK KAU DULU SUKA JANTAN..DAN EMAK KAU SUKA SPESIS BETINA...TENTU KAU TAK LAHIR KAT DUNIA NI...ITU LOGIK KAN MUDAH KAU FAHAM...PERKARA DI LUAR TABII LAGI DI LUAR TAMADUN MANUSIA ...BABI PUN TAK BUAT BENDA TU.....APA PASAL KAU NAK RAIKAN!!! APA JENIS MANUSIA KAU NI KALAU BABI PUN TAK TERFIKIR NAK BUAT BENDA TU TIBA-TIBA KAU MERAIKAN DENGAN CERIA DAN GUMBIRA????? AKU RASA KOMUNIS KOREA PUN TAK TAK BENDA TU....TAPI KAU KOMUNIS BAIK BOLEH HALAL PERKARA ITU??? BANGANG TAHAP APA KO NI?

    BalasPadam
  15. heheheh...tt mmg poyo!!!
    aper kejadah lu sokong irshad manji tu...
    lebih baik lu fokus pada kerja2 sosialis lu...
    irshad manji ada kisah bersih ker???
    lu tak caya hukum hakam, ada wa kisah???
    berpijak pada bumi yg nyata lah!!!!
    penyokong kuat lu byk dari parti islam ajer tt!!!!
    jgn dambu domba ttg kerja2 islam yg lu kurang arif...
    lu tak puashati dgn majlis fakwa...jgn lu kuluhum ajmain semua benda....
    kau ingat diaorg ada koteh ke????
    bos berdehem...mereka akan tertanggal kopiah dan bulu jembut tau!!!!
    time pencen kalu....baru bleh berkokok...
    tapi dah terlambat....taik dah bergelumang kat jebor...
    dah terberak kapur....dah tua kata kan!!!
    lu....jgn lebih2 ler...wa tak suka lu kecoh2 benda yg lu kurang arif!!!
    lu cool tapi boleh poyo bab2 agama keturunan lu...

    BalasPadam
  16. To the first poster,
    Hati2 menulis, kerana Islam itu sempurna. Tiada cacat cela, tiada dark side. Yg menyebabkan agama itu dicela ialah mereka yg mempergunakan utk kepentingan masing2.

    Saya belum membaca buku ini, jadi tidak dapat berikan komen. Cuma mungkin akan ada orang berikan komen dimana kejatuhan Baghdad ke tangan Mongol adalah disebabkan orang seperti Abu Nawas?

    BalasPadam
  17. 1.sepatutnya pada umur senja macam hangpa ni dok dimasjid atau surau!!guna masa untuk beribadat!!ingat perbuatan masa muda dulu terutama dalam bab-bab beragama!!
    2. tak payah tulis la perkara berkaitan islam kerana nampak benar jahilnya!!

    BalasPadam
  18. kominih...kominih...kah...kah

    kominih sekarang dah tak boleh cari makan...jadi buat cerita burit pula. wal asil balik asal...kah..kah...kah.kaaaaaaahak.

    BalasPadam
  19. Salam,

    Umat Islam sekarang mundur kerana tak ikut Quran 100%. Itu sahaja Nabi terakhir sampaikan. Tidak lebih dari itu. Kalau lebih dari itu, maka timbullah fahaman karut marut, ritual tak pernah Quran sebutkan, fahaman ekstremis Taliban bom sana, bom sendiri.

    Quran tak pernah kata Allah untuk orang Islam sahaja.

    Quran bukan untuk orang Islam sahaja. Quran boleh dibaca oleh sesiapa umat manusia hatta Krisitan, Buddha dll. Tak pernah Allah kata, si Ah kow tak boleh pegang Quran, si John tak boleh pegang Quran bahasa Arab.

    Ini yang buat ustaz sekarang semua bangang. Isu remeh temeh diperbesarkan. Isu rasuah di tutupkan.

    BalasPadam
  20. tak cun pun......
    pengetahuan baik dalam ilmu islam tapi memilih lesbian.....
    semuga hidayah Allah menyusur.....

