Rabu, 18 Julai 2012

MENGENAL DAN MEMAHAMI APA ITU SAUDI ARABIA







NOTA:

tulisan ini asli
yang disiarkan di sk
agak pendek kerana
melebehi 1500 perkataan
tetapi hujah dan isi
tidak bercanggah



MELAYU SELALU KENA TIPU TOK ARAB







ARAB SAUDI DAN ZIONIS ISREAL

Sebelum arwah ibu dan abah saya bertolak ke Mekah , mereka telah diberi kefahaman tentang perangai Arab Saudi yang akan mereka temui di Mekah dan Madinah. Penerangan ini diberikan oleh kaum keluarga yang telah menunaikan fardu haji lebih awal. Kesah dan tingkah laku perangai Arab Saudi ini hanya tersebar dari mulut ke mulut. Malah, semua bakal haji dari Malaysia telah sedia maklum serba sadikit tentang hal perangai Arab Saudi ini.

Tetapi ‘kesah’ ini tidak pernah dihebohkan oleh media. Ianya hanya menjadi ‘cerita-cerita rakyat’. Hujah penghalalan yang selalu kita dengar hanyalah: ...kerana itulah Muhamad dihantar ke Mekah....untuk mentamadunkan Arab. Rasa saya 1,500 tahun adalah satu masa yang agak lama untuk proses melahirkan satu tamadun. Jika lembu atau kerbau dididik selama 1,500 tahun pasti lembu atau kerbau ini telah bijak bistari.

Tingkah laku lucah yang dilakukan terhadap warga asing yang menunaikan haji sering kita dengar. Kalau dibuku dan jilidkan telah melangit tingginya. Kesah-kesah keganasan yang dilakukan terhadap buruh impot dari Pakistan, India dan Bangladesh yang memburuh di Saudi Arabia akan meremangkan bulu roma. Keganasan seksual – rogol dan dera - terhadap pekerja wanita yang diimpot dari Indonesia dan Pilipina telah lama menjadi buah mulut.

Tetapi kenapa agaknya Hillary Clinton tidak bersuara tentang keganasan terhadap kaum sajenisnya. Kenapa CNN tidak membuat laporan? Kenapa Parlimen Eropah tidak bersuara? Kenapa agaknya media antarabangsa semuanya senyap sepi tidak bersuara tentang penindasan warga perempuan Saudi yang bukan sahaja tidak boleh mengundi malah tidak boleh befikir. Jauh sekali untuk memandu kereta. Kenapa tidak ada tuntutan ‘pendemokrasian’ dari Amerika terhadap Saudi Arabia? Kenapa warga Iraq sahaja yang perlu demokrasi tetapi warga Saudi tidak perlu? Semua ini soalan yang wajib di jawab.


Untuk saya negara yang bernama Saudi Arabia ini adalah ‘scam’ yang paling besar yang sedang menimpa penganut agama Islam diseluruh dunia. Saudi Arabia membuktikan bagaimana kesucian dan takwa para penganut agama Islam telah diekspoit oleh keluarga Ibnu Saud.

Dari sudut sejarah, dizaman Nabi Muhamad tidak ada raja di Saudi Arabia. Dalam kitab awal Ibnu Hisham - As-Sirah an-Nabawiyyah - yang ditulis 200 tahun salepas Nabi Muhamad wafat tidak ada langsung disebutkan nama raja, derajat sultan atau daulat tuanku. Malah agama Islam secara radikal menentang kaum feudal kerana sistem feudal ini bercanggah dengan teoloji Islam. Jadi dari mana munculnya Raja Saudi ini?

Sejarah merakamkan bahawa Saudi Arabia ini dilahirkan dari perancangan kuasa imperial Anglo-Saxon sesudah perang dunia pertama. Semenanjung Arab ini saperti Negara Telok dipimpin oleh pelbagai ketua suku dan ketua kabilah. Perbalahan dan perperangan antara suku dan kabilah sering belaku dikalangan bangsa Arab ini. Maka disinilah munculnya T.E Lawrence seorang ajen dari Britain yang merancang untuk menjatuhkan kuasa imperial Kerajaan Ottaman yang berpusat di Istanbul.

Dengan memberi sokongan kepada kabilah Abdul Aziz al- Saud , kekutan kerajaan Ottoman disebelah selatan – Jordan, Palestin, Syria dan Iraq – menjadi lemah. Pada 29 Oktober 1923 Turki menjadi republik. Scara resminya kuasa kerajaan Khalifah Ottoman dihapuskan pada 3 March 1924.


