Selasa, 10 Julai 2012

BERAT MATA MEMANDANG - BERAT LAGI NAJIB TERHIMPIT









ESTETIKA GEMOK MONTOK DAN HOTOK

Ketika saya tinggal di Pakistan pada tahun-tahun 70'an dahulu, saya telah difahamkan tentang nilai estetika warga Pakistan. Saya diberitahu bahawa jantan dan betina Pakistan yang gemok dan montok adalah mereka yang berjaya. Mereka ditakrifkan sebagai warga dari kelas atasan yang berekonomi tinggi. Mereka berjaya dalam hidup. Justeru hampir ke semua Begum dan Sahib di Pakistan semuanya gemuk, montok dan hotok.

Gemuk dan hotok sedang dirayakan sebagai estetika kejayaan. Manakala para mazdoor dan kisan - buruh dan tani - kelihatan kurus dan langsing ditakrif sebagai bukti mereka dari kelas bawahan yang kurang makanan. Justeru kurus, slim dan langsing dianggap gagal dalam hidup.

Budaya dan estetika berbentuk ini juga dirayakan di Tiongkok. Malah, begitu penting sekali, seseorang untuk dilihat montok sebagai keupayaan memiliki makanan. Tidak menjadi satu kehairanan jika didalam budaya Tiongkok tidak ada konsep - apa khabar - bila bertemu. Bertegur sapa dimulakan dengan pertanyaan - sudah makan atau belum.

sila baca seterusnya disini:
http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/estetika-gemuk-montok-dan-hotok-053959796.html


CUBA DAN MENCUBA LAAA



layari stesen radio punk rocker:






3 ulasan:

  1. Saya nak tambah sikit pasal "keupayaan memiliki makanan" dalam budaya Tiongkok dan konsep bertanya khabar seperti yg Isham tulis.

    Memang masyarakat Cina sejak dulu lg meletakkan kemampuan utk makan dgn mewah sebagai nilai budaya yg utama.

    Tetapi sebenarnya bukan tiada ucapan "apa khabar" bila bertemu. memang ada - "ni hao ma"

    Akan tetapi pertanyaan "da makan ke belum?" mula bertapak sejak kemarahan golongan petani terhadap raja dan tentera kerana tak perdulikan rakyat ketika kemarau dan kebuluran. kemarahan ni membawa kpd Huang Chao Rebellion sekitar 870-880 yg menjatuhkan Dinasti Tang. kerana ramai yg kebuluran maka greeting "da makan ke belum?" - "ni che le ma?" mula berleluasa penggunaan.

    Olih kerana Tiongkok sering menghadapi bencana famine ni, maka greeting ini terus serap menjadi greeting utama antara manusia berbangsa Cina ketika berjumpa.

    BalasPadam
  2. berat mata memandang, berat lagi tangan saya nak meraba-raba

    BalasPadam
  3. as usual, good article bro TT.
    cheers

    BalasPadam