    BalasPadam
  21. Bro isham saya tahu anda seorang agnostik tapi anda kena faham majoriti umat Islam di Malaysia bersifat moderat konservatif di mana bukan semua perkara boleh ditoleransikan. Perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan Al-Quran dan Hadith memang akan ditolak oleh majoriti umat Islam dan Authority Islam. Saya rasa anda sendiri pun tidak memahami Islam itu sendiri secara mendalam oleh itu saya nasihatkan anda jangan melibatkan diri dalam mempersoalkan agama Islam lebih baik anda tumpukan perhatian anda terhadap perkara lain selain dari Islam. Saya menghormati pendirian anda sebagai agnostik jadi anda kena menghormati pendirian kami umat Islam. Saya lihat anda suka secara indirect menimbulkan persoalan tentang Islam tapi tidak kepada agama ataupun ideologi lain selain Islam baik hentikan sebelum menjadi lebih buruk.

    BalasPadam
  22. tt..perlu lebih banyak membaca..he..jangan ikut logik akal je tt..sampai akhir dunia ni pun tak habis....semoga Allah memberi hidayah dan membuka hati tt..

    BalasPadam
  23. apa beza Irsyad Manji ni dengan Ahli Fakwa Sunnah wal-Rasuah UMNO??? Sama saja.. semuanya pakai Firman Tuhan untuk kepentingan perspektif dan napsu masing-masing... bezanya satu ada endorsement TT.. dan satu lagi tidak.. hahahaha... berlaku adil laa weeeeiii... Kalau macam ni baik tak payah cakap pasal reformasi... baik tak payah cakap pencerahan.. semua duduk rumah pegang telor.. buat hal masing2.. lagi bagus..

    BalasPadam
  24. Hai tanpa nama 2:51, kalu mu tadok, boleh ke mu kate Ada Allah Kesah? Kalu mu tadok, bbunyi ke nama Allah dari dari mu? Peduli kan orang lain, lihat lah pade diri mu.

    BalasPadam
  25. Kalau kamu mahu melihat agama maka bacalah kitabNya.. lihat ilmuNya..

    tetapi berhati2 bila melihat agama dari penagutnya(manusia) kerana manusia ada sahaja kelemahannya..

    beribu nabi dan rasul ditus untuk mengigatkan manusia.. kerana fitrah manusia yang alpa dan lalai juga menyelewengkan agama.. sehinga nabi terakhir Nabi Muhammad S.A.W.. membawa kitab Al-Quran dan Sunah..

    Kalau yang ditonjolkan penganut yang mengaku Islam itu menyeleweng dari ajaran AlQuran dan sunah.. maka telah terang-terang lari dari Islam (cahaya) takda bezanya dengan pelbagai penganut agama lain sebelumnya..

    Maka kembalilah semula kepada Al-Quran dan sunah..

    Wallahualam..

    BalasPadam
  26. yoyo o tt ni.tgk cun terus lupa spesis eee...

    wanita melayu blm terakhir. phm?

    BalasPadam
  27. demi zues?

    bahaya bahay aqidah ko ni icam

    BalasPadam
  28. islam itu adil.adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    contoh simple songkok letaknya di kepala. jika kita metetakkan songgkok dikepala lutut, dalam islam itu sudah tidak adil...

    satu lagi contoh - merah berhenti,hijau jalan, kuning bersedia...ini undang2 jalanraya ciptaan manusia yg secara otomatis satu dunia akan mematuhinya walaupun jam pukul 4pagi. kenapa?

    satu lagi - cuba bayangkan jika pembagi oksijen yg kita sedut setiap saat kenakan bayaran tunai pada kita? hahahaha....ramai ler kojol ttiba....

    walaubagaimana pun islam tidak simpit lagi menyempitkan,islam suci islam juga terbuka - jika irsyad manji salah sesat,atau TT salah...mari kta bantu dia, dekati dia...dengar keluh dia...jgn cepat menghukum...
    yakinlah islam itu teratas...

    BalasPadam