Selasa, 31 Julai 2012
SELAMAT BERBUKA PUASA
SAJE NAK BAGI SYIOK
HARI SELASA SUDAH 12 HARI PUASA
heboh olympik di london
heboh dalam face book
ada teori dajal
ada teori iluminati
tapi yang jelas kuasa kaum pemodal
lebih kuat dari semua kuasa
dalam dunia pada ketika ini
sukan adalah komodoti
sukan dijadikan bahan untuk jual beli
sukan bukan lagi untuk kesehatan
ramai yang meninati sukan
adalah mereka yang gemok
adalah mereka yang hotok
adalah mereka yang montok
mereka meminati sukan
melalui kaca tv
mereka bersukan melalui jarak jauh
menjadi biawak di ruang tamu
berligar dihadapan kaca tv
mereka hadapi kencing manis
mereka hadapi buasir
mereka hadapi darah tinggi
kerana mereka hanya bersukan di kaca tv
lihat badan atelit yang erotik
lihat badan atelit yang slim
lihat badan atelit yang cun
adalah iklan perniagaan
untuk komoditi kecantikan
KERANA ITU
jangan ada tv di rumah
jangan menonton tv
membaca lebih baik
dari menonton
NOTA:
tiga perenang wakil saudi
ke olympik london
telah mati lemas di kolam renang
tersangkut oleh jubah dan purdah
kah kah kah
APA CERITA ORANG DISANA
jam 7 tadi pintu bilik ditutup
jam 7 tadi pintu sel ditutup
jam 7 tadi semua terkurung
apakah hujan petang ini di taiping
apakah redup petang ini di kamunting
apakah cuaca panas hari ini
apakah kau berpuasa seorang diri
apakah kau dapat berkumpul untuk berbuka
apakah maghrib kamu berjamaah
aku tahu apa berbuka petang ini
aku ingat lagi dua butir buah kurma itu
aku ingat lagi roti dan kaya
aku ingat lagi dulang dan isinya
kamu di dalam
kami di luar
meneruskan perjalanan
kamu didalam
kami diluar
kamulah yang lebih tenteram
Pedas ayat sendiran. kah kah kah.
BalasPadamKadang-kadang bila dengar orang duk sibuk percaya dengan teori-teori konspirasi bebal ni buat gua rasa kalau boleh nak pindah dari planet Bumi ni la.
Kegagalan berfikir adalah jenayah terbesar. Sayangi lah sel-sel otak anda wahai Bani Melayu.
Setuju bang isham. membaca lebih baik dari menonton.
BalasPadamAgak2la TT, sampai buat cerita perenang Saudi mati tu apehal? Aku berjubah, berpurdah terasa tau
BalasPadamTV bukan keperluan tapi patut ada untuk 'membunyikan' rumah, menghilangkan kebosanan tetamu yang datang drp nampak kitab2 je
BalasPadamweh... nota kau memang tak boleh blah. lawak gila.
BalasPadamkah kah kah
den dah bertahun duduk dalam rumah yg takdo tv
BalasPadamrindu kemunting bang hisham,?
BalasPadamTanpa Nama berkata...
BalasPadam"TV bukan keperluan tapi patut ada untuk 'membunyikan' rumah, menghilangkan kebosanan tetamu yang datang drp nampak kitab2 je"
Bercakap, berborak laaa dengan tetamu. baik tak payah dtg rumah kalau asyik bukak tv je
http://ricecooker.kerbau.com/2005/07/26/hishamuddin-rais-ruang-tamu-dan-kaca-tv/
BalasPadamberjamaah maghrib, lu sudah revolusi ka TT.. baguslah setelah melalui ramadhan ke 60, ada bibit2 kecerahan TT tehadap pentingnya bersolat.
BalasPadammoga berakoh lagi ramadhon tahun ni.. TT, tolong buat jadual harian dalam excel, sejak bangun awal pagi.. masukkan solat tahajjud dan dhuha dalam kalendar harian.. kalo tak buat, terus lu pangkah saja.. gua nak tengok lamamana lu buleh tahan tak semayang sunat2 ni.. kahkahkah..