Khamis, 19 Julai 2012
PERLU SATU LAGI DEMO UNTUK TENTANG ISA
KOMENTAR TUKAR TIUB
apakah masanya telah tiba
untuk kita sekali lagi berdemo
untuk melawan isa
untuk menentang kezaliman
kita semua ditipu oleh najib
kita kena kelentong
isa di hapuskan
tetapi isa masih berjalan
tak cukup dengan ini
kita ada pula isa baru
tidak ada jalan lain
melaiankan turun ke jalan raya
hanya jalan raya akan menentukan
jalan demokrasi untuk malaysia
MALAM INI JAM 8 DEWAN CHINA KL
GMI LANCAR KEMPEN KAD UCAPAN UNTUK TAHAHAN ISA - mkini
Bagi meneruskan momentum gerakan memperjuangkan pembebasan kesemua tahanan ISA yang masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan melancarkan satu lagi kempen yang dinamakan sebagai Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA mulai 19 Julai ini sehingga 25 Ogos 2012.
Menurutnya, kempen yang dijalankan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan itu akan memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan sokongan kepada tahanan melalui kiriman kad ucapan.
Dalam satu kenyataan bersama, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dan Penyelaras Suaram, Syukri Razab berkata, melalui kempen itu, rakyat Malaysia boleh mengirimkan kad ucapan kepada pihak GMI dan semua kad yang diterima akan dihantar terus ke Kemta.
LAWAN KEZALIMAN
Kalau diterliti banyak apa Najib kata dan umum tak mecerminkan apa yang diperkatakan.. Seolah-olah dia buat sesuatu tanpa berbincang atau suka-suka dia then apa dia cakap/umum tidak dijalankan dengan baik.. atau betul..
BalasPadamSama ada Najib menipu atau dia takda kuasa ekskutif sepenuhnya iaitu orang tak ikut cakap dia apa perancangan dia masih jalankan akta ISA... atau adakah kerajaan gelap di malaysia yang mentakbir dibelakang Najib.. menentukan semua dasar yang perlu.. dan Najib hanya boneka yang meronta-ronta melepaskan atau mengawal padahal dia dikawal..
Suatu misteri..
boleh ke gmi jalankan kempen ucapan menerusi internet jugak? e-mel ke apa.
BalasPadamlebih mudah dan lebih meluas bagi kaum muda, lantaran boleh mendapat sambutan lebih padu
-average joe-
klakka-la.blogspot: HOW ADVANCED! Part 2 (MAJU LAH SANGAT! Bhg 2)