Khamis, 30 Ogos 2012

INILAH KATANYA INILAH UCAPAN NYA




ANAK ANAK MUDA JADILAH BERANI



DUNIA INI MILIK MU

anak anak muda beranilah
dunia ini akhirnya milik kamu
anak anak muda gagahlah
dunia ini masa depan kamu
anak anak muda berjuanglah
dunia ini setiasa menunggu kamu

anak anak muda pegang tangan kekasih mu
anak anak muda genggam tangan kawan mu
anak anak muda acungkan tangan kamu
anak anak muda laungkan api perjuangan
anak anak muda dunia ini akhirnya milik kamu

anak anak muda
ketahuilah
muda ini hanya sekali
anak anak muda
ketika muda inilah untuk jadi berani

jika kau telah tua
maka kau akan bijak berdusta
jika kau telah tua
maka kau bijak bersilat lidah
jika kau telah tua
kau bijak berpura-pura
jika kau telah tua
saku kau akan berat dengan hutang janji
jika kau telah tua
kau hanya seorang penyaksi

anak muda jadilah berani
kerana dunia ini akhirnya milik kamu





7 ulasan:

  1. Anjing2 liar merdeka
    Melolong melaung, tatkala
    Esak tangis anak bangsa
    Nasib untung watan
    Orang asing tentukan
    Senyum anak merdeka ini
    Yang diulit mimpi
    Angan2, angau, dan
    Impian
    Tanpa sedar
    Anjing2 liar merdeka itu
    Nikmati segala, semua
    Anjing2 liar merdeka
    Jelas terpancar haloba
    Ingin terus berleluasa
    Biar hancor negara bangsa

    BalasPadam
  2. Mana bisa kedengaran
    Esak tangis yang ditenggelamkan
    Lolongan jerit pekik
    Anjing2 liar merdeka
    Yang terus rakus membaham
    Untung laba perjuangan silam
    Yang buta mata hati
    Akan terusan berpalit
    Najis, kencing
    Gelema hancing
    Lolongan sumbang suara
    Anjing2 liar merdeka
    Yang sudah tidak punya jiwa
    Usai pertempuran berlagak wira

    BalasPadam
  3. Jeliran lidah hanyir
    Anjing2 liar merdeka
    Nampak gasar, kasar, bagaikan
    Jaringan besi2 kusam
    Igauan para tahanan
    Serak
    Esak
    Tangis pejuang
    Anak2 merdeka lupa
    Nenek moyang yang terkorban
    Pejuang pulang, berharapan
    Enaknya tuaian pengorbanan
    Nilai yang tiada terbelikan
    Impikan satu kehidupan
    Penuh keindahan, kebebasan
    Untuk bangsa masa mendatang
    Kaget si pejuang melihat
    Enak sahaja anjing2 berkeliaran
    Liar, kasar, kurang ajar
    Indah mimpi anak2 merdeka
    Nantikan kebebasan, sedang
    Gigitan anjing2 liar merdeka mencengkam tulang belulang

    BalasPadam
  4. Jeliran lidah hanyir
    Anjing2 liar merdeka
    Nampak gasar, kasar, bagaikan
    Jaringan besi2 kusam
    Igauan para tahanan
    Serak
    Esak
    Tangis pejuang
    Anak2 merdeka lupa
    Nenek moyang yang terkorban
    Pejuang pulang, berharapan
    Enaknya tuaian pengorbanan
    Nilai yang tiada terbelikan
    Impikan satu kehidupan
    Penuh keindahan, kebebasan
    Untuk bangsa masa mendatang
    Kaget si pejuang melihat
    Enak sahaja anjing2 berkeliaran
    Liar, kasar, kurang ajar
    Indah mimpi anak2 merdeka
    Nantikan kebebasan, sedang
    Gigitan anjing2 liar merdeka mencengkam tulang belulang

    BalasPadam
  5. Indah sungguh Pak Samad menghimbau atau memberi semangat/motivasi agar anak muda jangan segan mencari substance hidup itu iaitu beranai melakarkan perubahan yang lebih baik.
    Teringat juga puisi Tongkat Waran dan lagu John Lennon yang menghimbau kita agar mencari perubahan melalui keberanian dan perjuangan meskipun impian itu penuh dengan kesulitan.

    BalasPadam
  6. aPenjajahan yg ke 55 tahun ini akan menjadi tarikh keramat dimana Bumi Malaysia akan dimerdekakan.Terima Kasih Orang Lama, yg memberi kami cahaya dimasa kegelapan, yg menunjukan jalan dikala persimpangan,memberi kami ramuan didalam membentuk perpaduan. akan kami jadikan pedoman untuk anak muda di masa depan..

    BalasPadam
  7. http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=28071:muhyiddin-lelaki-melayu-terkaya-didunia-syed-mokhtar-ia-bermula-dengan-stamford&Itemid=2

    BalasPadam