Akhirnya pada tahun 1932 lahirkan apa yang hari ini dikenali sebagai Kingdom of Saudi Arabia. T.E Lawrence seorang ejen British yang juga seorang homosexul telah memainkan peranan yang amat penting untuk mewujudkan Saudi Arabia.

Disini saya ingin membawa para pembaca untuk untuk memahami konsep yang dipanggil geo-politik. Geo-politik ini ialah politik kawasan , bumi, tanah atau wilayah yang dianggap stratejik dan penting. Stratejik kerana kedudukan wilayah ini dari segi ketenteraan. Penting kerana wujudnya sumber asli yang ditemui dalam wilyah ini.

Pada hemat saya, jika Saudi Arabia mengekspot petai dan jering maka setiap hari kita akan membaca tentang kejahatan kaum kerabat Saud. Kita akan membaca bagaimana kaum kerabat Saudi ini berpoya-poya berjudi di London atau Paris. Atau kesah keluarga Saud bercanda-canda di kota-kota besar di Eropah. Tetapi hakikatnya bukan petai dan jering tetapi bahan bakar petrol.

Saudi Arabia adalah negara kedua dalam dunia – sesudah Venezuela - yang memiliki simpanan minyak terbanyak yang masih belum dicarigali. Hari ini Saudi Arabia adalah negara pengskspot utama – 12 juta tong sehari – minyak mentah dari Saudi memasuki pasaran dunia. Justeru Saudi Arabia adalah kunci keselamatan sistem ekonomi kapitalis yang bergantung kuat dengan bahan bakar petrol.

Sayugia dikhabarkan disini bahawa 15 dari 19 orang pengganas yang menyerang WTC pada 9/11 di New York datang dari Saudi Arabia. Menjadi amat pelik – tindak balas dari George Bush bukan tehadap Saudi Arabia tetapi kepada Afghanistan dan Iraq. Ini hanya satu contoh yang jelas dimana kuasa imperial Anglo-Amerika akan memilihara ‘kaldai’ tunggangan mereka dalam percaturan geo-politik dunia hari ini.

Ramai warga Melayu Islam mungkin tidak menyedari bahawa keluarga diraja Saudi ini tidak ada sangkut paut dengan Islam. Mereka tidak memiliki petalian teoloji dengan Islam. Malah, yang saheh, pada ketika ini keluarga Saudi ini adalah tali barut dan ajen yang paling setia kepada kuasa imperial Anglo-Amerika.

Keluaraga Saud ini bukan tidak pernah ditentang. Pada 20 November 1979 dahulu satu pemberontakan telah berlaku. Kaabah telah diambil alih selama 2 minggu oleh kumpulan anak-anak muda yang menentang pemborosan, rasuah dan kelakuan kaum keluarga Saud. Keluarga Saud tergamam. Hanya dengan bantuan Amerika barulah pemberontakan ini dapat dipatahkan.


Untuk meneruskan kuasa feudalnya, untuk meredakan kebencian rakyat maka Raja Saudi kini mengelarkan diri mereka – Penjaga Dua Masjid. Ini hanyalah tembok untuk mengolah persetujuan penganut Islam seluruh dunia bahawa keluarga Saud ini berhak keatas tanah suci Mekkah dan Madinah.

Melalui duit minyak petrol keluarga Saud ini telah menabur pengaruh ke seluruh dunia. Mengembangkan faham kolot lagi jumud. Melalui pelbagai yayasan, melalui pelbagai bentuk anak-anak syarikat, kaum keluarga Saudi ini telah mendana masjid, sekolah dan pelabagi bentuk wakaf untuk memastikan penganut agama Islam terus dibodohkan. Warga Islam diseluruh dunia tidak akan mempersoalkan apa yang sedang mereka lakukan atas nama Islam.

Pemusnahan artifek-artifek sejarah yang membina ingatan bersama budaya Arab/Islam dari zaman sebelum Nabi hingga ke zaman Nabi telah dilakukan oleh keluarga Saud ini. Umum telah difahamkan bagaimana kota Mekah telah menjadi ‘vulgar/lucah’ dengan Mek Donald dan Kentaki Fried Fak. Bertafakur atau berdoa di hadapan makam kaum keluaraga Nabi dianggap ‘syirik’ tetapi menyambah Mek Donal dan Kentuki dianggap soleh.

