Rabu, 22 Ogos 2012
INI BERITA AMAT PENTING - SELURUH NEGARA WAJIB BACA BERITA INI
MALAM 30 OGOS DATARAN MERDEKA
KOMENTAR TUKAR TIUB
sila baca berita dibawah
baca berhati hati
ini satu kes sedih
kes pembunuhan wang 30 ringgit
tetapi bukan ini yang tt ingin timbulkan
apa yang wajib diberi perhatian
bagaimana pihak polis mahu
menyiasat motif pembunuhan ini
jelas pihak polis mahu tahu motif sebenar
motif ialah perkaaatn inggeris
dalam bahasa melayu maknanya : tujuan
apa tujuan si mangsa dibunuh?
ini persoalan polis
ini cara polis buat kerja
ini cara polis kita di ajar
ini cara terbaik contoh kerja polis
melalui motif maka yang dituduh
boleh disabitkan kesalahan
justeru bila sudah faham ini
maka kita buka pula kes altantuya?
apa motif siruk membunuh altantuiya?
apa motof azilah membunuh altantuya?
dalam kes bunuh ada tiga perkara wajib ada:
1 - mayat
2 - senjata membunuh
2 - motif
mayat altantuya ada
senjata dibukti sebagi C4
hanya motif tidak wujud
mengikut keterangan sirul dalam mahkamah
mereka berdua diupah untuk membunuh
persoalan tumbul:
siapa upah sirul dan azilah?
kenapa tuan hakim tidak tanya?
inilah kunci kes pembunuhan altantuya?
MAUT TAGIH HUTANG RM30 - berita hairan
Puchong: Hanya disebabkan hutang RM30, seorang pekerja ubahsuai rumah mati dibunuh rakannya selepas suspek berang dengan tindakan mangsa meminta suspek menjelaskan hutang berkenaan.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi kelmarin di rumah sewa mangsa di Puchong Utama, di sini, Mohamad Khairul Anuar Osman, 28, dikatakan didatangi sebelum diserang oleh dua lelaki termasuk seorang rakan sekerjanya dengan bersenjatakan kayu.
Mangsa yang mengalami kecederaan serius di kepala dan tangan kiri akibat dipukul dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur.
Hentakan kuat di kepala
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi semalam selepas mengalami pendarahan yang serius akibat hentakan kuat di kepala.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua, berkata kejadian dimaklumkan seorang rakan mangsa yang berada bersama mangsa ketika kejadian, selain melihat kedua-dua suspek melarikan diri.
Katanya, siasatan awal mendapati motif kejadian disebabkan suspek ingin membalas dendam kerana tidak puas hati dengan tindakan mangsa yang sebelum kejadian itu meminta dia (suspek) menjelaskan hutang RM30 dengan mangsa.
Siasat motif sebenar
Namun sehingga kini kita masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui motif sebenar kejadian sehingga kita menyoal siasat kedua-dua suspek yang ditahan di Hutan Simpan Bukit Nanas, ibu negara, jam 1.30 petang semalam, katanya, semalam.
Temui senjata diguna suspek
Ah Chua berkata, polis turut menemui kayu yang digunakan suspek di dalam bonet kereta mereka.
Katanya, kedua-dua suspek berusia antara 30 dan 50-an itu kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan pembunuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan