Sabtu, 28 Julai 2012
SELAMAT BERBUKA PUASA
MERAYAU DENGAN MATA HATI
SATU MINGGU TELAH BERLALU
bagitu pantas
cepat sekali
sudah satu minggu berpuasa
saminggu tapi
berat badan masih sama
ah!
satu kekecewaaan
satu kegagalan
satu kesedihan
MENCARI BAZAAR RAMADAN
petang ini aku tak masak
akan keluar rumah
untuk merayau rayau
untuk turut sama berpesta
untuk turut sama bikin sibuk
untuk turut sama meninggalkan jejak karbon
aku ingin mencari pasar ramadan
ke mana?
di mana?
aku pun tak tahu
inilah indahnya hidup
merentas untuk menemui yang baru
berjalan untuk bertemu yang tak pernah dilihat
bukan mengulangi kebiasan
yang menjamin kebosanan
DIMANA AGAKNYA INI?
JAMUAN PETANG INI
petang ini mata aku
ingin mecari
mencari yang tak pernah ditemui
petang ini
mata akan lebih lapar
dari perut
petang ini yang dijamu
ialah mata
INI TEPI DI PEKAN MANA?
MAKANAN YANG PALING DI CARI
jika bernasib baik petang ini
aku akan bertemu dengan
makanan yang paling aku cari cari
makanan yang paling aku minati
aku ingin bertemu dengan gulai itik
aku ingin bertemu dengan rendang itik
datanglah seribu minah cun
datanglah seribu mamat jambu
yang aku pilih ialah gulai itik
MIMPI YANG INDAH PETANG INI
NOTA:
siapa tahu dimana poto ini diambil
siapa tahu di wilayah mana ini
siapa tahu arah ke mana ini
siapa tahu di mana ini
dear tt,
BalasPadamberjaya tak cari gulai itik?
selamat berbuka
Ko ni TT kira makan je... Nak jadi Macam bik mama ke?
BalasPadamBro, blk pilah lahhhh....bersepah itik.....itik salai masok lomak cili api...perrrgghhh...tapai n air ketum.
BalasPadambro tt,
BalasPadambro pegi sri muda s.alam,bazar tepi mydin..dlam pukul 6.15ptg keatas(peniaga tu lambat sampai,biasa la kedai laku,lambat start),bro tengok 1 bazar yg kena hurung,kena likung,situ ada gulai kawah,gulai ayam kg dan gulai itik serati..gua dah bertahun2,malas nak kempen lebih2,bukan dapat pitis ihsan pun,bukan sedara mara atau kroni,kenal pun tidak..tp angkat jari la..
TT, kalau nak turunkan berat badan, lu beli basikal, kayuh beb! lu siar2 kat KL naik basikal baru cool.
BalasPadamaku dah 4 tahun kayuh, berat aku 63-65.. sebelum ni 80!
tuan tt
BalasPadamkalu jadi kembang macam bik mama kira patut lagi,tak hodoh sangat kira masih ada orang cium tangan dia, tapi jagan sekali2 jadi madey tipu jadi melayu.soaljawab ini gerombolan tak buat pencerahan lagi.
satu lagi: lama tak dengar hikayat puak goyang punggung hari tu,patut sekatang banyak bazar ramaghan,puak ni bergoyang punggung kat sana mana tau dapat kueh atau lauk seketul dua,kata veteran tentera mesti hebat goyang goyangan,paling tidak kalu pi tarawih goyang kat tok imam,tengok lagu mana,
utu
Melayu memang tak pandai masak itik melainkan rakyat Naning. Alor Gajah, Masjid Tanah, Taboh..
BalasPadam. . . .elok tuan jenguk ceramah Prof M Kamil Ibrahim kat u tiub
BalasPadamhttp://www.youtube.com/watch?v=HRr1Q_SnRBo&feature=player_embedded minit 18.31 dan disini http://mariafirdaus.blogspot.com/search?updated-max=2012-07-18T23:00:00%2B08:00&max-results=7
Blog nya di sini . . . . http://muhdkamil.org/blog/2012/07/
Sekadar PERKONGSIAN.
kau lupa nak promot tulisan baru kau kat yahoo http://news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/lapar-dan-puasa-100245171.html
BalasPadamish2 orang tua ni fail la dalam hal menGoogle ni. kesian aku tengok kau meracau2 pasal cari itik kah kah kah. ni aku tolong tanya lebai google.
BalasPadamhasil carian:
tak tahu di mana foto tu tapi kat Restoran Anis Putri Pantai Dalam ada gulai itik. Dekat ajer dengan stesen komuter Pantai Dalam
Restoran Anis Putri
No. 4, Jalan Pantai Dalam, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
Tel: 019-282-6908
koordinat GPS: 3° 5′ 42″ N, 101° 40′ 11″ E
info didapati dari sini. sila terliur tengok gambar2:
http://www.elissmie.com/2011/05/pekena-gulai-itik-restoren-anis-puteri.html
http://hamydy.wordpress.com/2011/11/30/restoran-dangau-anis-putri-corner-pantai-dalam/
woit orang tua kah kah kah, aku jumpa da mana gambar tu diambil. kat Jitra Kedah. masuk blog ni: http://www.omaq.org/v3/2010/04/14/
BalasPadam