Jumaat, 6 Julai 2012
SUWEY SUNGGUH NASIB NAJIB
KOMENTAR TUKAR TIUB
suwey sungguh nasib najib
besan kena tangkap di dubai
menantu dikhendaki polis new york
anak menghilangkan diri
madey bakar jubur dari belakang
muhyiddin tibai dari depan
nampaknya malaysia
akan ada pm baru
SILA TEKA SIAPA PM BARU
berita telah tersebar
bahawa madey sedang
pasang untuk jadi pm baru
siapa? siapa?
muhyiddin?
zahid hamidi ?
hishamuddin?
bukan bukan bukan
kalau bukan muhyiddin siapa lagi
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
jawabnya ialah: ali rustam
NAJIB TANGUH PRU KERANA SCORPENE : AKHBAR KANADA - keadilan daily
KANADA 4 Julai: Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu menyatakan Najib Razak menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya umum kes rasuah Scorpene.
Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan ia akan diadakan Julai.
Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia.
“Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu pengkhianatan.
“Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel.
“Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi kerajaan Malaysia.
“Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu UMNO,” jelas Manthorpe seperti dipetik.
7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance, Paris.
Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan.
DEMO SABTU INI JAM 2
NOTA:
sabtu 14 julai
berkumpul jam 2 petang di masjid jalan duta
kemudian begerak ke istana negara
Kalau ketua menteri gua tuh jadi PM baru negara neh, mampuih lah korang. Monorel kat kl akan lengang kerana tak der saper berani naik. Hawau tul.
BalasPadamHahaha...baik punya suwey! :P
kalau bolih tolong ulas tulisan ni Sham, terutama bahagian pasal Bolshevik dan Manshevik : http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/50422-the-winners-write-history
BalasPadamali rustam?
BalasPadamkah...kah....kah....
bertamnah bengong melayu msia
bertambah bangang melayu msia
heheheh macam2 suwey menghantui haji najib...
BalasPadammalaysiakini: Jakim timbang haram novel dilancar Najib
Novel yang dilancarkan perdana menteri Selasa lalu kini berdepan risiko pengharaman apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang membincangkan kewajaran mengambil tindakan itu selepas ia dikaitkan dengan fahaman Syiah.
Penolong Pengarah (Penyelidikan I) Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan (Cawangan Akidah) Jakim Mohd Aizam Masod mengakui Perempuan Nan Bercinta karya pengarang terkenal Faisal Tehrani sedang dipertimbangkan untuk itu.
Faisal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa diselubungi pelbagai kontroversi apabila sering menghadapi pelbagai 'tekanan' ekoran penerbitan karya-karyanya.
Disember tahun lalu, novelnya Sebongkah Batu di Kuala Berang diharamkan Jakim. Jalan sukar juga menimpa skrip drama televisyen tulisannya Pelangi Ada Tujuh Warna arahan Erma Fatima yang menghadapi 'gangguan' sebelum dibenarkan penyiaran bermula 4 Februari lalu.
Penerima Anugerah Seni Negara itu juga pada Jun 2008 ditamatkan kontrak penulisan novel bersirinya Ketupat Cinta di Harian Metro setelah mendapat bantahan keras daripada mufti Perlis ketika itu Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin.
-average joe-
klakka-la.blogspot: HOW ADVANCED! Part 1 (MAJU LAH SANGAT! Bhg 1)
Najib ni patut kena OSA lar kan?
BalasPadamhttps://nuarrualhilal.wordpress.com/2011/03/15/malaysian-official-secret-act-1972-osa/
3)Documents concerning national security, defence and international relations.