Para pembaca jangan tersilap faham tujuan tulisan ini bukan hendak menghina Islam tetapi untuk menunjukkan bahawa keluarga Saud ini tidak ada sangkut paut dengan Islam dan rejim Saudi ini adalah sebahgaian dari punca huru hara yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Kaum pemodal dan kuasa imperialis Anglo-Amerika telah menggunakan Islam jenis Saudi ini untuk mematahkan perjuangan gerakan pembebasan warga Islam khususnya dan warga dunia amnya. Gerakan pembebasan Palestin telah dimandulkan. Gerakan demokrasi di Bahrain sedang diganyang dengan bantuan dolar Saudi.

Satelah memahami semua ini saya ingin membawa kembali para pembaca kepda keadaan yang sedang berlaku di bumi Arab. Saddam telah dimusnahkan kerana Saddam ingin menggantikan dolar sebagai duit pertukaran jaul beli minyak. Gadaffy dimusnahkan kerana Gadaffy menentang pengkalan tentera Amerika didirikan di Afrika.

Kini Bashar perlu ditewaskan kerana dari segi geo-politik wilayah Syria ini amat penting untuk tentera Amerika masuk menyerang Iran. Semenjak zaman berzaman – dari sejarah Perang Salib – kita mengetahui bahawa Damshik dalam negeri Sham adalah kota stretejik. Pintu ke Amman, pintu belakang ke Baghdad, pintu ke Libanon semua bermula di Damshik. Justeru pada tahun 2008 yang lalu kota Damascus telah dinobatkan sebagai kota budaya Arab.

Semenjak dari ribuan tahun wilayah Levant inilah yang menjadi titik mula tamadun dunia. Di wilayah ini tulisan dimulai. Di wilayah ini juga konsep Tuhan Yang Maha Esa ditemui. Sumer, Babil, Akkad adalah kota-kota kuno yang mengasaskan kemunculan kota Damascus dan Baghdad yang akhirnya membawa Percerahan. Berbanding dengan Saudi - tidak ada apa-apa yang dapat dibanggakan.


Kuasa imperialis Anglo-Amerika dalam perancangan geo-politik untuk mengepong China dan Russia kini sedang bekerjasama dengan Saudi Arabia dan Isreal. Israel dan Saudi Arabia dilihat sebagai ‘berseteru’ tetapi dua negara sedang berkerjasama untuk mematahkan apa sahaja bentuk gerakan demokratik yang berkemungkian muncul di bumi Arab.

Pada tahun 2007 kuasa imperialis Amerika telah memberikan 60 bilion dolar melalui apa yang dipanggil ‘military-aid package- bantuan ketenteran’. Sebanyak 13 bilion dolar nilai senjata ini akan dihantarkan kepada Saudi Arabia.

Amat jelas dari bantuan persenjataan ini Saudi amat penting dalam pecaturan geo-politik Amerika. Kini senjata yang diterima dari Amerika sedang digunakan oleh gerombolan anti-Bashir. Senjata yang dibeli dipasaran gelap dibayar dengan duit petrodalar Saudi. Duit Saudi juga digunakan untuk merekrut tentera-tentera upahan yang dipanggil Free Syrian Army. Free disini kerana mereka mendapat semua bantuan ‘free’ dari Saudi Arabia.

Dari segi ideoloji pula, fahaman reaksionari feudal Saudi ini sedang dijaja dari Moroko ke Maldivess. Dari Bahrain kena Bukina Faso. Dari Jerico ke Jakarta. Dari Dubai ke Dungun. Ajaran kolot Islam jenis Saudi ini akan ditemui di negara yang ada warga beragama Islam.

Sekali lagi saya jelaskan bahawa penentangan Saudi Arabia terhadap Bashar di Syria dan Ahmadinejad dari Iran bukan kerana Shiah atau kerana Sunni. Bukan juga untuk menegakakan shiar Islam. Penentangan ini lahir dari strateji geo-politik kuasa Anglo-Amerika yang kini sedang merancang untuk mengepong China dan menekan Russia.

Justeru China dan Russia telah menggunakan kuasa veto dan akan terus mengunakan kuasa veto jika ketetapan Bangsa Bangsa Bersatu dilihat sebagai topeng untuk menghalalkan tentera Nato menyerang Syria. China dan Rusia telah ‘tertipu’ apabila ketetapan PBB telah menghalalkan tentera Nato menyerang Libya dan Gadaffy.(TT)






NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45


19 ulasan:

  1. Bhai TT..

    Gua stuju ngan aper yang lu tuliskan tue... malah dua tiga hari lepas gua ader tulis tentang mengapa Syria perlu dimusnahkan...

