Isnin, 4 Jun 2012
SILA BACA INI - AMAT PENTING UNTUK JANGAN DITIPU
KOMENTAR TUKAR TIUB
rancangan untuk menipu dalam pilihan raya
telah diketahui oleh orang ramai
united malays national organisation
tidak lagi mendpat sokongan
justeru hanya degan menipu
hanya dengan undi hantu
hanya dengabn undi bangla
hanya dengan undi indon
hanya dengan undi myanmar
hanya dengan undi pos
hanya dengan pekerja spr mengundi berulang ulang
baru lah gerombolan dapat menang
dibawah adalah ucapan haji hadi
jelas ucapan ini menunjuakan bahawa
parti pas dan pakatan rakyat sedar
tentang rancangan untuk menipu ini
para pengundi wajib waspada!
SELEPAS SELESAI PENIPUAN BARU BUAT PILIHAN RAYA - harakah daily
KUALA LUMPUR: Selepas penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.
"Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataannya kepada media.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
DUA EKOR MERANCANG PENIPUAN
BILAKAH TARIKH PILIHAN RAYA
Tarikh Pilihanraya Umum ke-13 masih dalam ramalan berbagai pihak. Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia.
BN yang berketuakan Umno mempunyai kuasa penuh untuk mewajibkan kemenanganya dengan segala cara, daripada menggunakan media sebelah pihak, menabur politik wang rasuah, menyalahggunakan duit negara, memaksa jentera kerajaan, menambah pengundi dengan pelbagai cara, sehinggalah menentukan tarikh pilihanraya.
Seluruh dunia yang menghayati sistem demokrasi yang memberi hak kepada rakyat manjadi hakim yang bebas dan adil, hanya badan bebas yang mengendalikan pilihanraya menentukan tarikh pilihanraya.
Bukan sahaja dipilih tarikh paling selesa kepada rakyat dan semua parti politik yang berhak, bahkan tempoh yang lama telah diketahui umum.
Ada kalangan negara telah menetapkan tarikh pilihanraya berikutnya lebih awal, sebaik sahaja pilihanraya umum selesai diadakan.
Ada juga menetapkan kemudiannya, tetapi tempoh masa yang lama diketahui umum.
Hanya negara yang mengamalkan sistem satu parti sahaja memerintah, seperti negara komunis dahulu dan negara sapertinya, kerajaannya menetapkan pilihanraya dalam tempoh terdekat mengikut keselesaannya boleh mencapai kemenangan dan rakyat lebih berpeluang memilih satu parti yang telah memerintah walaupun banyak melakukan kesilapan.
Di negara kita Malaysia, kerajaan BN memilih cara yang wajib menjamin kemenangan BN selama-lamanya.
Maka kerajaan BN sahaja berkuasa menentukan tarikh setelah segala persediaan untuk kemenangannya diatur.
Setelah selesai mengatur penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.
Termasuk juga peluang musim haji yang menjadi ibadat wajib kepada penganut Islam yang merupakan pengundi terbesar. Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh.
Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.
Beginilah nasib rakyat Malaysia sejak dahulu sehingga kini. Rakyat diulit dengan berbagai lagu dan irama politik murahan, walaupun merosakkan akhlak ditempat yang sudah rosak dan ditayangkan lagu agama ditempat beragama, kerana sifat pragmatik Umno bersama rakannya dalam BN.
Namun kita menyaksikan alam yang bersifat berubah, termasuk alam politik. Sistem kuku besi komunis yang menguasai negara kuasa besar dunia Soviet Union hancur berkecai dan berubah ke arah demokrasi, sehingga negara komunis mengubah pendekatan.
Selepas itu Filipina meninggalkan Marcos dalam kenangan, diikuti oleh Suharto di Indonesia dan akhirnya negara-negara Arab yang dikuasai kerajaan tentera yang menetapkan keputusan pilihanraya sebelum pilihanraya lagi.
Bahawa parti kerajaan pasti menang mencapai lebih sembilan puluh sembilan peratus. Namun negara tersebut ikut sama melakukan Islah sistem demokrasinya. Begitu juga yang terakhir di Myanmar.
Kita mengharapkan negara Malaysia yang berslogankan sopan santun, naik turun pemimpinnya juga melalui sopan santun, bukannya dengan cara memalukan. Mereka akan dikenang sejarah oleh generasi akan datang kerana sejarah tidak mampu ditipu dengan apa cara sekalipun.
PAS mengajak masyarakat Islam khasnya membetulkan imej Islam yang dirosakkan oleh Umno, atau tegasnya PAS ganti Umno, dan mengajak masyarakat semua kaum amnya bersama Pakatan Rakyat mengganti Barisan Nasional.
Sekiranya kemenangan berpihak kepada kami, maka segala kerosakan sistem demokrasi yang berlaku wajib diperbetulkan.
Walaupun dimasa depan rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat dengan jalan yang adil disebabkan kesalahan dan kelemahan pemerintahan, tetapi bukannya dengan cara menipu yang menzalimi diri sendiri.
PRESIDEN PAS
Tuan Guru Abdul Hadi Awang
layari sekarang:
Maka kerajaan BN sahaja berkuasa menentukan tarikh setelah segala persediaan untuk kemenangannya diatur.
BalasPadamini serupa seolah perlawanan akhir united lawan barcelona, tapi sebabkan manchester united tamak dan mabuk kuasa asek nak jadi johan setiap tahun, dia sendiri yg tetap dan umumkan bila tarikh perlawanan akhir tu - dah siap training segala taktik tup tup united umumkan dalam mutv: perlawanan akhir besok pagi lepas subuh, kat tempat yg neutral, iaitu stadium manchester city, bola dan referi semua united dah sediakan, berketuntang barcelona terkeluar2 kentut nak siapkan jersi dengan kasut dengan duit belanja dengan sepanduk dengan penyokong dengan bilikhotel dengan bas dengan feri!
-average joe-
klakka-la.blogspot: DON'T HAVE A COW = TAKDE LEMBU?
itulah hakikatnya!!! tapi, sampai bila??? hanya pengundi2 muda yg dah celik akan menentukan. kalau kalah, yg meroyan besar sapa???
BalasPadamHilang semua perjanjian konsesi, projek2 mega, fail2 rahsia akan terbongkar...By crook or by hook, tak sewenang2 nya mereka akan menyerah kalah. peduli apa cara nak digunakan....janji menang!!!
lim kit siang dah petik satu kes...30 ribu juta ringgit tu....GILA KER APA???? memang macam iblis sapa yg buat kerja ni!!!!...