Sabtu, 25 Ogos 2012

KALAU DITIPU DALAM PILIHANRAYA - WAJIB TURUN KE JALAN RAYA









KOMENTAR TUKAR TIUB
ini jelas membuktikan bahawa
kerajaan gerombolan hari ini
menang dengan cara tipu

pada pru13 ini
gerombolan telah merancang
untuk menang dengan menipu

spr adalah barua gerombolan

kini mat bangla
kini mat indon
kini mat burma
telah diberi kad pengenalan segera
ini akan menjadi pengundi

pada ketika ini gerombolan sedang nazak
sokongan rakyat hampir pupus
tak percaya?

sila perhatikan hampir tidak ada
kereta yang mengibarkan
jalur temberang tahun ini
ini ertiny rakyat benci
ini maknanya rakyat melihat
jalur tembelang sebagai harta gerombolan

kalau gerombolan tak ada sokongan
macam mana mereka berkuasa?


jawabnya cukup senang: tipu

pru13 ini adalah pru penipuan!

tak caya?
nanti dan lihat






200,000 NAMA WARHA ASING DALAM SENARAI PEMILIH SABAH
- keadilan daily

KUALA LUMPUR 24 Ogos: Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong mendedahkan, terdapat 200,000 nama warga asing, hasil dari ‘Projek IC’ dalam senarai pemilih di Sabah dari jumlah keseluruhannya 950,000 pengundi berdaftar.

Menurutnya, penduduk Sabah telah bertambah kira-kira 700,000 (termasuk generasi kedua) hasil Projek IC dan sebahagiannya telah berdaftar sebagai pengundi sah, dengan kod IC ’71′.

“Kenapa memalsukan ‘Sijil Akuan untuk menyatakan tempat kelahiran di Sabah dengan kod tengah 12?

“Jika dokumentasi secara sahih, mengapa Kad Pengenalan baru mereka (diwujudkan) kod 71, bukankah bermakna mereka dilahirkan di luar Malaysia?

“Jika mereka dianugerahkan kewarganegaraan, bila dan di mana mereka mengangkat sumpah?” soalnya yang juga penulis buku Les We Forget mendedahkan skandal pemberian kewarganegaraan oleh kerajaan BN kepada pendatang asing.

Tambahnya, Mahathir pernah dicabar oleh Lim Kit Siang pada 2006 untuk menafikan penglibatannya dalam Projek-M, ketika Ahli Parlimen Ipoh Timur itu menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.





4 ulasan:

  1. Hishamuddin Rais Pengecut Cabut Lari25 Ogos 2012 pada 6:04 PG

    Hishamuddin Rais ialah barua sosialis kominis. tunggu masa je nak cabut lari cam 1974 kah kah kah kah kah kah kah

    BalasPadam
  2. REGIM SEKUTU APCO MENCABAR RAKYAT YANG MEREKA RASA ADALAH LEMBU PAWAH YANG SENANG DICUCUK HIDUNG ! ABU !

    BalasPadam
  3. isham, di Semenanjung juga ramai yang memiliki ic berkod "71". Mereka adalah warganegara Malaysia dan pengundi berdaftar. Begitu juga saya dan adik-beradik saya, masing-masing memiliki ic yg sedemikian dan kami telah beberapa kali mengundi semenjak masing-masing mencapai usia 21 tahun. Kami semua adalah anak-anak kelahiran Singapura dimana bapa kami adalah anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yg pada waktu itu telah berpengkalan di Singapura.
    Bayangkanlah sebelum Pengkalan TLDM berpindah ke Lumut, Perak, berapa lama dan berapa ramai anggota TLDM yang telah terlibat untuk tugasan di Singapura dan berapa ramai pula anak-anak anggota ini telah dilahirkan di sana? Hampir setiap hari kami berulang-alik kerana bersekolah di sekitar Johor Bahru dan ada juga anak-anak anggota yang lebih senior dari kami pada waktu itu yang telah bekerja. Kesemua mereka ini memiliki ic berkod "71".

    BalasPadam
  4. makin rajin mat2 bangang ni komen aku tgk. pilihanraya da dekat, bonus makin masyuuuuk utk lebihkan komen2 bangang kot

    BalasPadam