    Semua kerana kaki dan tangan puak Israel dan Amerika....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    BalasPadam
  2. Empayar America-Britain Capitalist petroldollar vs Empayar Russia-China Socialist-Communist. Kita jangan jadi bodoh, kedua-duanya perlu ditentang dan dihapuskan. Kita perlu bebaskan diri kita dari diperhambakan oleh kedua-dua empayar ini. Bro Isham kau nak sokong Russia-China itu hak engkau tapi kau sanggup ke tengok rakyat Syria yang lemah dan tak terdaya seperti orang tua,kanak-kanak,wanita dan orang kurang upaya disembelih oleh Bashar Al-Assad barua Russia-China semata-mata nak selamatkan satu lagi barua Russia-China iaitu Iran. Pelik tengok kau Bro, kau kata menentang kekejaman dan kezaliman dan memperjuangkan kebebasan tapi sokongan kau kepada kerajaan Syria mewujudkan contradiction terhadap prinsip-prinsip hidup kau. Adakah kau rasa kita ni masih dalam Perang Dingin atau kau gunakan demokrasi sebagai topeng untuk sebarkan propaganda sosialis-komunis. Kalau kau seorang yang berpegang kepada prinsip demokrasi, keadilan dan kebebasan kau tidak akan sokong Bashar Al-Assad. Tolong siarkan.

    BalasPadam
  3. Ramai org x tau cerita sebenar kt timur tengah tu... kalo nak harap baca berita dgn surat khabar mmg bole jadi bangang otak ni... Media sekarang ni adalah senjata utama Amerika, yg kita kt Malaysia ni dok percaya je... hentam Libya, hentam Iran dan sekarang ni Syria plak...

    BalasPadam
  4. good job.
    seperti biasa, tulisan yang baik.
    semoga umat Islam lebih cerah bila membaca tulisan ini.

    BalasPadam
  5. Tanpa nama berkata,memang benar umat islam telah dapat pencerahan dengan tulisan ini,iaitu TT adalah seorang syiah yang ingin pukul canang satu malaysia bahawa raja arab saudi tak boleh pakai sebab dia Ahlisunnah,kawan dengan amerika dan yahudi.Dan seterusnya nak kaitkan dengan sultan dan raja-raja di malaysia melalui tulisan-tulisan dalam laman yang pro syiah.Dan misi ini dimulakan oleh uncleseekers yang begitu giat mengkritik sultan johor.Jarum taqiyyah dimasukkan begitu rapi hinggakan kita tak perasan sebab beliau berdiri atas platfom media politik.Itulah yang mereka lakukan dahulu di iran untuk menjatuhkan sistem beraja melalui slogan revolusi islam,memburuk-burukkan Shah Iran di mata dunia dan dalam masa yang sama berselingkuh dengan Amarika dan israel untuk meranapkan pemerintahan beraja.Di seluruh dunia islam, modus operndi mereka adalah sama dan tidak terkecuali malaysia.Sebagai muslimin yang cintakan islam,mencintai nabi,keluarga nabi dan para sahabatnya,marilah kita berdoa semoga kita terpelihara dari golongan seperti ini.

    BalasPadam
  6. Terbaik Tuan Blog,dah lama saya mencari Tulisan yang membantai Kerabat arab saudi haramjadah ni.

    Tahniah sekali tuan blog! terbaik!

    BalasPadam
  7. ada lebai menangis dan ada lebai yang akan marah...

    penentangan sunni/syiah juga bermula kerana politik. politik menguasai keperluan wang-dolar-ringgit.

    jadi, perebutan politik (sunni/syiah) juga merupakan perebutan wang-dolar-ringgit kerana tiada lagi agama dalam diri untuk dijadikan panduan melainkan hanya topeng belaka.

    bertanya seorang lelaki kepada Ali, "kenapa ketika Abu Bakar dan memerintah aman, dan ketika kau memerintah, keadaan bertambah kacau bilau?".

    Jawab Ali "kerana ketika Abu Bakar dan Umar memerintah, semua rakyat (sahabat) seperti aku. ketika aku memerintah, semua rakyat seperti kau."

    Ini mungkin kerana, rakyat sudah memandang kepada perebutan ekonomi yang selari dengan perebutan politik!

    TT telah hidup lama di Eropah, pulang ke negara cuba membawa pencerahan minda kepada warga supaya bangun tidak lagi ditipu oleh agen2 kapitalis! ini bagi aku, cubaan berbakti yang dibuat TT.

    Aku bukan nak jilat buntut TT, cuma nak, tiada lagi manusia SEBODOH Udin-Rais itu!

    Keadaan betul-betul bodoh punya bodoh si udin rais itu juga menjadi mercu tanda kejayaan UMNO paling utama, melahirkan manusia sebodoh udin rais dan papa gomol!

    BalasPadam
  8. didalam krisis di mesir, tunisia, libya dan syria.. pendapat Prof Dr. kangkung Ramlah Adam al Perkasa adalah 100% seperti ini...

    BalasPadam
  9. Susah untuk kebanyakan org Melayu Islam ni nak faham. Kalau kutuk negara Islam terutama Saudi, melenting terus. Tuduh kau murtad, kapir, anti-Islam, komunis, pro-Barat dan dan dan

    Gua tunggu komen2 mat serban...... kah kah kah

    BalasPadam
  10. Bashar di Syria hang kata ok tapi Mahateeer pula firaun.Apa punya cerita ini ular itu ularlah tak kira ular Arab ke,ular 0.5Melayu ke, samalah kena katok.

    BalasPadam
  11. Tahniah bro TT di atas pencerahan ini. Semoga kita sama-sama dapat manfaat dan gunakan tulisan ini untuk jatuhkan kerajaan korup di Malaysia di bawah kuku besi umno-bn yang nak mampus tak lama lagi.

    BalasPadam
  12. Asal keturunan Raja Saud adalah dari Yahudi Bani Qainuqa.

    BalasPadam
  13. klu mkcik2 felda bca tulisan ni..konfem ckp tukar tiub da murtad.kahhkah...mlayu islam je syg sgt kt kuarga saud tu.mcm aram jadah.elok la depa tu mati cpt.

    BalasPadam
  14. klu tak faham lagi org melayu islam kat malaysia ni aku xtau le nak ckp apa. nak harapkan geng2 parti2 islam / pejuang2 islam kritik feudal, kapitalis, xadanya. jaga periuk nasi le.. apa yang dilihat, arab saudi ke2 sedang dibangunkan di negeri serambi mekah..tak caya cuba le pergi melawat sekali sekala.. kapitalis tak kenal agama & bangsa. semua mengenai wang dan modal.. kelantan serambi kapitalis!!

    BalasPadam
  15. nanti marah pulak puak2 plamak muda umnu penyokong tegar al-saud al wahabi, klau tak caye cube renungkan sejak kebelakang ini puak2 ini kuat sungguh marahkan syiah dulu syiah ok kot..wahabi wahabu

    BalasPadam
  16. Alahai TT, kalo mcm tu xpayah la lawan najib xpayah la lawan madey sebab apa? Sebab apa yg madey buat najib buat sama ja dgn bashar..demi anggelo apa tah tu trus halalkan darah warga syiria..buat apa nk sibuk kt syiria kalo malaysia nie pun sama..xpayah nk lawan kerajaan yg ada nie la..mmg xdinafikan famili saud tu /##*@/%+(@!! Tp jgn halalkan darah org lain kononnya utk sosiolis! Lgi satu, zaman Muhammad saw ada ka wahabi dgn syiah nie? Mari berfikir semua

    BalasPadam
  17. Bagi mereka yang berfikiran sempit akan mudah melatah apabila membaca tulisan TT ini, tapi bagi saya tulisan ini bagus dan berani. Dengan minda intelektual yang tajam, gaya bahasa yang sederhana dan mudah difahami, TT menyingkap apa yang sedang berlaku, yang sedang dan telah diatur oleh musuh Islam . Janganlah kita terkurung dibawah pemikiran sempit Sunah-Syiah.

    Adalah salah jika mengatakan musuh Islam adalah komunis-sosialis. Yang telah dan sedang memusnahkan Islam sebenarnya adalah kapitalis suatu sistem yang berasaskan modal dan demi itu menghalalkan pemerasan oleh manusia ke atas manusia.

    BalasPadam
  18. Kalau pemikiran sempit takpe lagi.. ini yg dok pikir nak jaga periuk nasi masing2 tu yang tak bley blah.. tak abeh2 nak bermuka2 dan berselindung dibelakang agama.. semua ni kira kategori orang2 yg takut jika ada kebangkitan serta kesedaran berlaku pada semua umat manusia yang ditindas.. tapi takpe, dlm kitab alquran pon ada bgtau jgn kalot2 sgt nak menentang orang2 macam ni.. bagi dorang peluang untuk bernafas lagi.. sampai masa ketanah jua tempatnya .. kannnnnnnn

    BalasPadam